Monday, October 28, 2013

minum susu kambing


Seperti yang diketahui, susu kambing ni kan susu kedua terbaik selepas susu ibu.  
Tapi ramai yang tak tahu kebaikkan susu kambing ni.
Kenapa?? Sebab pemikiran kita telah didedahkan dengan kebaikkan susu lembu oleh orang Barat.
Sedangkan kita tidak tahu, susu kambing adalah lebih baik dari susu lembu.
Susu kambing adalah minuman kegemaran Rasulullah kita.
sunnah nabi tu untuk kita amalkan.

Aku nak share pengalaman minum susu kambing ni.
Sebelum ni aku memang payah nak minum susu kambing ni.
Daging kambing pun aku tak makan, inikan pula susu dia.

Tapi bila aku preegy anak pertama hari tu, aku paksa juga diri untuk minum susu kambing ni.
Sambil minum, tutup hidung sebab rasa macam tak tahan baunya.
Bila setiap hari aku minum..aku dah jadi terbiasa.
Aku jadi suka...dan aku bole minum tanpa tutup hidung sekarang ni.
Bau pun aku dah boleh tahan.

Alhamdulillah, anak aku tidak terkena kuning (jaundies) semasa dilahirkan [dengan izin Allah].
Tapi kena amalkan, maksudnya bukanlah sekali dua minum kita mengharapkan anak kita tidak terkena kuning.
Aku pernah post petua untuk elakkan baby terkena kuning oleh Ustaz Wan Asrul [post ni], pun ada menyatakan perkara yang sama, amalkan meminum susu kambing semasa mengandung.

Kalau boleh amalkan dari mula mengandung lagi.
In shaa allah, susu kambing ini tidak memudaratkan pada anak dan ibu.

Ada juga yang cakap, tak minum susu kambing pun...anak takde pun kuning.
Kalau camtu, alhamdulillah la kan...rezeki masing-masing.
Tapi apa salahnya kalau kita ikhtiar dulu kan, sebab kita tak tahu anak kita nanti bila anak kita lahir sama ada kena kuning atau tidak. Pastinya setiap mak pak taknak anak terkena kuning kan.
Kesian weeeiii tengok anak kena amik darah setiap hari kalau kuning tu tinggi sangat.
Kita yang tua bangka ni pun rasa sakit kalau asik dok kena cucuk je kan, ni kan pulak baby kecik yang baru lahir....adoyaiiii sedey tengok.

Susu kambing segar menang susah nak dapat kalau di kawasan bandar ni kan.
Aku dapat bekalan pun dari adik lelaki aku tu....dia keje dengan Jabatan Veterinar, jadi kenal ramai penternak lembu dan kambing. Susu kambing ni 100% asli, cuma di masak dan terus diletakkan dalam botol. Nak masak tu pun ada caranya, tak boleh direct atas api. Nanti jadi kering pulak.

Sekarang ni pun aku jadi pengedar susu kambing kat opis aku ni hehehe. Tapi bukan la setiap hari aku jual. Bila balik kampung atau adik aku datang kl, bolehlah aku dapatkan stok. Ramai juga pembeli terutama mereka yang yang mengandung dan yang ingin mengandung. Sebab mengikut petua Nabi, pasangan yang menginginkan anak bolehlah mencuba petua ini dengan meminum susu kambing yang dicampurkan dengan kurma (diblender). Minum sehari 2 kali, sebelah pagi dan malam.
In shaa allah, kalau kita amalkan petua Nabi ni....dan sentiasa berdoa kepada Allah, pasti suatu hari nanti Allah makbulkan juga kan.

Dan aku dapat feedback dari kawan opis aku ni, sekarang ni dia amalkan minum susu kambing, ramai tegur kulit dia cantik, nampak gebu jer....

Selepas bersalin pun, elok juga diamalkan susu kambing ni, boleh jadikan milk booster untuk tambahkan susu badan.

p/s::kita sekadar berusaha, selebihnya serahkan pada ALLAH. In Shaa Allah.


homemade oreo aiskrim

aku ni peminat tegar aiskrim....
terutamanya aiskrim yang kat mcd tu..
oreo mcflurry....dan segala macam aiskrim la aku suka...
pernah aku beli aiskrim tutti fruity, sebekas sampai rm20
bekas kecik je pun....tapi sebab nak mkn aiskrim pnya psl,
sekali sekala bole la, kalau selalu....bangkrap juga kan.
setakat aiskrim je kot....boleh dapat sepinggan nasi weeiii....

tetiba aku terpikir nak buat aiskrim sendiri - ni bila dtg mood rajin
mula la mengoogle cari resepi.
semangat punya kental nk buat, balik keje terus pegi beli brg dkat giant dkat je dgn ofis.
smpai umah, xsempat rehat...terus je g dapur. Sekali spoil mood daaa....susu tu dah rosak, bau masam dah...cehhh rugi duit aku..nsb baik giant tu jauh dr umah, klau x aku dah g antar balik dah.

mula2 asben aku kata 'esok je la buat'....
Dengan kecewa aku cakap esok mood rajin dah xde...sobs...sobs
Asben aku pnya la kesian kat aku sbb tgk punya la smgat nak buat aiskrim, terpaksa la kuar umah semula ke kedai....(aku tak paksa tauuu....hehehe)

resepi aiskrim oreo ni banyak versi, tapi aku amik yang paling mudah dan ringkas je.
ye la...aku ni kan 'rajin', mesti la cari yang sonang2 jer....hihi

Bahan-bahan:
1. Susu dutch lady
2. Coffee mate krimmer (pek kecil)
3. Esen vanilla
4. Biskut oreo

haaa...ringkas tak bahannya???? I likeessss......

Cara-caranya:
1. Campurkan susu, krimmer, 1 sudu esen vanilla. Kemudiaan blender. Susu tu aku guna 2 cawan, krimmer tu lak aku abiskan je satu pek tu. Kalau nak manis, tambahkan susu pekat manis skit @ gula halus. Sikit je tau sebab biskut oreo pn dah manis.



Bila dah blender, masukkan dalam bekas. Aku masukkan dalam bekas aiskrim yang ada kat umah tu.
konon nak nampak real macam aiskrim yang dibeli tu la....hehehe...
tapi tak kisah la mana2 bekas korang nak letak.


Masukkan bekas tu dalam peti sejuk untuk tempoh 2-3 jam. Kemudian keluarkan semula dan blender sekali lagi untuk dapatkan tekstur yang lebih halus.

Lepas tu baru masukkan biskut oreo. Buang krim oreo tu dulu kemudian hancurkan.
Aku hancurkan guna blender kering tu. Pastu ada lebihan skit, aku hancurkan secara kasar dengan
tangan.




