Thursday, February 28, 2013

Perkembangan Awliya 7 BULAN

Cepatnya masa berlalu...lagi seminggu awliya dah nak masuk 8 bulan...
tetiba rasa nak review semula pencapaian awliya semasa 7 bulan ni
  • Terlebih manja dengan mama...asik nak berkepit jer. Mama tak boleh keje lain dah tau !!!
  • Masa umur awliya 6 bulan, dia dah boleh berdiri dengan sokongan. Berpegang pada sofa/kerusi/meja kopi. Masa 7 bulan ni, dah berani bertatih meniti 2-3 langkah. Kadang-kadang berani buat aksi melepaskan tangan dan berdiri tanpa sokongan utk beberapa saat. Walaupun masih tak stabil lagi, terhuyung hayang juga. Mama lak yang gayat okehhh!!
  • Boleh duduk dengan stabil
  • Boleh mengangkat badan sendiri dengan sedikit sokongan. Semasa awliya baring, kalau mama nak bangunkan dia, just pegang jari je. Dia akan angkat badan sendiri sampai terus berdiri.
  • Dah pandai cium mama. Masa dukung, kadang-kadang awliya terus cium pipi mama. Alahaiiii sejuknya hati mama. Mesti sebab selalu tengok mama cium pipi dia kan. Budak-budak ni kan akan mengikut apa yang kita buat kan. So, rajin-rajin lah cium anak ye hehe....
  • Dah mula memunggah barang. Tempat yang paling suka adalah dapur. Cepat je ke dapur kalau naik walker dia tu.
  • Setiap pagi berlaku drama tarik tudung dan baju mama  sambil berjurai airmata masa hantar ke rumah babysitter...dia dah tahu yang dia ditinggalkan. Mama pun jadi sedey tau...:-( kan dah cakap tadi, terlebeyyy manja lak skrg ni. Dulu ok je, siap buat tak tahu je bila mama lambai tangan masa nak pegi keje. Tapi dalam 2-3 hari ni macam dah ok, dah tak de drama dah hehe.
  •  Mula makan bubur. Mama perkenalkan bubur masa umur 7 bln. Masa 6 bulan masih makan puri buah-buahan dan sayur-sayuran. Nak biasakan dulu perut dgn makanan sebelum mula makanan yang berat. Kuat makan budak kecik ni. Seronok sgt suap dia. Tapi sejak demam campak, terus tak de selera makan bubur. Hanya suka mkn oat+buah-buahan je. 
  • Sangat suka tengok video 'abc song' di youtube. Kitaorang selalu pasang dekat tab. Tak berkelip mata dan kusyuk sangat tengok abjad dan gambar. Mama dan ayah pun dah boleh hafal lagu tu tau!!! 'a for apple, b for ball..c for cat sampai la z for zoo. Kadang-kadang kitaorang akan nyanyi sama. Kaedah ni sebagai pembelajaran utk awliya untuk mengenal huruf, bunyi dan warna. Macam-macam video menarik yang ada kat youtube tu. Ada lif ba ta song juga. Kalau makan di luar, kitaorg akan pasangkan video ni, barulah awliya kusyuk dan dok diam dalam baby chair tu. Senang la mama dan ayah nak menikmati makanan kan hehe.
  •  Sangat lasak ketika tidur. Baru-baru ni jatuh katil di kampung masa kami balik raya cina hari tu. Nasib baik katil rendah je. Terus kami buat keputusan tidur di bawah je lepas balik ke rumah kami. Sebab katil kami agak tinggi sebab tilam tebal. Bahaya oooo kalau jatuh. Mau benjol kepala tu.
  • Dah mula angkat bontot dan dada. Tapi tak pandai angkat serenak hehe. ah bila la nak merangkak. Dah lama mama tunggu tau!!!ke awliya nak skip merangkak tu, nak terus berjalan kot sebab dia lebih suka berdiri dan cuba berjalan dari meniarap dan angkat bontot. 
  • Pandai bergurau dah...suka main cak-cak. Comelll sgt.
Huuurrmmmm apa lagi ye...ingat je yang mama ingat setakat ni. Seronok sangat tengok perkembangan anak depan mata. Rasa macam nak menghadap dia 24 jam je. hahaha...tapi kalau tang mengamuk dan meragam tu, kita pun stress gak kan...hehehe.

