Wednesday, July 31, 2013

review buggy seebaby QQ1

Cuti hari minggu yang lalu, ajak en asben ke GM klang
Niat nak cari baju raya utk anak dara tu.
Tempat-tempat macam ni tak boleh nak lepaskan awliya berjalan.
Abis semua kedai dia masuk kang.
Ayah pulak dok mengeluh awliya ni dah berat, mengah nak dokong.

Terus mama nampak buggy comel ni.
Harga RM100.
Terus cakap dengan si ayah, nak beli buggy ni.
Mula-mula beli, risau juga awliya tak nak duduk dalam ni, ye la budak dah dapat kaki kan..
Nak berjalan sendiri je la.
Nasib baik awliya nak duduk dalam ni. Sedap je dia menyandar...
Tak la mengah ayah nak dukung lama-lama kan..
Lagipun buggy ni sesuai kalau nak bawa ke tempat-tempat yang sesak dengan
orang ramai, sebab takde la nak makan jalan sangat kan.
Dah la mama ni kalau shopping berjam-jam hehehe.
Stroller yang besar gedabak tu dah lama simpan dalam stor,
sebab awliya tak suka duduk dalam stroller.

Buggy ni memang fleksibel....ringan, kecil dan mudah nak buka tutup.
Jimat space dalam kete juga.
Tolak pakai sebelah tangan pun bole.
Sebenarnya yang hani beli ni jenis yang lama.
Itupun baru tahu sebab bila balik rumah, sibuk menggoogle buggy ni.

Rupanya ada upgrade version iaitu QQ2 yang diubah sikit dari QQ1 ni.
Kalau QQ1 tempat duduknya menegak skit berbanding QQ2 yang boleh dicondongkan sedikit
untuk baby baring.
Tapi tak pe lah, awliya ni pun bukan jenis kalau berjalan dia nak tido...
Jangan harap laaaa....dia sanggup tahan mata.
Jadi kalau tempat duduk menegak pun ok je bagi dia..

Tapi kalau dibandingkan dari segi berat, QQ1 lebih ringan...hanya 2.5kg.
Kalau QQ2 pula 3.9kg.
Korang boleh google kalau nak tahu spec buggy ni.
So far, puas hati dengan buggy ni...
Kitaorang letak dalam kete je, senang kalau nak guna di mana-mana nanti.


 QQ2 (upgrade version)
Harga: RM150


QQ1 (old version)
Harga: RM100

Jadilah awliya kan, dapat yang murah je....bukan selalu guna pun. Baju raya awliya dapat beli 2 pasang je hari tu. Mama tak puas hati betul....hehe...hari sabtu ni sambung shopping semula kat AEON pulak ye.

Wednesday, July 24, 2013

Awliya is 1 Years Old

Agak terlambat untuk hapdet blog kali ni.
Banyak perkara nak dikongsikan bersama.. - bujet macam ramai sgt la pembaca blog ni kihkih
Bz memanjang bulan pose ni.
Dan keadaan diri yang agak kepenatan sepanjang pose ni.
Alhamdulillah, setakat ni masih mampu berpuasa penuh.
Semoga sampai ke penghujung ramadhan.


6 Julai 2013
Alhamdulillah, Awliya dah genap 1 tahun.
Happy besday my little princess Awliya Nur Zara.
Semoga membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang solehah.
Mama dan ayah sayang Awliya dunia dan akhirat.

Mulanya mama plan nak buat majlis di rumah kami di Seri Kembangan.
Tapi disebabkan sibuk, tak sempat nak prepare untuk majlis.
Dan kebetulan, di kampung atok Awliya nak buat majlis tahlil arwah onyang.

Dah alang-alang berkumpul saudara mara terdekat, terus plan nak buat majlis awliya.
Memang persediaan last minit, ala kadar sahaja.
Sekadar meraikan bersama keluarga dan saudara mara yang hadir.
Alhamdulillah, tetap meriah.
Walaupun Awliya dah 2 hari demam...
Mama tetap nak sambut besday dia juga ontime..kehkeh
Disebabkan demam, semua gambar takde senyum lansung.
Masam mencuka jerrr....

Masa nak potong kek pulak, meragam.
Bagi pakai sepit rambut, habis dicabutnya.
Bagi pakai topi besday, cepat je ditarik nak buang.
Time nak tiup lilin, boleh lak nangis hahaha.
Penat nak pujuk bagi mood ok semula.
Mama ngan ayah pulak yang xcited tiup lilin.


