Friday, October 26, 2012

Bila si kecil mula meniarap....

19/10/2012 - Hari jumaat yang lepas, masa ambil awliya di rumah pengasuh...pengasuh awliya bgtahu pada hani awliya dah boleh meniarap sendiri, so kena tengok-tengok klu dia meniarap takut lemas lak nanti bila muka tersemban kan...

Sampai je kat rumah, terus letak awliya kat tilam yang memang atas lantai, terus awliya meniarap dengan laju nya....waahhh, clap...clap..to awliya...dah boleh meniarap sendiri di usia 3 bln 2 mggu....hepinyer...

Sebelum ni, kami memang ada tren awliya meniarap..means kami meniarapkan dia,tapi sekejap , xbole lama-lama, kesian kat dia penat nanti kan. Skrg ni, dengan sendirinya awliya dah bole meniarap, kepala pun dah boleh angkat tinggi. Kaki pun dah nampak nak gerak-gerakkan badan cuma tak bergerak jer lagi...tu la, awliya ni berat sgt ehh !!!

mama...beyatnya nak angkat pala awliya ni ....
yeeaaayyy....awliya berjaya!!!!

Skrg ni klu letak awliya dalam keadaan baring nak bg pakai pampers, mmg tak boleh duduk diam, cepat je je dia nak meniarap. Rasa seronok sgt bila dapat tengok perkembangan anak...membesar depan mata sendiri ^_^. Syukur dengan anugerah Mu ya Allah.

Tak sabar nak tunggu awliya merangkak...pastu berjalan pulak hehehe [chaiyok!chaiyok! awliya]

Wednesday, October 17, 2012

pertama kali si kecik demam panas..panic !!!

Setelah cuti bersalin selama 3 bln, baru 2 hari masuk kerja, terpaksa amik cuti semula selama 3 hari sebab si kecil manjaku ini demam panas.
Mula demam hari ahad (7/10/2012), bangun pagi terus merengek...ingatkan sakit perut, hani pun sapu la minyak kat perut. Tapi awliya still meragam lagi tapi meragam lain macam jer.

ciannya anak mama ni..
Malam tu badan awliya makin panas, memang la mamanya tak kan senang duduk kan...amik termometer, errkkk 38'c+. Terus ajak en asben pergi klinik panel. Masa di klinik, doc bagi awliya ubat bontot...dan bekalkan ubat demam dan ubat alahan (confiuse nape doc bg ubat alahan ni??).

Balik rumah suhu badan awliya dah ok skit. Keesokkan harinya (hari ke 2), awliya dah ceria...tapi tak lama. Suhu naik semula...bagi makan ubat pun still sama juga. Paling hani tak sanggup tengok, bila awliya tidur sambil mengerang kesakitan. Ya allah, luluhnya hati bila tengok keadaan tu. Kalau la sakit tu boleh dipindahkan kepada aku, aku rela ya allah....kesiannya awliya. Masa ni air mata tak dapat ditahan lagi. Sedih yang teramat sangat tengok awliya.

Hani ambil kain basah, lapkan seluruh badan awliya..dari hujung kaki sampai atas kepala..untuk kurangkan panas..awliya pandang je muka hani sambil menangis seolah-olah nak beritahu dia tengah sakit...sebaknyaaa rasa. mulut ni tak putus berdoa semoga Allah sembuhkan demam awliya....ini kali pertama awliya demam macam ni...

Hari ke 3, masih demam panas lagi. Petang tu hani dah siap kemas2 beg awliya & beg hani..mana tau klu bawa ke hospital nanti kena tahan wad pulak, .klu suhu tak turun juga, hani nak bawa ke hospital terus.

Hari ke-4, serius hani dah tak boleh nak tunggu...suhu awliya semakin naik. Lagipun demam klu dah lebih dari 3 hari...mmg kena bawa ke hospital dah. Hani risau suhu mencecah 40'c, takut kena sawan tarik nanti. Nauzubillah, mohon dijauhkan dari anak ku.

