Sunday, April 26, 2015

car boot sale bandar baru bangi

seperti biasa, aktiviti kami pada hari minggu adalah join car boot sale...dah jadi macam peniaga tetap pulak dah hehe.

ye la, dari duduk rumah takde buat apa-apa (eh! ada ke isteri2 yang dok umah takde buat apa2?? huhu...rasanya takde. tak cukup tangan nak buat keje lagi ada la kannn....

tapi sebab seronok join cbs ni, gagahkan juga join sambil nak menghabiskan barang2 jualan. maybe nanti dah takde barang nak jual, baru stop kot!

so, minggu ni kami try pergi tempat baru iaitu car boot sale bandar baru bangi. Tempat ni baru 3 minggu dibuka. Lokasinya di tempat letak kereta Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9 betul2 di sebelah kompleks PKNS Bangi. Bayaran tapak masih lagi harga promosi iaitu RM10.

Kebetulan tengok di fb admin menyatakan minggu ni ada pertandingan suara burung di taman sebelah dimana sebanyak 800 penyertaan. jadi kemungkinan jumlah pengunjung ramai.

Jadi kami pun saje nak try tempat ni sebab pernah dengar orang bagi feedback yang bagus.

Sampai sana dalam pukul 7.20 pagi, tak ramai sangat peniaga masa ni. Dekat pukul 8.00 pagi barulah agak penuh kawasan parking yang hanya memuatkan 25 peniaga sahaja. Kawasan ni agak happening, kawasam taman la katakan...memang ramai yang bawa ahli keluarga beriadah. Best juga bawa budak2 ke sini, boleh main bubble, naik basikal, main kereta kontrol...

cuma sale dekat sini agak kurenggg....walaupun mggu ni minggu dah gaji bagi orang keje gomen. Biasalah tu kan, adat berniaga, kadang kala untung, ada kalanya rugi. orang mmg ramai tapi tidak membeli sangat. Lagi aku rasa tpt sini agak terhad kawasan parkingnya. jadi orang pun malas nak singgah, macam sesak nak masuk ke dalam kawasan taman. ni pendapat aku je laaa....

biasalah tempat baru kan....maybe dah lama nanti makin ramai pengunjung.



sambil berniaga, aku bawa anak2 beriadah juga.  anak2 dah mengamuk nak naik kereta control ni, layankan je laaa....janji diaorang happy kan!


muka puas ati dapat naik

sempat juga aku sambar tabung gergasi, agak unik. besarnya separuh dari badan adeya...hehe.
tabung ni aku dapat harga murah sikit sebab reject...atas kepala minion tu ada benjolan, tak kemas sangat la. Peniaga tu letak harga RM30....minta kurang dapat la RM25...

Harga asal sekitar RM70-RM80.
Bergantung pada design. Design tu kita boleh tempah, nak bentuk kartun ke, super hero ke, team bola ke, muka sendiri pun boleh...tp kalau muka sendiri tu takdelah dapat tiru sebijik kan...

Tabung ni juga kita boleh request nak lubangkan atau tidak. Lubang untuk keluarkan duit tu. Macam aku beli yang reject tu memang  takde lubang, padan muka aku takleh nak kuarkan duit tu hahaha. aku kan tak disiplin sangat, kang kalau ada lubang cepat je aku keluarkan bila terdesak kuikui *lempang sikit

Mengikut kata brader yang jual tabung ni, jika tabung ni penuh dengan syiling...jumlahnya sekita RM2000 - RM3000. So korang boleh bayangkan macam mana besarnya tabung ni.

eh! takde lubang macam mana nak keluarkan duit bila penuh nanti??? jangan risau...tetap boleh keluarkan duit. Nanti nak lubangkan boleh jumpa abg ni semula dengan charge sebanyak rm5 sahaja untuk buat lubang atau boleh pergi mana-mana kedai besi.

Material tabung ni adalah dari besi tong gas....asalnya memang tong gas aircond tu.
dibersihkan dan dilukis bagi nampak cantik...tadaaaa dah jadi tabung. Proses untuk siapkan tabung ni makan masa 4 hari. Rumit juga kan, sebab tu mahal sedikit...handmade semuanya. Eh, macam aku lak yang menjual, detail aku bgtauuu...

adeya dah mula simpan duit....sehari singgit nanti dah besar baru bole buka yeee...