Gaulkan bagi rata...kemudian masukkan semula dalam peti sejuk semalaman.
Esoknya dah boleh ngappp....senang giler kan....
giler pun tak senang camni kehkeh....

Hasilnya............





Sedap sampai separuh bekas aku ngan asben ngap...tu sbb dh kenyang, klu masa tu tgh lapar kompem abis sebekas.
ni kalau nak bagi budak-budak makan pun bole, sebab tak manis sangat macam yang kita beli tu kan...nama pun homemade !!!

nanti aku nak try buat perisa lain pulak.....nti aku share lagi ekkk !!!


Thursday, October 24, 2013

check up 38w @ HUKM

Hari Selasa (22/10/13) aku ke HUKM untuk buat check up kali ke-2
sampai sana lagi 10 min kul 9.00 pagi ...
masya allah, ramainya orang....
lepas dah dapat no giliran, nak pergi buat pemeriksaan BP pun kena menunggu lama.
Adoiiii....ada kot dekat sejam juga.

Masa ambil tekanan darah, nurse bagitau denyutan jantung tidak normal.
Maksudnya bergerak laju. Macam orang kepenatan, lepas berjalan or berlari.
Sedangkan aku duduk je sementara menunggu giliran, tak jalan mana2 pong...
Biasanya bacaan normal adalah 110...tapi aku punya bacaan 120.
Buat sekali lagi...124....sekali lagi 126...
haaaa....makin naik ko....
Bacaan BP aku normal dan tiada masalah.
Nurse suruh buat ujian air kencing dulu dan minta datang sekali lagi.

Lepas setel buat ujian air kencing, aku duduk dan rehat sekejap.
Lepas tu buat lagi tekanan darah tu.
Bacaan still sama. 120
So, nurse just kata nanti just bgtau doc je bacaan tinggi.

Lepas setel, tggu giliran untuk scan pulak.
Yang ni nasib baik tak lama sangat tunggu.
Bila dah scan semua, sonographer bgtau kedudukan baby dah di bawah.
Berat baby pun dah 3kg.
Errrkkk.....cepatnya baby membesar.
Masa check up 35w, berat baby baru 2.3kg
Patut la sekarang ni aku rasa macam kuat makan....
Asik lapar jer..baby dah membesar yerrr...
Berat badan pun makin naikkk
Dulu masa awliya kecik je, dah kuar dari perut pun baru 2.7kg.
Dia bgtau gender baby tak nampak sebab baby kepitkan kaki.
Ye la, sekarang ni kan ruang dah penuh dalam perut ni, baby pun tak leh nak kangkang dah hehe.

Tunggu pulak turn utk jumpa doc...
Dekat 3 jam tggu weeiiii.....jumpa doc 10min je.
Masa ni perut aku dah berkeroncong dah...
Dah pukul 1.30 petang. Rasa macam nak pitam okehhh....
Nasib baik aku minta mc, doc bagi hehehe...
Ye la, aku dapat pelepasan masuk lewat ke tpt keje 4 jam je,
sekarang ni dah lebih 4 jam.
Nak guna cuti rehat, sayang weiiii.....
Jadi minta la mc ngan doc...
Doc pun tengok aku pn dah tau kepenatan...
Sampaikan cakap kat aku 'ni penat menunggu yer'...
Doc pun aku tengok cam budak2 jer lagi...
Muda sangat, macam doc baru jer...

Aku pun bgtau doc pasal masalah jantung aku yang laju.
Dia pun check nadi aku...hurrmmm memang laju katanya.
Tapi dia kata takper, tengok dulu camne nanti.
Takde yang merisaukan sangat.

Doc bagitau uri dah berada di bawah.
Anytime boleh bersalin.
Get ready.
Masalah lain takde, in shaa allah boleh bersalin normal.
Lepas ni dah takde check up di HUKM dah, just datang bila dah rasa nak bersalin je.
Doc cakap kalau dah sampai due date masih tak bersalin,
tunggu sehingga hari ke 9. If tak bersalin juga, doc suruh dtg
dan terpaksa bersalin secara induice.
Errrkkk....takut lak kalau kena bersalin paksa ni.
Orang kata lagi sakit ekkk....??

'Ya Allah...permudahkan segala urusanku'....amin

p/s::next week check up di KK lagi sekali....harap2 la check up last...dah tak sanggup nak menunggu dah weeeeiiii....

Zon Kemas::Awliya's Playroom


Memandangkan awliya ada di kampong, cuti weekend aku ngan asben memulakan projek yang dah lama aku plan nak buat.
Nak jadikan bilik no 3 sebagai PLAYROOM untuk awliya dan adiknya nanti.
Sebelum ni aku letak mainan kat ruang tamu supaya mudah untuk awliya nak main.
Tapi aku jadi sakit mata pulak bila ruang tamu selalu bersepah.

Idea nak buat playroom ni dah lama, tapi tak berkesempatan nak kemas bilik ni.
Kalau budak kecik tu ada kat umah...korang ingat bole ke nak buat keje2 mengemas ni...
Dia tolong sekali weeiii....bila time dia tido, masa tu pulak aku nak buat keje2 lain.
Kadang2 time dia tido la aku nak rehat sekejap...kalau tak melayan dia je la.

Sebelum aku cuti bersalin ni, aku pun ajak la en asben mengemas bilik ni.
Asalnya bilik ni ada katil bujang, so ruang sempit sikit untuk awliya main-main dalam bilik ni.
Jadi aku kuarkan katil bujang tu dan letak dalam bilik no 2. [bilik tetamu].
Secara tak lansung, bilik no 2 pun kena kemas juga...penattt jugakkk

Ruang bilik ni pun dah luas sikit, ada la ruang untuk awliya main2 tolak kereta dia tu.
Nak guling2 atas lantai pun dah bole.
Perabot dalam bilik ni pun terhad, sebab risau budak2 terhantuk @ jatuh.
En asben pun cakap, nampak bilik ni dah luas.
Bilik ni tak abis kemas dan hias sepenuhnya lagi.
Aku sumbat je dulu semua menan dalam bilik ni.
Pasni tak kisah la, kalau bersepah pun sebab dalam bilik kan.
  

Selain playroom, bilik ni jadi study room juga.
Awliya dah banyak kenal gambar2 dalam poster ni..
Buku-buku lak dah takde sebab dah bawa balik kampong sekali...menan tinggal xper, buku dia xleh tinggal sebab dia lebih suka buku dari menan.


Lambak je dulu. Masih belum susun betul-betul. Tengah cari idea untuk deco-deco dulu.
Setakat ni je la progress playroom awliya ni. Nanti kite update lagi kalau dah dapat idea ek.

