Friday, March 20, 2015

Senarai car boot sale


Sekarang ni car boot sale (cbs) tumbuh bak cendawan selepas hujan. sejak aku terjebak dengan cbs ni [LINK] ada beberapa orang yang bertanyakan pada aku macam mana nak join car boot sale ni..

korang kalau berminat nak join, sila lah contact admin yang uruskan cbs berkenaan.

tapi korang pastikan dahulu syarat-syarat kalau nak berniaga sebab setiap cbs lain syaratnya.
biasanya konsep car boot sale ni adalah 'jualan barang terpakai'. Di luar negara konsep car boot sale ini adalah untuk barang terpakai sahaja.

abg aku pernah ke UK, di sana siap ada car boot sale untuk orang kaya means yang berniaga adalah orang-orang kaya yang nak jual barang mereka. Yang bestnya, semua barang mereka  branded dan original (dekat sana mana ada barang tiruan) dan pastinya diaorang jual murah gilerrrrrr. Ye la, dah nama orang kaya, tak herannnn sangatttt la dengan duit kan! Wahhh....teringin betul aku nak pegi [ok, berangan jewww]

Kalau di sini, setiap car boot sale ada konsep mereka sendiri mengikut pengurusan admin setiap cbs tu. Means ada yang boleh jual barang terpakai, ada yang boleh jual barang baru,ada yang boleh jual makanan.

Di sini aku senaraikan beberapa cbs yang aku pernah join. Mana tau korang berminat juga kan. Eh....best juga tau ada tempat kita boleh let go barang rumah kita yang dah tak pakai. Kalau nak jual di internet pun bole juga tapi aku malas nak snap gambo, nak bagitau condition bagai semua. Kalau dkat cbs ni, ngko letak je....cust yang nak beli tengok la sendiri condition sesuatu barang tu.



car boot sale

1. cbs Lembah Keramat (cbslk)
Ni memang port tetap aku setiap minggu hehe. Sales kat sini....ermmm boleh tahan gak sebab pengunjung di sini memang suka membeli. Kalau nak join, kena whatapps admin dan admin akan memberi nombor tapak. Hanya peniaga yang ada nombor tapak sahaja dibenarkan berniaga. Hanya barang terpakai sahaja dibenarkan. Barang baru, makanan dan produk kecantikkan tidak dibenarkan sama sekali.

Dulu cbs ni berlansung hari ahad sahaja . Sekarang ni admin dah buka tapak berniaga untuk hari Sabtu pula disebabkan permintaan yang tinggi. Rasanya dah sebulan kot. Untuk hari Sabtu hanya untuk sesi petang sahaja.

Admin: Pn. Aida 013-3698891
Bayaran tapak: RM10
Waktu: Sabtu 3.00 petang - 7.00 malam
             Ahad 8.00 pagi - 12.00 tengahari
                       3.00 petang - 7.00 malam
Fb: Car Boot Sale Lembah Keramat




car boot sale

2. cbs Puncak Jalil
- Selain cbs Lembah Keramat, ni port kedua aku hihi. Kalau dekat lembah keramat aku dapat sesi petang, waktu pagi aku akan join di sini. Yang bestnya dekat sini sebab tapak di sini PERCUMA ngko. Dah la dekat ngan umah aku je, kurang la skit kos kan. Di sini peniaga boleh menjual 70% barang lama dan hanya 30% sahaja barang baru dibenarkan. Ramai juga peniaga di sini, pernah mencecah sampai 100 peniaga. Kadang-kadang ada live band. Memang happening. Kawasan di sini agak panas sedikit dan kawasan ni menjadi laluan kereta. Tapi kalau datang awal boleh dapat port dekat lot kedai kurang la panas sebab terlindung. Tapi setiap kali aku datang tak pernah ada kosong port tu, mesti full je, Entah pukul berapa diaorang datang. Bila time gaji, ok juga sale di sini. Sambil menjual, aku suka juga jadi pembeli...sebab di sini macam-macam barang ada dan boleh dapat dengan harga yang murahhhh. Memang best.

