Wednesday, January 16, 2013

Awliya dah mula DUDUK


seawal usia 6 bulan, awliya dah mula bole duduk.
tapi masih tidak stabil sepenuhnya..
serius kelakar tengok si kecil ini.
bila bagi dia duduk, dia akan tahan badan dengan kedua-dua tangan dahulu,
dan melepaskannya satu persatu. - gayat la tu
Bila dua tangan dilepaskan, dia mula mengimbangkan badan.
tergoyang-goyang sikit, macam nak menari pun ada hahaha..comel betul !!!

Awliya memang over aktif...
Merangkak pun belum lagi, tapi sekarang gile nak berjalan.
Kalau pegi shopping mall, dia memang tak nak didukung.
Saje beratkan badan dan tolak-tolak mamanya, sebab nak turun ke bawah.
Terpaksa la mama dan ayah layankan juga, sanggup terbongkok-bongkok pegang,
melayankan si awliya ni nak berjalan. Dah dapat berjalan sikit, ok la tu....

Kalau di rumah, kena tawaf 2-3 pusingan layankan dia berjalan.
Tapi kalau lama-lama, lenguh ooo pinggang ni.
Alahai la anak, semakin kamu membesar...semakin bijak.
Tapi mama sangat seronok melihat kamu membesar.

mula-mula tahan badan dulu

Lepaskan tangan satu-persatu



Imbangkan badan.....


Luruskan tangan dulu



okey....dah stabil


Mama...tepuk la tangan...awliya dah bole duduk ni tau


alamakkkk, mama....tolong awliya, nak jatuh la.....!!!!


Tuesday, January 15, 2013

7 inch Tablet Case with keypad





Tab casing with keyboard
RM 50 [termasuk postage]
COD : RM45 je

Yang mana suka update blog, hantar email, update fb dan sebagainya senang kan ada
keyboard ni, macam keyboard pc je. Menaip pun cepat dan pantas ^_^.

Sebelum guna ni, u all kena beli converter untuk sambungkan dari tab ke casing ni.
Bole beli di kedai-kedai aksesori pc. Murah je dalam RM10.
Hani beli online RM16 termasuk postage.
Converter ni u all bole gunakan juga utk connect ke mouse, pen drive dan card reader.

                        


zoom bagi lagi jelas

Ni contoh hani punya. Hani guna Samsung Tab 7.7 inci.


Kalau ada yang berminat, sila email hani ye.

hanizamhuri@gmail.com



Sunday, January 13, 2013

ASB Remaja

Alhamdulillah, genap je awliya 6 bulan, mama dah buka lagi
satu akaun simpanan untuk awliya....Buku ASB (Akaun Remaja)

Maksimum simpanan dalam akaun ni adalah sehingga 50K.
In sha allah, mama akan simpan sedikit demi sedikit
untuk masa depan awliya nanti.

Apabila baby telah mencapai umur 18 tahun, akaun remaja ini akan
ditukar ke akaun dewasa secara automatik.
Oleh itu, ibu bapa dah tak berhak ke atas simpanan tersebut.

Bila dh ada anak ni, slalu pikir tentang ms depannya.
Nmpknya mama kena kurangkan shopping hehe, dan lebihkan kpd simpanan.

Jom menabung dari sekarang...........!!!!



Friday, January 11, 2013

SOLID FOOD:: Puri carrot

Malam tadi dengan semangatnya mama sediakan 3 puri sekaligus.
Puri carrot, bronkoli dan pear.
Nak buat hari-hari memang la tak sempat, wanita bekerjaya la katakan...kerjaya la sangat huahua

Basuh carrot. Sebelum tu, buang skit kulit yang belah luar tu.


kemudian potong kecik-kecik, senang nak blender nanti



 
Rebus/kukus [seeloknya kukus sebab nutrien tak mudah hilang]
Tapi hani malas nak keluarkan periuk kukus dalam kotak [hadiah kawen]
...so, rebus saje lorrr hehe

Jangan rebus terlalu lama, agak-agak dah empuk...dah ok la tu


Tapis dan blender. Air rebusan jangan dibuang semua, ambil sedikit untuk dimasukkan ke dalam blender. Nak guna air biasa pun bole, tapi air rebusan tadi lagi elok kan...dah berperisa carrot :-)
Blender sehingga betul-betul hancur.

