Tuesday, August 27, 2013

Pureen Clearance Sale 24-25 Ogos 2013

Macam biasa, kalau ada Pureen Clearance Sale ni mesti nak pegi.
Bulan 4 hari tu terlepas pulak sebab ada percutiaan keluarga.
Kali ni pulak tak dapat pegi hari Sabtu sebab ada family day ofis di Sunway Lagoon.
Nampaknya kena pergi hari Ahad.
Kali ni merupakan kali ke-3 pegi sini, macam biasalah kalau dah pergi hari Ahad
pilihan baju dah tak banyak. Tapi tobat nak pegi pepagi Sabtu...dah pernah merasa sekali
[post sini].
Masa dah mengandungkan awliya dalam 6 bulan lebih.
Rasa macam nak terberanak kat situ je bila dok kena tolak ngan mak ngan bapak-bapak
semua yang tak sabar nak berebut nak amik baju.
So, kali ke-2 aku pegi ari ahad je.
Target kali ni nak cari baju Awliya. Dah lama tak beli baju pakai rumah.
Asik beli baju jenjalan je sampai baju pakai di rumah banyak dah ketat-ketat [cepat membesar bebudak ni kan]

Keluar rumah, breakfeast dulu dan sampai di sana pukul 11.00 pagi.
Ingatkan nak sampai awal, tapi disebabkan masing-masing kepenatan berendam di Sunway semalam,
terbangun lewat la.
Masa sampai agak lengang juga orang, memang tak ramai kalau datang hari ahad ni.
Aku terus je pergi kat tempat baju di bahagian belakang.
Cari baju yang harga RM3 tu. Memang dah tak banyak pilihan. Kebanyakkan tinggal yang
kain plain.


RM 3 sehelai

Ni je yang dapat disambar. Baju sahaja tanpa seluar. Pandai-pandai la match kan dengan seluar yang sedia ada.


Ni je baju RM3 yang dapat cari sepasang baju dan seluar


RM 12 sepasang
Ni baju sepasang baju dan seluar/skirt. Beli 4 pasang je.


 
Antibacterial wipes = RM5
Baby wipes = RM3


Bekas susu (warmer) = RM 9
Sapu tangan kecil = RM8 (6 helai)
ABD = RM17
Teat = RM3/1 pcs
Total yang aku abis RM162 jer. Biasanya kalau aku beli barang mesti abis RM300 kat sini.
Tapi kali ni tak banyak aku membeli.

Lepas setel bayaran, aku terus ke Sunway Pyramid pula, ada hal skit. Nak balik singgah kejap Jusco, nak survey harga barang-barang pureen ni. Saje je kan, dah kebetulan. Ada barang keperluan baby aku tengok harga 2 kali ganda. Contohnya macam kiddi wash yang 1000ml tu, kat jualan pureen RM 7 sebotol, di Jusco RM15.50 sebotol. Waahhh, banyak beza kan. So, memang berbaloi la kalau membeli di jualan Pureen ni.




Tuesday, August 20, 2013

Ho Chi Minh lagi...(Part III)

Ho Chi Minh lagi (part I)
Ho Chi Minh lagi (part II)

fuhhh...berkurun nak abiskan post psl vietnam ni...
ni pun sebab ada yang email minta sambungan - seperti yang aku janjikan la
terpaksa juga abiskan post yang terakhir ni....

Kali ni aku nak cite pasal penggunaan mata wang di Vietnam.
Kali pertama aku g sana, aku banyak tukar duit Dong dan sedikit sahaja duit
USD. Yang selebihnya bawa RM (untuk spare)

Tapi masa membeli barang, bila dicomparekan ketiga2 mata wang,
menggunakan USD adalah lebih murah sedikit berbanding dengan matawang RM dan Dong.
Beza dlam RM2-RM3 juga. Kalau beli banyak, kan dah rugi.
Memandangkan Dong dah terlebih-lebih....terpaksa la juga gunakan walaupun agak rugi.
Masa tu nyesal lak tak tukar duit USD banyak2.