Wednesday, October 23, 2013

Mom & Baby Expo 2013 dan Baby Fair Mega Sale

 
haaa...kan aku pernah cakap...aku ni meroyan sikit klu ada baby sale ni..
kalau boleh semua aku nak pegi...hehehe
tapi kali ni macam tak dapat nak pegi
aku dah rasa tak larat nak berjalan dah
ye la...due date aku lebih kurang seminggu je lagi
memang elok dah dekat-dekat nak bersalin ni banyakkan berjalan kan...
tapi aku tak sanggup la nak berjalan kat tempat yang sesak dengan orang ramai ni..
mau berlaga-laga perut kang, terberanak lak kat sana hahaha
 
walaupun kadang-kadang aku tak tau nak beli apa kat ekspo ni sebab brg baby
semua dah ada kan, tapi aku suka
jugak window shopping...jamu mata kata orang.
kadang2 dari xtau nak beli apa, sampai sana ada je hasil tangkapan yang akan aku bawa balik.
dah kata kaki shopping kan, ko ingat boleh balik tangan kosong ke....mana boleh arrr...
asben aku geleng kepala jer....
 
so, aku saje post poster-poster ni nak war-warkan pada mommies/bakal mommies yang tak perasan la
ekspo ni kan...
tapi aku rasa ramai mommies kat luar sana ni macam aku jugak...alert je bab2 menghabiskan duit
ni kan.....kan....baik korang ngaku kehkeh....
 
ekspo yang terdekat adalah Mom & Baby Expo 2013 pada hujung minggu ni 25-27 Okt di SACC, Shah Alam.
[hati aku meronta-ronta nak pegi la weeiiii]
 
 
 
 
dan yang kedua....Baby Fair Mega Sales pada 6-10 Nov di Ikano Power Centre sebelah dengan IKEA tu. Yang ni kompem aku tak dapat pegi, rasanya dah bersalin kot masa ni.
Aku tertarik nak beli Nursing Pillow tu, murah weeeiii...RM55 je.
Selalu nursing pillow ni harganya RM70 ke atas kan. Kalau ada sales kat Mydear tu dapat jugak harga RM50. Melepas la aku nak beli.....sobs...sobs
  
 
 


progress rumah sewa

ramai tul rakan blogger dok post psl beli rumah baru/renovation rumah sendiri.
seronok je kan tengok...rumah kwn2 kita, besar-besar. Alhamdulillah.
aku yang dok kat area KL ni memang tak mampu la nak beli rumah macam tu.
tau2 je la harga rumah kat sini....tak MUNASABAH kadang2.
so yang mampu beli rumah apartment/kondo je la.
kalau nak beli rumah landlord ni, kena la cari luar KL.

kali ni aku nak update psl renovation rumah aku ari tu...
yang pernah baca post aku sebelum ni, aku pernah mention ni rumah lelong kos rendah je..
itu je termampu nak beli...hehe
apa pun, syukur alhamdulillah kan..
itupun bukan utk duduk, untuk bagi sewa je.
pelaburan jangka masa panjang.

progress rumah ni dah 80% siap renovation.
tinggal nak letak tai di bahagian porch dan ruang tamu, pasang pintu, pasang tingkap dan cat sahaja.
maybe dalam seminggu lagi boleh siap sepenuhnya.

ramai betul yang bertanya, nak sewa...
tp tak berani lagi nak bagi confirmation, sebab belum siap sepenuhnya.
itupun baru adik aku iklankan kat fb...belum lagi masuk dalam mudah.com

walaupun aku tak balik Ipoh nak tengok progress,
tapi abah ngan adik aku selalu gak update kat aku.
adik aku lak rajin send gambar...untuk aku tengok.


kabinet dapur dah siap...cuma masa adik send gambar ni belum siap lagi bahagian bawah tu.
 
 
tukar tai baru untuk bilik air/toilet
asalnya ada sinki kecil...sinki dah buang sebab pasang kolah kecil.
sebelum ni pakai shower.
 
 

asalnya rumah ni kat dinding takde border tai tu...so kontraktor dah pasang satu rumah border tu.
tujuan pasang border tu untuk elakkan dinding/cat rosak kalau kita mengemop lantai/cuci lantai.
tai untuk lantai ruang tamu pun akan ditukar yang baru.

 
pintu kayu/cermin/tai untuk porch akan dipasang minggu ni.
 
 
 
 
takat ni je la progress minggu ni. next week dh boleh tengok keseluruhan.






Monday, October 21, 2013

Bila anak jauh.....

Dah seminggu awliya dihantar dekat kampung di Ipoh.
Duduk ngan atuknya...
Masa balik hari raya haji hari tu..terus tinggalkan dia kat sana.
Sementara aku menunggu masa untuk bersalin
Risau juga kalau bersalin malam-malam nanti
Sape nak jaga awliya kan....klau waktu siang tu bole juga hantar ke rumah pengasuh,
tapi kalau malam2...tak nak la mengganggu orang pulak kan.

Jadi atas alasan tu la aku TERPAKSA hantar ke kampung.
Sedih juga nak tinggalkan dia..

Hari-hari call mak tanyakan dia..
Kadang-kadang video call, nak tengok dia...
Kadang-kadang abang dan adik post gambar kat fb
Terubat sikit rindu...
Mak kata awliya ok je, tak meragam sangat pun..
Lagipun awliya kat sana ada kawan sepupu dia tu...
Mainan pun banyak kat sana, memang suka la dia kat kampung tu.
Bila atoknya tanya mana mama dan ayah, siap geleng-gelengkan tangan...
Maksudnya 'tak de'...
Gud girl anak mama...dah besar, pandai berdikari bila jauh dengan mama ngan ayah yerrr....

Bila kat sini, mama ngan ayah pulak yang meroyan bila awliya takde weeiii...
Mama tengok muka ayah, ayah tengok muka mama....
Hahaha....bosan tahap maksima.
Kalau sembang pun, mesti cakap pasal awliya.
'awliya tengah buat apa kan'.... 
'awliya dah tido ke masa ni'....
'awliya dah bangun ke'....
Sampai nampak cicak kat umah pun boleh cakap 'ni kalau awliya nampak cicak, mesti mulut dia bising panggil cicak tu'
Semua benda teringatkan pada dia.

