Friday, October 30, 2015

IKEA Cheras akan dibuka 19Nov2015




untuk peminat IKEA.....mesti happy je berita ni..
sebelum ni dok tunggu je bila la pengumuman IKEA Cheras ni nak dibuka...
19Nov2015 ni ok....sila kosongkan kalendar anda!
moh sesakkan ikea...hihi

bila IKEA ni dah dekat sikit dengan rumah, maka makin rajinlah 
ke sini...mau tiba2 bulan kang ke sini...hehe
cehhh...bujet macam orang kaya je nak shopping tiap2 bulan kat ikea kann..
eh, tak dapat shopping...dapat cuti2 mata...berangan sikit-sikit...pun jadi lahhh kan...
yang jauh dekat Damansara tu pun gagah jugak pegi, inikan yang dekat...hurrmmm mesti geleng kepala en asben tu nanti...


so, peminat ikea...check it out !!!!!!!!!!!

Sale...sale...headband!

Assalammualaikum semua...
Salam jumaat...semoga hari ini lebih ceria, lebih bahagia dan semoga kehidupan sentiasa diberkati olehNya.

Esok Adra genap 2 tahun.
Sempena hari lahir anak saya yang kedua Adra Nur Zafirah esok (31/10/2015) saya nak buat sale headband!
Beli 6 pcs ke atas...FREE POSTAGE!!!
Uolls dah jimat RM6 tau duit postage...

Laju-laju whatapps kite tau..
018-3124415
Bagitau no code dan saya akan check stok.
No booking ye...
Postage akan dibuat hari Isnin..

SALE hari ni je tau sehingga pukul 12:00 am..cepat2!!!







Headband RM9.90/pcs

RM12/pcs

RM15/pcs

Thursday, October 29, 2015

Family Day @ Gold Cost Morib

2 minggu lepas ofis aku adakan family day pada 17-18 okt 2015..
dah bertahun takde family day yang menginap sejak staff dah ramai...
zaman dulu2 je merasa, lepas staf dah mencecah 300 lebih, hari keluarga buat dekat2 je..
tidak menginap...itupun buat separuh hari je...

kali ni di Gold Coast International Resort, Morib
aku tak laaaa xcited nak ke sini sebab dah pernah datang masa cuti-cuti Merdeka tahun lepas..
pengalaman yang lepas pun macam tak berapa nak best kan...
pergilah juga sebab free...

masa kami sampai dalam pukul 2 petang, kebanyakkan bilik tak siap berkemas lagi.
sejam lebih juga aku dah rakan yang lain terpaksa menunggu bilik kosong
hurmm...memang sejarah la kali ni, selama family day yang menginap...ni la pertama kali kami kena menunggu bilik...
selain family day ofis aku, ada lagi beberapa event dari jabatan lain..
mungkin sebab tu bilik agak terhad..rasanya laaaa....

masa  tiba giliran aku dapat bilik, urus setia maklumkan yang bilik tersebut belum berkemas lagi..
aku pun bagitau tak pe lah tak kemas lagi, suruh kemas kemudian..dah tak larat menunggu..
at least kalau dah masuk bilik bole gak la nak solat dulu ke kan...
tapi nasib baik masa aku masuk bilik tu, dah dikemaskan pun..


penuh parking masa ni....

dapat bilik mengadap parking...nasib baik tak dapat view waterpark, kalau tak mesti budak2 tu tak sabar2 nak pergi pool...
aku gayat bila tengok adra macam ni....walaupun ni view dari tingkat 2 je..
badan dia saiz kecik je, jadi kepala tu bole lepas palang besi..
berderau darah ok! terus cakap dengan asben jangan buka sliding door...
make sure sentiasa lock..
risau kalau tak perasan dia keluar ke balkoni..
kalau nak bagi dia tengok kat luar tu, pastikan salah seorang antara kami kena ada untuk pantau..
patutnya tiang tu kena buat rapat-rapat untuk keselamatan.


biasalah aku kalau memula masuk bilik mestilah nak snap gambar dalam bilik kan....
sebelum bilik tu jadi tunggang terbalik....hihi
masa ke sini dulu, aku menginap di bilik apartment...memang takde jakuzi
bila masuk bilik ni, anak-anak nampak jakuzi....terus nak masuk mandi
si adra tak sempat pun nak tukarkan baju, dia dah masuk dulu....