Kali ni aku pegi, aku hanya bawa 1 juta Dong sahaja = RM 150.
USD bawa banyak juga [ikut pengalaman yang lepas]
Tapi kan...rupanya kali ni lebih mudah menggunakan RM.
Ye, lebih murah berbanding Dong dan USD.
Mungkin penggunaan RM dan meluas sekarang di HCMC ni.
Sebab bila tanya kat penjual, majoriti bagi harga dalam RM.
Diaorang pun tau kita ni orang M'sia.
So, kalau korang di nak pegi sekarang ni....tak payah la susah-susah nak tukar duit semua.
Cukup sekadar bawa 1 juta dong utk buat tambang teksi, beli air ke...beli makanan ke..
beli buah-buahan ke...
Tukar Dong kat sana pun boleh...banyak money changer sekitar pasar bent thant tu.
Kalau yang nak buat meniaga tu, lagi senang klu dah pakai RM kan, senang nak ingat beli berapa dan jual balik nanti berapa. Kalau tak, nak kena convert la pulak kan...

Masa nak balik, kami dah siap timbang semua beg supaya tak lebih muatan.
Kebanyakkan hotel kat sini memang ada sediakan penimbang.
Kitaorang siap minta hantar ke bilik lagi penimbang tu sebab malas nak bawa beg
turun.
Kitaorang timbang awal sebab nak tengok sama ada space masih cukup lagi ke tak..
Kalau cukup, kena stop shopping dah....kalau tak cukup, boleh tambah lagi ngeh..ngeh...
Kitaorang beli lugage 20kg je, cukup utk sorang.
Tapi kalau yang nak buat meniaga tu, beli la maksimum lugage yerrr.


Masa di airport, ada pasangan suami isteri ni...muda lagi.
Pestime datang ke vietnam ni untuk shopping...eh, diaorang berniaga sekali.
Banyak gile diaorang borong,
Lugage diaorang dah terlebih muatan sampai 20kg okeh....bukan sikit tu.
Sedangkan diaorang dah beli max lugage tapi still tak cukup.
Nak beli online masa tu, katanya dah tak boleh.
Nampaknya memang kena beli di kaunter la kan....confirm la mahal.
Diaorang pun gelabah la cari orang untuk tumpang lugage...termasuk la diaorang tanya pada
kitaorang. Tapi kitaorang punya dah cukup sorang 20 kg. Memang tak de lebih utk diberi tumpang.


Kalau jadi camni, apa korang akan buat????
Korang sanggup bayar tak????
Kalau tak sanggup, korang buat la cam diaorang ni...
cuma kena tebalkan muka pergi tanya penumpang lain.
Bayangkan la kalau 1kg pun dah kena charge 50++ [kalau tak silap]
Diaorang cakap utk 20kg, diaorg kena bayar dalam 1k++....uuuiisshhh terkojut den.
Tak berbaloi la ko borong kain nak buat niaga kan.

Aku tengok dia pergi tanya kat geng2 family yang datang ramai-ramai kan...
Satu family dapat la tumpang 1-2 beg, sampaikan habis semua beg-beg dia tu...
Syabassss dan bijakkkk....hahahhaha

Itupun nasib baik tak kena cukai kastam Vietnam lagi....
Sebab member pernah kena tahan dengan kastam sana sebab beli banyak kain - dia memang berniaga

Kalau korang datang sini, bawa la 2-3 beg takpe, tapi janganlah bawa beg yang besar
macam orang dah tau korang tu datang untuk berniaga terutama beg2 plastik nyonya besar-besar tu.
Silap haribulan memang kena tahan la kastam vietnam la.biasalah, diaorang nak duit je kan.

