Monday, March 24, 2014

Pureen Stock Clearance 26-27 Apr 2014::Bertukar lokasi





Jualan yang ditunggu setiap tahun hehe...
Tapi kali ni dah bertukar lokasi tauuu...
Bukan lagi di PJ tapi di GLENMARIE pula
Entah kenapa diaorang tukar lokasi...
Adoyaiii...makin jauh la pulak !!!!
Niat hati nak pegi jugak ni.....

So, u all....pegi ke tak pegi ni???

Thursday, March 20, 2014

Bila Rajin Datang: Kek Kukus Choc Moist

Sabtu minggu lepas try buat kek kukus choc moist
Hani memang suka kek ni, selalu beli je...
Bila tengok resepi cam senang je, teringin lak nak buat sendiri.

Pestime buat ni...
Lepas je kukus, excited sangat nak keluarkan dari bekas...
Sekali tengok, abis mendap kek tu...jadi lompong di bahagian tengah...
Adehhh....tu la, gelojoh sangat !!!!

Hani pun cover la dengan buah strawberi.
Sebenarnya strawberi ni memang nak hias atas kek ni, tapi bukanlah susunan macam ni.
Nampaknya kena la gunakan strawberi untuk tutup 'kecacatan' pada kek ni..sobsob....
Tapi dari segi rasa, memang sedap weiii.....super duper moist, sampai jilat jari giteww !!!
Asben pun suka...
Tapi bagi dekat kakak awliya, strawberi dia ngap dulu.
Strawberi made in korea, tak masam lansung....manisss sebab tu awliya suka.
Besar pun besar.
Murah je sekotak RM12 beli di giant. Sekotak tu ada dalam 10-15 biji gitu [lupa nak kira]


Malam tadi, disebabkan mata tak boleh tidur....terus terpikir nak cuba buat kek ni untuk kali kedua.
Bahan-bahan semua masih ada lagi, balance hari tu punya.
Kali ni more better than 1st....masa keluarkan dari periuk kukus, hani biarkan dalam 10 min.
Dah sejuk sikit, baru keluarkan dari bekas tu.
Cuma yang kali ni tak berapa moist sangat sebab ganache yang digunakan sikit je.
Malas nak masak yang lain. Susu cair pun dah abis.
Sebab tu la tak berapa moist dan kering sedikit.
Rupa dah ok, tapi kurang umphhh pulak...

Kalau nak compare, hani lagi suka yang 1st buat tu...memang super duper moist sebab hani buat 2x curahan ganache. [rujuk resepi]
Tangan tak berseni macam ni la, kena 3-4 kali buat baru la perfect kot.
Chaiyok! Kita cuba sekali lagi untuk dapatkan rupa yang sempurna dan rasa yang gile sedap hahaha

Bawa separuh ke opis untuk jamu kawan-kawan.



Hiasan pun takde sebab strawberi dah takde balance....kakak awliya dah abiskan.


Resepi dari blog: http://inibelogcikgusuraya.blogspot.com/2013/07/resipi-kek-coklat-kukus-lembab-mudah.html



Bahan untuk kek coklat.

Bahan A
 
. 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan susu pekat 

Bahan B 

· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur (suhu bilik)


Cara-cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..


BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) NYUMMMM


Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist 









Tuesday, March 11, 2014

Bila Rajin Datang: Roti Pizza dan Kek Pisang with Chocolate Chip

Weekend yang lepas, tiba-tiba datang semangat nak membaking.
Setahun sekali je kot perasaan ni datang ngeh2x
Hari jumaat terus je beli bahan masak...setengah bahan memang dah sedia ada di rumah.

Menu pada hari sabtu adalah Roti Pizza.
Hani gunakan roti gardenia je sebab nak habiskan stok roti ni sebelum expired.
Jangan membazir.
Sebab tu hani tak beli pizza base.
Lagipun mahal juga harga pizza base ni, 2 keping berharga RM12.
So pakai je roti gardenia, lebih jimat.

Resepi ni hani ambil dari internet, tapi olah la sendiri ikut suka hati...

Ok, meh hani kongsikan resepi yang mudah dan ringkas ni.

Roti pizza

Bahan
-pizza base/roti gardenia
-sos spageti (perisa tradisional)
-capsium
-ayam kisar (masak sekejap atas dapur dulu dan letakkan lada sulah dan oregano)
-sosej (rebus dulu)
-nenas (dalam tin)
-cheedar
-mozeralla cheese
-oregano
-lada sulah
-thousand island / mayonis

Cara
- sapu roti dengan sos spageti
- susun dalam bekas
- tabur capsium, ayam kisar, sosej, nenas, cheedar dan last sekali mozarella cheese
- letakkan thousand island/mayonis
- bakar pada suhu 180' selama 45min atau sehingga cheese masak kekuningan.
- sedia untuk dimakan

Topping atas tu uols boleh ubah-ubah, nak letak cendawan pun bole, isi ketam ke atau apa-apa yang uols suka la.

roti pizza
dah siap masak

roti pizza
zoom kasi dekat lagi....yummy !!!! i love cheese


Hari ahad pula, hani buat Banana Cake with Chocolate Chip.
Resepi dari ofismate, Rafizi.
Kalau uols nak cuba, boleh terjah blog dia di SINI.
Dia ada tunjukkan cara nak buat.
Hani memang akan cari resepi yang mudah2 je kalau nak membaking ni.
Dan hani akan masak apa yang hani suka makan, kalau asben yang suka makan belum tentu rajin lagi hahaha...kot2 dia suka makan yang nak memasaknya bukan main susah, camno tu....*pitam*
Maklum la orang 'terorrrrr' sangat memasak kan....huahua
Kadang-kadang tu tanya juga dia nak makan apa bila bini dia ni dah abis idea nak masak.
Nasib baik asben jenis tak memilih, apa yang bini masak semua dia ngap jeww....


ready untuk masuk dalam oven

Dah siap masak, mesti akan suruh asben rasa...
Asal tanya 'ok ke x'??
Asik jawap ok....ok...
Sedap la kot pada tekak dia...ye ke???
Tak kira la sedap ke tak....kena cakap sedap gaksss...
Kang bini merajuk tak nak masak pulak hihihi...

ready untuk masuk dalam perut pula









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...