Wednesday, April 22, 2015

Jubah sedondon ibu & anak (pre order)

masih lagi mencari-cari baju raya sedondon untuk ibu dan anak?
nak tempah...tailor dah terima tempahan dah?
beli je yang dah siap...mudah kan!!!!

baju hani dan awliya pakai ni adalah jenis jubah
material kain dari kualiti satin...jenis berat so bila pakai terletak je.
selalu kalau satin murah, kita pakai akan panas kan....tp yang ni satin lembut je...kurang panas

hani jarang beli jubah sebab selalu jubah kalau nak beli mesti kena oter dulu
biasalah kita ni nkan insan yang tak berapa nak tinggi hehe
tapi bila pakai yang ni, eh...eh...ngam-ngam je
tak perlu nak oter
labuh, bahu, panjang lengan semua dah ngam
suka....suka

jubah ni ada butang di dada bagi memudahkan untuk breastfeed anak (bf friendly) dan ada zip di tangan (wuduk friendly)

bila testimoni pakai sendiri puas hati....barulah berani nak open order dekat orang kan!











ada 5 pilihan warna::grey, coklat, biru turqoise, purple, peach dan maroon (tiada dlm gambar)

saiz anak::2,4,6,8,10,12,14

saiz ibu::XS - XXL

jenis:: A cut

harga sepasang (ibu+anak)::RM170 (exclude postage)
murah je,,
kalau nak beli untuk si ibu sahaja pun boleh atau nak beli untuk anak sahaja
harga ibu sahaja: RM115 / anak: RM55

biasa aku tengok kalau jubah yang macam ni biasanya mesti harga RM130 ke atas
baju ibu sahaja...belum masuk baju anak lagi.

lagi 2 minggu, hani nak ambil di vietnam.
kalau byk tempahan, maybe boleh kurangkan harga sebab kalau ambil borong....
supplier akan kurangkan harga sedikit.

meh ramai-ramai join order.
kepada yang berminat, boleh whatapps hani 018-3124415 untuk tempahan.
deposit 50% diperlukan untuk mengelakkan backout buyer..

thanks semua.


Sunday, April 19, 2015

short travel

live update dari klia2..
bosan tunggu flight delay ni..
patutnya berlepas pukul 2.55 petang tapi sekarang dah pukul 3.15 petang.

kemana hani kali ni????
hehe...short travel je...
pegi hari, esok balik la..

sedih pulak tengok #adeya nangis nak ikut.
sebab dia juga la travel ni tak boleh lama
kesian dekat anak-anak terutama adeya yang masih menyusu badan sepenuhnya.

esok mama balik yerrr sayang....




Wednesday, April 15, 2015

Dekorasi::Ruang Tamu

assalammualaikum semua,

dah lama nak share tentang dekorasi rumah
walaupun aku tak pandai pun bab-bab dekorasi ni tapi aku sukaaaaa baca tentang dekorasi
terutama dekat blog dan majalah

kali ni aku nak share dekorasi ruang tamu rumah aku...
tema rumah aku kononnya moden kontemporari la sangattttt :):)
sebenarnya belasahhhh je.
dah lama nak share tapi tak berkesempatan nak snap gambar je
biasalah bila ada anak-anak kecil ni, rumah memang bersepah macam tongkang pecah
ni pun aku dapat snap gambar masa anak-anak sedang tidur
dapatlah kemas apa-apa yang patut kan, baru la semangat nak snap gambar
lepas diaorang bangun, keadaan jadi macam asal semula...kadang-kadang macam dilanda todak hakhak!!!

rumah aku jenis kondominium dengan keluasan 1100 kaki persegi
tak besar mana tapi alhamdulillah, inilah syurga kami sekeluarga

dekorasi ruang tamu aku biasa-biasa je, rumah kecil kan...nak hias lebih-lebih pun tak boleh sangat, agak terhad....
ni kalau nak beli perabut pun dah tak boleh, takde ruang dah.
dengan anak-anak yang semakin lasak....tu pun dah ada pasu yang pecah la, frame yang rosak la akibat jatuh [eh...anak juga dipersalahkan....ampunnnn!!!]

