Wednesday, January 29, 2014

habis sudah cuti 90 hari

Cepatnya masa berlalu...
Habis sudah cuti bersalin aku selama 90 hari semalam.
Genap jugalah umur Adra Nur Zafirah 3 bulan.
Sepatutnya hari ni aku dah start keje tapi
aku sambung cuti rehat selama 4 hari lagi.
Bermakna lepas raya cina nanti baru aku
masuk keje semula.

Alahaiiii...lemaunya nak masuk keje bila
dah cuti lama ni kan...
Sedey dan susah hati nak tinggalkan anak-anak di bawah jagaan orang lain...
Awliya pun dah tak jumpa mak pengasuhnya selama 4 bulan. Macam mana la dia nanti, mesti menangis....
Adra pulak kali pertama dok ngan mak pengasuh...harap2 tak banyak ragam.
Ye la, selama ni berkepit dengan mama je kan...
Tak puas nak gomol anak setiap pagi..sobs sobs.
Kalau la aku kaya, dah lama aku berenti keje jaga anak sendiri pastu buka bisnes sendiri..syokkk betul kan.
Tapi itu KALAU...hahaha..berangan bole la.

Alhamdulillah...adra masih lagi fully breastfeed.
Minum dalam botol pun boleh dah, takde la susah hati nak tinggalkan dengan pengasuh nanti.
Aku start ajar guna botol abis pantang hari tu. Tapi aku ajar botol waktu siang je, waktu malam kena bagi direct sebab aku risau juga nanti kalau ajar siang malam botol nti dia reject lak kalau nak direct.

Stok susu ebm pun makin bertambah, semoga allah murahkan lagi rezeki susuku utk adra.

Sekarang ni adra dh boleh tegakkan kepala bila kita dirikan dia. Kalau meniarapkan dia pun dah bole angkat kepala.
Badan adra kecik je tapi isi pejal...hihi...penangan susu ibu.
Suka menyembang weiii....penat nak layan.
Kalau sembang satu umah bole dengar suara dia..

Seronok melihat anak-anak yang semakin membesar...syukur padaMu ya Allah di atas anugerah ini.

Adra Nur Zafirah
3 bulan 



Sunday, January 26, 2014

7th Maternity & Children Expo 24-26 Jan 2014 @ Mid Valley

Haaa...kan aku dh cakap...asal ada ekspo baby ni mesti nak pegi...
Lagipun kesian dekat anak2 asik terperap kat rumah jer [cehh...alasan baik punyaaa...hee]
En asben layankan jer bini dia ni...
Kami sampai mid valley dalam pukul 4.30 petang. Masa ni tak ramai sangat orang pun.



Kali ni pegi memang ada tujuan nak pegi ekspo ni..
Nak mencari cooler beg untuk kegunaan aku masa dah keje nanti.
Sebenarnya aku dah survey online..
Tapi rasa macam nak survey juga dekat ekspo ni kot-kot dapat harga murah ke..

Cooler beg : RM35
Ice pack 1 kotak (3 pcs) : RM16
Nursing Bra : RM15

Jumpa juga cooler beg yang aku nak di booth Autumz. Tapi design yang aku aim dalam online dah takde. Setelah ditawar aku dapat harga RM35. Aku pikir belasah jer la design apa pun..janji dapat harga lebih murah dr online. Fungsi beg sama jer kan. Harga online aku survey paling murah RM45. Itupun ada sale, klu tak normal price adalah RM50++. Aku tambah beli ice pack dan nursing bra.

Di booth pureen, aku beli 3 pasang baju jer yang berharga RM15 sepasang. Sepasang untuk kakak awliya dan 2 pasang untuk adik adra.

Pureen : RM15

Lepas tu, aku beli sterilizer & warmer little bean. Yang ni memang tak dirancang.
Ok..mulanya aku berfikir-fikir nak beli warmer satu lagi sebab yang ada di rumah tu aku nak beli pada pengasuh untuk panaskan susu untuk adra nanti. Habis tu kena la cari sebijik lagi warmer utk kegunaan umah kitaorang juga. Bila pikir balik baik aku ambil yang set punya..lebih murah kan. Lagipun di rumah mmg takde srerilizer, guna cara tradisional jer...rebus kat dapur hehe..

Little Bean sterilizer & warmer
RM160

Sempat juga aku sambar beberapa pasang baju untuk si kakak.
Yang ni aku cari yang murah-murah jer sekitar harga RM5-RM8. Baju untuk pakai basahan di rumah.


