Monday, August 25, 2014

perlu ke POWERBANK??

orang lain dah lama ada powerbank....hani baru terhegeh-hegeh nak beli...ngeee.
ketinggalan sungguh tau !!!
dulu rasa powerbank ni macam tak penting, so buat tak tau je la..
sedangkan adik hani pun ada jual powerbank ni [dulu....sekarang stok dah sold out]

tapi sekarang ni rasa macam perlu jerrr....sebabnya bateri henpon selalu kong.
dah anak asik nak tengok youtube abc la, upin ipin la...dan terkini thomas and fren...
adoiii....bergilir-gilir kejap tepon ayah, kejap tepon mama.
pastu bila time nak keluar umah, masa tu la bateri kong....adoiii stress mama dia tak dapat buka fb..
kuang...kuang...
eh! takde la...tak penting sangat pun fb tu - walaupun rasa tak buka sehari macam bosan jeww...
kadang-kadang kami keluar nak ke sesuatu tempat yang tak tau jalan, nak kena guna GPS kan.
time tu kalau bateri kong memang rasa macam nak campak tepon keluar tingkap je, apala gunanya tepon canggih tapi takleh guna - [eleh....macam la canggih sangat] xoxo

penting untuk snap gambar anak-anak masa kat luar....pegi taman ke, shopping ke...
bertambah penting bila nak buat call....
jadi terpaksa la sebelum keluar rumah dulu charge tepon siap-siap....


Disebabkan alasan-alasan di atas, terpaksalah jugak korbankan duit untuk beli powerbank
ni pun cari harga yang mampu milik....
sekarang ni nampaknya dah ramai pakai pineng powerbank, review pun kebanyakkan kata ok!
adik hani pun rekemenkan pineng ni je, memang ada yang berkualiti tinggi dan harga lagi mahal la.
tapi yang ni pun kira memadai, tak semestinya murah tak berkualiti kan! kata nak cari harga mampu milik.

kebetulan member ofis ada jual powerbank ni.
survey punya survey, dekat member ni juga yang murah.
so decide beli dekat dia je, lagipun nanti senang jika ada masalah apa-apa kan.



 macam jongkong emas

 
pakej bersama usb cable

hani beli model PN-999 [model terbaru]
amik yang 20,000 MAH...untuk samsung s4 bole 2-3 kali charge.
original.
warranty setahun.
harga RM85 [dalam website pineng harga RM129]
anything problem, boleh tukar yang baru terus jika masih dalam warranty.

Macam mana nak tahu ori ke tak??
Senang je...dekat pelekat tu nanti uolss gores, akan ada serial number.
kalau uoll nak cari powerbank juga, boleh beli dekat sini order sini.
eh...i promote ni tak dapat % pun
saje share dengan uolss semua..
banyak pilihan....nak murah ada, nak mahal pun ada.

sharing is caring kan...


Tuesday, August 19, 2014

cerita Hari Raya 2014

Cerita raya yang dah basi. Tapi masih bulan Syawal lagi kan...kan...
Kira masih valid lagi entry...
So update semua sekaligus...ngeee

Cerita raya tahun ni biasa-biasa jewww...
Raya tahun ni turn beraya di kampung asben di Jeli, Kelantan.
Kami balik kampung sehari sebelum raya sehingga raya ke 4. Kemudian beraya di Ipoh sehingga habis cuti pada hari Ahad ni.

Nasib baik kami tak tempuh jem, perjalanan lancar dan dipermudahkan...alhamdulillah.

Tema raya tahun ni kaler hijau pink.
Asalnya nak pakai pink...tapi asben ku itu tak setuju..hurmmm pelik sungguh nape le kaum lelaki ni alergic sangat dengan kaler pink kan..kan. so terpaksa la amik kaler ijau ada pink sikit-sikit je...
asalnya pilih kaler ni sebab baju melayu asben mmg dah ada.
Baju melayu ni kononnya nak pakai masa majlis aqiqah adra tapi tak jadi sebab last minit tukar kaler tema. so proceed jadi baju raya je la.
Kira baru la kan sebab tak pakai pun lagi.

Pastu punyalah payah nak cari baju si mak dan anak-anak.
Moral of thd story next tine kena cari baju kitaorg dulu baru cari baju melayu sebab baju melayu ni pada aku mudah jer nak cari yang mathcing kan...
Merata juga aku mencari...last minit huhu. akhirnya jumpa di PKNS Shah Alam. Walaupun over bujet, asben aku kata beli je la...dah takde masa nak mencari..xoxo pejam mata je la bayor...!!!!


Dah lama takde gambo berdua tauuu.....


dah pakai tantek-tantek, tido pulak mek adeya ni...


bersama keluarga mertua

Tu cerita baju raya. Dah nama hari raya mesti la ada kuih raya kan. 
Tahun ni siyes takde mood nak beli biskut raya. Beli kerepek2 je. 
Rasa bersemangat nak buat biskut raya sendiri (kononnya). 
Siap beli bahan2 tapi yang sempat buat hanya 3 jenis je...choc chip,mazola dan cornflakes choc. Itupun buat tengah2 malam time anak2 tido...kiki. jadilah..tahun depan upgrade lagi ye...





Hurrmmm.....malas nak cite lebih-lebih...
Tu je la...catatan raya tahun 2014 ni...hehe

 
Selamat Hari Raya dari kami
Maaf Zahir dan Batin.

Zawawi. Hanizan. Awliya. Adra



Wednesday, August 13, 2014

for SALE: turban headband untuk si comel anda

Kalau ada anak gegirl ni, mesti macam benda nak digayakan...betul tak?

Dari baju, kasut, aksesori kepala la.. ahh macam-macam...geram okeh!!! comel2 je barang diaorg ni..sebab tu tak boleh insaf napsu shopping tu...hahaha

kali ni hani nak promote turban headband yang semakin popular sekarang ni. Headband ni sangat selesa sebab tak ketat macam headbnd yang biasa tu. Pernah keluar satu artikel di surat khabar, pemakaian headband yang ketat boleh memudaratkan bayi. 
Lagi satu headband ni bole adjust mengikut kesesuaian kepala baby. Tak rugi beli sebab baby bole pakai lama.
Banyak pilihan warna yang menarik. 

kalau berminat, pilih kod kaler dan email hani
hanizamhuri@gmail.com
atau
whatsapp 018-3124415

 sorry if tak reply whatsapp....ye la, bukan la keje hani nak hadap tepon 24 jam kan.
ada masa bz layan anak, nak mandi, nak solat, nak masak....keje kat opis lagi.

kadang2 ambil masa skit nak reply....tapi hani akan cuba reply asap...
so jangan la marah2 or nak maki hamun....
harap memahami yeerrr..........!!!!!!!!!!!

Tempoh penghantaran antara 3-5 hari yerrr.....if ready stok, uolls bole je dpt dalam 1-2 hari.
Tapi kalau stok takde, ambil masa sikit untuk jahit headband tu.
So, kena sabarrrrrr sikit k................!!!!!!!!!

HARGA: RM9.90
Postage: RM6

model kecik tak berbayar...hihi
kod C1 & C19

adra pakai masa raya pertama.
selesa, adra takde pun nak tarik buang headband ni.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...