dinding aku pilih kaler merah mak ngahhhh giteww.....tah apsal aku berkenan warna ni masa nak masuk pindah rumah dulu.
padahal aku bukan peminat kaler merah pun.
orang yang aku upah cat rumah ni pun kata tak cantik kaler merah.
ahhh....ada aku kisah...janji cantik dekat mata aku kan hihi.
dah 4 tahun pakai kaler ni, ada terniat nak ubah selera tukar warna lain...
tapi tak terbuatttt....tah bila agaknya.

inilah ruang santai kami sekeluarga
jadi tempat bermain anak-anak juga....walaupun mama dah sediakan playroom untuk diaorang
nak juga main kat sini tauuu...ggggrrrr
sebab tu tempat ni kemas 5 minit, lepas tu bersepah semula....sabor je laaa

banyak benda lagi nak make over....tapi disebabkan kekangan masa dan bujet, so kiv je la
ada rezeki nanti baru make over yeee....

dekorasi ruang tamu



dekorasi ruang tamu
sofa kecil untuk 'bos' paling besar duduk menonton tivi



dekorasi ruang tamu



dekorasi ruang tamu




dekorasi ruang tamu
bekas letak segala remote tu beli dekat kedai RM2 je
pasu kaktus kecik sebiji lagi dah pecah keje anak-anak la :):)




dekorasi ruang tamu
hiasan di tepi tv




dekorasi ruang tamu
ada sedikit ruang kosong di tepi sofa diletakkan meja kecil untuk letak frame gambar family

dekorasi ruang tamu


dekorasi ruang tamu



dekorasi ruang tamu



Monday, April 13, 2015

Review filem Fast & Furios 7



hampir 4 tahun saya dan asben tak tengok wayang....sobs sobs sedihnya.
tidak berkesempatan.
tapi kali ni nekad nak juga tengok wayang bila keluar cerita fast furious 7 ni.
masa episod 6, tak dapat tengok jugak.
i mean tengok wayang laaa....kalau tengok yang download tu ada la.
samemang kami adalah peminat 'action movie'
kalau tengok action movie ni baru gempakkk tengok kat panggung kannn.....!!!

kebetulan jumaat lepas, mak dan adik saya datang ke rumah..
dan kami takde apa-apa aktiviti pun hari sabtu, lepas ambil peluang pergi tengok filem ni .
anak-anak tinggal dengan opah yerrrr.....hehehe.


so far, filem fast & furiuos tidak  pernah mengecewakan penonton. 
sebelum korang nak tengok cerita ni, pastikan korang dah tengok semua siri fast & furiuos atau sekurang-kurangnya korang dah tengok Fast & Furious 3:Tokyo Driff. sebab cerita ni adalah kesinambungan dari part tersebut.
kalau tak nanti blurrr...eh, bila dia ni mati'...eh siapa lak Deckard (Jason Statham) dalam filem ni?banyak pula persoalannya nanti....

Mula je movie, dah terus dengan aksi. memang tak sempat nak mengantuk.
eh, pernah ke ada orang yang tengok F&F ni tertido? takde rasanya kannnn....

Cerita kali ni mengisahkan Dekcard Shaw yang ingin membalas dengan terhadap kumpulan Dominic Toretto (Vin Diesel) termasuklah Brian O'Conner (Paul Walker) dan keluarganya. Ini membuatkan Toretto marah nak ingin mencari Dekcard Shaw dengan menggunakan The God's Eye ciptaan Ramsey (Nathalie Emmanuel). Bagaimanakah God's Eye ini dapat menjejaki Dakcard? Dengan siapa pula Toretto bekerjasa memburu Dakcard?
Itu anda semua kena tengok sendiri, barulah best kan.

Pendapat saya, kali ini filem ini agak 'keterlaluan' menipu.
banyak sangat aksi kereta terbang haha.
tak boleh blah masa kereta mewah Lykan HyperSport yang menembusi 3 buah menara Etihad Towers di Abu Dhabi....dasyatttt weeiii.

Seperti yang kita ketahui, Paul Walker telah pun mati semasa penggambaran filem ini.


Agak sedih semasa part akhir, dimana part akhir ini telah ditambah sebagai 'penghormatan' selamat tinggal kepada watak Brian untuk selamanya dimana watak ini tidak dimatikan di dalam filem. Watak ini di'mati'kan kerana Brian ingin memberi tumpuan kepada keluarganya.