Admin: En. Zainuddin Zainal-019-3321 562
Masa: Ahad 7.00 pg - 12.00 tghari
Bayaran tapak: Percuma
Fb: Car Boot Sale Taman Puncak Jalil


3. cbs Taman Melawati
- Ramai juga peniaga di sini. Masa kali pertama aku join, pengunjung agak kurang. Di sini pun tiada sistem no tapak, so siapa datang awal boleh dapat dapat port baikkkk punyaaaa iaitu bawah pokok huhu. Port ni memang cepat penuh, lagipun ada peniaga yang berniaga di uptown terus ke sini dan tidur di sini sementara tunggu waktu berniaga. Tu pasal la cepatttt je penuh kan bawah pokok ni. Masa aku sampai ari tu awal juga, dalam pukul 7.00 pagi, rupanya dah ramai peniaga. Dapat la tapak yang terbuka, huuuuu panasssss weiiii. Di sini aku tengok boleh jual barang lama dan barang baru. Eh, makanan pun ada dijual...nasi lemak, kuih muih, air...huhu. Dah macam pasar tani lak. Tapi apa yang aku baca, itu adalah peniaga yang lama. Untuk peniaga yang baru telah ditetapkan tak boleh berniaga makanan.

Sekarang ni admin dah buka berniaga pada waktu malam pula tapi setiap hari Sabtu je.

Admin:  018-353 6303
Hari: Sabtu 7.00 am - 1.00 pm
                   7.00 pm - 12.00 am
         Ahad (pagi shj) 7.00 am - 1.00 pm

Bayaran tapak: RM10
Bila booking, bagi nama dan no plate kereta.


4. cbs Keamanan Bandar Sunway
- pestime aku join masa hari pertama buka. Admin di sini adalah admin yang sama dengan cbs Kota Damansara. Masa hari pertama tu memang takde orang la kan. Penduduk sekitar pun maybe tak alert sangat. Tapi sekarang ni aku tengok dah semakin ramai peniaga. Usaha admin untuk perkenalkan tempat ni pun nampaknya berhasil. Ada perasmian, dah banner, brochure, masuk paper.

Yang uniknya di sini adalah hub jualan SIKAL terpakai dimana peniaga boleh menjual menjual motorsikal dan basikal terpakai. Selalunya kalau kita jual di kedai kan kedai ni akan beli dengan harga murahhhh, so bila ada peluang macam ni bolehlah peniaga menjual dengan harga yang tinggi sedikit kan tapi masih berpatutan untuk pembeli. Rasanya takde lagi cbs yang buat camni, Biasanya kalau ada individu sendiri yang menjual. Means tanpa admin yang uruskan.

Admin: Gigs 017-6571 555
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tghari
Bayaran tapak: RM10 (harga promosi sehingga Mac 2015, selepas Mac harga biasa RM20)
fb: CBS Keamanan Bandar Sunway

car boot sale




5. cbs Subang Bestari
- Yang mana berminat nak berniaga pada waktu malam, di sini salah satu cbs yang beroperasi pada waktu malam. Di sini dibenarkan menjual barang baru, barang terpakai dan makanan. Dah macam uptown pun ada gak. Kawasan parking yang luas. Kalau bawa anak-anak boleh juga bermain buig belon. Kalau nak terang kena la bawa lampu, kalau takde lampu pun masih boleh nampak lagi tapi kena duduk bawah tiag lampu. Admin ni adalah kawan sekolah abang aku. Tu yang saje test berniaga di sini. 2x je aku join test market hehe. Lepas tu dah tak join sebab kawasan ni agak jauh sikit dari rumah kami dan waktu malam pulak tu kan, kesian dekat anak-anak sebab akan penat dan mengantuk.