Semalam keluar dating berdua kat Jusco pun, sampai nampak mainan yang masuk token tu,
'ni kalau awliya nampak menan ni, mesti suka...main sampai tak nak turun'...hehehhe
kan meroyan namanya tu...


haaa....camni la keadaan bila tak pernah jauh dari anak..
eh..dulu pernah la sekali tinggalkan dia masa g bercuti ke Vietnam, tapi masa tu 4 hari je.
lagipun kat sana kan shopping jer...ada aktiviti, takde la meroyan sangat ingat anak hahaha.

tapi bila ada depan, kadang-kadang kuar jugak suara tarzan mama dia ni bila anak buat perangai...hehehe
itulah anak....dialah racun, dialah penawar...dialah NYAWA
tak sanggup dah nak jauh ngan anak dah....sobs..sobs :-'(
rindu nak gaduh ngan awliya sebab berebut hp..mama nak main candy crush, awliya lak
tengok video ABC kat youtube...hehehe
rindu sebab takde orang sepahkan rumah, rindu takde orang kacau mama tengah masak...
dan yang mama paling rindu nak peluk cium anak mama yang bucuk ni....

#awliyanurzara#aidiladha#paritbuntar#


Awliya....
Mama ngan ayah RINDU....
Rindu yang teramat sangat-sangat....

p/s : harap-harap cepat la bersalin, tak sabar nak jumpa anak-anak mama....

Thursday, October 17, 2013

10 tanda-tanda bersalin

Semakin berdebar pulak bila kandungan dah nak masuk 38w. Cepatnya masa berlalu.
Lagi 18 hari je lagi.
Macam tak ready pun ni...hehehe
Tapi hati memang tak sabar-sabar nak cuti.
Datang keje pun dah takde mood dah ni...
Nak cuti....nak cuti.....

Ni hani copy n paste info dari page fb Tip Untuk Ibu Hamil Berpantang Dan Menyusu Bayi untuk panduan semua bakal mommy dan mommy di luar sana. Sharing is caring :-)

Meh kita bersiap sedia dari sekarang k....
Kalau dah ada salah satu tanda di bawah ni, cepat-cepat le ke spital..
Maybe yang first time tu, kadang-kadang tak tau camne kan tanda-tanda nak bersalin ni.
Yang ada pengalaman pun, kadang-kadang setiap anak lain pulak pengalamannya.
Hani ni pun tak tau camne lagi anak kedua ni..
Semoga urusan kita dipermudahkan olehNya....amin


 
*pic from google
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 Tanda-tanda Bersalin

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas boleh lah bakal-bakal ibu memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin :

1. Kontraksi Rahim
- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

2. Sakit Belakang
- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.

3. Pecah ketuban
- Keluar air jernih dari rahim, bagi nor semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.

4. Lendir pekat bercampur darah
- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik .

5. Serviks terbuka
- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

6. Kerap terkentut
- Sesetengah wanita akan kerap terkentut

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

8. Kerap terkencing
- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.

9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera

10. Berat badan berkurangan
- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.


**********************************************


Nota :

Sebelum itu... dah siap ke barang-barang bayi? Kalau belum siap sepenuhnya apa kata Terjah kedai Bayi Online yang The Baby Store Malaysia ( www.thebabystore.com.my )

Ada macam-macam barang bayi dekat sini.. seronok cuci-cuci mata dan membeli belah...  layout website dia pun comel...


**********************************************

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".
                                             

Wednesday, October 16, 2013

pencarian kipas & lampu @ kedai Top Ten pula

sambungan dari pencarian kipas dan lampu dari post ni



sabtu yang lepas, sebelum aku balik ke kampung untuk cuti raya haji,
aku ke kedai lampu Top Ten di Puchong dulu.
hari tu kan aku pegi dah tutup.
kali ni nak cari baby fan jenama Elmark sebab aku nak pasang dekat bilik ketiga
di rumah yang aku baru beli tu.
bilik ketiga ni agak kecil sebab tu aku nak beli baby fan je.

Aku beli jenama Elmark dengan harga RM180.
Masa ni tinggal sekotak je.
Aku rasa baby fan jenama ni je yang murah sikit kalau nak dibandingkan dengan yang lain.
Kalau jenama KDK tu mencecah RM300++.

Rumah aku sekarang ni pun pakai Elmark juga untuk bilik ke 4.
Bilik ni kecik je..aku buat bilik stor.
Tapi aku ada perancangan nak jadikan bilik bacaan sebab tu letak juga kipas.
3 tahun lepas aku beli kipas ni dengan harga RM185.
Sekarang ni dah turun harga pulak.



Kipas ni agak berat sikit sebab bilahnya besi.
Pakai remote control tapi function biasa je.
3 kelajuan.
Tapi tak bole set timer semua la macam KDK tu.
Pada aku ok je...sebab bukan untuk bilik utama kan.
Kipas ni laju jugak ooo.....walaupun bilahnya besi.

Kemudian aku beli lampu untuk porch.
Lampu ni guna lampu T5. Harga RM32. [lupa snap gambo]

Lepas dah beli....kitaorang ke kedai House Lighting lagi sekali
sebab nak beli lampu untuk letak di pagar pulak.
Di kedai Top Ten tu tak banyak pilihan dan harga pun macam mahal skit.
aku memang dah survey kat kedai House Litghing hari tu.


  
Lampu pagar ni harganya RM29 satu...sekali ngan mentol kena tambah RM7.
So total RM36 satu. Aku beli sepasang jenis yang tinggi tu.
Niat hati nak beli tu je...sekali aku nampak la loceng wireless.
Tetiba teringat dah lama nak beli untuk rumah aku sekarang ni.
ye la..kekadang aku tak dengar orang panggil bila pintu tertutup kan.
Harganya RM35.



Bila compare 2 kedai ni...aku rasa harga lampu lebih kurang sama je.
Di Top Ten, kalau kita beli lampu, harganya bersekali dengan mentol mengikut mentol yang display.
Means kalau display tu lampu kuning, kalau kita nak tukar putih baru kena tambah harga.
Ni mengikut kata salesman dia la.

Tapi kalau beli lampu di House Lighthing, tak kira la lampu putih ke kuning ke,
tetap kena tambah RM7.
Kesimpulannya, bila dicampur tolak...harga lebih kurang sama je.

Tapi kipas aku memang suka beli di Top Ten sebab diaorang letak kotak2 kipas tu kat tengah2 kedai.
Memang banyak pilihan. Senang untuk kita tengok.
Kalau di House Lighthing tu, diaorg tak display semua. Letak gambar je dengan senarai harga.
Macam tak puas lak nak tengok kan.

ni aku sempat snap gambar untuk harga kipas KDK yang terkini setakat 12/10/13 di Kedai Top Ten.
kipas yang aku beli hari tu [kdk 4 bilah] harga sama je dekat House Lighting tu.
aku tengok harga kipas KDK ni makin naik. 3 tahun lepas aku beli model K14Y9 dengan harga RM279, sekarang ni dah mencecah RM286.