Ada ke Fast & Furious 8 nanti?? kita tunggu kemunculannya......
Yang pastinya Fast & Furios tanpa Paul Walker dah...

so....berapa bintang nak bagi?
saya kasi 4 BINTANG..........!!!!

CPUV dari Nuffnang


campaign yang masih on going

dah hampir 5 tahun aku berblog
asalnya aku sekadar suka-suka je nak tulis pasal peribadi je,
macam tulis diari kononnya!!
walaupun aku ni tak pandai pun nak karang ayat-ayat ni.
maklum la, orang kerja bidang IT memang fail bab buat ayat..buat coding pandai la [walaupun tak berapa nak pandai sangat pun....hehe]

aku daftar nuffnang pun sekadar ikut orang, sebab tengok kebanyakkan blog mesti ada akaun nuffnamg ni. ye aku tahu, kita boleh buat duit dengan blog tapi aku macam tak berminat dan malas menguasai diri.
tulis blog pun ikut suka hati je, bila ada mood tulis....baru aku tulis.
bila takde mood, berkurun la balik nak menulis.

lepas aku terima offer masukkan iklan Zalora dalam blog, barulah rasa macam 'eh....seronoknya, dengan blog boleh buat duit la'. Lepas Zalora, ada sebuah butik kanak-kanak pula minta aku buat link pada blog diaorang, Ada la dapat 'upah' sikit kan, tak banyak pun tapi alhamdulillah...sape nak bagi kan. Setakat ni, itulah sajalah offer yang aku terima.

berbalik pada cerita CPUV ni, sebelum ni aku tak pernah ambil tahu dan tak pernah kisah pun.
dalam 2-3 bulan ni baru aku macam berminat nak tahu semua tu.
dalami selok belok sebagai seorang blogger.
barulah tahu apa itu SEO, macam mana nak naikkan trafik blog, macam mana nak dapat CPUV dari nuffnang....wahhh banyak lagi sebenarnya aku nak kena study. macam best pula nak tahu semua tu.

buat masa sekarang, akaun nuffnang aku tak banyak mana pun, setakat lepas makan KFC je la haha.
sebab dulu takde usaha pun nak naikkan trafik blog ni. tapi sekarang ni aku dah start study semua tu.
bila check akaun nuffnang, waahhh tak sangka ada 11 iklan nuffnang masih lagi on going.
setahu aku bila iklan masih on going, peluang untuk tambah duit dalam nuffnang adalah tinggi kan!

paling bersemangat bila terbaca beberapa blog yg berjaya jana pendapatan sampai 4 angka dengan nuffnang....bestnya kan! tapi kena la ada usaha untuk jadi macam diaorang tu, bukanlah duduk saje dok tengok blog hehe.

tapi tujuan asal aku untuk berblog adalah mencoretkan serba sedikit kehidupan aku, supaya aku dapat baca kembali pada masa akan datang. kenangan tu kan...
sambil-sambil tu apa salahnya kan.....buat duit sekali :):)

terima kasih nuffnang!

Dakwaan minuman pribiotik menyebabkan kanser??


Baru-baru ni sudah menjadi 'viral' dakwaan minuman pribiotik boleh menyebabkan kanser.
Mulanya aku pun agak terkejut dan risau sebab selalu juga bagi anak-anak aku yakult, solivite dan nutrigen. Tapi bukanlah setiap hari, sekali sekala je, dan anak-anak aku memang suka sangat termasuklah yogurt.




credit to: Dr. Zubaidi [rujuk di SINI]

Lepas baca apa yang Dr. Zubaidi catatkan dalam blog beliau, agak lega di situ.
Menurut Dr Zubaidi, kuman pribiotik dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat termasuk wanita hamil dan menyusukan anak.

Namun minuman tersebut tidak sesuai untuk bagi individu yang mempunyai daya tahan yang lemah kerana kuman pribiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.

Ini termasuk:

1. Pesakit HIV/AIDS
2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan
3. Pesakit diabetis
4. Pesakit kanser yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kimoterapi dan radioterapi
5. Pesakit yang mengalami pesakit ginjal dan pesakit yang sedang menjalani dialisis
6. Pesakit yang mengalami pesakit autoimmune seperti SLE
7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid
8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus


Maksudnya kalau takde masalah kesihatan, bolelah minum kan, cuma berpada-pada lah. Janganlah setiap hari, sekali sekala tak mengapalah kan.
Kementerian Kesihatan pun belum pernah lagi keluarkan kenyataan minuman tersebut merbahaya.

