Thursday, March 21, 2013

Petua hilangkan BATUK dan SELESEMA

Hari ni hani nak share tentang petua/penawar jika anak mengidap batuk dan selesama.
Awliya baru je sembuh dari batuk dan selesema yang teruk. Lama sangat, berminggu-minggu. Hani gunakan ubat batuk dan ubat selesama dari klinik, tapi masih tak nampak kurangnya.
Sangat kesian tengok keadaan awliya, tak boleh tidur sebab hidung asik tersumbat dan sekejap-kejap batuk menyebabkan dia terjaga dari tidur. Bila tidur pun, nafas berbunyi. Ye bunyi kahak sangat kuat.

Dan akhirnya Hani cuba petua orang dulu-dulu, gunakan kunyit hidup. Nasib baik di rumah ofismate ni ada kunyit hidup. Minta pada dia je. Lepas potong kulit, hani sapukan kunyit tu dari ubun kepala sehingga ke hidung. Masa ni memang susah juga nak pakaikan pada awliya, menjerit dia marah...tak dok diam betul. Alhamdulillah, ia sangat berkesan. Dan semestinya dengan izin Allah kan. Ye, sekali je hani pakaikan pada awliya, keesokkan harinya selesema dah batuk tu terus hilang setelah hampir sebulan awliya menanggungnya.

Jika masih tidak sembuh, hani dan asben ambil keputusan untuk bawa ke klinik pakar kanak-kanak. Nampaknya petua orang lama ni berkesan juga kan. Jadi, jangan pandang rendah pada petua orang dulu-dulu. Sekarang ni awliya dah kembali aktif...ohh sangat aktif sebab dia dah sihat kan. Mama pun senang hati :-)

Mungkin ada lagi petua yang lain yang berkesan juga. Setakat ni hani baru try petua ni je. Kalau kawan-kawan ada pengalaman menggunakan petua yang lain...meh la kongsi sesama.
Sharing is caring kan :-)


ni la rupanya kunyit hidup...siap batang pokok kunyit pun ada lagi...hehehe..tq CC aswad



Tuesday, March 19, 2013

Bila kali pertama terjun POOL

Setiap kali nak ke tempat parking, awliya mesti excited tengok pool.
Sebelum ni kalau lalu pool, bagi dia rendam kaki dan main-main air je dulu.
Dah banyak kali nak bawa awliya terjun pool, tapi tak berkesempatan je.
Selalu hari cuti mesti ada hal di luar.

So, minggu ni tak kemana-mana pun. Bila petang terus turun bawa awliya ke pool.
Bukan main seronok dia. Disebabkan tangan tak dok diam, sambil naik pelampung kapal
tangan tu sibuk nak pegang air, terus kapal tak stabil dan terbalik....
mama pulak tengah sibuk snap gambar...tak sempat nak capai.
haaaa....tercungap jugak dia, tertelan air rasanya...sampai terbatuk-batuk.
Tapi tak menangis pun. Gud girl sayang.
Nak pandai berenang...kena la lemas dulu kan.

ada juga mama keluarkan awliya dari kapal ni, dan bagi dia berendam dalam air sambil dukung dia...
so far, awliya nampaknya  tak takut air....

Next time mandi tak yah guna pelampung tau....
Nanti mama ajar awliya berenang...nanti boleh pandai berenang macam Bella anak Dato Syed Muzaffar tu *perasan
Mama ada Bronze Medallion dan Sijil Penyelamat dari Persatuan Penyelamat Kelemasan M'sia tau....haaaa mama pandai berenang tau...jgn tak percaya....ngeh2x



 
muka steady je...sebelum kapal terbalik....heee
 
 
bergurau senda dengan mama




 
 'mama, syoknya naik kapal ni'


takut la pulak dengan air terjun ni...pegangn ayah sampai tak lepas



 

p/s: masih mencari lagi baby swim wear untuk awliya ni.....

Friday, March 15, 2013

Check up 8 bulan

13/3/2013

Hari ni ada appoinment untuk check up 8 bulan
Kali ni appoinment sebelah petang.
So, pagi mama angkut awliya ke ofis...senang nanti terus je
ke klinik, tak payah nak singgah ke rumah pengasuh kan.

Seronok betul awliya datang ke opis mama, kejap orang ni
ambil...kejap orang tu lak ambil....hehe bukan main suka la dia...
walaupun dah mengantuk sanggup tahan mata tu...