 

setel sudah beli kipas dan lampu untuk rumah aku tu.
dalam RM1500 juga.
itupun aku tak tukar semua lampu.
dalam bilik aku pakai lampu kalimantang je.
kalau aku sendiri yang dok rumah tu, memang aku pakai lampu lain.
tapi ni nak bagi sewa je kan, aku pakai lampu biasa je la.
cuma tambah sikit-sikit untuk lampu hiasan.
rumah pun dah hampir siap.
dalam 2 minggu lagi maybe siap sepenuhnya.
balik hari tu pun dah pilih cat, tai bilik air, tai dapur dan tai porch parking.
nanti aku tepek gambar bila dah siap k.

hari ni adik aku pegi setelkan cukai pintu dan cukai tanah yang owner tak pernah bayar.
nanti aku share pulak bab ni.
kan dah cakap, bukan senang nak uruskan urusan jual beli rumah lelong ni.
banyak benda nak disetelkan...
nasib baik adik aku ada ngeh2...

Thursday, October 10, 2013

kalau maknya dah peminat TUPPERWARE..

aku memang TUPPERWARE LOVER
dari zaman bujang sampai la sekarang, gile nak membeli je...
aku memang ahli tupperware tapi dah lama tak aktif.
cuma sekarang agak slow skit berbanding masa bujang dulu..
sebab banyak perkara lain yang perlu diberi keutamaan.
masa bujang, boleh dikatakan setiap bulan mesti beli punya...
ngeh2...
sampai cabinet dah penuh dgn barang2 tupperware ni.
ada yang rasa sayang je nak guna hihihi.
klau tengok catalog skrg ni, lagi geram2 tau...
kaler sangat2 memikat...cuma aku dah ada patern tu la kan.
cuma kaler je yang lain, sebab beli zaman dolu2...
boleh dikatakan byk bekas tupperware tu aku dah buat koleksi.


memandangkan hari ni dah gaji, kali ni beli brg tupperware untuk awliya pula.
bekas minum ni harganya RM29.90
beli dari ofismate, dapat la diskaun sikit.
aku beli skali ngan berus kecik untuk cuci straw tu.

bekas minuman adalah yang ketiga utk awliya.
2 bekas tu aku beli kat Jusco jenama Anakku, lagi satu tak ingat lak jenama.
satu aku letak kat umah babysitter, satu kat umah sendiri.
yang ni pulak utk pakai kat umah juga.
aku boring tengok dia pakai satu bekas yang sama je [kan dah kata mak yang over]
awliya memang kuat minum air masak.
senangkan kalau ada 2 bekas.

aku lebih suka awliya minum menggunakan bekas macam ni dari cawan.
sebab kalau minum cawan, abis baju basah. Tak pandai lagi control air hehe.
kalau bekas camni, kita boleh biarkan je dia minum sensorang pun tak pe.


Wednesday, October 9, 2013

Baby Outlet Warehouse::23 Sept - 15 Oct 2013

Aku memang meroyan sikit kalau ada baby sale ni.
Kalau boleh semua warehouse sale aku nak pegi huahua...
Sale ni dari 23/9 sampai la 15/10/2013.
Dah lama nak pegi sale ni, tapi selalu tak berkesempatan.

Kira ni pastime la aku sampai baby outlet ni.
Kebetulan waktu lunch tadi asben aku nak g Umobile di Sunway Pyramid.
Ting....terus dapat idea nak g sini.
Nak jalan-jalan cuci mata.
Terus kata nak ikut ngeh2...pastu suruh dia drop dkat kilang ni sementara dia setelkan urusan dia.
Sanggup aku skip makan tengahari ko...

Senang juga nak cari kilang baby outlet ni.
Lepas je Sunway Pyramid tu belah kiri, nanti nampak Hotel Sun Inn...dekat dengan Petron.
Masuk simpang tu. Pastu nanti nampak kawasan kilang-kilang. Banner pun banyak gantung tepi jalan tu, tunjuk arah sekali.
Dibuka dari 10.00 pagi - 8.00 malam.



Hari weekday memang la tak ramai orang kan.
Ada la 3-4 orang je, sampai aku rasa segan lak nak masuk dalam ni hihi.
Aku terus je pegi tempat longgokan baju-baju.
Kebanyakkan baju jenama Anakku.
Tak banyak pilihan sangat pun.



Kebanyakkan barang yang jual kat bawah khemah ni adalah baju baby, baju kanak-kanak, blanket, mitten & booties, topi budak, blanket, baju orang dewasa pun ada juga.
Harga pulak dari RM5-RM29.

 
 Baju jenama Anakku

  




topi baby jenama pureen RM3/sehelai

Sebelah kiri khemah tu, ada jual stroller, car seat, playpen, walker, barang toileteries, pampers, buaian,
beskal budak, nursing pillow.
Banyak juga pilihan stroller dekat sini, dari harga murah sampai la harga riban-riban.
Quinny zip pun ada.
Nursing pillow jenama My Dear harga RM60. Kalau beli kat Mydear Warehouse hrga RM50.
Tak banyak pun beza harga kan. Barang2 lain aku tak ingat harga dan tak tengok pun harga satu persatu. Nak cepat kan.

Tapi aku rasa harga kat tak la murah sangat, beza sikit je dari harga asal. Contohnya macam kerusi makan budak ni.

jenama My Dear. Normal price RM149
Sale RM133










 

Sebelah kanan khemah luar tu pulak, ada jual baju.
Dalam ni lebih selesa nak pilih sebab dalam bangunan, ada aircond.
Baju pun tersusun kemas je.
Ada diskaun 10% untuk members.
Ada juga baju yang longgok2 kat luar tu dijual dalam ni.
Kiranya kalau korang tengok kat luar tu takde saiz yang korang nak, ce try tengok dalam ni pulak.
Tapi baju yang gantung2 kat bawah ni harga lain la kan, tak la semurah kat luar tu.

 


 

 


Aku sempat sambar ni je untuk kali ni.
Baju untuk kakak awliya dan baju baby sikit.
Tu pun carik yang harga RM5 sehelai.
Buat baju basahan kat rumah je kan.
Semua aku amik jenama Anakku, sebab selalu kat shopping complex memang takkan dapat la harga RM5 kan.
Tak beli banyak pun. Habis pun dalam RM40.
Tu pun nasib asben dah sampai dan nak masuk opis cepat. Kalau tak lagi lama aku membelek survey harga satu2 barang hehe.