Untuk blander hani gunakan baby bullet yg telah dibeli [post ini]
Guna blender biasa pun boleh, tapi jgn la guna blender yg dah digunakan utk blender cili padi, bawang n sebagainya. Nanti sakit pulak perut anak.
Beli je yang lain....untuk kesihatan anak juga kan.


Masukkan ke dalam bekas. Guna je apa-apa bekas yang sesuai.
 Food storage baby bullet ni comel kan...


food storage ni ada tarikh yang kita boleh setkan. 
So, kita bole ingat bila tarikh kita buat puri ni.


.
 selebihnya simpan dalam bekas kiub ais tu.
hijau::puri bronkoli
oren::puri carrot
krim::puri pear

pastikan simpan dalam bekas bertutup.
bekas kiub ais ni ada penutup, beli di Giant harga RM3.90
 colourful lagi tu, i likesss !!!!


 
   sedia untuk dibekukan

Puri yang telah dibekukan boleh bertahan selama 3 bulan. Tapi seelok-eloknya gunakan dalam masa 8 minggu sahaja sebab masih segar lagi dalam tempoh ni.

Setiap hari awliya akan makan 2 ketul kiub puri sahaja....nanti dah lama sikit baru mama upgrade ke 3 ketul puri yer. Sebab perut baby ni kan kecil je, jadi tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak.

Mama sangat suka makan carrot, harap-harap awliya pun macam tu juge.
Untuk puri pear dan puri bronkoli, cara penyediaan adalah sama sahaja seperti di atas.

 
kalau di rumah, hani akan gunakan warmer untuk cairkan semula kiub puri tu. Masukkan dalam bekas kecil hijau tu, kemudian panaskan.

Jangan panaskan puri tadi direct dengan api (dapur gas) atau microwave. Sebabnya, microwave tidak elok untuk kesihatan. Manakala kalau kita panaskan direct ke api, semakin banyak nutrien yang dah hilang. Ye la kan, tadi dah rebus, pastu bekukan, pastu panaskan lagi dekat api.
Last-last, baby kita makan tanpa mendapat nutrien dari makanan.

Kalau takde warmer, mummies boleh letak dalam bekas kecil dan rendamkan dengan air
panas buat seketika.
Masa nak bagi baby makan, letakkan sedikit susu badan ataupun susu formula. 
Lemak berkrim, mesti baby sukeeee.....
Tak pun, letak air pun dah memadai supaya puri tersebut cair sedikit.
 
okeh, itu sahaja nak kongsi dengan kawan2 bagaimana saya sediakan puri untuk si kecil.
jom mummies semua, kita sediakan sendiri makanan utk anak.
'say no to instant food for baby' [wlupun mamanya suka makan fast food hakhak]

hani masih baru dalam penyediaan makanan baby ni, byk yang perlu dipelajari.
mana-mana mummies yang lebih berpengalaman, bolehlah memberi tunjuk ajar pada mummies2 baru ni...
sharing is caring kan ~thanks~



Awliya's first solid food

Awliya baru je masuk 6++ bulan....excited mama nak sediakan makanan untuk awliya.
Awliya dah menunjukkan ciri-ciri nak makan pada usia 4 bulan setengah.
Masa ni awliya akan tengok je mama & ayah makan sambil membunyikan mulut seolah-seolah sedang menyunyah makanan.
Si ayah pula cuba la pura-pura nak suapkan awliya, bukan main nganga luas lagi huhu...bila tak dapat, meleleh air liurnya. Kesian betul.
Sabarlah wahai anak.....

Masa pergi checkup awliya 5 bln, nurse ada beritahu dah bole bagi makan pada usia 5 bulan stgh, tapi kalau boleh tggu sehingga 6 bulan, seeloknya tunggu.

