Tuesday, September 25, 2012

24/09/2012 - awliya dah sunat....

Alhamdulillah, hari ni Awliya Nur Zara dah selamat disunatkan. Dulu tak ingat lansung psl sunat ni, bila balik kmpg masa raya hari tu, mak mertua ada tanya, dah sunatkan awliya ke belum?So, hani pun mula la google psl sunatkan bayi perempuan ni. Melalui pembacaan, seelok2nya sunatkan bayi perempuan ketika masih kecil lagi..kulitnya lembut lagi, dah baby pun xpandai nak meronta2 sangat bila time nak sunat tu. Ada juga yang dah sunatkan baby masa baru lahir lagi. Wlupun ikut hukum, sunat utk baby perempuan ni tak wajib, apa salahnya perkara yg membawa kebaikan tu kita ikut kan....

Jadi, hani buat keputusan nak sunatkan awliya sebelum hani masuk keje mggu depan...Kami sunatkan Awliya di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi. Dalam pukul 9.00 mlm, kami sampai di sana. Ramai juga org masa ni. Daftar nama di kaunter pendaftaran, kemudian kena tunggu. Awliya dah meragam nak tido...lama juga kena tggu, sbb org ramai kan. Dalam pukul 10.30 mlm baru nama Awliya di panggil. Masa ni Awliya pun dah tido.

hilangkan nerbes, kita posing dulu....
awliya dah meragam nak tido ni


awliya akuttt la mama nak jumpa doc ni...

nak nyorok la....akuutt sgt ni nak kena sunat !!

Bila dah masuk dlm, nurse suruh baringkan awliya atas katil. Masa ni Awliya dah terjaga dari tidur. Kemudian nurse bukakan seluar dan pampers. Niat hati hani nak tengok macam mana prosesnya...tapi klu mmg dah dasar penakut dgn darah, lupakan jer la niat tu..dlm hati rasa ruginya klu tak tengok, pengalaman kan...Disebabkan nerbes, lupa nak snap gambo..ala, ruginya...xleh nak tunjuk kat awliya masa dia dah besar nanti...kenangan tu !!


Belum pun doc zasss, awliya dah nangis dah....hehe..cam tau2 jer nak kena zasss...smpai doc cakap "eh, belum apa2 dah nangis"...awliya mmg meragam je hari ni sbb tidur tak cukup...Bila doc zaasss jer, awliya nangis la jugak tapi tak la kuat sangat...lepas tu terus diam. Eh, eh..tak sakit yerr...mama lak yang over berdeborr..Gud girl awliya sbb anak mama ni kuat.....lepas tu doc panggil hani, suh tgk kat tpt dia zass tadi...oooo, sikit je..darah pun kuar sikit je..nsb baik doc suh hani tgk, berani la jgak nak tgk kan..

Sekejap gile rupanya doc zass tu...adalah 2-3 min je. Lepas dah siap, doc letak kapas yang ada ubat kat bahagian tu. Doc cakap, nti nak tukar lampin, baru buang kapas. Doc takde bekalkan ubat apa2 pun utk bw balik. Sebelum keluar bilik, en asben sempat tanya kat doc "klu baby kencing, xsakit ke?" hehe...hani tak terpikir lak nak tnya doc apa2 soalan, nerbes tak ilang lagi kot..Doc jawab "tak la, potong tu kat bahagian atas, jauh dari tpt kencing tu..dah jadi anak dara dah anak awak ni"..hehehe...tq doc

Lepas setel, terus pegi buat bayaran dekat kaunter farmasi..kena RM39. So far, servis kat sini memuaskan..layanan bagus. Cuma kami lama sikit kena tggu, sbb kebetulan masa pegi tu org ramai walaupn hari dah mlm. Klu sesiapa nak sunatkan baby girl kat sini, seeloknya call dulu tanya sama ada ada doc perempuan atau tidak masa kita nak pegi ke sana tu. Utk pengetahuan, hari ahad pun buka, cuma doc perempuan sampai pukul 1.00 pm je....Ni no Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah 03-89212525 

Alhamdulillah, selesai salah satu tanggungjawab kami sebagai ibubapa...

yeeaayyy....anak mama dah jadi anak dara dah....

Thursday, September 13, 2012

Majlis Aqiqah/Cukur Jambul/Open House/House Grooming

Assalammualaikum 
Short entry kali ni...setelah lama blog ini terbiar tanpa sebarang cerita...

Bestnya...esok nak balik Ipoh. Ahad ni ada majlis aqiqah & kesyukuran puteri kami. Kebetulan akhir bln Syawal, so kami sekeluarga plan buat rumah terbuka sekali. Majlis kali ni buat di rumah baru adik hani, kira sekali ngan house grooming la ni...

 Dengan berbesar hati, hani ingin menjemput rakan2 ke majlis kami nanti.
Peta lokasi disertakan sekali di bawah.

Semoga majlis kami berjalan dgn lancar. Nanti hani upload gambar ye...
lepas ni awliya kena botak...huhu





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...