::Tips menghadapi sakit ketika bersalin::

  Minggu ni dah masuk 36w. Anytime boleh bersalin dah ni...dah kena ready.
Huhu nerbes ok. [walaupun ni anak ke dua]
Ni aku copy dari tip dari page fb Tip Untuk Ibu Hamil, Berpantang Dan Menyusu Bayi
Untuk rujukan dan panduan aku sebenarnya. Sebab tu aku suka simpan semua dalam blog, senang aku nak refer nanti. Boleh juga aku baca kalau ada masa terluang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
credit to: Tip Untuk Ibu Hamil, Berpantang Dan Menyusu Bayi
::Tips menghadapi sakit ketika bersalin::

Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun bole. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh nabi nuh ketika dalam perut ikan paus.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Doa ini juga boleh dibaca ketika dalam kesusahan.

Kedua : Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusen.

Ketiga : Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam2 pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Mengikut pengalaman saya, tips ini sangat berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin.

Keempat : Bagi yang beragama islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. maksudnya dosa2 dia dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran org yang melahirkan anak ni kan?

Kelima : Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, bakal2 ibu/ ibu2 digalakkan minum air milo/telur separuh masak utk dapatkan tenaga ketika meneran nanti. Memanglah kalau waktu sakit tu tak mampu da nak makan/ minum apa2 tapi curi2lah masa kontraksi tu hilang sekejap. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga nak teran nanti kesian kat baby. Ada kemungkinan lemas atau kena vakum pastu kepala dia lonjong. Kesian kat baby kita kan? Disebabkan kita, anak kita jadi mangsa. Baru nak keluar tgk dunia dah kena macam2.

Keenam : Jika anda berada di dalam labour room dan ditemani oleh suami anda, anda bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki anda. Ketika itu kaki akan terasa sgt2 lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang anda kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit / kontraksi itu.

Akhir : Kalau anda sudah cuba semua tips2 kat atas tu tapi tak berjaya jugak mengurangkan rasa sakit bersalin itu, anda bolehlah minta bantuan ubat tahan sakit dari doktor. Tetapi, KALAU BOLEH anda TIDAK DIGALAKKAN untuk mengambil epidural atau ubat2 yang membantu mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Sebab semua itu ada kesan sampingannya.

Tuesday, October 8, 2013

Kali pertama buat MGTT a.k.a minum air gula @ 36w

7/10/13
Sambungan post ini
Walaupun ni preegy kali kedua, tapi kali pertama aku kena minum air gula.
Ramai member aku cerita pengalaman diaorang minum air gula ni, macam mengerikan jer...huhuhu
Siyes, aku risau kot2 pitam ke, pening ke....hahahaha
Jadi aku dah apply cuti siap-siap, takut tak larat nak g keje.

So, malam tu aku dah kena start puasa.
Pagi tu aku cuma rasa nak muntah sebab perut kosong kan.
Untuk amik darah ni tak perlu nak ambil no giliran.
Terus je ke makmal. Biasa kat makmal ni memang tak ramai orang.
Dalam masa 15 min dah setel amik darah yang pertama.
Lepas tu terus nurse suruh minum air gula.
Minum sikit dulu....hurrrmmm.....macam ok je.
Terus minum lagi seteguk dan seteguk yang terakhir.
Eh...ok je aku rasa, tak la seteruk yang aku sangkakan - eksen sungguh
Minum dengan tenangnya macam sedang menikmati teh tarik kegemaran je hehehe.

Lepas tu kena tunggu 2 jam untuk amik darah kali kedua.
Terus call asben [yg dok tengah cari parking lagi], kata xyah parking.
Terus gerak p ofis hantar dia  sambil-sambil nak buang masa.
Pas antar asben, aku terus drive ke HUKM pula.
Malas nak suh asben antar sebab nanti dia kena ulang alik pulak.
Nanti senang aku terus balik umah je.
Nsib kepala aku takde pening ke apa, konpiden la aku nak drive sorang-sorang kan.

Dah sampai HUKM, aku ke makmal tadi.
Amik darah kali kedua, setel. Tak sampai 5 min.
Result boleh diambil pada keesokkan hari.
Perut dah nyanyi dangdut dah...
Terus aku drive pegi makan ayam kampung kat Restoren Hassan kat area downtown cheras tu.
Tak sempat tapau, kat situ jugak aku mkn sensorang.
Laparrr ooo....

Hari ni aku kena datang semula untuk amik result darah.
Doc kata bacaan normal...tak de masalah kencing manis.
Masalah tyroid pun takde. Everything is normal.
Alhamdulillah.
Lepas ni just continued check up macam biasa.

Lega aku dgn result tu.
Risau jugak sebab aku ni kuat makan/minum air manis-manis hehehe.
Nasib baik aku takde sejarah family yang ada kencing manis.

Ada lagi 2 appoinment check up.
17/10 di KK Seri Kembangan dan 22/10 di HUKM.

So, my little baby...mama, ayah dan kakak awliya tak sabar nak jumpa kamu..

Thursday, October 3, 2013

Check up HUKM @ 35w

Setelah seminggu amik appointment, so hari isnin aku kena g check up di HUKM.
Appoinment aku pukul 10 pagi, tapi pukul 9.00 pagi aku dah sampai.

Tunggu dalam 10 min untuk ambil no. giliran.
Masa ni kat kaunter aku serahkan GL sekali.
Then timbang berat dan ambil tekanan darah.
Pastu g ambil sample air kencing.
Dah selesai semua tu, kena tunggu lagi untuk masuk bilik scan pulak.

Alhamdulillah, kedudukan baby pun dah kat bawah.
Di tempat laluannya.
Berat baby masa ni 2.3 kg.
Gender baby???
Dah tau hari tu masa buat scan kat Klinik Sofea
tapi kali ni saje tanya lagi, nak confirmkan sekali lagi.
Nak tau ke??? [walaupun korang tak nak tahu pun kan...kan...]
Eh, tapi nanti la ek tggu baby kuar.. - nak kasi surprise dulu
Bila dah selesai scan, kena tunggu lagi untuk masuk bilik doc pula.

Dalam bilik doc, kena tanya beberapa soalan utk direkodkan.
Doc perempuan India. Baik doc ni, mesra juga dgn patient.
Kemudian dia suh aku baring, nak cek perut pula.
Bila check denyutan jantung, doc kata jantung aku gerak laju.

Doc: Eh awak ni tengah takut ke, atau tengah penat, ke tengah lapar???
Aku: Takde lah doc, saya tak rasa apa2 pun. Nak kata lapar, dah makan tadi. Tapi lepas bersalin anak pertama dulu saya memang ada masalah ni, nadi saya jalan laju.
Doc pun terus cek nadi aku.
Doc: Ermmm....ok, boleh bangun.