Admin: Shahril - 019 220 2171 
Waktu: Jumaat, Sabtu & Ahad
Bayaran tapak: RM10
Waktu operasi: 5.00 petang - 12.00 malam

car boot sale



5. cbs Kota Damansara
- antara car boot sale yang terbesar dan paling awal. Dahulunya dikenali dengan nama  Car Boot Sale at Bistari De' Kota. Di sini hanya dibenarkan barang terpakai sahaja.
Ramai juga orang bagi feedback dekat sini sales boleh tahan juga. Di sini, first come first serve. Tidak perlu booking tapak. Aku pernah bersembang dengan admin di sini, setakat ni katanya tidak ada peniaga yang tidak dapat tapak kerana kawasan di sini agak luas dan dapat memenuhi setiap peniaga yang ingin berniaga. Setiap peniaga dikenakan RM5 untuk sekali pendaftaran sahaja. Aku tak pernah join pun sebab jauh dari rumah.

Admin: Gigs 017-6571 555
Waktu: setiap Ahad
Masa: 8.00 pagi - 12 tengahari
Bayaran tapak: RM20
Fb: Cbs Kota Damansara



6. MyMentari cbs
- telah beroperasi sejak tahun 2012.

Lokasi: Jalan PJS 8/4, Mentari Bussines Park, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya.
Admin: 071-677 9886
Waktu: Setiap Sabtu
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang.
Fb : link



7. cbs Bandar Bandar Baru Bangi
- Akan beroperasi pada 1 April 2015.

Admin: Hans 011-2200 7730
Waktu: Sabtu & Ahad
Masa : 8.00 pg - 12 tengah hari
fb: cbs Bandar Baru Bangi






8. cbs Dataran Wangsa
- baru beroperasi juga bermula 27 Februari 2015.

Admin: Ariel 016-625 8718
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tghari





9. cbs Putrajaya



10. cbs Bandar Bukit Mahkota (Seksyen 2)


Setakat ni je la aku dapat senaraikan car boot sale yang aku pernah join dan yang tak pernah join.

Banyak lagi sebenarnya.....tapi aku tau sekitar KL/Selangor...luar kawasan ni, aku tak tau la pulak ada ke tak.

Korang jangan tanya aku lak luar kawasan ni. Aku cubitttt kang!!! hakhak

Nanti kalau rajin, aku update lagi....

JOM MERIAHKAN CAR BOOT SALE...........!!!!!!!!

Wednesday, March 18, 2015

bila melihat sendiri kemalangan MAUT!!!

Ini kali pertama aku melihat sendiri kemalangan....kemalangan ngeri yang melibatkan kematian.
Sebelum tak pernahhhh, kalau nampak eksiden pun...eksiden dah berlaku.
Tapi kali ni aku nampak bagaimana mereka dilanggar. Bagaimana mereka tercampak.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, di persimpangan trafic light di Jalan Klang Lama,
Sedang kami menunggu arahan polis untuk jalan, tiba-tiba terdengar bunyi kuat.

Aku nampak sebuah motorsikal dilanggar dan masa tu motor di celah tayar lori.
Aku tak pasti salah siapa, yang pasti lori tu memang lajuuuuu.....!!!!!

Dua tubuh tercampak di atas jalan raya.

Bila aku tengok....ya Allah anak diaaaaa !!!!!

Terus aku menangis ckp dengan asben aku 'abg....anak dia tu....anak dia'

Anak dia (berumur 4 tahun) terbaring kaku.

Kemudian seorang brader alihkan anak kecil tersebut di atas divider jalan.
Dan aku nampak darah mula mengalir dari kepalanya.

Allahuakbar, sebak dan sedih hanya Allah yang tahu.

Kebetulan kemalangan berlaku depan polis trafik yang bertugas menjaga lalulintas.

Kami berlalu pergi, tapi aku masih menangis lagi. Dalam hati tak putus aku berdoa
semoga mereka berdua tidak serius.

Dalam perjalanan pulang dari kerja, kami melalui tempat kejadian (memang jalan berkenaan tempat pergi balik kerja)...aku nampak kesan darah anak kecil itu. Dalam hati tertanya apa kabar berita mereka berdua.

Sampai rumah, terbaca berita kemalangan tersebut di facebook.

Rupanya anak kecil tadi telah meninggal dunia. Ya allah, sedihnya tak terkata. [ok...aku nangis lagi ni!!!] akibat kecederaan kepala. Ye, aku perasan anak kecil ini tidak memakai helmet.

Allah lebih menyanyangi anak kecil ini. Semoga syurga tempat mu sayang .