Ko tengok...ko tengok...
Aku cakap nak cari cooler beg je kan...
Ada jer benda sampingan yang aku beli ngeh ngeh....
Nak buat camne kan...itulah aku..
Bab menghabiskan duit memang no 1...huhu
Total yang berjaya aku laburkan untuk expo kali ni adalah sebanyak RM300...ppffff
Insap..insap...
Itupun dalam 3 jam je kat sana...klu lagi lama...tak tau la...hahaha
Nasib baik bawa budak kecik ni, jadi tak leh nak lepak lama-lama. 
Dengan si kakak taknak dok diam, sibuk nak jalan sendiri...taknak dipegang. Si adik lak taknak dok dalam stroller...nak berdokong sebab nak nengok orang. Bosan dok dalam stroller katanya..adoyaiii.
Sian ayah...nak dokong adik, nak tolak stroller lagi...huhu. Mama lak payah nak cari barang sebab kakak ke hulu ke hilir, risau je dia hilang ke apa ke...macam2 weiii skrg ni, memang anak tak boleh lepas dari pandangan. Lepas setel semua yang nak dibeli, singgah Jusco kejap nak beli barang sikit pastu terus balik.

Aku rasa ekspo kali ni biasa jer...takde la murah sangat pun...
Ada sesetengah barang, beli online jauh lebih murah berbanding beli di ekspo ni.
Eh..aku nampak ramai orang borong pamper huggies..murah kot.


Sempat tengok persembahan naga sempena tahun baru cina.





Tuesday, January 21, 2014

Tenancy Aggrement


Hari ni dah siapkan perjanjian perumahan (tenancy aggrement) untuk rumah yang hani bagi sewa tu.

Penting ke tenancy aggrement ni??
Pada hani ia sangat penting....
kenapa penting...???

Ni perjanjian antara tuan rumah dan penyewa.
Apa yang dipersetujui oleh tuan rumah dan penyewa termaktub dalam perjanjian ni.
Jika perjanjian ni diingkari, kita sebagai tuan rumah  boleh ambil tindakan ke atas penyewa.
Contoh paling dekat adalah kes abang hani sendiri.
Penyewa rumahnya gagal menjelaskan sewa rumahnya dah hampir setahun...
Sampai tunggakan dan mencecah belasan ribu ringgit...banyakkan!!!

last-last abg hani ambil keputusan untuk mengambil tindakan undang kerana penyewa
gagal membayar sewa dan enggan keluar dari rumah berkenaan walaupun abang hani
dah potong bekalan elektrik dan air.

bila jumpa lowyer, perkara pertama lowyer tanya ada tak Tenancy Aggrement?? Lebih mudah ambil tindakan sebab ada hitam putih kan...
haaa...nampak tak pentingnya ada Tenancy Aggrement ni.

Sebab yang kedua penting adalah tenancy ni boleh dikira sebagai PENDAPATAN
bila korang nak buat pinjaman dengan bank.
Pernah jadi dekat aku sendiri.
Masa aku buat loan untuk rumah lelong yang aku beli tu, loan aku tak lepas disebabkan
komitmen yang tinggi. Gelabah ok !!!
Mana aku nak cekau duit lagi ni...
Kalau tak dapat loan, alamatnya tak dapat la beli rumah tu dan duit deposit aku sebanyak 10%
akan burn camtu jer....rugi weeiiii.

Lepas tu aku cuba submit Tenancy Aggrement untuk rumah aku yang lain.
Kira sebagai dokumen sokongan la untyk buat pinjaman ni.
Alhamdulillah, lepas tu terus approve.
Sebab bila dikira sebagai pendapatan, jadi komitmen aku jadi kurang.
Tapi pastikan bila ada Tenancy Aggrement, dalam bank korang ada bukti duit masuk.
Maksudnya kalau korang bagi sewa RM500, setiap bulan ada transaksi duit tu dalam bank statement korang, barulah bank percaya kan.

so, korang yg ada rumah sewa, sebaiknya sediakanlah Tenancy Aggrement ni sebagai persediaan awal.
boleh google kalau nak dapatkan contoh, versi BM ada versi BI pun ada..
Lepas tu, jangan lupakan matikan setem di LHDN supaya perjanjian dokumen ni
sah di sisi undang-undang. Jadi nanti senang ambil apa-apa tindakan untuk sebarang
kemungkinan yang terjadi.

Bayaran untuk matikan setem ni bergantung kepada BAYARAN SEWA dan TEMPOH.