Tapi mamanya yang pulak tak bole tunggu hehe. Seminggu sebelum masuk 6 bulan, mama dah try bagi nestum. Masa sediakan nestum ni pun, hani blender dulu nestum tu walaupun nestum tu dah halus. Kemudian buat cair je, dah macam susu je rupanya. Masa ni rasa macam risau la pulak nak bagi makan. Tapi awliya makan sesudu je, tak nak makan sebab mengantuk.

Sebenarnya hani tak nak ajar baby makan instant food. Sebolehnya hani nak sediakan sendiri
makanan utk awliya. Kan makanan dari air tangan ibu itu adalah yang terbaik untuk anaknya.
Dengan hati yang bersemangat waja...cheewaahhh...
Hani pun sediakan puri epal dulu. Hani beli epal fuji yang besar tu, rasanya kan manis skit.
Amboiiii berselera sungguh awliya makan. Habis.
Tapi masa ni bagi kuantiti yang sangat sikit, sebagai permulaan dulu.

Sekarang ni awliya dah 6 bulan 1 minggu++. Makin berselera makan. Alhamdulillah. Harap-harap berterusan. Setakat ni memang hani sediakan puri sahaja. Bubur nasi tunggu 7bln++ la nanti. Nestum dan biskut Farley's terbiar macam tu je hehehe.....

Kalau dah mula makan ni, jangan lupa amalkan '4 days rules'..
so kita boleh tahu yang mana baby sesuai makan atau tidak.
kalau nampak alahan atau gejala mcm cirit birit tu, terus berhentikan makanan tu.

Sekarang ni apa yang disuap, habis semua dimakan.
Seronok sangat tengok anak berselera makan kan.
Lagi la mamanya bersemangat nak sediakan makanan si kecik.
Buat permulaan ni, awliya hanya makan sehari sekali je pada waktu lunch.
Nanti dah masuk 7 bln, baru mama upgrade jadi 2x yer.
Skrg ni mama akan bekalkan puri ke rumah pengasuh setiap hari.

Setakat ni hani dah sediakan puri:     
-epal
-betik
-pisang
-labu - awliya cirit birit...terus stop makan (labu ni kan angin, mungkin sebab tu cirit birit)
-pear

Nanti hani share penyediaan pada post yang lain ye.
Masa makan betik, awliya sembelit sampai 3 hari.
Kesian ooo tengok dia, sampai menangis masa nak poo poo tu.
Kena buka pampers baru boleh meneran. Merah-merah muka.
Tapi takkan disebabkan betik kan, sebab betik ni kan baik untuk penghadaman.

Bila hani google cari info, sembelit ni mungkin disebabkan usus bayi
yang baru mula menerima makanan.
Masa pergi ke klinik pula, doc beritahu itu perkara biasa dan akan baik dengan sendirinya.
Tak perlu risau sangat. Banyakkan bagi bayi minum air. Fuuuhhh lega.

Yang sedihnya, mama hanya dapat suap makanan pada hari cuti je. Rasa sangat rugi terlepasnya moment tengok anak makan makanan yang mamanya sediakan. Tak mengapalah, selagi kamu makan makanan yang  mama masak, itu sudah cukup menggembirakan mama. [okeh, pujuk hati].

Minggu ni cadang nak buat puri sayur pulak..mungkin nak mulakan dengan carrot atau keledek
Nak biasakan awliya makan sayur dari kecik. Harap-harap tekak awliya boleh terima. Sistem penghadaman dia pun dah ok, dah tak de sembelit dah.


 puri betik, cedappppnyaaaa.........

awliya dah kenyang...time kacih mama




Wednesday, January 9, 2013

payung lace untuk dijual

UPDATE: Sold out - 12/1/13

hani nak let go payung lace
masih elok dan BELUM PERNAH DIGUNAKAN
masih disimpan kemas dalam sarung
sebab tak guna???