Al-Fatihah.

Kepada penunggang motorsikal, hati-hatilah di jalan raya. Utamakan keselamatan pembonceng juga.
Aku pulak jadi fobia bila nak naik motor ni.

Semoga kita sama-sama di bawah lindungan Allah.






credit pic: DAily TRaffic REport 

Friday, March 6, 2015

Zon Kemas::Makeover playroom

dah lama nak share susun atur bilik playroom anak-anak.
bilik ni adalah bilik yang ke-3, keluasan pun tak besar mana.
hani jadikan bilik ni sebagai playroom sebab bilik ni dekat dengan ruang tamu. 
dan kalau dari arah dapur, boleh terus nampak dalam bilik ni.
so senang kalau hani nak masak ke, bolehlah jeling budak2 ni dari dapur je.
kena la nengokkan budak2 ni main gak kan...bukan apa, risau si adik la, kadang-kadang suka
sangat nak bawa masuk benda dalam mulut.




ni gambar dah lama, masa ni baru je transform bilik tetamu ni jadi playroom. 
aku pernah ceritakan dalam post dulu.

banyak lagi yang nak di make over sebenarnya, tapi disebabkan kekangan masa dan bujet,
kita hold dulu. 
dalam kepala ni nak buat tu la....nak buat ni la...
setakat ni, macam ni je mampu dibuat hihi...

masa ni pun menan tak teratur sangat, sekejap je mama mengemas....dah bersepah semula.
biarkan je la.....dah nama playroom, memang tempat diaorang bermain la.
takkan nak biar je diaorang nengok semua mainan tu ye dak!!

selain tempat bermain, di sini juga tempat mereka belajar. 
boleh dikatakan masa banyak dihabiskan di bilik ni.

meja dan kerusi hijau tu beli di IKEA.
meja ni agak besar juga, tapi hani suka....
lapang sikit kalau nak buat apa-apa aktiviti atas meja ni.
dah 2 orang budak kecik yang nak gunakan, memang kena beli yang besar.

dan di bilik ni la mama meroyan setiap kali nak mengemas uuuwaaaa............!!!!!






MAMUT
Meja - RM129
Kerusi - RM39 / pcs

Thursday, March 5, 2015

Pengumuman PEMENANG 1st Giveaway


assalammualaikum....

akhirnya pemenang 1st giveaway myhoneyy.blogspot.com sudah pun ada...

undian dibuat secara manual....senarai peserta telah dimasukkan ke dalam balang dan dipilih RANDOM.




dan PEMENANGnya adalah jeng.......jeng..........jeng



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




TAHNIAH peserta ke #35 lightnur
Sila contact saya di email hanizamhuri@gmail.com untuk tuntut hadiah yang dimenangi iaitu KINETIC SAND yang bernilai RM55.



Yang tidak berjaya, next time cuba lagi k!
In shaa allah hani akan adakan lagi giveaway ni.

Terima kasih semua kerana sudi join.
Sayanggggg koranggg :):)

Wednesday, March 4, 2015

1st giveaway::senarai peserta

mesti korang tertunggu-tunggu pemenangnya kannn....
hehehe....sabarrrr ye kawan-kawan!

sebelum tu ni hani senaraikan nama peserta, risau ada yang tertinggal pulak kan!
nanti jadi tak adil pula..
so, korang check nama korang ada ke tak.
kalau hani tertinggal nama korang, maklumkan segera ye sebelum undian dibuat.