Duduk semula dekat meja doc, doc tulis semua rekod kat fail aku tu.

Doc: Next week awak datang amik darah ye, nak check sama ada awak ni ada masalah tyroid ke tak. Sebab denyutan jantung ni awak ni laju sangat.
Aku: blurrrr..... 

Doc tanya berat aku sbelum mengandung berapa.
Doc suruh datang minggu depan 7/10 untuk buat MGTT dalam erti kata lain minum air gula yang 'sedap' tu.
Adoiiiii....ingatkan dah terlepas dari seksaan ni.
Aku lagi sebulan je nak bersalin.
Selalunya minum air gula ni awal2 preegy ngan masa kandungan 7 bln kan??
Errrkkk...sebab berat badan aku naik sangat ke???
Walaupun ni anak kedua, aku tak pernah lagi minum air gula.
Buat check up kat KK pun xde lak minum, maybe aku takde sejarah keluarga yang ngidap kencing manis.
Tapi setahu aku, sekarang ni ibu mengandung memang diwajidkan minum air gula ni kan.
Tapi aku pelik nape kat KK tpt aku check up tak perlu minm...
Eh...menang aku tak pernah nampak orang minum pn kat situ...*musykil*

Dari apa yang mber aku cerikan, macam mengerikan je minum air gula tu...
Risau gile weiiii.....
Tapi nak buat camne, terpaksa juga aku tempuh..*nangis*

Bulan ni aku kena 3x dtg HUKM.
Dulu masa preegy kan awliya, aku datang sekali je.
Pastu continue check up di KK.
Tapi kali ni aku kena dtg sampai 3x pulak...
Ko tau je la HUKM tu, parking pun susah.
Nasib baik asben aku antar amik.
Tak larat dah aku nak drive.

Ayat doc yang terakhir, nanti pas bersalin anak kedua ni...awak merancang tau...
Kehkehkeh....baiklah doc, anak ketiga mmg saya nak jarakkan.
Saya pun nak rasa rehat juga.
Mencabar weeeiii....klu preegy anak tengah melasak lagi...
Apapun, anak2 adalah segalanya....mereka adalah NYAWA kami.



p/s:: mengharapkan waktu lambat berlalu supaya lambat tempuh minggu depan...........

Dah terima hadiah contest

Ingat tak post ni dan post ini, yang aku menang saguhati contest baby ceria
anjuran blogger saffiya?
Semalam dah terima hadiahnya.


Tak sabar nak buka hehehe.
Benda ni bentuk cam ipad je, besar pun lebih kurang ipad.
Bila kita tekan gambar pada skrin tu, akan kuar suara alif, ba, ta mengikut gambar tu.
1,2,3 pun ada.
Lagu-lagu pun ada juga.
Semua dalam bahasa arab.
Bagus untuk pembelajaran budak-budak.
Bahagian belakang lak, ada white board putih yang boleh dibuat ditulis-tulis dan dipadam semula.






Tq piya...
Suka dengan hadiah ni. - benda free mestilah suka kan hehehe...
Next time buat contest lagi ekkk....

Wednesday, October 2, 2013

Investment::Rumah Lelong

Seperti yang aku janjikan dalam post ni [link], yang aku beli kipas dan lampu hari tu utk rumah
lelong yang aku baru beli.

Hari ni baru aku nak share cite psl rumah yang aku beli di Taman Klebang Restu.
Rumah ni rumah lelong je.
Matlamat aku nak buat pelaburan, means rumah ni nak sewakan @ jual nanti
bila harga dah tinggi.

Just nak share pengalaman beli rumah lelong ni.
Mana tau ada yang berminat kan, mesti nak tau proses nak dapatkan rumah lelong ni.
Nak beli rumah lelong ni banyak prosesnya, agak leceh.
Semua kena buat sendiri.
Bukan macam kita beli rumah yang baru kan.
Proses rumah lelong ni adik aku yang uruskan dari auction di mahkamah sampai la ke
proses lowyer nanti. Tapi aku tahulah serba sedikit pasal ni, sebab adik cite kat aku kan hehehe.

Mula-mula nak beli umah lelong, korang mesti tahu lokasi di mana.
Pastikan berbaloi untuk dibeli.
Macam aku beli tu, lokasi memang strategik.
Dekat dengan lot-lot kedai, ada Mcd 24 jam.
Jusco akan dibangunkan dalam masa 2 tahun di kawasan perumahan tu.
Lagi satu, kena check dengan pejabat tanah utk tahu status rumah lelong tu.
Sekali check kena bayar RM40.

Rumah ni aku dapat RP (reserve price) RM48K.
Market price rumah ni dalam RM70K.
Memandangkan lokasi yang strategik, adik aku pun bit juga harga.
Kalau nak masuk auction, kita kena sediakan bank draf sebanyak 10% mengikut harga rumah.
Mahkamah tetapkan macam tu sebab nak pastikan orang yang masuk auction adalah orang
yang betul-betul nak beli rumah ni. Jadi, kena la sediakan bank draf sebanyak RM4800.
Kalau kita kalah semasa bit, bank draf ni kita akan dapat balik dan boleh di cashkan semula.

Rumah lelong ni banyak kategori.
Ada rumah yang dilelong masih elok [tak pernah diduduki], ada yang ditinggalkan, ada yang disewakan dan ada yang owner sendiri yang tinggal di rumah tu.
Memang rezeki kalau rumah yang masih elok, tak perlu banyak keluar modal untuk baik pulih.
Kalau rumah yang ditinggalkan [owner dah cabut lari], kadang2 rumah tu agak teruk sikit.
Ada yang wiring kena curi la, rosak itu la...ini la...
Kalau rumah yang ada org sewa, lagi mudah....tak perlu buat apa-apa dah.
Minta penyewa serahkan duit sewa pada kita je la, bukan pada owner lama.

So, kalau nak cari rumah lelong...carilah rumah yang ditinggalkan, maksudnya rumah kosong
yang tidak berpenghuni. Senang.
Kalau rumah yang owner sendiri duduk, memang payah sikit.
Buatnya dia tak nak keluar dari rumah tu, kan dah jadi kes lain lak.
Tak pasal-pasal kena lantik lowyer untuk dapatkan pula perintah mahkamah - lagi panjang cite dan makan masa.

Sebab tu sebelum decide nak beli rumah lelong, kitaorang akan survey rumah tu dulu.
Nak tengok sama ada kosong atau tidak. Kalau ada orang duduk, kitaorang akan tanya sama ada
penyewa ke atau owner.
Pernah adik aku pergi satu rumah tu, owner yang duduk...siap cakap 'walau camne pun saya tak kan kuar dari rumah ni' .