lepas mandi, masa nak buang semula air dalam jakuzi ni, asben tercari-cari mana la lubang keluarkan air tu...
pusing tu tak boleh, pusing ni tak boleh...
rupanya memang dah longgar semua...means rosak laaa 
nak call tanya housekeeping pun, tengok2 telefon dalam bilik tak boleh pakaiiii...
hadoiiii.....
perasan gak ada device wifi dalam bilik ni, tapi tak guna pun sebab dah tak boleh pakai kannn...
line tepon masa kat sini memang slow gilerrr....internet dalam tepon pun kejap bole kejap tak bole..
kebanyakkan memang tak bole la..

masa nak pergi dinner lalu dekat kaunter, asben pun bagitau la telefon rosak, jakuzi pun masalah..
boleh pulak staff tu cakap 'ha'a...memang kebanyakkan rosak'
soooo.....korang kalau dah tau rosak, nape la tak baiki...
adoiii stress betul la....sian anak2 tak dapat nak mandi lagi sebab tak bertukar air...

hurmmm....seperti jangkaan saya, servis dekat hotel memang agak mengecewakan!!!
macam takde penambahbaikan jeww...










waktu petang memang takde apa2 program dari urusetia, so acara bebas.
lepas solat, terus siap-siap untuk pergi waterpark bawa anak2 terjun pool.
fuhhh...ramaiiiinya...
dah nama family day kan....haruslah penuh waterpark.

ayah: 'dah...dah...jom naik'
adra: 'alaaa....ayah, adik nak mandi lagi'
kakak: zzzzzzzzzzzzz

sebelah malamnya ada dinner....ada persembahan kumpulan dan juga karaoke
selain tu, acara yang dinantikan tentulah hadiah cabutan bertuah..
alhamdulillah no asben naik...itupun kakak awliya yang cabutkan no untuk ayah...
nombor mama juga yang tak naik...nampak sangat tangan mama tak bertuah malam tu hihi...
balik bilik masing-masing dah kepenatan.....



pagi esoknya ada sukaneka...tapi saya tak join pun...datang tengok2
bawa kakak awliya dan adra jalan2 tepi pantai dan main pasir...
pantai ni tak boleh mandi, keadaan airnya nampak keruh sedikit..


masa lepak2 tepi pantai, nampak member ofis tengah buat aktiviti ni...
teringin pula nak mencuba...aku memang suka aktiviti mencabar ni...
minta izin dengan asben...nasib baik dia benarkan....
maklum la dah jadi mak2 orang, malu gak nak panjat-memanjat ni...
tapi dah sukaaaaa nak buat camne kannnn...ngeh ngeh
bayaran dikenakan RM28 tapi aku minta diskaun dapat la RM25...
gayat weiii.....penat jugak nak habiskan banyak halangan..
dan halangan yang terakhir, kena buat flying fox yang berakhir dekat laut...
eh.,takde la tengah laut, tepi gigi pantai je..
tgh laut aku tak berani hahahaha..
yang pastinya memang besttt !!!
pastu sambung bawa budak2 mandi kolam lagi....
mandi puas2 sebelum kami check out pukul 1...


lepas check out, lunch dulu dan terus gerak balik ke rumah...
penat dan mengantuk....
sampai asben berenti dekat stesen minyak sebab tak tahan ngantuk..
dapat la tido sekejap sebelum teruskan perjalanan ke rumah...







Monday, October 12, 2015

LARRIE Warehouse Sale


lama dah terjah mana-mana warehouse ni...
tapi sebab warehouse Larrie dekat sangat dengan rumah,
sampai aku bole datang 2x...

tahun lepas ada juga ternampak banner banner Larrie Warehouse ni..
teringin juga nak pegi, tapi ko tau je la kan...takde kekuatan nak bawa anak2
kalau pegi mana-mana warehouse sale ni..
kawasan rumah aku ni memag kawasan kilang....selalu juga la ada sale...
kejap company ni buat sale....kejap lagi company lain buat sale pulakk..
ce ko cakap, wanita mana tak tergugat keimanan weiiii...haha

kali ni, dah 2 minggu aku nampak banner dah tergantung...
cakap dalam hati...'macam nak pegi je...'