Mama doakan awliya sentiasa sihat dan membesar dengan jayanya aminnn.

                           
6 bulan :
boleh berdiri dengan memegang sesuatu. Bukan main suka yerr...



7 bulan :
 dada dah angkat tinggi...montot tak lepas lak nak angkat serentak. Macam mana nak merangkak ni !!!


p/s: Lepas ni, kita tengok lak akal budak kecik ni masa 8 bulan..pasti lebih mencabar untuk mamanya...huhu...tunggguuuu!!!



Wednesday, February 27, 2013

DEMAM CAMPAK diusia 7 bulan

Dah 2 hari hani terpaksa ambil cuti kecemasan disebabkan awliya demam. Awliya mula demam hari jumaat 22/2/2013. Ingatkan hanya demam biasa jer, tapi rupanya demam campak. Sebab hani perasan badan awliya mula naik bintik-bintik merah. Kesian sangat tengok dia..menangis je. Ragamnya, masyaAllah...lebih teruk dari demam biasa tu. Nak berkepit sentiasa dengan mamanya ni. Susu taknak minum, makan pun tak nak...ya allah,hati ibu mana yang tak risau bila tengok keadaan anak macam tu. Suhu badan awliya dah mencecah 38.79'c. Terus bawa awliya ke klinik panel. Doc just bagi ubat bontot utk kurangkan panas badannya, ubat demam dan ubat calomine utk sapu di tempat bintik merah tu untik kurangkan kegatalan. 

Keadaan paling teruk sekali bila bintik merah tu dah memenuhi betis dan kaki awliya. Masa ni dia mula menangis sepanjang masa, kalau baringkan mesti dia berguling-guling. Mesti badan dia rasa gatal sangat tu. Rasa nak menagis sama bila tengok anak camtu. Untuk kurangkan gatal tu, hani kerapkan bagi awliya mandi gunakan air suam. Bila lepas mandi, keadaan awliya ok skit. Dan terus hani sapukan krim calomine tu. Dalam hati tak henti-henti berdoa semoga awliya sembuh.

Nasib baik awliya demam pada hari jumaat, so sabtu ahad hani tak perlu la ambil cuti kan. Hari sbtu, demam awliya dah semakin kebah. Cuma bintik merah tu masa untuk kering sebab dah keluar air skit.

Hari isnin, hani masih sambung cuti, nak awliya pulih sepenuhnya sebelum hantar ke rumah bbysitter. Lagipun doc dah nasihatkan supaya jangan hantar lagi ke rumah babysiter, sebab demam campak ni boleh berjngkit dengan budak-budak yg lain. Masa ni awliya dah mula minum susu semula cuma makan je masih sedikit lagi. Tak pelah wahai anak, janji kamu minum susu.

Dulu hani kena demam campak masa sekolah rendah, tang anak cepat pulak kena. Orang kata demam campak ni kena sekali je...tp ada juga orang yang kena 2 kali kan. Tak tentu juga. Harap-harap jangan la awliya kena lagi..aminnn.

muka budak demam

alahai...sayunya tengok anak mama menangis macam kena dera bila disuruh makan ubat





Daun semambu untuk demam campak
Masa ni hani tak tahu pun pasal petua ni, bila masuk ofis, ramai rakan yang bagitahu petua ni untuk kurangkan demam campak. Susah juga kan nak cari daun bambu tu di bandar KL ni. Kalau di kampung senang juga. Sebenarnya tak pernah tengok pun daun semambu tu...ahaksss. Terus google cari gambar.

Biasanya daun ni ada di kawasan rumah india, sebab menurut kepercayaan mereka..daun ni buatkan rumah mereka sejuk. Jadi kebanyakkan kaum india akan tanam pokok ni di kawasan rumah mereka atau letakkan daun di muka pintu rumah. Rupanya macam daun kari pun ada.