Contoh pengiraannya seperti berikut:

Katakan kadar bayaran sewa adalah RM500 dan tempoh penyewaan adalah 1 Tahun
RM500 x 12 bulan = RM6000 - RM2400
                                  = RM3600 / 250
                                  = RM14.40
Jadi, duti setem yang dikenakan adalah sebanyak RM14.40 untuk setahun.



Monday, January 20, 2014

transfer stok ebm dari ipoh-kl

Habis sudah percutiaan hani dan anak-anak dikampung selama 2 bulan setengah. 2 minggu lagi dah kena masuk keje dah...jadi hari ni pulang ke tempat asal hehe.

Terima kasih pada mak sebab tolong jaga hani dan anak-anak sepanjang kami berada di sana terutamanya waktu berpantang hari tu. Masa balik ni pun mak ikut sekali sebab nak tolong kemaskan barang yg berlambak tu...dia kesian dekat hani sebab nak pegang baby lagi kan..dgn si kakak yang tak reti dok diam lak tu....tak terbalas jasa mak!

Dah nak balik ni, kena angkut la semua barang termasuk la stok ebm ni.


Stok ebm yang berjaya dikumpul sepanjang bercuti. Hani mula buat stok ebm ni mggu kedua lepas bersalin hari tu. Di rumah mak ada deep freezer. Kosong pulak tu, jadi senang nak isi semua stok ebm ni, tak la bercampur dengan benda lain. Setakat ni hani baru guna 1 botol je sebab nak test sama ada adra boleh terima frozen ebm atau tidak. Alhamdulillah dia tak reject. Risau juga sebab hani pernah terbaca ada sesetengah budak tak boleh terima ebm ni, maybe sebab rasa dah berubah sikit kan. Selalunya kalau bagi guna botol, hani akan bagi fresh ebm jer. Yg stok ni akan digunakan utk dihantar ke rumah pengasuh nanti.

Masa packing barang, benda yang risau nak bawa adalah stok ebm ni. Risau kalau jalan jem. Dah cuti umum thaipusam hari jumaat kan...kira 3 hari cuti termasuk sabtu dan ahad. Mau menangis weii kalau ebm ni rosak. Dalam hati berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan kami dan melindungi rezeki adra ni dari cair di tengah jalan. Nasib baik kat rumah mak ada bekas coleman ni. Bole la tahan lama sikit berbanding guna bekas kotak ais putih tu. Ngam-ngam penuh bekas ni.
Kemudian letak ais banyak2 pada bahagian bawah dan atas.



Alhamdulillah....jalan tak jem sangat. Cuma kereta agak banyak dan tak bole bawa laju sangat. 3 jam juga perjalanan. Bila sampai rumah, perkara pertama dibuat adalah selamatkan ebm dulu. Terus cepat2 masukkan dalam fridge.
Itupun main sumbat je dulu, belum susun lagi ikut tarikh. Peti ais pulak dah penuh. Ishh macam kena beli deep freezer juga ni...huhu...

Tu baru ipoh-kl..pun dah risau..macam mana la kalau balik kmpung di kelantan yang makan masa 6-7 jam???? Hurmmm.....

Monday, January 6, 2014

Renovation done

Dah lama aku tak post pasal progress renovation umah aku.
Boleh rujuk post aku di SINI dan SINI.
Alhamdulillah, renovation dah siap sepenuhnya sebulan yang lalu.
So far aku puas hati dengan hasilnya.
Dari rumah macam 'Villa Nabila'...kini dah tak mengerikan...hoho
Bila dah cantik, ramai la orang nak sewa kan.
Tu belum iklankan lagi dalam mudah.com tu.

Sekarang ni penyewa pun dah ada.
Nak pilih penyewa ni kenalah tengok betul-betul kan....
Taknak la main pilih jer....nanti takut keadaan rumah rosak.
Sebab bukan sikit pelaburan yang aku buat ni.
Penyewa aku ni masih bujang dan akan berkahwin bulan April nanti.
Sebelum dia kawin, dia memang duduk sorang-sorang je dalam rumah ni.
Lagipun dia tokei kedai makan, selalu tak de di rumah.
So, agak selamat di situ... i means rumah selalu dalam keadaan elok la kan [hopefully]
Harap-harap dia boleh jaga rumah aku dengan baik seperti rumah dia sendiri.

Urusan dengan lowyer pun hampir selesai.
Lega.
Lepas ni terima duit sewa jer la hehe.
Best kalau ada banyak rumah sewa kan...
Pelaburan tu...
Tapi setakat ni aku baru mampu beli sebuah jer.
In shaa allah...ada rezeki lebih...aku nak melabur lagi dalam
pelaburan hartanah ni.