sale ni hanya 4 hari sahaja....mula 8 Okt-11 Okt (Khamis hingga Ahad)..
sabtu tu lepas kami main futsal, otw nak balik.....terus cakap dengan asben
teringin nak singgah...hehe...
nasib baik dia layankan je walaupun badan dah penat kan....
aku pun penat gak sebab main juga futsal tapi kalau nak shopping tetiba rasa ada
kekuatan luar biasa hahahaha
kami tak pernah sampai dekat kilang ni, tapi yang pastinya memang satu kawasan dengan perumahan
kami jeee....


bila dah sampai depan kilang, ehhhh...memang dekat sangat...5 min je kalau dari rumah kami..
masa sampai pun orang tak la ramai sangat, tak perlu nak berebut-rebut, tak perlu panjat pagar ok! kiki

aku aim nak beli kasut bertutup je untuk pakai ke pejabat...
tapi ko tau je la kalau bawa anak mana boleh ko nak fefeling try semua kasut kat situ...
kena cari dengan cepat....
si kakak dan ngantuk, nak berdukung dengan ayah..
si adik pula sibuk berjalan sendiri..
stress je muka asben aku handle sorang2....
dengan keadaan agak panas sedikit...biasalah kan, dah nama kilang..walaupun disediakan kipas pusing yang besar gedabak tu..

bila dah jumpa yang mana berkenan, minta saiz....terus bayar.
alahaiii tak puas ati aku tak dapat nak shopping lagi....huhu
bila balik rumah, aku try kasut tu macam besar la pulakkk....
terus aku cakap dengan asben aku nak pegi tukar saiz...
dia cakap esok je la....
aku ni pulak jenis tak menyabar, nak tukar masa tu gak,,,
sebab risau saiz dah takde kan...
sanggup aku pegi sendiri tauu..hehe
dah nama dekat je dengan rumah kan.....gagah la juga pegi sendiri.

aku tidurkan anak-anak dulu, bolehlah asben aku rileks sikit kan kalau budak2 dah tidur..
aku pun dapat keluar dengan tenang....ngeeee
lepas solat maghrib, aku terus keluar rumah..

barulah aku dapat fefeling try banyak kasut dekat sana....
sambil tukar saiz kasut, dapat la aku sambar lagi 2 pasang kasut yang murah
untuk buat belasahan je...
sampai dah nak tutup pukul 9.00 malam, baru keluar dari kilang tu...
hahaha....
tak sedar hampai 2 jam aku kat sana...
sebelum balik sempat la aku tanya pekerja tu....
sale ni selalu ke?
dia kata setahun sekali...
oooo.....nampaknya tahun depan aku nak terjah awal..
hari pertama lagi...
sebab kalau dah hujung ni, saiz banyak dah habis terutamanya saiz standard orang malaysia
saiz 6-7...
frust juga...ada kasut yang aku berkenan sangat, tapi dah tak de saiz...sobs sobs

adeya sibuk nak shopping jugaaa....

kalau korang tanya aku dari segi harga....so far pada aku murah juga la...
murah dari harga pasaran...
aku suka pakai kasut Larrie ni....selesa.
ada kasut larrie aku pakai sebelum ni, sampai dah lunyaiiii ko...
tapi tapak semua ok tak tercabut pun,,,,cuma bila dah lama pakai jadi lusuh la kan...

selain Larrie, ada NYC, Active Camel, Crocodile, Alan Delon, Polo Club...
semua ni satu company je..
kasut lelaki dan kanak2 pun ada, cuma aku tak sempat nak snap gambar...
nak cepat kan...snap mana yang sempat je...
harga kasut lelaki aku tak pasti, sebab aku tak survey pun..
asben aku pun tak sempat nak tengok2 sebab jaga anak kan...
tapi kalau kanak-kanak, aku rasa murahhhh sangattt...
isshh menggugat keimanan betul..
nasib baik budak2 tu dah ada banyak kasut, kalau tak nak juga aku sambar..

selalu kalau warehouse sale ni orang kata, stok lama2 kan...
masa aku perhatikan, memang ada stok kasut lama, tapi yang baru pun banyak...
yang lama harga murah la skit...dala RM15-RM20
yang baru biasalah RM30 ke atas....tapi still murah lagi la kan...

aku rambang mata weiii.....nasib baik belum gaji lagi, so aku spend hanya RM100 je la...pada aku berbaloiiii.....aku dapat beli 3 pasang kasut dengan harga RM100.

p/s:: kalau ada lagi sale tahun depan, aku update awal2 kat blog ye...supaya korang boleh terjah jugaaa.....heee
















sempat juga la aku up status kat fb....terus member aku terjah ke sana borong banyak gile kasut...penuh raga ok!! ai is jelesssss..............