Dalam pukul 1, kita orang keluar dari ofis dan terus ke klinik sebab appoinment pukul
2 petang. Sampai je klinik, orang pun tak ramai.
Next time nak minta petang juga la, tak de lah stress menunggu macam sebelah pagi.
Awliya pula sangat la suka pergi klinik, bukan apa...dia suka tengok ramaiiiii baby kat situ...hehehe

Untuk check up 8 bulan, hanya ambil berat, tinggi dan lilitan kepala sahaja.
Nanti dah setahun baru ada cucuk semula. Bila timbang, alahaiiii....sikit je naiknya.
Tak sampai pun sekilo. Makan kuat, dukung pun dah terasa berat.
Nurse tanya awliya makan apa? Hani cakap la bubur, oat, barli dan buah-buahan.
'Nurse pn cakap tak pe berat naik sikit je...
Janji dia nak makan dan aktif. [masa sesi konsultansi dengan nurse pun budak kecik ni tak dok diam, berdiri atas peha mama sambil tangan dok ketuk2 meja nurse tu....mulut pun membebel sekali..adoyaaiiii]
Biasalah budak bila dan melasak, berat  badan tak banyak naik walaupun makan banyak.
Lagipun badan dia memang halus je ni...macam mama dia juga....'

errrkkk...mama dia halus ye???berat mama dia tak berapa nak halus lerrrr...ngeh..ngeh

So far perkembangan awliya ok, masih dalam graf mengikut kata nurse tu...
Dah siap semua, yeeaayyy dah boleh balik. Next appoinment pada 8/7/2013.
Tak sampai satu jam pun, syoookkk betul.

Nak balik ke rumah macam awal lagi, jadi mama ajak ayah ke Jusco Taman Equine
untuk cari swim wear untuk awliya....sian budak kecik ni, tak sabar dah nak masuk dalam
pool..tggu weekend ni yer mama ajar awak swimming...^_^
Tapi hampa, tak banyak pilihan...lepas tu mahal bangatttt...sampai RM70 sehelai.
Tak pe lah, nanti mama beli online...lagi murah !!
Eh..bukan berkira dengan anak, cuma rasa tak berbaloi dengan harga tu...
Baik mama beli baju jalan-jalan kan...lg comel-comel.





akhirnya tertido juga setelah sekian lama menahan mata....



Wednesday, March 13, 2013

bila kecik-kecik dah pandai MEMANDU

  
Lepas je balik umah dari My Dear Warehouse hari tu [post ini]...terus mama excited suh ayah pasangkan kete awliya ni, tak sabar nak bagi budak kecik tu memandu hehehe....


ok, kita tunggu ayah sambungkan stereng ngan tayar ye..



yeeeaaaa....dah siap, bole mula memandu




eh...nanti...sebelum tu check keadaan kete, supaya semua dalam keadaan baik




okeh...standy, hidupkan enjin



vvvrrrooommmm...............vvrrrrroooommmmmmm



p/s: budak kecik memang kelakar kan.....


Monday, March 11, 2013

My Dear Warehouse Sale 2013

Dah lama sebenarnya nak pegi  Mydear Warehouse sale ni, tapi
selalu tak berkesempatan....tapi kali ni berjaya juga
mengajak en suami ke warehouse ni...
Mydear ni selalu juga buat sale....kiranya setahun ada la 2-3 kali kot.

Sale ni dari 22 feb-10 march 2013. Kiranya hani pegi ni
dah hari-hari terakhir la...

Niat di hati nak cari car seat untuk awliya..
Memandangkan car seat lama dah tak muat [post ini].
Tapi macam biasalah, niat nak beli car seat mesti tersasar
dengan membeli benda lain juga.hehehe

Memandangkan baru 1st time sampai sini, semua barang hani nak survey.
Tapi biasalah kan, dah hujung-hujung ni barang pun dah tak banyak macam hari 1st kan.
Macam-macam barang baby ada. Car seat, buai, nursing pillow, barang mainan, stroller, tilam
dan katil, kerusi makan dan macam-macam lagi la. Harga lebih murah dari harga pasaran.
Berbaloiii juga. Stroller banyak juga pilihan, cantik-cantik oooo.....[tak sempat snap gambo sebab ada ramai pekerja kat area stroller tu]

Gambar tak banyak sangat snap, sebab kalau ikutkan tak boleh ambil gambar dalam ni.
Ni pun ambil gambar curi-curi je guna tab hehehe....


