Posts

Showing posts from June, 2014

Baby KIKO Warehouse Sale 25-28 Jun 2014

Image
hari ni dah gaji, ada lak warehouse sale ni....tergugat iman weiii aku tak pernah lagi pergi warehouse sale ni. teringin juga nak pergi, tapi tak nak ikutkan napsu ni sangat kekekeke... sebab kalau pergi kompem aku ni akan memborong banyak. bulan ni kena berjimat sikit, sebab bujet telah diperuntukkan untuk hal yang lain. dah 2 bulan ni asik shopping baju budak-budak je. aku suka jenama kiko ni, baju berkualiti dan comel-comel. banyak juga baju anak aku beli jenama KIKO ni. kali ni nak beli baju raya untuk anak-anak tapi aku ingat nak beli kat jusco je. nak raya kan, mesti shopping complex pun buat sale gile2 punya. so kali ni aku taknak bersesak-sesak kat tempat panas dan ramai orang. Maybe next time akan terjah juga warehouse ni. U all yang suka juga shopping....jangan tunggu lagi, terjah la cepat. Dari 25-28 Jun 2014. Dibuka dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Terjah jangan tak terjahhhhhh.............

adra tumbuh gigi

Image
dah lama tak bercerita perkembangan anak-anak. mood nak update blog ni memang berkobar-kobar, banyak perkara nak dikongsi bersama tapi bila nak mula menulis terus 'lost'...tak tahu nak karang ayat heee.. lemau sungguh sekarang ni. Insha allah, akan cuba juga untuk merajinkan diri update blog ni. Seminggu yang lepas si Adra demam, pakej sekali dengan batuk dan selesama. Demam berduet sekali dengan kakaknya. Mungkin disebabkan cuaca yang panas sekarang ni, berjerebu. Tapi nasib baik tak teruk pun demamnya, orang perak kata dedo je. Masih aktif dan tak reti duduk diam. Cuti weekend ni baru perasan, Adra dah tumbuh gigi rupanya. 2 batang. Tapi hanya sebatang je nampak dah terkeluar dari gusi, sebatang lagi masih terbenam...tapi boleh rasa dah dengan jari. Maybe seminggu ni akan nampak lagi sebatang tu. Adra dah 7 bulan++. Agak cepat tumbuh gigi berbanding dengan kakak Awliya... Dulu si kakak masa umur 8 bulan baru tumbuh gigi. Patut la tak sihat minggu lepas. Sek

Pertama kali MENCANDAT SOTONG 30&31 Mei 2014

Image
Sebelum cerita ni menjadi basi, masam dan pekasam, baik di'up'kan entry ni cepat-cepat. Sebenarnya aktiviti mencandat sotong ni planning last minit. Menumpang orang hehe.... Dah lama teringin nak merasa mencandat sotong ni. Nasib baik ada kekosongan...rezeki. Kami menginap di rumah mak mertua abang aku di Kuala Berang. Bertolak dari Seri Kembangan pada pukul 11.00 malam dan sampai di Kuala Berang pada pukul 5.00 pagi. Lepas solat subuh, kemudia sambung tido, pukul 9 pagi baru bangun. Terus aku bersiap apa yang patut, sediakan stok susu dan masakkan bubur untuk adra. Anak-anak tinggal dengan nenek diaorang. Nasib baik la mak aku bole ikut sekali... Pestime nak tinggalkan adik adra ni, susah hati juga bila tengah-tengah malam dia cari mama dia ni . Tapi ku kuatkan juga semangat huhu.. Demi merasa pengalaman mencandat sotong kuikui.... Pukul 3 petang kami dah bergerak ke Jeti Marang , perjalanan dalam 1 jam dari Kuala Berang. Sebelum tu kami dah siap-siap beli bek