Pelbagai cara kita boleh gunakan daun semambu ni. Antaranya :

Tips 1: Rebus daun semamdu, campur dengan air suam dan mandikan. Gosok-gosokkan anggota badan dengan daun tu.

Petua 2: Daun semambu tu buat alas tidur untuk kurang rasa gatal/miang pada badan.

Petua 3: Tumbuk daun semambu sampai halus, campurkan dengan bedak sejuk. Kemudian tepek dekat badan. Dapat hilangkan panas dan kesan merah pada badan.

Insha allah, kita berusaha dan berdoa.


sumber: www.ajumohit.com













Wednesday, February 20, 2013

BERAS PERANG untuk bubur Awliya

Sebelum ni tak pernah tahu pun ada beras perang..
Beras-beras yang lain tu tahu la jugak kan.
Masa google pasal solid food awliya, ada la terbaca beras perang ni lebih baik dari
beras yang biasa tu. Seeloknya bubur untuk baby kita dibuat dari beras perang.

Semalam masa ke kedai, teringat pasal beras perang ni.
Terus je beli. Beras perang ni pun ada macam-macam jenama.
Harga dalam linkungan RM4.80-RM11 mengikut jenama untuk pek kecil 1kg.
Hani beli jenama FLORAL dengan harga RM4.80. Beli di kedai ubat cina lebih murah.
Kalau susu awliya pun hani akan beli di tempat yang sama,
melainkan kalau tak sempat beli kat kedai tu, terpaksa juga la beli di Giant atau Jusco - beza harga banyak tu.

Ok, berbalik kepada cite beras perang ni, malam tadi dengan bersemangat nak try masak beras ni.
Memandangkan sekarang ni awliya kuat makan, mama pun kena rajin memasak.
Seperti biasa, hani akan masak bubur awliya untuk bekalan keesokkan harinya.
Masa nasi menggelegak, bau beras ni sangattttt la wangi. Macam masak beras wangi siam je.
Sampai mama pun terasa macam nak makan bubur tu...hehehe

Setiap hari awliya akan bawa dua bekalan, untuk sarapan pagi dan makan tengahari.
Pagi hani akan bekalkan oat+buah+kismis.
Manakala utk makan tengahari bubur+sayur+ayam+kismis/kurma. (menu bertukar-tukar)

Walaupun beras perang ini agak mahal berbanding beras biasa, tapi jika dilihat kebaikkannya....
pasti kita tidak akan berkira berkenaan harga kan.


Kebaikan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.


Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.


Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang?

Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.


Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks


Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.


Nota kaki: setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak.








Sunday, February 17, 2013

kitchen cabinet::lukisan 3D


Last week hani dah terima email dari mr david yang menghantar lukisan 3D kitchen cabinet. Cepat juga siapnya. Hari selasa datang mengukur, hari khamis dh dapat lukisan 3D ni. Quotation dgn harga yg terkini pn dh dpt...harga pn kurang skit dr hrga asal sebab di bahagian wet kitchen tak sesuai buat cabinet sebab kawasan agak sempit. Actually wet kitchen tu asalnya adalah yard...sebab tu kecik. Tapi hani jadikan yard tu sebagai tempat memasak. So, cabinet hanya dibuat di bahagian dry kitchen.

Memandangkan konsep rumah kami adalah moden, warna pilihan semestinya hitam putih. Kurang nampak kotor ketika memasak kan. Lagipun senang nak match semua warna dinding kan hehe.



Macam ni la design kabinet dapur rumah kami...simple je, ok tak??2


Wednesday, February 6, 2013

Kitchen Cabinet: Finally....confirm!!!!

assalammualaikum semua,

waahhh, lamanya tak update blog....
walaupun banyak benda nak disharekan, tapi nak update tak de mood pulak..
kesihatan tak berapa nak mengizinkan sejak kebelakangan ni.
Batuk dan selesema yang agak teruk.
Awliya pun sama, kesian si kecil tu.
Kalau kita yang besar pun rasa tak selesa, inikan pula insan kecil tu....
Ya allah, berikan kesihatan yang sempurna pada anak ku.