1 yusnzie
2 azman Arsad
3 AE
4 NUr MieYza
5 Sheila Adziz
6 Hani Fadhlina Abdul Rahman
7 Hikayat Seorang Budak
8 Along Polimas
9 Bbwana adienia
10 nayfatimah rasyid
11 Cik Mimie
12 yong norliza
13 Mama Darwiish
14 As nur hidayah
15 RiN nOku
16 mama 3farhanah
17 izzeyda
18 Irna Nurasikin
19 Syuhada Salleh
20 Nor Farhana
21 cikpuan zahraa
22 Cik Enonimus
23 Mieza Suhaini
24 Noor Izwani Eliyana
25 Hikmatul Khasanah
26 Nur Nadheera
27 MiaLovetto ^^
28 A'aisyah Humairah
29 Miss Yana
30 Atyy Azmi
31 syikin maarop
32 Deanna Morni
33 Cik Jelita
34 suhailah hamid
35 lightnur
36 Yana Siti
37 cik karmila
38 Anisyamir Leejo
39 MRS Rongoks
40 Haffizul Iskandar
41 hidayu ayumie
42 Anisah Abdullah
43 Cikgu Norazimah
44 SalinaJohari
45 Ana Solehah DI
46 Nilam syapina
47 Amer Amirah
48 Awan Samudera
49 Sheila Mutalib
50 Queen Contest


alhamdulillah, genap 50 orang yang join giveaway hani ni.
thanks ye korang, sebab sudi join dan support rakan blogger....
hani ingatkan takde orang nak join giveaway yang hani buat ni hehe...

malam ni kita cabut undi yeeerrr....
keputusan undian adalah MUKTAMAD.

insha allah, esok diumumkan pemenangnya....
gud luck uollsss :):)

2015: Lubuk Timah Hot Spring, Simpang Pulai

Ni cerita cuti tahun baru cina yang lepas.
Masa ni aku cuti agak lama, kalah orang cina yang beraya haha.
boring lak kan kalau dok terperap dalam rumah jeww, so kami plan nak pergi berkelah dekat-dekat je.

Adik aku cadangkan lubuk timah hot spring. Kami pernah ke sini suatu ketika dulu, lamaaaa sangat dah. Rasanya 10 tahun yang lepas kot!

lubuk timah hot spring

Masa ni kawasan ni hanya dikelilingi pokok-pokok, tiada kemudahan awam yang disediakan. Tapi airnya sangat sejuk dan jernih. Yang pastinya menjadi tarikan di sini adalah kolam air panasnya. Best dapat rendam kaki dan badan sekali.

Lubuk timah ni juga pernah ditutup sebelum ni, sebab ada kes kematian [kalau tak silap la....kalau salah info minta ampun yaa!!) dekat kawasan air terjun, bukan sungai yang bawah ni. Lama juga la kawasan ni dilupakan oleh orang Ipoh.

Bila kami pergi kali ni, sangatttt banyak perubahan. Kawasan ni telah dinaiktaraf. Memang cantik. Disediakan kemudahan awam yang lengkap seperti surau, tandas, medan selera, pondok dan kawasan parking yang luas.

Disebabkan kawasan ni dah dinaiktaraf, masuk ke kawasan ni pun dah kena bayaran. Dulu FREE jewww. Sekarang dewasa RM3 seorang manakala kanak-kanak RM1.50. Tapi ok la kan, bila tengok banyak dah perubahan. Bayaran dibuat masa nak masuk ke kawasan parking. Masa ni kami datang naik Exora, ramai la dalam kete. Tapi diaorang tak kira betul-betul pun orang dalam kereta berapa orang. Tapi kita kenalah jujur kan :)

lubuk_timah_hot_spring



Sewa pondok RM20 sehari (update 30/12/2015: dapat info dah naik RM50). Ada kipas dan plug elektrik. Boleh la nak masak nasi ke, caj telefon ke...Yang pondok kitaorang dapat ni siap ada tanah sebelah, bolehlah bentang tikar ke nak duduk lepak. Kalau ada khemah camping pun best juga, boleh pasang untuk buat salin baju ke (kalau malas nak pegi toilet) atau buat baring tidur. Memang nikmat kalau dapat tidur sambil ditiup oleh angin petang...cheewahhh!!!

Kawasan pondok ni berpagar kayu, kalau bawa budak kecik pun tak risau sangat. Setiap pondok ada tong sampah besar. Memang selesa. Pekerja pulak kalau tak silap 2 jam-3 jam sekali akan kutip sampah dalam tong tu. Jadi takde la sisa sampah tu terbiar lama, bau busuk pun takde menjelma! Bayaran RM20 tu memang berbaloi dengan keselesaan yang disediakan.