Eh...belum habis cerita lagi ni...
Dah selamat kat vietnam, cerita kat epot m'sia lak...
Disebabkan beg diaorang ni banyak, semasa pemeriksaan kastam...
Haaa....dah kena tahan pulak dah...huhuhu
Ye la, kan dah cakap tadi...korang datang 2 orang je, pastu beg banyak gile dan ada
yang besar...memang menimbulkan kemusykilan kastam la kan..
Tapi aku tak tau cerita lepas tu...sama ada diaorang ni kena cukai atau tidak.
Sebab masa tu aku cepat-cepat keluar dari epot sebab asben dah sampai.
Nape aku cerita kisah diaorang ni lak???
Untuk pengajaran dan peringatan kita bersama.
Sebab aku selalu balik dari vietnam, duit kat tangan mesti dah licin..
Risau je kalau jadi kes-kes camni....
Harap-harap tak la....sebab aku tak cukup modal nak meniaga.
Beli untuk diri sendiri lepas la.
Kalau korang yang meniaga tu, lebih baik pos je barang-barang tu...
Tak mahal sangat pun berbanding korang kena charge lebih muatan.
Korang minta je tokei kedai urusankan pasal pos, kasi la upah skit...senang kan.
Tak perlu angkut barang yang banyak tu.

okeh..itu saje yang aku nak share pasal pengalaman di sana.
habis juga entry ni.
kalau ada apa korang nak tanya, just email aku yer....
mana aku boleh jawab, aku jawab....

okeh, dah abis citer pengalaman di ho chi minh ni...dah tak larat nak buat sambungan hehehe....

Contest baby ceria, dpt saguhati....alhamdulillah

 Hari tu sesaje buka blog safiyya...
Tak ingat lansung pasal contest yang masuk hari tu...
Tup..tup...tengok dah ada result.
Alhamdulillah....dapat hadiah saguhati...
Hehe...hani ni jarang masuk apa-apa contest..
Pastu kalau masuk contest pun nak yang senang-senang je...
Kalau ada slogan bagai tu semua, kompem malas...
Sebab tak kreatip nak buat slogan tu semua.
Pastu kalau masuk contest pun, selalu tak de rezeki.

Kali ni rezeki untuk awliya...
Eh..memang rezeki dia pun kan..dah nama 'contest baby ceria'.
Nasib baik piya buat contest yang mudah jer, cepat je hani nak join. [post ni]
Walaupun tak menang hadiah pertama [sob...sob]
Jadilah dapat saguhati kan..
Dari 200 peserta, 8 terpilih untuk saguhati, bertuahhhh weeeiiii....
Dapatlah hadiah 1pcs toy...
Yeeaaayyy, mama pun dah lama tak belikan awliya toy
Tak sabar tunggu hadiah dah ni...ngeh ngeh
TQ so much piya
Nanti wat la contest best2 lagi ekkk....^_^



Friday, August 16, 2013

Raya 2013

Assalammualaikum semua,

Baru berkesempatan nak hapdet blog.
Maklum la, masa raya mana nak sempat kan.

Rasanya masih belum terlambat hani nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ni - eh, ada ke?? harap-harap ada la kan.
Maaf zahir dan batin andai ada penulisan di blog ini yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Tema raya tahun ni kaler marron/hitam.
Baju si ayah dan si anak dara dah ready. 
Baju si mama pulak masih takde.
Malam rasa baru terhegeh-hegeh cari baju jubah kaler marron.

Nak pakai baju kurung dah tak muat kan....terpaksa la cari jubah.
Nasib baik jumpa juga dan harga pun murah.
Tak boleh beli mahal-mahal sebab lepas ni baju jubah ni tak boleh pakai dah, sebab beli
saiz besar..tunggu pregnant lagi baru boleh pakai ngeh..ngeh...



Keluarga kecil kami. Insha allah, tahun depan beraya berempat pula.
Susah betul nak suh pandang kamera anak dara ni.
Saje nak sabotaj gambar mama ngan ayah yang dah control cun tu tauuuu......




 hepi nyer dia nak g beraya yerrr.....

Raya tahun ni agak excited nak beraya...sebab awliya dah besar.
Maklum la, masa raya tahun lepas awliya masih dalam pantang lagi...tak tahu apa-apa lagi.
Raya kali ni dia dah besar sikit, dah boleh berjalan pun...