 






 
 nanti awliya dah besar skit, mama belikan beskal ni pulak ye....








okeh...jom kita cari barang yang nak dibeli dulu.

Kami mula mensurvey car seat.
Yang ni memang best...lembut je span tempat duduk tu. Nampak selesa. Harga RM399.
Harga asal RM 579.90...over bujet pulak, ok tolak tepi.



Yang ni harga RM 150...dah berkenan sangat dengan warna tapi rupanya yang ni tak boleh adjust
 untuk baringkan. Duduk sahaja. Rasa macam rugi la pulak beli kan.

 


haruslah testing kan......




 
semua benda nak masuk mulut tau !!!!


haaa.....yang ni ok juga. Harga RM260. Harga asal RM399.90
Boleh adjust untuk duduk dan baring.
Ada tiga pilihan warna - merah, coklat dan oren

 





yeeaaaaa......dah dapat car seat awliya. Beli kaler oren sebab kaler gelap, tak mudah kotor.
Warna merah dan coklat tu, ada kaler putih sikit.

Kemudian, cari lak mainan kete ni untuk awliya. Cari yang murah je.  Banyak juga pilihan.
Harga antara RM41-RM100. Hani cari yang biasa, harga paling murah la kan. Ye la, tengok fungsi lebih kurang sama je dengan yang mahal kan, beza sikit-sikit je. Lagipun bujet dah habis dekat car seat.



Awliya rambang mata tengok banyak kete mainan kat atas.
Ok, mama belikan untuk awliya yang ni ye...nanti balik umah main la puas-puas.
Harga RM41. Harga asal RM56.90



Lepas ke Mydear Warehouse, kami ke kedai lampu pula..nak menggantikan lampu-lampu yang dah rosak kat umah tu. Kemudian ke IKEA, mama nak shopping barang mama lak...
Ayah dah geleng-geleng kepala...ahakkksss. Layankan je la.

Kami sampai rumah pukul 10.00 malam. Masing-masing pengsan kepenatan.........

p/s: puas ati dapat cari barang yang nak dibeli.





Saturday, March 9, 2013

Tanda Lahir

Lepas baca entry ekin psl tanda lahir si zara,
tetiba hani pun teringat pasal tanda lahir awliya...
ye..awliya pun ada tanda lahir...
Yang uniknya, tanda lahir awliya sama dengan tanda lahir
mamanya...di KAKI.
Ni baru namanya 'LIKE MOTHER, LIKE DAUGHTER'.
Adik perempuan hani pun ada tanda lahir di kaki.

Hani perasan tanda lahir ni masa awliya umur 2 bulan.

Masa tu kulit awliya kering dan mengelupas...nak salin kulit la kan.
Masa tu ingat tanda tu hilang lepas dapat kulit yang baru.
Tapi tengok-tengok kekal...sampai la sekarang.
Jadi hani anggap itu adalah tanda lahir.
Tanda tu sangat jelas. Dan sesiapa yang tengok akan tanya
'kenapa dengan kaki awliya tu?'....sebab kelihatan macam parut luka.

Nasib baik tanda lahir tu di kaki kan, so boleh la cover.
Bila si ayah tengok tanda lahir tu, mesti ayah cakap
'ikut mama la tu, kaki jalan bila dah besar nanti'
Orang kata siapa yang ada tahi lalat @ tanda lahir dekat kaki
mesti kuat jalan. Ye ke????

Eh...tapi bukan dah besar nanti, nampaknya awliya memang kaki jalan
dari baby ni...sebab dia memang suka sangat kalau kitaorang bawa keluar jalan-jalan.
Tak kira la pegi shopping ke, pegi taman ke...pegi la mana-mana pun
Dia takkan meragam...kalau mengantuk pun sanggup tahan mata.
Dia suka tengok orang, tengok keadaan sekeliling...tengok semua benda.