Kek ni, seperti biasa hani tempah dekat member ofis.
Choc moist. Sedap dan ceria. Rasa sayang je nak makan.
Harga pun ok la. Dalam RM 200++.
Hasil yang tidak pernah menghampakan.
Suka sangat.
Memandangkan awliya suka cartoon Barney, terus hani dapat idea
nak tempah kek barney. Barney gemuk tu elok la pulak terduduk atas kek tu hehehe.
TQ speky cookiez merealisasikan ideaku ini hehehe.


Barang-barang untuk backdrop ni hani beli di Mydin Mall Meru Raya.
Nasib baik rumah dekat je ngan Mydin, dalam 5 min je.
Lepas majlis tahlil, terus lari sekejap ke sana.
Beli belon, topi, wording happy besday dan beberapa aksesori lain.
Yang lelain tu, guna apa yang ada je kat rumah ni.

 
simple deco

Lepas habis tetamu balik, hani tidurkan awliya dulu supaya nanti bila dia bangun, mood
dia akan ok. Maklum la budak demam nak sambut besday kan. Tapi sekejap la pulak dia tido.
Kalau dah tido sekejap tu, mood mestilah ke lauttt....adoyaiiii.
Tapi time nak buka hadiah, terus mood ok...hehehe...pandai yerrr !!!!

besday girl baru bangun tido...



kasi main dulu...supaya mood kembali ok




eh...eh...kek barney lebih glamour dari besday girl arrrr.....



dah start meragam okeh time nak potong kek.


'mama....topi awliya senget la'


mood dah ok skit....tapi tetap muka masam. 


 yeeaaayyy....awliya dapat hadiah barney juga...

Walaupun majlis kecil, tetap meriah. Terima kasih pada keluarga dan saudara mara yang sudi meraikan majlis harijadi Awliya.

cepatnya masa berlalu...AWLIYA is 1 YEARS OLD now.
luv u so much my princess


Monday, July 15, 2013

dah dapat kaki sepenuhnya...

Genap awliya 1 tahun 7 hari, dia dah boleh berjalan sepenuhnya.
Sebelum ni agak takut untuk lepaskan tangan, jalan 4-5 langkah pastu jatuh....

Tapi baru-baru ni masa balik kampung di kelantan, tiba-tiba terus boleh berjalan dengan lajunya. Siap berlari-lari anak lagi punya xcited dapat kaki. Chaiyokkk anak mama..

So, skrg jalan dah tak nak pegang tangan mama atau ayah dah. Dukung pun tak nak yerrr....eksen sungguh.

Lepas ni penat la mama ngan ayah main kejar awliya yerr...


Otw jeli-kl..singgah rehat di cameron

Wednesday, July 10, 2013

kali pertama Ramadhan dlm keadaan preegy

Alhamdulillah....berjaya juga puasa hari ni walaupun dlm keadaan preegy dan kurang sihat.
batuk yg agak teruk...ya allah, kering dan gatal tekak makin menjadi2.
sampai meleleh air mata kuar bila batuk. Tapi gagahkan juga utk berpuasa. Berazam nak puasa penuh tahun ni.

Merasa juga berpuasa dalam keadaan mengandung. Pengalaman yg sgt indah. Tahun lepas tak sempat puasa sbb dah bersalin seminggu sblm masuk bulan Ramadhan. Skrg kandungan dah 23w. Syukur, baby pun kuat. Serius mmg tak rasa lapar lansung smpi ke ptg. Mgkn bz dgn keje sampai tak terpikir psl lapar hihi. Lagipun nasib baik sebelum ni hani dah praktis berpuasa masa kena ganti puasa tahun lepas tu. 26 hari weiiii...kena ganti. Huhu jenuh. Nsb baik sempat abis ganti. Baby pun dh biasa puasa, jadi bila masuk bulan ramadhan, takde masalah la. Yang penting, jgn lupa bangun sahur. Kdg2 hani tak lalu mkn nasi waktu pagi tp hani akan makan kurma, minum milo, makan vitamin Sian kat baby klu biarkan perut kosong kan.

Harap2 dapat puasa penuh tahun ni. Inshaa allah, semoga allah permudahkan. Jika kita niat ikhlas kerana Allah, pasti Allah akan bantu hambaNya kan...

p/s:: entry pendek je...mls nak taip panjang2 sbb hapdet guna hp jerrr.



Wednesday, July 3, 2013

Petua elak JAUNDIES (Kuning) dari Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Semalam terbaca dalam fb ustaz Wan Asrul tentang petua yang sangat berguna untuk mommies semua. So, hani copy paste petua tersebut untuk panduan kita bersama.