SEBELUM

Ni baru gambar luar...tak yah la aku tunjuk gambar dalam camne....korang dah boleh agak kan....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

SELEPAS

Banyak perubahan kan....mana yang masih elok, aku tak tukar pun. Macam lantai dan syiling, ada juga yang masih elok. Tapi boleh dikatakan 80% juga perubahan untuk rumah ni.

Porch depan

Bahagian ni semua baru. Kalau korang tengok dari gambar asal pun dah tau kan semua dan bertukarrrr.....


 Ruang tamu

Ruang tamu ni aku extend 10 kaki ke depan...nampak lagi besar sikit dari keadaan asal.
Syiling baru, tiles lantai (saiz 4 inci) yang baru, letak 2 kipas dan lampu pun baru juga.
Eh, satu lagi pintu kayu baru....siap kena tambah extra duit untuk buat pintu bercermin.
Kalau takde cermin, tak perlu tambah duit pun.


Bilik 1

Dalam bilik tak banyak perubahan pun. Sekadar ganti syiling yang dah rosak. Pasang kipas dan cat baru (kaler soft blue)

Ruang makan

Ruang makan hanya pasang kipas dan tambah wiring untuk letak lampu kiri dan kanan.

 Dapur

Dapur pun banyak perubahan. Extand dapur bagi besar skit. Letak table top, tiles pada dinding dan lantai, tambah pintu besi, tambah 2 sinki dan letak sliding window.

bilik air
Bilik air ni memang banyak perubahan. Tambah tiles baru dan kolah baru (sebelum ni hanya ada shower)

Selesai juga semuanya...fuhhh...
Asalnya aku plan nak jual je rumah ni bila dah siap.
Tapi bila dah cantik, rasa macam sayang pulak nak jual kan!
Hurrmmm.....so aku buat keputusan biar je la dulu.
Simpan pun tak rugi, harga rumah makin naik kan.
Lagipun dah ada orang sewa, tak membebankan aku pun untuk bayar monthly pada bank.

Kalau u all nak tau kos renovation ni, email me ye :-)















Friday, January 3, 2014

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran


Assalammualaikum

Dengan penuh rasa kesyukuran, saya ingin menjemput rakan-rakan
ke Majlis Aqiqah & Kesyukuran  puteri saya ADRA NUR ZAFIRAH
pada 5 Jan 2014 (Ahad).
Rakan blogger yang ada sekitar Ipoh, jemputlah datang.
Semoga kehadiran rakan-rakan dapat memeriahkan majlis kami dan mendapat keberkatan dariNya.






Thursday, January 2, 2014

Welcome 2014

Assalammualaikum semua...

Lamanya tak update blog. Banyak cerita nk dikongsikan tapi apakan daya....
Paham-paham je la bila ada 2 org anak kecil ni.
Baru jer nak mengadap komputer/hp, masa tu la si kakak nk tengok video abc kat youtube...adoiii...layankan je la, kang menangis pulak.

Bila sorang tido..sorang lagi pulak bangun...haaa masa bila la nak update blog kan.
Kadang-kadang aku nak makan dan mandi pun tak sempat tau....huahua
Ni pun dapat update sebab masih pagi lagi...so diaorang tengah tido.

2013 telah melabuhkan tirainya.
Walaupun hari ni dah masuk 2hb Jan 2014, rasanya masih belum terlambat hani nak
ucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua.

Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2013.
Yang pastinya kenangan paling manis untuk tahun 2013 adalah melahirkan puteri yang
kedua pada penghujug oktober lalu.

Pada pendapat korang, perlu ke ada azam???
Pada aku perlu...sebab dalam kehidupan ni kita kena ada tujuan dan matlamat hidup.
Biarpun kadang-kadang matlamat tu tak tercapai pun.
Asalkan kita ada perancangan kan....
Azam aku???Hurmmm...macam-macam. Sama macam tahun lepas pun ada gak..haha.
In sha allah, moga tahun ni tercapai semua impian aku.
Menjadi anak, isteri dan mama yang terbaik untuk keluarga...itu yang PALING UTAMA.

Aku doakan semoga azam korang semua tercapai untuk tahun 2014 ni.
Amin...amin.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.

Jumpa lagi untuk next entry....[yang entah bila dapat menulis lagi....huhu]

p/s::cuti bersalin tinggal sebulan lagi....sobs sobs....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...