Sebenarnya kan, hani rasa awliya memang kaki jalan sebab dia dah biasa jalan-jalan masa
dalam perut lagi. Dah merata-rata mama bawa bawa awliya jalan.
Pegi Sabah, Langkawi, Vietnam, Perth.
Haaa....mana taknya anak pun ngikut maknya ni...hehehehehe

Ayah slalu cakap dekat awliya 'nanti dah besar teman mama g jalan-jalan...
Tak yah ayah temankan dah, bole ayah dok umah je, lagi syokkk'

Arrrghhh mama pun tak heran kalau ayah tak nak teman...awliya kan ada huhuhu...
Janji mama ada geng kan...nti kita pegi melancong dengan Jari Manis ye hehehe...




Friday, March 8, 2013

Kronologi: BERSALIN (Part I)

Alahai...anak dah besar baru nak buat kronologi bersalin hari tu hehehe....
Maklum la, tak sempat nak buat review....
Ni pun dok mengingat semula peristiwa bersalin....errrkkkk tapi bila teringat
terasa-rasa lak sakit hari tu.

Hani sekadar nak share pengalaman semasa bersalin hari tu...
Untuk panduan bakal-bakal mummies juga. 
Setiap orang berbeza pengalaman kan, apa salahnya kita share bersama.
Bukan tujuan untuk menakutkan bakal-bakal mummies di luar sana.
Sakit bersalin ini memang tiada ubatnya, hanya DOA kepada ALLAH supaya
dipermudahkan kita bersalin. - insha Allah

Tapi percayalah, dan setiap ibu pasti mengakuinya....
Sakit itu HILANG bila terdengar suara baby dah melihat wajahnya....
Hanya air mata mengalir tanda SYUKUR dan GEMBIRA

Post ni dah lama dlm draf...cuma tak habis tulis je. Agak panjang....harap-harap korang tak bosan membaca eh !!! ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumaat (06/07/2012)

5.00 am: Tiba-tiba terbangun dari tidur sebab terasa sakit perut. Sakit macam nak membuang air besar. Lepas pergi toilet, barulah lega sikit. Pukul 630 bgn semula untuk solat Subuh. Hani bagitau en suami, tak nak pegi keje sebab sakit perut. Masa tu tak tahu pun sakit contraction tu macam mana kan...so ingtkan sakit perut biasa la. En suami pn kata dia tak nak pegi keje sebab risaukan hani. Lagipun en suami pun sakit perut jugak. Mungkin sebab kami makan nasi kandar semalam.

7.00 am : En suami keluar beli breakfeast. Lepas makan, hani mandi. Masa mandi ada terasa lendir bercampur darah. Tapi skit sangat pun. Terpikir mungkin 2-3 hari lagi akan bersalin bila ada tanda-tanda awal camtu. Lepas dah mandi, sambung tidur semula.

1.00 pm: Bangun tido (tak senonoh bgn tghari bute hehehe)..terasa sakit perut lagi..pegi membuang lagi, lega. Penat asik nak ke toilet je. Confirm kena cirit-birit ni. Lepas tu, hani mengemas rumah, mop lantai satu umah. Macam-macam keje hani buat wlaupun perut memboyot. Tak reti nak dok diam kalau ada kat umah huhu...Bila dah penat, barulah dok berehat.

5.00 pm: Terasa sakit perut lagi, tapi kali ni lain macam je. Rasanya macam dah tak de bahan nak membuang dah. Hani ajak en suami pegi klinik panel, nak check dan amik mc sekali. En suami ajak pegi HUKM terus, mana tahu nak bersalin dah ke..Masa ni tak terasa sakit pun tapi ikut je la cakap en suami. Terus kemas-kemas beg dan beg baby sekali. Hani memang dah daftar untuk bersalin di HUKM.

5.30 pm: Keadaan jalan memang jem. Maklumlah time orang balik keje, hari jumaat pulak tu kan. Masa ni perut makin sakit la pulak, tapi dalam 20min sekali je. Masih bole bertahan lagi. Masa sakit hani tarik nafas dalam-dalam dan hembus, alhamdulillah kurang sikit sakitnya.

7.30 pm: Sampai di HUKM, terus buat pendaftaran. Masa ni tak de pesakit lain pn kat pendaftaran. Hani sorang je. Masa daftar nursepun bertanya:
Nurse: dah rasa sakit nak bersalin ke?
Hani: ha'a..sakit sikit-sikit je (padahal tak tau pun sakit bersalin tu macam mana)
Nurse check tekanan darah & suruh pegi kencing.