Tahun ni turn beraya ni Ipoh dulu sebab tahun lepas dah beraya ni kg asben kan.
Kena adil dan saksama...
So, raya ke-2..kami balik kg en asben pula di Jeli, Kelantan sampai la raya ke 4.
Kemudiaan balik semula ke Ipoh...sambung cuti sampai hari Khamis.
Hari Jumaat dah start keje [mood lemau gilerrr].



kiteww overdos makan rendang, lemang, kuih raya la.....



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN 

Ikhlas,
Zawawi, Hanizan & princess Awliya

Tuesday, August 6, 2013

Pureen Stock Clearance Sale 24-25 Ogos 2013

Yang ditunggu telah tiba....
Masa bulan 4 ari tu terlepas sale ni sebab masa tu pergi bercuti bersama family.
Kali ni pulak tak dapat nak pergi hari Sabtu sebab ada family day ofis di Sunway Lagoon.
Nampaknya terpaksa la pergi hari ahad.

Biasalah, kalau pergi hari Ahad....pilihan dah tak banyak kan.
Banyak benda hani nak beli kali ni.
Barang-barang keperluan awliya macam sabun, wet tissue, sabun botol
Paling utama nak cari baju belasahan awliya, baju yang dipakai di rumah.
Banyak baju anak dara tu dah sendat-sendat.
Dah lama mama tak belikan baju die, kalau beli pun asik baju jenjalan jerrrr...
Sampaikan terlupa baju yang nak pakai di rumah.

Baju untuk baby pun nak belikan skit. Tambahan je.
Nak la juga ada baju baru kan. Takkan semua nak pakai baju kakak awliya kan.
Cian baby lak.
Eh...klu dapat baby boy, memang banyak yang kena beli baru ni huhu...

So kenkawan, jangan lupa terjah....meh kita menyesakkan lagi keadaan di sana ngeh2



biskut raya pertama


Tahun ni terlebih rajin nak buat biskut raya sendiri.
Siyes dah lama tak buat sendiri.
Dulu masa kecik-kecik je rajin tolong mak buat.
Bila dah start keje, memang tak sempat nak buat dah.
Main beli je semua, kadang-kadang cecah ratusan ringgit ngeh2x

Gagahkan juga diri tahun ni, tah nape rasa rajin sangat - ala...buat 1 jenis biskut pun
dah nak kata rajin kehkeh...
Orang lain buat biskut berbalang-balang rileks je...
Raya tahun ni beli 3-4 jenis je biskut raya.
Kata semangat nak buat sendiri kan...

Kali ni baru pertama kali buat biskut tanpa bantuan sesiapa,
hanya tengok resepi...
Dan semestinya cubaan yang pertama mestilah biskut kegemaran iaitu MAZOLA.
Punya la semangat nak membeli bahan-bahan.
Dalam kepala macam-macam nak buat biskut mazola, choc cookies, biskut cornflakes, kek batik, popia gunting  [pilih menu yang senang nak buat je]

Ni pun buat masa cuti hari minggu, tengah-tengah malam time anak dara tu tido.
Kalau tak, jangan harap la dapat buat dengan tenang.
Ada je benda yang dia nak tolong tauuu...
Si ayah lak, kata nak tolong bakarkan, tertido sekali ngan anak.
Terpaksa la buat sorang-sorang sambil tersengguk-sengguk depan oven hehe...
Dari cita-cita yang banyak tu, sampai nak raya 2 lagi ni, hanya 1 biskut MAZOLA
je yang menjadi....hahahahahahahaha
Yang lain tak sempat....maklum la, cuti asik kuar g shopping je, mana sempat nak buat kan.
Balik dah tentu la penat. [alasan]

Nampaknya bahan-bahan semua ni kena bawa balik kampung la, sambung buat
kat sana lak. Sempat lagi ni hehe....