Dulu beli kononnya nak guna masa majlis bertandang
Tapi masa tu hujan agak lebat
Biasalah, kat kelantan klu hujung tahun kan time hujan...
Jadi memang tak guna lansung payung tu...
Mau pengantin basuh kuyup kalau guna kan hihihi

Dari terbiar macam tu je, baik hani jual kan..
So B2B yang masih mencari payung lace ni utk pre wedding atau wedding...
apa tunggu lagi !!!!
korang boleh gunakan sbg prop utk outdoor photoshoot juga...comellll tau !!!

Harga beli RM70/pcs
so 2 payung - RM140

Hani nak let go RM100 (tidak termasuk postage) - [sayang sebenarnya nak jual]
kalau dok area KL, PJ, Seri Kembangan...bole self pickup kat mana2 yang senang.

kalau xde yang nak beli, hani ingat nak sewakan.
RM40 utk 2 payung.

Klu berminat, jangan segan silu email hani eh..

hanizamhuri@gmail.com





tersimpan kemas dalam sarung

u all tau pengantin guna payung apa?????

uuuwaaaaa............sedeyyy tau !!!!

dah le pengantin kena payungkan sendiri...ahaksss

masa ni payung ni je yang paling besar...boleh muat 2 orang sekali...huhu



Tuesday, January 8, 2013

hepi besday hubby


05/01/2013

Selamat hari lahir buat suami tercinta.
Semoga dipanjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang berpanjang
dan diberikan kebahagiaan kepada kita sekeluarga.
Mama & Awliya luv u so much.

Tahun ni dapat buat suprise dekat en suami.
Disebabakan en suami ku ini peminat setia pasukan bola Liverpool
Tiiiingg !!! dapat idea nak tempah cupcake Liverpool





Seperti biasa, cupcake ditempah dengan Speky Cookiez
Sangat puas hati dengan hasilnya.
Siap delivery  terus ke meja suami - [wlaupun tak jauh, tingkat bawah je pun hihi]
Thanks ye Speky Cookiez, dapat merealisasikan idea i ni :-)

p/s :: Liverpool -' You'll Never Walk Alone'
        yes, bcoz mama n awliya always be with you ayah, forever n ever...in shaa allah


        


Thursday, January 3, 2013

Welcome 2013

Korang sambut ke tahun baru?
Kami sambut tahun baru...eh, tapi bukanlah sambut kat kawasan yang sesakkk dengan orang tu
semata-mata nak tengok bunga api. Zaman tu dah lama berlalu. Zaman muda remaja hihi.

Malam tahun baru kami sekeluarga makan bersama.
Mak, abah dan adik beradik.
Bukan senang dapat berkumpul kan...masing2 ada komitmen.
Dan kebetulan hani balik ke Ipoh cuti tahun baru ni, kesempatan yang ada ni digunakan sepenuhnya bersama insan-insan tersayang.


ala...awliya nak tgk bunga api la mama !!!

Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang 2012. Yang pahit itu biarlah ianya tersimpan sebagai sejarah dan yang manis itu akan dikenang selamanya. Dan yang pastinya, perkara yang PALING MANIS sepanjang 2012 apabila dianugerahkan Awliya Nur Zara kepada kami. Syukur alhamdulillah. Anugerah dari Allah yang sangat berharga kepada kami.

*Awliya Nur Zara*~ Kekasih, Cahaya, Puteri~ mama dan ayah
Mama sayang kamu sehingga hujung nyawa

Bercakap pasal tahun baru, pastinya kita akan pikirkan azam baru kan.
Walaupun azam yang lama pun tak tercapai lagi hahaha.
So, apa azam baru korang ye?

Hani pun masih memikir-mikir azam tahun baru ni. 
Dan yang pastinya hani mahu menjadi seorang isteri yang terbaik utk suami dan ibu yang terbaik untuk anak-anak. In Shaa Allah, semoga dipermudahkan semuanya.

Hani juga mendoakan apa  yang u all impikan pada 2013 ini akan tercapai. Amin.

Last but not least, WELCOME 2013  !!!!!!


Gambar terbaru awliya pada 1 Jan 2013
Selamat Tahun Baru dari Awliya







p/s: post ni ditulis pada hari tahun baru, baru hari ni dapat post hehehe....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...