Posts

Showing posts from May, 2014

Hytex Warehouse Sale 23-25 Mei 2014

Image
Hari jumaat lepas berkesempatan pergi warehouse ni. Kebetulan dekat dengan opis, 10 min je. So, waktu lunch yang panjang, aku dan dua orang rakan pun terjah la ke tempat ni. Orang pun tak ramai, time hari keje kan... Aku aim nak cari baju si kakak awliya, sebab banyak baju dia dah tak muat. Hurrmmm aku rasa macam tak berapa menarik sangat warehouse ni... Kebanyakkan stok baju yang lama-lama, ada yang nampak dah lusuh. Rasa macam tak berbaloi dengan harganya pulak. Ye..aku tau jenama tanderly, disney, looney tunes ni memang mahal sikit kat pasaraya. Eh, aku tak kisah stok lama pun janji elok lagi kan. Memang gigih la ko kena pilih. Ada juga baju yang baru yang masih elok berlipat tapi tak banyak la. Harga pun takde la murah sangat...biasa-biasa je. Harga RM3 tu pun sepentot budak je.. Yang baju semua harga RM5 ke atas. Yang jenama Tanderly harga RM8 sehelai.. Kalau Disney dan Looney Tunes tu murah la skit dalam RM5. Kalau baju sepasang baju dan seluar harganya R

Perlindungan untuk anak tersayang

Image
Alhamdulillah bulan lepas baru dapatkan insurans dan medical card untuk si kakak Awliya. Untuk si adik dah ambil tahun lepas.  Selalunya orang kita (orang Melayu) memang tak nampak sangat kepentingan insurans ni berbanding kaum yang lain. Kalau tengok kaum Cina, kebanyakkan mereka akan ambil polisi insurans untuk anak-anak mereka sejak mereka lahir lagi. Fuhh...dah boleh tarik nafas lega sedikit bila dah ada medical card untuk anak-anak yang tersayang. Full Coverage / RM200 Full coverage tu semua perbelanjaan kos rawatan di hospital ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans dan RM200 tu adalah kelayakan elaun wad. Maksudnya boleh duduk dalam wad yang berharga RM200. Eh...satu lagi, dapat lagi RM200 elaun wad kalau kena admit. Dulu memang hani tak berapa kisah sangat pasal insurans. Pernah juga ambil untuk diri sendiri, tapi separuh jalan je. Masa tu pikir tak pe la takde insurans pun, sebab keje gov boleh je pegi spital gov. Tapi bila dah kawin, ada anak...i'm al

Review Avent Natural Manual Breastpump

Image
Hari ni aku nak review Avent Manual Breastpump ysng aku gunakan sekarang. Aku pernah janji dalam POST NI untuk buat review lepas guna kan. Sebelum ni guna Madela Freestyle, tapi ada problem sikit pam tu. Suction dah tak kuat. Kena gantikan spare kit yang baru. Sementara nak beli yang baru, aku guna dulu la yang manual ni. Aku beli Avent Manual BP ni masa pregnant anak kedua. Masa ni saje je beli, buat backup je. Memandangkan anak kedua, kebanyakkan keperluan dah ada...so boleh la invest beli backup bp Nasib baik juga aku beli pam manual ni. Semasa aku kena bengkak susu selepas seminggu bersalin, pam medela seperti tidak berfungsi. Kalau pam, makin sakit tapi susu tak keluar pun. Dan kebetulan masa tu charger medela fs tah hilang ke mana, baru teringat nak guna Avent ni. Kali pertama guna memang janggal...hahaha...dah biasa guna fs la katakan. Tangan rileks je. Yang ni lenguh tangan sikit la. Tapi aku suka sebab susu keluar dan breast pun kurang sakit. Aku tak rasa r

bila si kecik bertudung

Image
Sekarang ni kami sekeluarga ada di Ipoh. Bercuti sampai hari wesak ni. Bila mama takde keje, anak la yang selalu jadi mangsa hihi. Petang tadi kami adik beradik berborak-borak, tiba-tiba datang idea nak buli budak kecik ni. Adik hani terus ambil tudung kecik dan pakaikan pada adra. Adra pula ok je, redha dengan perangai mama dan mak lang dia ni. Adik lelaki hani pula jadi photographer, terus amik kamera DSLR. Hehe...ni la hasilnya. Adik adeya jangan maree eee.....  ada rupa macam ustazah tak? hehe sibuk nak tarik rumput tu dah merengek, masa ni dah penat....tak selesa sebab badan dah berpeluh-peluh...

Adra sudah 6 bulan

Image
Lamanya tak update blog. Busy...busy... Kat opis busy dengan keje, di rumah pulak busy dengan anak-anak dan hal rumah. Entry ni dah 5 hari dalam draf, hari ni baru sempat nak post. Alhamdulillah....adra dh genap 6 bulan. Masih lagi breastfeed secara ekslusif. Adra masih belum makan apa-apa lagi. Dia macam tak berminat pun dengan makanan. Bila hani makan, saje je tunjuk makanan depan dia, lansung takde respon. Macam takde perasaan jewww....hahaha... Berbeza sangat dengan si kakak dulu, masa umur 5 bulan si kakak dah meleleh air liur tengok mama ngan ayah dia makan. Bila acah2 nak suapkan dia...terus nganga mulut luas-luas hihi. Mungkin sebab adik fully bf, so perut rasa kenyang je kan.  Memandangkan adra macam tak berminat lagi nak makan, hani pun tak nak la paksa dia untuk makan. Biar dia betul-betul bersedia. Tapi nak try juga suapkan makanan cuti weekend ni. Sementara tu bolehlah mama dia kumpulkan semula semangat nak memasak balik kiki...ok kena rajinkan diri