8.00 pm: Lepas bagi air kencing kt nurse, nurse suruh masuk bilik dan baring atas katil. Masa ni nurse dah suruh buka kain dan underware. Berdebar lak, ingatkan nak kena bersalin dah hihi. Sebelah hani ada mesin utk amik CTG. Lamanya dok dlm bilik ni, ada la dekat sejam kot, bosan gilerrr....en suami pula kat luar. Nak ilangkan bosan, hani pandang jer la kertas yang ada graf yg menunjukkan contraction...masa ni pun tak sakit sgt, sakit kjap-kejap je..masih boleh bertahan.

8.30 pm: Terdengar nurse call doc...sekali datang sorang doc lelaki melayu...adoiiii segan lak rasanya..terus doc tu cakap nak check bukaan. Kena seluk la ni...perasaan masa ni semua ada, nerbes+takut+malu...huhu
Doc suh tarik nafas, dan dengan lafaz bismillah..doc tu terus seluk. Addddooiiiiiiiii........eh!eh! sebenarnya tak sakit sangat pn hehehe, masih boleh bertahan. Doc bgtau dah buka 4cm....errkkk terkejutttt den!!! Terus doc kata nak pecahkan air ketuban. Doc masukkan benda plastik panjang ke tempat bawah tu, rasanya itulah alat untuk pecahkan air ketuban. Lepas tu hani terasa ada air suam-suam mengalir. Itulah air ketuban rupanya. Masa ni tak sakit pun. Doc biarkan hani dalam beberapa minit. Tak lama lepas tu, barulah hani terasa sakit yang teramat. Masa ni tak tau nak ngadu kat siapa, en suami kat luar bilik lak. Doc masa tu tengah mengadap komputer. Terus hani cakap 'doc, sakit sangat ni'....Then doc bole lak jawab 'sabar ye puan, tak lama je lagi tu...sakit sikit je'. Uuuuwaaaa rasa cam nak nangis je ni. Tapi tak lama pas tu, sakit tu hilang pulak.


9.00 pm: Kena tolak masuk dalam labour room. Masa ni kena naik wheel chair, padahal hani rasa masih boleh berjalan lagi..hehe. eksen sungguh. Naik jer la, nurse dah suruh. Best gak ada orang tolak, tak yah susah-susah nak jalan kan. Keluar dari bilik barulah dapat jumpa en suami, terus cerita kat dia apa yang berlaku, boleh lagi gelak-gelak masa tu hihihi.

Sampai labour room, nurse suruh tukar pakai baju hospital. Sambil tu dia tanya:

Nurse: 'Awak ada minum air selusuh ke'?
Hani: Takde nurse, tak sempat pun nak minum lagi [walaupun ada bawa]
Nurse: Awak jangan minum lagi, nanti awak makin sakit tapi tak de bukaan je. Nanti kalau dah 6cm camtu baru boleh minum
Hani: ooo...ok

Hani terus baring. Nurse masukkan ubat dekat punggung untuk bagi buang air besar. Supaya kita meneran nanti tak la keluar benda yang tak sepatutnya kan hehe. Terus lepas tu ke tandas sebab rasa macam nak membuang dah. Dah selesai masuk semula dalam bilik dan terus kena baring sambil kangkang. Adooiiii malu lagi sebab bukan rasa nak bersalin pun lagi. Macam jadi bahan pameran je 'anu' kat bawah tu. Lebih memalukan yang teramat sangat bila ada student praktikal. 2 lelaki melayu dan seorang perempuan cina. Nasib baik en suami boleh teman sepanjang masa dekat labour room ni. Sambil-sambil tu masih boleh lagi sembang dengan en suami. Gelak-gelak sambil menghilangkan nerbes. Macam tak caya je nak dah nak bersalin ni weeeiii. Tapi setiap kali sakit, hani akan tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Seriussss tau, sakit tu kurang la sikit. Sakit tu memang terasa tapi masih boleh tahan lagi. Sambil-sambil tu mulut ni tak henti-henti membaca doa nabi yunus dan mana-mana ayat yang teringat. Masa ni juga minta ampun dengan en suami. Masa ni la baru teringat banyak dosa hehehe, takut susah bersalin kalau suami tak ampun dosa lak kan. Pastu takut juga kalau umur tak panjang ketika ini. Masa tu berdoa supaya Allah panjangkan umur hani untuk melihat dan dapat menjaga amanah Allah ni. 'Abang ampunkan semua dosa sayang'. Sayu sangat masa ni. Semoga allah permudahkan segalanya. *rasa nak menitis air mata ketika menulis post ni