Okehh, hari ni nak share pasal pencarian kabinet dapur kitaorang yang dah sekian lama
tertangguh. 
So, hari minggu yang lalu, hani ke Intech Kitchen Sdn Bhd di Bandar Teknologi Kajang.
Hani dapat tahu pasal Intech Kitchen ni pun dari google.
Ramai yang bagi feedback yang baik. Dan ada yang cakap harga di sini agak murah
berbanding kedai-kedai yang lain dan servis amat memuaskan hati.
So, cadangnya nak survey dan kalau harga ok, memang hani dah buat keputusan
nak confirm terus je. Dah malas nak survey tempat-tempat lain...
Maklum la, ada anak kecik ni...bukan senang nak keluar selalu kan.
Dengan bersemangatnya kami ke sana. Sampai pun dah agak petang, nasib baik kedai tutup pukul 8 malam.
Senang juga nak cari kedai ni. Bila sampai di kawasan Bandar Teknologi Kajang, ikut je
signboard Intech di tepi-tepi jalan. Insya allah tak sesat.

Masa sampai dekat showroom di tingkat atas, ramainya customer.
Kena la tggu dalam 20 min juga untuk di entertain.
Sales person yang layan kami namanya Jessica.
Terus hani keluarkan ukuran dapur dan minta Jessica buat quotation.
Hani minta quo untuk 3 jenis material iaitu Melamin ABS, 3G glass door & 4G glass door.

Kira punya kira, akhirnya siap juga anggaran.
Niat dihati nak buat kabinet yang paling murah, bujet pun ciput je kan.
Dan semestinya pilihan melamin, sebab itu yang paling murah kan.
Tapi bila tengok pada quo tu, harga :
Melamin = RM7K++
3G glass door = RM8k++
4G glass door = RM9k++

Ehhh....tak banyak beza kan. Dari niat nak buat melamine je, terus nak buat 3G, dari 3G pulak terus nak buat 4G hahahaha....sebab 4G lagi lawa. Beza pun dalam 1K++ je dengan 3G. Adoiii over bujet pulak !!!!!
Hani pernah survey dekat beberapa kedai, anggaran untuk melamine memang dalam lingkungan 7k tapi kalau untuk 3G sahaja dah cecah 12k-14k. Tapi dekat Intech ni, 3G dan 4G bawah 10K...waaahhh murah banyak tu!!!

Bincang dengan en asben, akhirnya kami decide buat 4G. Sekali buat biar puas hati kan.....baru la bersemangat nk masak chheeewaaaahhh !!!! [alasan semata-mata]
Kam i bayar deposit sebanyak 1k, dan terus booked tarikh pemasangan dulu.
Itupun dapat tarikh 1 April (masa besday i tu...hehe), sebab sepanjang Februari dan Mac dah fully booked.

Semalam staff Intech, Mr David telah datang ke rumah kami untuk ambil ukuran yang tepat
dan akan buat drawing. Masa mengukur, Mr David akan beri pandangan apa yang sesuai dan tidak sesuai mengikut keadaan ruang dapur kita.
Dan masa ni baru kami confirm kan kaler kabinet dapur yang dipilih.
Invoice terbaru akan dikeluarkan setelah ukuran baru dibuat. Barulah dapat tahu harga yang sebenar-benarnya. Setakat ni servis di Intech memuaskan hati.
So, kita tunggu progress seterusnya pulak ye.
I'll update later ^_^.

p/s: Tak sabarrrr nya nak tggu pemasangan kabinet. Dapur umah dah tonggang langgang
sebab takde tempat nak simpan barang-barang.


showroom di tingkat atas...bawah ni pulak kilang diaorang sendiri

inilah rupa 4G Glass Door....pintu tu boleh letakkan
black mirror glass...nampak berkilat je, cantikkk kan !!!




model kecik sibuk nak masuk gak dalam gambooo....








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...