Kalau nak BBQ ke, ada juga pondok yang disediakan tempat bakar tu (ala...lupa snap gambar!)
Tempat BBQ tu besar yang tempat bakar tu macam tong drum tu.Nampak baru lagi....sampaikan kitaorang ingat, tempat BBQ tu orang yang sewa pondok tu yang bawa, tapi bila diaorang dah balik...tak bawa balik pun tempat BBQ tu...oooo memang disediakan rupanya. Tak payah la kita susah-susah nak bawa dari rumah kan!

Masa kitaorang pegi ni, orang tak ramai sangat. Time cuti panjang kan, maybe ramai orang balik kampung, Pondok pun banyak la kosong,Time orang ramai mesti pondok selalu penuh kan. Pondok tu kita boleh booking melalui telefon, nanti aku tepek nombor telefon ek sebab adik aku yang simpan bisnes kadnya.

 


pondok bawah ni ada tempat untuk BBQ


ada 2 buah chalet dalam pembinaan lagi


lanskap yang cantik

Di sini ada juga kawasan air terjun, tapi kena naik ke kawasan atas sikit. Kitaorang tak pergi pun sebab malas hahaha. Lagipun bawa anak-anak kecil ni memang tak sesuai sangat la kan nak ke kawasan tinggi. Mandi di tepi-tepian sudahhhh :):)

Kawasan di sini memang dah cantik....tapi airnya agak keruh sedikit. Bila dah ada pembangunan, itulah kesannya terhadap alam sekitar. Tanah-tanah dikorek kan...mestilah memberi kesan terhadap air. Memang air dah tak sejernih dulu lagi.Tapi takde lah sampai tahap ko geli geliman nak mandi. Air je keruh sedikit tapi masih bersih.






budak kecik ni memang sukeeee sangat jumpa air





Kolam air panas pun nampaknya dah semakin besar. Dulu kecik je. Sekarang ni dah dicantikkan dengan binaan batu-batu tu.

Kolam yang berpagar tu agak panas airnya berbanding dengan kolam yang lain. Sebab tu diletakkan pagar. Aku tak try pun celup kaki pasal aku rasa macam panassss sangattt. Tak tahan huhu. Tapi adik aku kata mula-mula memang rasa panas tapi bila kita dah masukkan lama dalam air tu, dah ok. Cuma jangan gerakkan kaki, biar je kaki tu statik camtu. Kalau gerakkan kaki, memang terasa kepanasannya.

Kolam panas ni ada 3, yang berpagar dan 2 lagi kiri dan kanan kolam berpagar tu (kolam kecik yang asben aku berdiri tu), kepanasannya sederhana....kira ok la, bolehlah bertahan. Anak aku yang umur 3 tahun pun boleh tahan celup kaki, cuma dia kata 'panaslaaaa mama'. Takde la sampai nangis tahan panasss hihi.
Tepi kolam panas tu ada kolam air sungai tu, ditarik air melalui generator masuk dalam kolam sebelah tu.
Boleh juga mandi dalam tu. Agak-agak dah panas rendam badan dalam kolam panas, boleh terjun dalam kolam air sungai tu pulak. Nampak je macam cetek kan, perempuan tu berdiri takat lutut je kan...tapi sebenarnya kolam tu bertangga, ada yang cetek dan ada yang dalam paras tengkuk aku. Hati-hati ye kalau bawa anak mandi dalam kolam ni. Sentiasa awasi anak anda :).


Dah puas berendam sampai kecut-kecut tangan kaki dan tangan anak-anak, dalam pukul 4 petang kami pun balik.

Kalau korang datang ke Ipoh, bolehlah singgah ke sini. Landmark senang je, ikut jalan nak ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Nanti boleh nampak signboard tulis Lubuk Timah Hot Spring.













 kasi chance kakak awliya main pasir


bila dah berendam lama, semua dah kelaparan



Untuk info lanjut, uolls boleh ke website Lubuk Timah Hot Spring

sharing is caring!!