9.30 pm: Lebih kurang sejam, sakit makin kerap. Masa ni baru rasa sakit sangat. Ni rupanya sakit contraction yang sebetulnya. Doc bagitau kena tunggu dalam 4-5 jam lagi untuk tunggu bukaan sampai 10 cm. Skrg baru buka 4cm. Fuuuuhhhh rasa macam nak nangis je kalau kena tunggu lama camtu. Nurse cakap 'kalau nak meneran bagitahu kami, jangan meneran sebelum masanya....nanti awak punya koyak teruk'. Masa ni memang risau. Selagi boleh tahan, hani akan tahan dari meneran. Macam kita tahan nak buang air besar kan...

Lama-kelamaan, terasa sakit yang teramat sangat. Macam ni la rupanya sakit nak bersalin. Pegang tangan suami sampai tak lepas. 'Abg, sakitnya...sakitnya' itu je lah yang dapat ngadu kat suami sambil mulut tak henti membaca ayat kursi, fatihah...semua surah yang mana teringat, habis dibaca hehe.
Masa ni nurse cakap belum masanya lagi untuk meneran. Hani pun masih boleh tahan dari meneran lagi. Cuma sakit tu je yang tak dapat ditahan. Masa tengah menahan sakit, nurse datang tanya sama ada nak ubat atau tidak. Terus je hani angguk. Nurse terus bius ubat tahan sakit di punggung. Memang agak kurang sedikit. Kemudian budak praktikal tadi yang keluar masuk bilik tu bawa pulak alat yang lekap kat mulut tu. Dia bgtau pada en suami, kalau isteri sakit pakai benda ni. Nasib baik member ofis hani ada bgtau, jangan terlalu kerap pakai sangat benda tu boleh buat jadi ngantuk. So, hani memang guna sekejap je. Terus menunggu dan menunggu............


10.57 pm: Masa ni dah rasa tak tahan nak meneran dah. Memang dah nak terkeluar sangat-sangat dah. Masa ni hani pun bagitau nurse. Nurse, nurse....saya nak teran dah ni. Masa ni kepala jadi mamai sangat-sangat. Antara sedar dengan tidak je ni. Rasanya kesan ubat tadi.. Hani pun dengar nurse cakap 'ok...ok..dah boleh meneran dah, saya tolong bukakan laluan [kena potong sedikit sebab rasanya masa ni bukaan dalam 8-9 cm]. Tangan awak letak dekat buku lali, awak jangan angkat punggung, nanti koyak besar. Sekali push..tarik nafas...dua kali push..tarik nafas....kali ketiga push..ffffuuuuuhhhhhhhhhh...Dengar suara baby menangis.  Lahirkan AWLIYA NUR ZARA. Seberat 2.72 kg. Syukur ya Allah. Masa ni dengar doc cakap 'pandai awak meneran'. Syukur alhamdulillah dipermudahkan ketika bersalin. Syukur yang teramat sangat kerana sakit hani tidak lama.  

Nurse terus letak baby atas dada hani. Tapi masa ni hani terasa mengantuk yang teramat sangat. Kesan ubat tadi masih ada. Nurse tnya, anak lelaki ke perempuan? Dalam keadaan mamai, hani jawab 'perempuan'...Terus panggil 'adik...mama ni'. Masa ni nak angkat tangan pegang baby pun rasa tak mampu. Tak berdaya sesangat. Mata terasa berat.

Nurse terus bersihkan baby dan berikan kepada en suami untuk di azankan. Masa ni hani terus tertidur. Tapi masih dalam keadaan sedar sedikit. Setelah ayahnya selesai, nurse ambil semula baby dan baringkan di tempat baby. Dan en suami diminta keluar dari labour room tu kerana mereka mahu mulakan proses jahit-menjahit....*to be continued...bab yang sangat-sangat menguji kesabaran. Memang masa bersalin mudah, rupanya Allah duga ku ketika ini.....

Awliya - Kekasih
Nur - Cahaya
Zara - Puteri
 ................ mama & ayah

hari pertama melihat dunia.....alhamdulillah




awliya bersama ayah...