Biasanya bank akan isytihar rumah akan dilelong bila owner tak bayar pada pihak bank selama 2 tahun. Abg yang kat atas ni pun cakap dia dah 2 tahun lebih tak bayar kat bank. Tapi ada hati lagi nak cakap camtu tak nak kuar dari umah tu. Tapi bila abang aku cakap, klu dapat perintah mahkamah kena keluar juga kan. Baru la terdiam dan berlembut sikit.

Masa tu bukan nak beli pun rumah abg tu, saje je survey lokasi rumah lelong ni.
Kesimpulannya, memang kena cari rumah lelong yang tak de penghuni kalau nak selamat
dan mudahkan keje kita. Tak kisah la kalau rumah tu nampak teruk sikit, janji keje kita mudah kan.

Dipendekkan cerita [eh...rasa macam dah panjang berjela dah hihi]
masa auction ni...ada lagi 2 orang cina yang masuk juga.
Alhamdulillah, rezeki dapat juga rumah ni.
Bila dah berjaya dapatkan rumah, aku pun mula la mencari ah long....eh bukan ah long konsi gelap tuuu...hehehe....ah long bank.

Untuk proses rumah lelong, pembeli diberi masa 120 hari (4 bulan) untuk apply loan bank.
So, aku pun cepat-cepat apply loan, lepas tu nak lantik lowyer lagi untuk tukar nama hak milik.
If kita gagal setelkan loan bank dalam tempoh yang diberi, bank akan ambil balik rumah tu dan
deposit 10% tu burn camtu je. So, sebelum beli rumah lelong ni kita kena make sure loan bank kita lepas berapa je. Sebab tu aku aim rumah lelong dalam lingkungan 50K je sebab kalau harga tinggi2 kompem loan aku tak lepas sebab banyak komitmen.

Di Ipoh ni, harga rumah masih lagi murah jika dibandingkan dengan KL/Sngor ni.
Tapi kadar sewa pun murah la juga kan, tak de setinggi di sini.
Sebab tu aku nak buat investment kat Ipoh je.
Tak mampu nak beli umah banyak2 kat KL ni. - gaji kecik kan
Cukup la sebijik rumah yang aku dok sekarang ni.

Rumah tu sekarang dalam proses renovation. Dalam masa 3-4 minggu nanti siap sepenuhnya.
Banyak juga yang aku laburkan dalam renovation ni. Sebab banyak benda yang aku buat.
Totally berubah 80%. Tak pe la, aku pikir ni pelaburan. Kalau rumah cantik, kadar sewa pun bole la tinggi sikit kan.

Alhamdulillah, rumah belum siap renovate...ramai yang tanya untuk sewa.
Siap ada yang nak bayar duit booking. Tapi aku tak nak la confirmkan lagi.
Aku cakap rumah dah siap nanti baru kita cite kan. Tak syok la kan.
Orang sebelah siap booking dah...hehehe
Sampai aku pun tak tau nak bagi kat sape sewa....

Renovation ni pun abah aku yang uruskan, aku just sediakan duit je.
Ye la, camne aku nak pantau kan...dah aku dekat PJ ni.
Rumah ni kalau tengok memula memang macam rumah hantu hahaha.
Sebab dah kena tinggal 2 tahun lebih kan.
Tapi sekarang dah banyak perubahan.

Aku share gambar ni dulu la....nanti dah renovate keseluruhan aku share lagi.

Setakat ni, family aku dah menang 2 rumah lelong ni.
Satu tu rumah abang aku, dekat area Meru Raya, dekat je dengan Mydin.
Haaa....tengok, kitaorang kalau pilih...lokasi memang baikkkk punya.
Harga RM129K setelah menang bit di mahkamah.
Harga pasaran dalam RM160K.


Rumah abg aku.

Ni gambar masa renovation.
Sekarang dah siap sepenuhnya.
Kos renovation tak setinggi rumah aku la sebab rumah ni dapat dalam keadaan masih elok lagi.
Just baik pulih sikit je.

Kontraktor utk renovation ni pun kitaorang guna orang yang sama.
Kawan abah aku. Dah lama kitaorg guna perkhidmatan dia.
Harga pun lebih murah compare orang lain. - harga kengkawan
Keje cepat dan kemas.
Dan yang penting kebolehpercayaan.....xde la kes kontraktor lari kan bila dah dapur duit.

Rumah abg aku ni dah ada orang booking, siap dah bayar deposit. Tunggu nak masuk je.
Best pulak buat investment macam ni.
Kalau la aku bnyak duit, asal ada umah lelong je...aku rasa nak beli je semua hahaha..
Berlambak-lambak ok umah lelong ni kat area Ipoh.
Sebelum adik aku involved dlm rumah lelong ni, kitaorang pun xtahu rupanya banyak
rumah lelong yang murah kat area Ipoh ni.
Untung beli umah lelong ni sebab lebih murah dari harga pasaran.
Cuma kena tau cara2 dia la nak dapatkan umah lelong ni.

Bawah ni lak umah aku.

keadaan rumah asal....
naik pagar batu kiri dan kanan

sambung ruang tamu depan
atap porch buat konkrit


pintu masuk di bahagian tepi..bentuk petak segi empat ni adalah utk cermin sliding


tambah dinding sebagai divider antara ruang tamu dan ruang makan


ruang tamu yang dah besar sikit bila dah sambung 10 kaki ke depan

Ni baru progress setakat minggu lepas.
Banyak lagi renovation yang dibuat termasuk besarkan dapur.
Boleh dikatakan rumah ni akan berubah 70% dari keadaan asal.
Nanti aku update progress lagi. - ceh macam beli rumah banglo je nak update beria-ria ekekekeke
Banyak juga modal aku keluarkan untuk permulaan ni.
Tapi tak per, bila rumah dah cantik...baru boleh up kan harga sewa rumah kan..
Loan aku RM45K (10% kan dah byar bank draf masa auction)
Bayaran bulanan dekat bank RM230.
Sewa bulanan sekarang ni RM600. Bolehlah bayar bulanan dekat bank, siap ada untung dekat situ lagi.
Aku xyah kuar duit pun utk bayar bulan2. Untung kannn....

Jadilah, buat permulaan ni aku mampu beli umah yang murah-murah je.
Mana tau ada rezeki satu hari nanti, pelaburan dari umah lelong ni...aku boleh lak
beli umah yang besar sikit - in shaa allah
Rumah yang beli untuk diri sendiri dah ada, skrg pulun utk tambah asset je.
Untuk anak-anak juga suatu ari nanti...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...