Friday, October 31, 2014

31.10.2014:: setahun sudah

31.10.2014

Hari ini genap #Adra Nur Zafirah setahun.
Pantasnya masa berlalu.
Sedar tak sedar, budak comel ni semakin membesar.
Rasa macam baru je lahirkan adeya.
Eh!entry bersalinkan adeya pun belum post lagi, masih dalam draf..haha
Ok! Kena post juga untuk jadikan kenangan kan.
Rasa tak puas nak cium bau adeya masa masih baby lagi...walaupun sekarang ni masih bole cium bau baby tapi ada tambahan masam peluh sebab tak duduk diam kang...hihi
Tapi mama tetapppp suka cium juga walaupn macem....cium sampai rasa nak geget-geget tauu...

Alhamdulillah, semakin sihat lepas keluar dari hospital 3 minggu yang lepas. Nanti cerita dalam entry lain.

Semakin lasak, kuat makan, kuat mengamuk, kuat membuli kakak #awliya hahaha....suka sepahkan umah, suka menjerit (jerit suka-suka macam menyanyi kekdahnyaaa). Boleh bergegar satu umah dengar suara dia :-)

Paling manjaaaa sangattt tauu....
Nak berkepit je dengan mama. Tapi bila mood ok, cukup tido dan makan...adeya lebih berdikari, boleh main sendiri. Mama pun bole buat kerja rumah.

Syukur alhamdulillah, masih lagi fully bf...masih ada lagi rezeki yang Allah beri untuk adeya.
Yeaayy mama dpt Master dalam breastfeeding sebab berjaya susukan #adeya sampai umur setahun. Hopefully dapat teruskan fully bf sampai umur 2 tahun. Amin...amin

Buat anak mama tersayang...Selamat Hari Lahir yang pertama.
Semoga menjadi anak yang solehah, menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya, berjaya dunia dan akhirat.
Mama, ayah dan kakak awliya sentiasa mendoakan yang terbaik buat adeya.

Mama sayang kakak dan adik samapi hujung nyawa.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...