Tuesday, March 5, 2013

BERSYUKUR lah ketika senang dan susah

Alhamdulillah....syukur di atas rezeki yang Allah berikan.
Hari ni dapat 'berita' gembira, minggu lepas pun dapat 'sesuatu'
yang menggembirakan. Syukur pada Mu ya Allah.

Sesungguhnya, bermacam-macam cara Allah berikan rezeki pada kita kan.
Anak, kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, dipermudahkan semua urusan,
senang hati, kerja yang baik, harta dan macam-macam lagi rezeki yang kadang-kadang
kita tak jangka pun.

Pernah dulu hani ditimpa pelbagai musibah dalam masa yang sama.
Masa tu asyik pikir, ya Allah...banyaknya dosaku sehingga aku diduga sebegini.
Jika dugaan ini dapat mengurangkan dosaku, aku redha dan pasrah.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Penyanyang, ada ketika DIA
berikan kita pelbagai dugaan....dan tidak selama-lamanya dia akan berikan kita dugaan.
Ada ketikanya...DIA gantikan semula dengan rezeki yang kita tidak pernah jangka.
Oleh itu, kita kenalah bersyukur ketika senang dan juga susah kan.

Ehhh....eehhh macam ustazah la pulak hari ni...
Hehehe...bukan apa, ni nak mengingati diri sendiri ni yang kadang-kadang selalu
LUPA.

Berbalik pada berita gembira tu, korang nak tahu apa dia??? - walaupun korang tak nak tahu dan tak heran pun kan kan .....*ahaaakksss
Nantilah hani share kan ye....perkara yang gembira, mesti la nak dikongsi bersama
kan. Insha Allah..

Last but not least, nak gak tepek gambar terbaru budak kecik ni masa pegi kenduri hari sabtu yang lepas....



Anak-anak kesayanganku #Awliya & Riquelme# (awliya's cousin)#02Mac2013#


Monday, March 4, 2013

Dah tiba masanya beli CAR SEAT ???

Minggu lepas masa hantar awliya ke rumah babysitter, baru perasan...
car seat yang ada dalam kereta ni, dah tak muat untuk awliya.
Kaki dah terjulur keluar, maklum la budak tecik ni dah semakin tinggi.

Car seat ni memang jarang digunakan.
Hani akan guna kalau hani kena drive sendiri masa en suami ada hal.
Tapi setakat ni hanya hantar awliya ke rumah pengasuh yang  5 min je dari umah.
Selain dari tu, pernah guna masa perjalanan bawa awliya ke ofis. - dlm setgh jam dari umah
Jauh dari tu tak pernah lagi...dan rasa tak confident.

Kalau balik kampung di kelantan pun, awliya tak nak duduk dalam
car seat tu. Errrkkk korang dapat bayangkan tak macam mana mamanya kena
pegang sepanjang jalan..Kalau dok diam-diam tak pe jugak, tapi sepanjang jalan ke hulur ke hilir nak bergerak. Kejap main radio, kejap main gear, kejap turun kat tempat kaki...uuuuuwwwaaaa nak nangis mamanya ni dok layan tau !!! dah la jauh tu...

Car seat ni abg hani bagi sebab anak dia dah tak muat.
Tapi sekarang, nampaknya kena beli la kan car seat yang jenis duduk tu.
Sebab sekarang ni awliya dah tak nak baring dalam tu.
Kalau baring, sekejap je pun.
Lama-lama bila dah bosan, dia akan merengek dan berusaha nak bangun sendiri untuk
keluar dari car seat tu. - sekarang dia lebih suka dalam posisi duduk

Ada sehari tu, mama terpaksa berhenti tepi jalan untuk tenteramkan awliya yang meraung tak nak dok dalam tu..fuuuhhhhh sabor je la.
Tu yang sekarang tengah berfikir-fikir sama ada nak beli atau tidak.
Walaupun car seat ni jarang guna, tapi bila saat-saat diperlukan....rasanya memang kena ada kan.
Tapi tak de idea nak beli yang mana dan ciri-ciri apa yang diperlukan.

So, korang rasa perlu ke tidak beli ni?
Jenama apa yang ok ye dengan harga yang berpatutan??? - tengah survey ni




Kesian kaki kena bengkok sebab dah terlebih panjang....hehehe


p/s: Nak beli yang tahan lama...boleh pakai sampai anak 2, 3, 4...*errrkkk apakah??? heee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...