Terus ajak en asben ke kecemasan HUKM. Sampai sana, masa nak daftar nama...staf tu pegang badan awliya dan terus cakap 'panasnya badan anak awak ni'. Terus nurse buat check up dan bagi ubat paracetamol. Lepas tu kena amik darah, apa lagi menjerit la awliya...dengar suara dia jer kat situ hehe...
Lepas makan ubat, awliya terus tertido...

tertido lepas makan ubat
Alhamdulillah, masa jumpa doc...doc maklumakan hanya demam biasa jer, keputusan ujian darah tidak ada apa-apa yang merisaukan. Syukur ya Allah. Masa tunggu nak ambil ubat, keadaan awliya dah ok sikit. Suhu dan semakin turun. Cepat juga kesan ubat yang nurse tu bagi tadi.

    
    

Bila dah balik rumah, awliya semakin ceria..dah boleh senyum dan ajak bersembang. Senangnya hati mama..
Di saat ini, barulah hani dapat rasakan, betapa tingginya kasih sayang seorang ibu. Macam ni lah ibu kita semasa membela kita dulu kan, susah hati tengok anak yang sakit dan sanggup tak tidur malam jaga kita spt mana yang hani buat skrg..Semoga anak mama sentiasa sihat yerr....amin












Friday, October 5, 2012

stroller & playpen utk awliya cayang...


yeeaaayy...awliya dah dpt stroller...tq ayah belikan stroller utk awliya..oohh mama yg terlebey xcited bknnya awliya hehe...

setelah mensurvey stoller dan dibuat short list dlm post ini, akhirnya en asben nak juga belikan stroller innova sweet cheery.
2 mggu lepas, kami pergi ke kedai barangan baby Axeana.com di Mahkota Cheras. Di situ harga stroller lebih murah jika dibandingkan dgn tempat lain. Stroller yang hani nak beli ni murah RM30 dari harga market. Tapi malangnya, bila dah sampai...stroller yang kami nak tu takde stok, kena datang hari isnin...adooiii sgt la malas nak keluar lagi kan...kemudian en asben kata kita beli kat Jusco la...mahal sikit je...hhuurrmmm hani ok jer...en asben yang nak bayar kan...hehe, ikutkan aje..

So, kitaorg pun singgah di Jusco Cheras Selatan, JJ ni paling dekat sebab dah otw ke rumah dah...kami pun terus beli stroller idaman ni dgn harga RM599. Stroller innova ni hanya ada warna shj iaitu merah dan coklat. Dah tentu pilih warna peberet hani...MERAH.:D

awliya pilih je yang mana berkenan....ayah yg bayar hahaha
Lepas bayar, terus je suruh salesgirl pasangkan sbb nak letak awliya dalam tu...mama n ayah dah lenguh nak dukung...anak mama dah makin berat la..So far, sgt puas hati dgn stroller ni...


stroller pilihan ayah...eh, xnampak lak awliya dlm tu :D


Bila dah dpt stroller...tetiba berkenan pulak playpen sweet cheery...berkenan sbb harga murah..RM150..tanya en asben nak beli x? dia kata ok jer...
Sejak ada awliya, kitaorg mmg tido bawah jer....nak bawa tido atas katil, kesian pulak kan..katil queen jer, xbesar mana...awliya dah la tido lesak...kejap pusing kiri, kejap pusing kanan...smpai dah pusing 180' pn ada...hehe..ikut sape la ni..mesti dia xselesa kan..

                               
                            awliya dah tertido...jom test letak atas playpen ni ^_^
Bila dah ada playpen ni, senang la skit...mama dan ayah bole tido atas katil, awliya boleh golek2 dlm playpen...hani tak nak beli baby cot sbb klu baby cot ni besar skit...dah xde ruang dlm bilik tu. Playpen ni ngam2 jer letak ruang dalam bilik tu, tepi hani tido jer..tgh2 mlm bole la jeling2 awliya masa tido..kot2 nak susu kan...

Dah balik rumah, test sekali lg letak awliya dlm ni...tgk la aksi awliya ni....sukanyaaaa dia naik stroller yg ayah belikan ni :-)

                          
                              

Nti hani review detail stroller ni k...^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...