Kesimpulannya, jangan terlalu cepat percaya apa yang di'viral'kan di fb...tambah-tambah doktor fb ni. Silalah rujuk dengan yang pakar atau orang yang lebih arif.


Friday, April 10, 2015

Giveaway 2015 Jubah, Dress, Lenggings oleh Norzi Beautilicious House



Jom meriahkan giveaway.

Tarikh tutup: 12 April 2015 (11.59 mlm)

Anda di tagging:





"Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah"


Klik BANNER untuk join.

Jom kawan-kawan kita meriahkan "Segmen Blogwalking & Hadiah Bertuah" anjuran Nisa.


Tarikh tutup: 15 Mei 2015

sharing is caring :)


Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman


klik BANNER untuk join contest ni.


Jom kawan-kawan, kita meriankan giveaway ni. 
Hadiah pun menarik sangat.

Sambil join contest, boleh rapatkan silatulrahim juga kan!


Hadiah yang menanti:
Wang tunai RM30 [Gnor.gnur]
Wang tunai RM20 [yanayani]
Wang tunai RM20 [yana]
Wang tunai RM10 x3 [Zaidatulazney]
Wang tunai RM10 [Khaty]
Wang tunai RM10 [sitiliza.aufa]
Wang tunai RM10 [ikazulaikha]

2 dress and 1 bawal ruffle x1 [nurul]
Tudung x1 [embun]
Rempah ayam tandoori x1 [embun]
Tudung bawal sequin x5 [mrspuex] 
Tapak Iklan free selama sebulan [Syira]


check up adra 18 bulan

dah lama tak update perkembangan anak-anak.
baik kakak mahupun adik.
alahaiiii...rugi rasanya sebab tidak berkesempatan nak catatkan semua perkembangan mereka dalam blog ni sebagai kenangan.








happy sangatttt yee....kejap lagi menjerit la kena cucuk

hari rabu 8/4//2015 bawa adeya pergi check up 18 bulan.
last check up masa adra berumur setahun. [6 bulan yang lepas].
so kali ni kena cucuk imunisasi yang terakhir.
lepas ni hanya check up berat dan tinggi serta makan ubat cacing je la.

so far, perkembangan adeya baik.
berat 8.5kg je...saiz kecik je adeya ni walaupun kuat gak makan hihi.
takpe la dikk...kecik comel mcm mama yerr...hakhak lempang kang..perasan sungguh.
menyusu pun kuatttt gak.
masih fully breastfeed...yeayy mama dah dpt master dalam breastfeeding.
so, continued our bf jouney to get PHD pula. insha allah, moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt.


lepas check berat dan tinggi, tunggu untuk cucuk pula.
masa nak cucuk, nampak muka adeyq dah cuak.
macam tau je nak kena cucuk.
ada la menjerit skit masa cucuk tu. sekejap je. pastu sengih kat nurse. haha. ngada sungguh.
nak balik siap lambaiiii bye2 kat nurse.
gud girl anak mama!!

jumpa nurse semula 6 bln lagi yerrrr....


terus pengsan bila masuk kete.

p/s::cepatnya anak-anak membesar...masha allah, indahnya anugerah illahi ini.

Thursday, April 9, 2015

kali pertama renew passport

semalam hani dan asben cuti sebab nak bawa adik adeya pergi cucuk 18 bulan di klinik kesihatan seri kembangan.

dan alang-alang cuti, lepas habis check up dalam pukul 11.30 pagi, kami terus ke imigresen di UTC Pudu untuk renew semula passport hani yang dah xpired tahun lepas lagi.
minggu depan nak Ho Chi Minh untuk kali ke-3...nak cari barang untuk bisnes sambil-sambil shopping untuk raya sekali hehe...

ini kali pertama hani renew passport.
sejak buat passport 6 tahun yang lepas, tak pernah renew lagi sebab masa kali pertama buat tu,
terus buat untuk tempoh 5 tahun.