Thursday, October 8, 2015

Tips::Idea kreatif yang merangsang anak menjadi bijak

saje simpan artikel ni dalam blog.....untuk rujukan diri sendiri/pembaca blog tersayang kite ni :)

credit: http://pama.karangkraf.com/

Ibu yang bijak juga perlu merancang idea yang kreatif untuk merangsang perkembangan anak di rumah supaya dia boleh membesar sebagai anak yang bijak.

Oleh kerana ibu hendak menjimatkan penggunaan wang ringgit dalam perbelanjaan rumah, tidak semestinya ibu perlu membeli pelbagai alat permainan dan alat bantu mengajar untuk anak. Sebaliknya ibu boleh buat sendiri permainan anak menggunakan bahan sedia ada di rumah. Berikut adalah beberapa contoh kreatif permainan merangsang anak bijak.

1.    Belajar mengira

Bunyi permainan ini macam membosankan sebab ia berkaitan dengan bab mengira. Jangan menggunakan kaedah konvensional di mana anak perlu mengira dan menulis angka di atas kertas. Kanak-kanak cepat belajar mengira bila ada objek. Anda boleh pilih sebarang objek yang ada di sekitar rumah. Contohnya menggunakan penceduk susu tepung anak sebagai objek untuknya belajar mengira. Kemudian letak bilangan objek itu di dalam pinggan kertas yang ditulis nombor atasnya.

2.    Mengenal warna

Sediakan apa sahaja objek yang sama tetapi mempunyai pelbagai warna dan yang penting selamat untuk kanak-kanak. Suruh anak asingkan objek mengikut kumpulan warna yang sama. Aktiviti ini sangat membantu kanak-kanak yang baru hendak belajar mengenal warna. Bermain dengan warna merupakan cara terbaik merangsang minda anak. Kanak-kanak lebih teruja untuk belajar dan tidak cepat bosan kerana dalam masa yang sama mereka boleh bermain.  Antara objek yang boleh digunakan seperti sudu, sepit baju, batang aiskrim, gelung ikat rambut dan banyak lagi.

3.    Kemahiran motor halus

Bagaimana hendak menyuruh anak kecil duduk diam? Buat aktiviti yang boleh membuatkan mereka khusyuk seperti menyusun manik. Sediakan manik pelbagai warna dan bentuk. Masukkan ke dalam mangkuk dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna. Bagaimanapun aktiviti ini agak berbahaya dan ia mesti dilakukan dengan pantauan orang dewasa. Penggunaan objek kecil membantu merangsang kemahiran motor halus anak dan membantu anak lebih fokus.

4.    Menyusun objek

Gunakan cawan atau mangkuk plastik pelbagai warna. Suruh anak susun ia menjadi satu bentuk menara. Secara tidak langsung anak belajar mengenal bentuk dan cara membuat susunan tinggi yang seimbang.
di rumah kakak awliya dan adik adra selalu  menyusun blok lego/blok kayu



Aqua & Pets Exhibition




aku pegi Aqua & Pets Exhibiton ni pada bulan lepas..
dari 18-20 September 2015..di MIECC, Mines
hari Sabtu memang kami free, jadi terus plan nak ke sini..
memandangkan Mines ni tak jauh pun dari rumah, bolehlah kami nak pergi.
kalau jauh tu tak kuasa juga kannn.....hehe
ni pertama kali aku ke exhibiton ni, sebelum ni tak pasti sama ada pernah diadakan atau tidak..
budak-budak ni kan suka sangat tengok binatang ni, best la skit nak bawa kan...
kami sampai pun dah petang, orang pun taklah ramai sangat...
dalam dewan pun tak crowded..
niat hati tak nak lama sangat pun dekat sini..

bila sampai sana, masa nak masuk baru tahu kena bayar tiket...ingatkan masuk free..
nasib baik tak mahal sangat pun, bayaran untuk dewasa RM5/seorang.
kanak-kanak bawah 12 tahun barulah free.