Pengalaman semasa mengandungkan awliya dulu, hani mengamalkan minum susu kambing setiap hari. Masa minum tu, kandungan dalam 7 bulan. Tak lalu nak minum awal-awal. Maklumlah, daging kambing pun hani tak makan, inikan pulak nak minum susu kambing. Tapi bila lama-kelamaan, tekak ni dah boleh terima susu kambing tu...minum pun rasa macam dah biasa dah.
Alhamdulillah, awliya tidak terkena kuning lansung. Rupanya banyak lagi petua yang hani baca dari page ustaz ni. In shaa Allah, bolehlah diamalkan nanti.

(Kredit: Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Berkursus & Bercuti di PD

Hari jumaat-ahad (28-30/6/2013), hani mengikut en asben pergi kursus di Port Dickson.
Syokkknyaaa....dah lama tak pegi jalan-jalan.
Walaupun dekat PD je, ok la tu. Free kan sebab ditanggung oleh ofis.

Kursus en asben diadakan di Ancasa Allsuites Resort & Spa PD.
Terletak di Teluk Kemang.

Kami dapat bilik apartment, ada 2 bilik di dalamnya.
Besar juga.
Dapur pun besar, tapi tak boleh memasak la kan.


lobi hotel


 ruang tamu

 masih pakai tv kotak...janji ada astro


  
 Bilik 1


 Bilik 2


 Dapur



 

Kami dapat bilik di tingkat 7. View dari Blok B. Kalau blok depan tu Blok C...dapat menghadap laut. Tapi masa ni ada family day kat area pantai, agak bising kalau dok kat blok C tu. Ni kira ok la, dapat gak view laut juga.
Tepi hotel ni ada kawasan macam ladang kecil. Ada ayam, angsa, burung. Seronok awliya dapat tengok binatang tu semua dari bilik kami.

Budak ni paling hepi kalau dapat bercuti.


Sementara tunggu si ayah angkut barang, mama bawa la budak kecik ni jalan-jalan tepi kolam.
Bukan main tak sabar dia nak terjun kolam. Sampai mengamuk.
Naik atas terus simpan barang, salinkan baju dan turun semula ke kolam renang.
Seronoknya tengok awliya ni hepi....

Hari Sabtu pula, masa ayah tengah kursus, kami lepak-lepak dalam bilik je. Mama tak larat nak bawa jenjalan, nak dukung budak kecik dengan perut memboyot...hehe mengahhh ooo...

Bila ayah habis kelas, barulah ajak ayah pegi jalan-jalan tepi pantai dan mandi kolam sekali lagi.
Petang sabtu, di kawasan kolam ni agak happening sebab ada pertunjukkan aerobik. Pekerja dia kat belah atas tu akan menari sambil diiringi muzik. Yang tengah mandi dalam kolam bolehlah ikut skali step yang diaorang ni buat. Yang paling best ada show macam red indian tu, siap kuar api dari dalam mulut lagi hihihi...terpegun bebudak nengoknya termasuk la awliya.
Tapi yang tak best, air dalam kolam dah berminyak...bau minyak tanah kuat betul. Nasib baik masa show tu dah hampir pukul 7.00 malam, kolam pun dah nak tutup dah.








bagus anak mama..tak takut dengan air laut


Bab makan pula, tak susah nak cari makanan di sini sebab tepi pantai ada gerai-gerai makan. Tak perlu la nak keluar jauh-jauh. Ayah je senang makan sebab makan free kan. Tapi kena pandai pilih gerai...ada gerai yang tak sedap lansung makanan dia...macam nasi ayam yang hani makan, tawar dan tak rasa apa2 pun. Terus blacklist terus gerai tu.

Untuk makanan awliya, mama dah siap bawa periuk kecil comel lote ni...bawak beras, ayam dan sayur sikit untuk masak bubur. Cukup untuk 2 hari. Yang penting, makanan awliya mama yang masak. No salt, no sugar. Makan dengan sihat ye anak.


Hari Ahad, kami pun check out dari hotel pada pukul 2.00 pm dan terus gerak balik ke KL. Walaupun kami tak dapat banyak spend masa dengan si ayah, tapi kami tetap hepi dapat bercuti di sini....ayah je yang kesian kena berkursus ngeh ngeh.


'mama...awliya nak mandi pool lagi la'


sementara tunggu ayah simpan barang dalam kete, sempat snap gambo berdua....awliya dah masam muka sebab dah kena balikkk....cian anak mama. Nanti kita datang bercuti kat pantai lagi yerrr....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...