cadangnya kali ni nak renew untuk 2 tahun je, maklum la bukanlah selalu travel sekarang ni.
tak macam zaman bujang kan....
rupa-rupanya sekarang ni dah takde
bermula 1 Januari 2015, pihak imigresen dah mansuhkan passport untuk tempoh 2 tahun.
nak tak nak kena renew terus 5 tahun.
bayaran pula sebanyak RM200 untuk passport biasa dan RM100 untuk kanak-kanak dan warga emas.
kalau tak silap sebelum ni kalau tempoh 5 tahun bayaran yang dikenakan adalah RM300.
maknanya dah diturunkan harga la kan!

kami sampai dalam pukul 11.40 pagi. ramai juga orang masa ni.
bila ambil no giliran....sekali kena tunggu dalam 80 orang lagi....xoxo
ni pergi hari biasa, kalau pergi hari minggu...hurrmmm tak tau la berapa ratus org kena tggu lagi..
pegawai imigeren siap cakap pada kami 'awak pegi la makan-makan dulu'

disebakan kami dah kenyang, takde lah nak pegi makan....
so tunggu je la dekat situ..
tapi ok la, walaupun kena tggu dalam 80 orang, tapi cepat juga sebab kaunter banyak.
ada 8 kaunter yang bergerak pantas.
untuk wanita mengandung, kanak-kanak bawah 2 tahun dan warga emas...ada kaunter khas.
takde la kena tunggu lama kan.

dalam ni pun ada bilik khas utk ibu menyusukan anak/dandanan.
kot yang kaum wanita nak betulkan tudung/rambut ke..nak make up ke
nak kasi gambar pasport cun katakan :):)
selesa kan....tak perlu la nak bergegas cari tempat lain untuk susukan anak.

dalam 2 jam, nombor giliran hani dah pun dipanggil.
urusan dekat kaunter pun lancar, cepat je...5-10 min dah selesai kot.
siap tangkap gambar...tak perlu nak bawa gambar macam dulu-dulu.
pastikan pakai tudung atau baju yang gelap.
lepas selesai urusan di kaunter, kena tunggu no giliran dipanggil untuk ke kaunter bayaran pula.
siap bayar, kena tunggu dalam 1 jam untuk ambil passport yang dah siap.

dalam masa 3 jam, selesai semua urusan,,,
dan dapat passport baru...
so far, pada hani perkhidmatan di imigeren bertambah baikkkk...
thumb up!!!
ni di UTC, tempat lain hani tak sure lak...
hopefully sama pantas juga kan!!

tak macam 5-6 tahun lepas, datang pukul 11.00 pagi, pukul 7.00 malam baru nombor dipanggil.
serius.....ni lah hani alami masa kali pertama passport buat dulu di Imigresen Shah Alam,
lepas tu tak dapat siap hari yang sama, esoknya baru kena ambil. leceh!!!

banyak penambahbaikan sekarang ni.....
tahniah pada pihak imigresen atas kecekapan tugas kalian.



passport lama dan passport baru....

Tuesday, April 7, 2015

10 Tips Urus Anak Agar Tidak Kelam Kabut di Waktu Pagi

Waktu pagi adalah waktu yang sangat stress bagi aku...
rasa macam nak terbalik rumah tauuu...
mungkin pada orang lain juga.
wanita dan ibu bekerjaya (la sangattt....!!!) memang camtu kan.

Di sini ada beberapa tips yang dikongsikan dalam blog siraplimau :

1. Siapkan semua kelengkapan pada malamnya
Siapakan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan memasak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Ini dapat memastikan kita bangun dengan tenang tanpa perlu bergegas dan berpeluh menyiapkan segalanya di awal pagi.

-kadang-kadang tak sempat nak sediakan semua pada waktu malam....nak kena melayan anak-anak. kalau tak ada yang bergayut kat kaki masa gosok baju la, masa kemas beg la...adoiii macam-macam hihi. Bila bangun pagi memang kelam kabut weiiii....

2. Bangun awal
Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal adalah 5.30 am - 6.00 am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu.

- ada kalanya bila aku bangun awal, anak-anak pun bangun sama...arrgghhh camne tu. bole bau je diaorang mama diaorang takde dalam bilik.


3. Sediakan jadual
Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, sama ada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ia juga memastikan tugasan ibu di rumah mahu pun di luar akan lancar sahaja.