Tuesday, March 3, 2015

terima hadiah #giveawaybycanvasdarte


hari tu masuk giveaway yang dianjurkan oleh Canvas D Arte.
cara nak join pun senang sangat, repost je gambar yang ada dalam ig diaorang
repost je sebanyak mana yang korang sukaaaaa....lepas tu taq 3 orang rakan anda.
haaaa.........senang sangatttt kan.
ai memang suka contest yang senang-senang ni.

dan tak sangka, terpilih sebagai salah seorang pemenang.
kalau korang nak tahu, giveaway ni ada setiap minggu tauuu...
dan setiap minggu hanya 2 orang pemenang yang akan dipilih.
so, peluang korang nak menang tu tinggi kan!!!

dan yang menariknya.....dan tentu la hadiahnya kan.
dapat canvas potrait berukuran 12x12 inci yang berharga RM60
dapat FREE jerrrrr......haaaa bestttt sangatttt...
ala, korang pun mesti sukeee juga kan kalau benda freeee ni...kan ! kan ! :):)

servis pantas, hani yang dapat free ni pun cepat je diaorang pos...
kualiti gambar memang cantik!!!
so, kalau korang nak tempah gambar canvas atau kufi ke, bolehlah terjah
ig: canvasdarte  atau www.canvasdarte.blogspot.com sambil join giveaway diaorang...




Thanks Canvasdarte!!!!

baby headband for sale

alhamdulillah, turban baby headband ni mendapat sambutan...
ramainya orang mencari headband macam anak che ta tu pakai kan...
memang comellll kalau baby ni pakai

kepada yang dah membeli, terima kasih yer...

baby headband ni boleh dipakai dari umur 0- 2 tahun.
tapi kalau kepala anak tak besar mana, lebih 2 tahun pun boleh pakai.
anak sulung hani dah 3 tahun, still boleh muat lagi sebab headband ni boleh adjust kebesarannya.
material kain pun lembutttt sangat, tak sakitkan kepala anak.

ni contoh anak hani pakai. gambar terbaru, sekarang dah berumur 1 tahun 5 bulan.

headband che ta

dah senget benget sebab budak kecik ni tak duduk diam....hehe. tapi adeya tak tarik pun maybe dia rasa selesa, kalau tak apa saja atas kepala dia akan akan tarik sebab tak suka nak pakai.

baby headband
ni pulak pakai masa sebelum umur setahun. kemas sikit sebab tangan tak pandai lagi nak tarik-tarik benda atas kepala.



headband anak che ta

baby headband

pelbagai pilihan warna yang menarik

harga: RM9.90 / pcs
postage: +RM6 semenanjung
+RM9 sabah/sarawak


cara tempahan:

1. pilih kaler ikut kod yang diberi
2. whatapps ke no 018-3124415
3. hani akan check stok dahulu, kalau ada no kod yang korang nak...hani akan maklumkan.
4. selepas bayaran dibuat, penghantaran akan dibuat (1-2 hari)

Proses penghantaran adalah pada hari isnin-jumaat. Tiada penghantaran pada hari Sabtu & Ahad.
If hani lambat reply whatapps, harap bersabar yeerr....kadang2 tak sempat nak reply on the spot, tambah2 kalau ada kat rumah. Maklum la, nak layan anak, nak masak, nak membasuh, nak mengemas macam-macam lagi keje nak buat kan....tak la nak hadap henpon je kan!

Tapi hani akan cuba balas secepat yang mungkin. Kalau time opis hour tu, bole la juga hani reply dengan cepat, sambil mengadap keje sambil reply whatapss :):)

so, korang....jom serlahkan kecomelan anak korang dengan baby headband ni :):)

Monday, March 2, 2015

siapakan yang BERTUAH???

assalammualaikum semua....

untuk makluman, penyertaan 1st giveaway telah pun ditutup pada 28 Feb 2015.
so, selepas dari tarikh itu...penyertaan tidak akan dilayan :):):)

tapiiii hani nak minta maaf, tak sempat nak umumkan lagi pemenangnya seperti yang dijanjikan.
insha allah, hani akan umumkan pada minggu ni juga ye..
sabar ye kawan-kawan...
kita tunggguuuuuu siapakah orang yang BERTUAH tu yerrr....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...