bila masuk sana, aku jadi macam takut pula sebab ada booth yang ada anjing...
eh! aku fobia sikit dengan anjing pasal dulu masa kecik-kecik pernah kena kejar anjing..
sampai beso ni haaaa jadi penakuttt...
pengunjung yang bawa anjing pun ada juga....
si awliya dah takut minta dukung je dengan ayahnya
adra pulak rileks je, tapi aku lak yang risau kalau anjing datang dekat kan...
terus je dukung dia, tak nak biarkan dia jalan sendiri.
terus cepat-cepat kami meninggalkan kawasan yang menakutkan ni hihi...

banyak juga booth dalam ni...
kebanyakkan menjual haiwan macam arnab dan kucing...
makanan, aksesori haiwan dan peralatan untuk haiwan...
aku pun tak tengok sangat...bukan nak beli pun kan...

kami terus mencari tempat port kucing....
bukan main seronok anak2 aku ni terutama adra sibuk dok panggil kucing dalam sangkar tu..
masa ni kucing tak banyak sangat, sebab baru je lepas pertandingan kucing...jadi ramai yang ikut
tuannya balik...

lepas puas tengok kucing, kami ke tempat rabbit pula...
rabbit memang tengah banyak masa ni..
yang dalam sangkar, luar sangkar..nak pegang pun boleh...

'mama....cat tido laa'




 






pegang arnab ni best ooo....bulu macam karpet


pestime aku tengok 'giant rabbit' ni...bapak besar kot rabbit ni...
nak pegang pun aku rasa takut...
tapi rabbit ni manjaaaa sangattt....kalau dah pegang, dia macam peluk je kitaa

sambung tengok pameran ikan pula..
alahai berkenan aku dengan akuarium ni, tapi harga fuhhhh memang tak mampu la aku nak beli kan...
dah lama sebenarnya teringin nak bela ikan dekat rumah
tapi nak akuarium macam yang kat bawah ni hehe...ahhh demand sungguh..
eh! tak la harga macam akuarium ni, dapat lebih kurang macam ni kan best *berangan


adik: 'kakak...adik tak nampak laaaa'


haaaa...baru lah nampak fish tu

 


jangan ingat orang je nak kena ada kad pengenalan, haiwan pun kena ada tauuu...
kang jadi pendatang haram juga..hihi


haiwan ezotik pun ada....eeee geli geliman aku nengok




nak snap gambar macam ni...kena bayar RM20


stroller untuk kucing atau anjing...


hampir 2 jam juga kami dekat sini....bila adra dah meragam nak tido, kami pun balik.


Friday, October 2, 2015

ostrich farm, port dickson

ehhh...berkurun bebeno nak abiskan entry yang basi...

Day 2
sambungan entry yang lepas

Lepas check out dari Primaland Port Dickson, on the way nak balik tu, kami singgah dulu di Ostrich Farm di kawasan Teluk Kemang. Bayaran masuk adalah sebanyak RM13 untuk dewasa.
Seronok juga masuk dalam ni....pertama kali tengok ostrich, kalau dalam bahasa melayu burung unta.
Teruja anak-anak. Di sini kalau haiwan kecil-kecil tu macam ayam, burung dibiarkan berkeliaran je. Anak-anak happy je sambil kejar ayam.



muka senyum padahal nervous kena patuk kang!









ada juga arnab-arnab yang diletakkan dalam kandang tapi kita boleh masuk dalam kandang arnab tu dan boleh main dan bagi makan, jinak-jinak belake. 
tapi arnab tu nampak si adeya lintang pukang arnab ni lari pasal asik kena dukung je dengan adeya. tengok la gaya adeya pegang arnab tu, senak arnab tu nak! mana la diaorang tu tak lari nampak kamu hihi....
si kakak pulak memang penakut, awal dah panjat bangku takut. pegang badan pun sikit-sikit je.



sorang berani sangatttt.....sorang lagi penakutttt


eksited kejar burung











nak pegang tapi takut-takut


adeya dah mula meragam


so far anak-anak memang happy masuk dalam ni. berbaloi juga la masuk kan!
lepas tu, kami lepak-lepak ambil petang di tepi pantai Teluk Kemang.



Lepak-lepak dalam sejam, kami terus gerak balik ke KL...eh! sebelum sampai KL sempat singgah makan di Nasi Arab Damsyik di Senawang.
Dah kenyang, sampai rumah terus terbongkang kepenatan...

alhamdulillah, percutian pendek kali ni memang menyeronokkan.
walaupun sekadar pecutian bujet...hehe
yang penting dalam luangkan masa dengan keluarga kan!









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...