- okeh, ni aku akan laksanakan....insha allah

4. Tunggu anak tidur
Ambil peluang ketika anak sedang tidur atau sedang leka bermain, ketika mereka tidak mengganggu tugas harian kita, untuk menyelesaikan tugasan yang belum siap seperti melipat kain, sidai kain dan sebagainya. Sambil-sambil layan movie atau menonton televisyen, sedar tidak sedar sudah habis sebakul kain baju kita lipat.

- konon nak tunggu anak dah tidur baru nak setelkan semua keje-keje, sekali dengan aku pun tertidur sampai ke pagi....hakhak ...hambiiikkk ko, kelam kabut macam lipas kudung waktu pagi tu :-P

5. Sediakan menu
Pening memikirkan menu setiap hari? Sediakan menu agar kita tidak membuang masa memikirkannya. Kita sudah banyak menu yang ringkas, sedap dan berkhasiat. Tampal di dinding untuk menu seminggu agar memudahkan si ibu.

- ok, ni memang aku sangattttt la pening. selalu bawa sampai ke mimpi nak masak apa untuk bekalkan anak-anak. maklumla orang tak kreatif camni la...sian anak asik makan benda yang sama jewww....hakhak!! nasib anak kecik lagi tak pandai nak komplen bagai semua. kalau dah pandai ni mesti cakap 'ala...bosan la mama asik makan benda yang sama'. eh, tapi takde la hani masak benda yang sama setiap hari, cuma menu tu berulang setiap minggu la hihi. 

6. Kerjasama suami
Tanpa bantuan si ayah, ibu mungkin akan mudah tertekan. Suami mesti peka dengan keperluan isteri dan isteri pula mohon bantuan suami bagi memastikan tugasan menjaga anak-anak dan rumah menjadi mudah dan teratur. Jangan asik biarkan isteri menjadi lipas kudung setiap pagi. Bagaikan tidak cukup nafas bila perlu gosok baju sekolah anak, baju sendiri dan baju suami.

Jika suami tidak pandai gosok baju cantik-cantik, apa salahnya tolong basuh baju dan sidai baju. Kenapa mesti malu kan??

-nasib la suami ai jenis boleh diharap buat kerja rumah hehe...kadang-kadang tu basuh pinggan, basuh baju, buang sampah dan paling banyakkkk yang dia buat adalah jaga anak-anak masa aku buat kerja rumah, itupun dah sangat-sangat membantu. Kalau tak, boleh meroyan buat semua sorang-sorang ooooo.....

7. To-Do-List
Salah satu tip bagi mengelakkan ibu kelam kabut adalah sentiasa membiasakan membuat senarai apa jua seperti barang yang perlu dibeli atau senarai tugasan yang belum selesai. Tampal dengan magnet di peti sejuk, senang untuk dilihat dan tidak lupa.

-akan dipraktikkan untuk semua perkara...insha allah

8. Out Source
Jika ada sesuatu kerja yang ibu sendiri tidak mampu melakukannya, berikan atau upah orang lain untuk melakukannya. Contohnya memotong rumput di belakang rumah, menggosok baju dan membersihkan rumah. Ini sekali sekala dapat meringankan beban ibu. Jika tidak mampu mengemas rumah dek kesibukkan kerja di pejabat, boleh cari part time maid yang boleh datang pada waktu malam atau cuti hujung minggu.

- wahhhh...bestnya kalau dapat out source. aku pernah out source masa nak pindah masuk umah je, upah indon cleaner tolong cucikan rumah. lepas tu tak pernah out source. tak pe, rasanya aku masih mampu buat sendiri lagi....aku kan super powerrrrr mom !!!! hahaha


9. Gunakan teknologi terkini
Dengan teknologi yang semakun canggih, dunia berada hanya di hujung jari. Jika ibu tidak berkesempatan membeli barang, sekarang sudah ada kemudahan membeli barang secara online. Contohnya, jika berada di dalam kawasan bandar, boleh cuba buat pesanan dengan Tesco Online. Mungkin ibu boleh cuba sekali sakala kan!

- tak pernah try lagi beli barang keperluan secara online lagi...tapi beli barang lain online banyakkkkk kali laaa...hakhak. Setakat ni aku suka pergi sendiri kalau nak beli barang keperluan ni sambil bawa nak jalan-jalan kan. Diaorang memang sukaaa sangat la pegi pasaraya ni. Tapi mungkin suatu masa nanti kalau terlampau busy, maybe boleh gunakan perkhidmatan seperti ini.