 Bahan-bahan...ada lagi tapi tak masuk lam gambar lak


 ready masuk oven



 merasmikan oven yang dah beli 2 tahun tapi tak pernah pakai pong....
asik kena perli ngan en asben jerrrrr.....


tadaaaaaa.......dapat la 1 1/2 balang....tak buat banyak pun sebab nak testing je kan.
next year bole buat lagi.

persiapan raya utk princess awliya


Hari sabtu yang lepas, last shooping raya untuk baju princess
Pergi ke Jusco Taman Equine je, dekat dengan rumah.

Raya kali ni tak banyak nak membeli baju awliya, sebab dulu masa awliya masih
kecik 5-6 bulan, hani selalu belikan dia baju yang saiz untuk setahun. 
Gaun kembang memang banyak.
So memang tak pakai lagi la...tak sangka sekarang ni dah muat semua baju-baju tu.
Dulu rasa macam besar je baju tu. 
Selain tu, ada juga hani belikan baju awliya masa pergi ke vietnam hari tu.
Banyak dah jimat di situ.
So, misi kali ni nak beli kasut dan juga beberapa helai t-shirt dan seluar jeans.
Dapat la sambar 2 pasang kasut - kasut mama pun sepasang je tau

Baju si ayah, recycle je baju melayu masa majlis bertandang dulu.
Baru sekali tu je pakai pong...
Baju mama....hukhukhuk....belum cari lagi...
Payah ooo nak cari baju masa tengah peknen ni...
Nak2 kaler lak yang jenis tak banyak..
Bukan tak de baju baru....dah prepare beli baju kurung chiffon manik masa g vietnam ari tu..
Tapi bukanlah kaler tema kan...
Sepatutnya kaler tema tahun ni ikut kaler baju si ayah...MAROON
Nak cari baju kurung budak kecik tu pun payah nak jumpa kaler yang kita nak.
Mama pun beli je la kaler hitam/merah
Baju utk mama nanti...errmm....kalau takde sangat, belasah je labu kaler apa pong...




wah....wah...sampai 2 pasang kasut



 Baju kurung di hari raya pertama...cukup la sepasang je. Sebab tak pakai sangat pun kan.


baju-baju ni ada beli di Jusco, GM Klang, dan Vietnam


gaun kembang


 
beberapa helai t-shirt


 
 Rasa macam tak cukup je lagi hehehe....

Tahun lepas masa raya, awliya masih dalam pantang, jadi tak de lah membeli baju baju sangat kan.
Tapi tahun ni, bila budak kecik ni dah pandai jalan....mama lak ecxited nak beli macam-macam untuk dia ngeh2.

p/s: raya sakan anak dara ku tahun ni....tahun depan bujet raya kena kongsi dengan adik hehe...cian die !!!

Monday, August 5, 2013

check up 26w

2 ogos 2013

Checkup kali ke 4
Hari ni kena jumpa doc utk scan
Sepatutnya last month, tapi memandangkan masa tu org terlalu ramai
dekat KK, terus doc terpaksa cancelkan utk scan.

Alhamdulillah, baby dalam keadaan sihat.
Masa scan tak sabar nak tanya doc, boleh tau gender tak.
Doc kata tak dapat bgtau jantina sebab kaki baby tertutup rapat...
Iiisshh...baby malu nk tunjuk yerrr...saje nak buat suprise ek..
Tak pelah, pas raya nti mama plan nak buat scan 3D 4D mcm kakak awliya dulu...in shaa allah.

So, result hari ni:
Berat: 60.2 kg -bulan lepas 61.4kg. Selalu tiap2 bulan naik 1 kg, tp kali ni turun 1 kg dr bulan lepas..mybe sebab puasa kan.

HB: 12.6 - alhamdulillah semakin meningkat dr bulan lepas.
Tekanan darah: 126/59

Next check ip 3/9 nanti...semoga dipermudahkan semuannya...Amin

Nampaknya tahun ni punah harapan nak puasa penuh....
Last week demam dan sakit kepala yang teramat, sampai rasa nak pitam
kat ofis. Dapat mc 2 hari, dan doc nasihatkan supaya buka puasa. huhuhu
Tak pelah, puasa boleh ganti kan...yang penting baby kena sihat.
Lagipun hanya 3 hari je tinggal puasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...