10. Didik anak agar ringan tulang
Ibu seorang tidak cukup bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Didiklah anak agar sama-sama membantu. Beri mereka tugasan yang mudah seperti meletakkan baju kotor ke dalam bakul atau menyangkut semula baju sekolah selepas pulang dari sekolah. Ini sangat-sangat membantu.

Perkara-perkara kecil boleh serahkan kepada anak, seperti mencuci bilik air. Walaupun mungkin mereka mencuci tidaklah sebersih mana, paling tidak mereka tahu erti tanggungjawab.



alahaiiiii....rajin anak mama ni....semua keja mama dia nak buat yeee...!!!!


Monday, April 6, 2015

Short vacation:: Zoo Melaka

hurmmm....lama dah percutian ni. 2-3 bulan lepas rasanya.
baru sekarang nak buat entry heee...
sebenarnya ni percutiaan yang tak dirancang sangat..
saje godek-godek tengok promotion hotel...
sekali rasa nak pergi bercuti dekat-dekat je, nak bawa anak jalan-jalan
terus google hotel di Port Dickson, dah kata nak dekat-dekat je kan.

terus booked Primaland Port Dickson Resort & Convetion Centre (next entry baru review hotel ni ek). Menginap 1 malam je dan Check in pada hari Sabtu.
So, hari Sabtu cadangnya nak keluar rumah pagi-pagi sebelum subuh, cadangnya nak ke Zoo Melaka dulu sebelum ke PD. tapi biasalah bila ada anak ni, nak siapkan itu la..ini la....nak kena pujuk mandi la...
last-last keluar rumah kul 10.00 pagi gak. Masa ni cuaca masih redup sebab malamnya tadi ujan.


Kami sampai zoo melaka dalam pukul 12.30, matahari memang tengah terpacak panas la....
Ni kali pertama aku sampai zoo melaka, walaupun dah banyak kali pergi Melaka. Dulu tak heran pun tempat-tempat camni kan, tapi bila ada anak ni tempat macam ni la jadi pilihan hehehe.
Sampai je terus beli tiket yang berharga seperti berikut:

  • Dewasa: RM15
  • Kanak-kanak 3 tahun ke atas : RM 6
  • Warga emas: RM 6

Jadi kami beli 2 tiket dewasa je la RM30.00, untuk anak kami tak dikenakan bayaran sebab bawah 3 tahun kan.
Masuk je dalam snap gambar lepas tu terus cari tren, sebab malas nak jalan kaki pusing zoo.
eh, jalan kaki takpe lagi....ni tak larat mengejar 2 budak kecik tu tauuu
Tiket tren tu RM5 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak tak ingat la berapa harga sebab anak kami kan freeee hehe...

Disebabkan naik tren, aku rasa sekejap je la nengok binatang tu semua kan. Tengok dari jauh kan, tak dapat mentelaah info-info haiwan tersebut. Lagipun zoo melaka ni tak la sebesar zoo negara. Pusing-pusing dah habis. Yang pastinya, anak-anak nampak happy sangat.

budak paling happyyyy :):)



xcited kakak dan adik tengok binatang


lembu...mooo moooo






'mama....elephant la' 









'ayah....please no smoking here ok'!!!


kusyuk tengok duck









tengah tengok show burung





Dalam pukul 2.00 petang ada show binatang. Masuk percuma je. Kalau nak pegang burung kakak tua ni dan bergambar, kena bayar RM5. 

Lama juga abiskan masa dalam zoo ni. Lepas tengok show, terus bawa budak-budak main dekat playground dulu. Dalam pukul 4.30 petang, kami keluar dari zoo.




dah penattt berjalan, minta upah aiskrim ngan gula-gula...ok la nak, sekali sekala takpe yerrrr...
slalu tak bolehhhhh, kang rosak gigi tau...



bye-bye zoo melaka....nanti kami datang lagi yeeerrr....



kakak minta belikan payung....panas katanya....


Lepas rehat sekejap, kami terus keluar. Cadangnya nak ke jalan ke bandar melaka, tapi rasanya bandar  melaka mesti jem, nanti sampai lewat pulak ke PD. So kami direct terus ke PD.


bersambung..............!!!









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...