Wednesday, December 30, 2015

make over:: wallpaper kaison lagi....


memandangkan hari tu pasang wallpaper kaison untuk pasang di living hall tak cukup, ajak asben pergi ke kaison setia city untuk beli lagi wallpaper.
gigih ko jauh2 pegi sana....padahal ada je kaison paradigm mall yang lagi dekat...
saje nak cuci mata kaison dekat sana, member kata lagi banyak pilihan wallpaper...

bila dah sampai....eh memang pun..byk design
rambang mata pulak nak pilih...
last2 berkenan corak royal flower ni...design memang tengah hot sekarang ni...
terus tak jadi beli design yang hari tu...huhu
togel lagi la dinding tu nampaknya...next time la beli lagi
so untuk design ni hani beli 4 gulung...
tak la cukup ke tak...agak-agak je la..


design royal flower


kan dah cakap.....ada je assistant ayah nak datang tolong

kali ni nak make over dinding kaler merah ni....dah jemu weiii 4 tahun ngadap dinding ni.
pernah juga terpikir nak cat kaler lain...
tapi aku rasa masa sekarang ni bukan waktu yang sesuaiiii kot!
kang ada je pembantu yang sibuk nak tolong...
keje yang boleh siap sehari...mau 2 minggu baru siap kot
so nak make over dengan cepat, tampal je la wallpaper kannn...


SEBELUM




SELEPAS



ehhh...sekali tak cukupppp daaa...
ala..sikit je lagi pun...
leceh betul..nampaknya kena beli lagi segulung...
tapi nak guna sikit je...hurrmmm tak tau nak buat lebihan yang banyak tu...
pikir kemudian laaaa....

Itenary ke Perth

Hani nak share itenary sepanjang percutian kami di Perth. Itenary ni amat penting supaya percutian kita lebih terancang. So, takde lah membazir masa nanti kan.
So korang yang pertama kali nak ke Perth, maybe boleh la dapatkan sikit panduan dari itenary kami ni.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Day 1 (01/05/2012 - Selasa)


LCCT-Perth International Airport
- Gerak ke LCCT
- Check in kat kaunter utk pengesahan ETA
- Flight 11.50 mlm
- Pastikan isi form declaration from Government Australia

Day 2 (02/05/2012, Rabu) 

From Perth - Cervantes
- Sampai di Perth International Airport around 5.30am
- Cari tempat solat/surau/quiet room
- Cari teksi untuk ke Bayswater Car Rental ~ AUD27
- Isi Minyak ~ full tank ~ AUD50/perday
- Terus ke Carvensham Wildlife Park ~ AUD22/person
- Terus ke Cervantas melalui Brand Highway, jarak around 147km ~ 3 jam perjalanan
- Singgah di Emu Down Wind Farm
- Check in di Cervantes Lodge Backpackers  ~ AUD30 /person per night
- Makan malam/solat/tidur

Day 3 (03/05/2012) 

From Cervantes – Lancelin - Perth City - Augusta
-   Check out dari Cervantes Lodge Backpackers.
-  Terus ke Pinnacles Dessert. Jarak 16km ~ AUD11/car
-   Terus ke sandbording di Lancelin. Jarak 80km (1.5 jam)
-   Sampai pekan Lancelin, cari kedai Lucky 7. Sewa sand board AUD10 (utk 2 jam) – deposit AUD50. Boleh beli beras+telur sekali di sini.
-   Sand spot dari kedai Lucky 7 --> 2km
-   Dari Lancerlin terus ke Perth City – Augusta (4 jam)
-   Check in kat Baywatch Manor Augusta ~ AUD 28/ person (dorm)
-   Rehat di hostel.

Day 4 (04/05/2012)
Augusta - Busselton - Lake Cliftonn - Perth City - Caversham Wildlife Park - Chocolate Factory
-      Check out Baywatch Manor Augusta.
-     Melawat Cape Leeuwin Light House. Fee AUD 5/pax. Closed 5pm
-    Otw balik singgah Flinders Bay
-       Terus ke Margaret River Chocolate Factory (1 jam dari Augusta) open 9-5pm
-       Busselton Jetty (tak jauh dari Margaret River) – AUD2.50/pax
-       Singgah Lake Clifton bole tengok trombolites ataupun living rocks
-       Teruskan perjalanan ke Perth City.
-       Check in di Criterion Hotel yang terletak di Hay Street
-       Hantar kereta. Naik tren ke Perth City. Stesen train yang terdekat terletak kira-kira 15 minit  berjalan kat Grafton Street iaitu Meltham Station.
-       sampai Perth City, boleh cari kebab Halal dan ada kedai sourveniour yg jauh lebih murah dari E-Shed Market.

Day 5 (05/05/2012)

Perth city – Fremantle
-       Bertolak ke Fremantle menaiki tren di Perth Station.
-       Lunch at Kailis dan go around E-Shed Market
-       Reaburn Fruit Orchard
-       Macnut Factory
-       Menaiki Estuary & Dolphin Spotting Cruise
-       Sightseeing at Perth City spt Sorrento Quay, Swan Bell Tower, King’s Park


Day 6 (06/05/2012)

Perth City
-       Harbour Town (factory outlet e.g adidas, Nike, Levi’s, Valley Girls)
-       Hay Street Mall / Murray Street Mall
-       Cover mana-mana tempat yang tak sempat pergi lagi


Day 7 (07/05/2012)

Perth - LCCT
-       Check out dari hotel pada pukul 3.00 pagi. Terus ke airport, penerbangan pada pukul 6.50 pagi.*minta pihak hostel uruskan teksi.
-       Perth airport – LCCT. Dijangka sampai pada pukul 1.00 ptg.

Tuesday, December 29, 2015

Kembara di bumi Perth - Day 5

ok, hari ke 5..kitaorang plan nak ke Harbour Town.
Harbour Town adalah factory outlet yang menempatkan pelbagai kedai
branded macam Nike, Adidas,
Selain kedai pakaian/peralatan sukan, ada juga kedai perfume, peralatan memasak, kedai handphone.
Nak ke sini senang je, kitaorang naik bas.
Pastikan cari laluan bas kaler kuning.
Kalau dari Criterion Hotel kami kena menapak sikit la tapi tak jauh sangat pun.

Punya semangat nak pergi berjalan, pukul 8 dah keluar
Rupanya kalau hari minggu...bus start pukul 10.00 pagi weeeiii....mak aiii lambatnya.
Nak balik hotel dah malas, nak g jenjalan kawasan sekitar semua belum buka lagi.
Nak tak nak terpacak la kitaorang dekat bus stop tu sampai kul 10.00 pagi.
Tapi yang bestnya kat Perth ni, public transport diaorg ni betul-betul sharp.
Kalau kat information board tu tulis pukul 10.00..pukul 10 la bas tu akan muncul.
Kalau lewat pun seminit dua jerr....
 
Haa...yang paling best, bas kat Perth ni semua FREE....
Sampai aku rasa nak pegi seberang jalan pun rasa nak naik bas KAHKAH
Melampau beb!!!
Sepatutnya kat KL pun kena buat camtu kan...baru orang nak naik public transport.
Kurang jammed.

Pada aku, information diaorang sangat detail.
Maksud aku, di setiap bus stop ada peta perjalanan dan jadual bas.
Memang sangat memudahkan kitaorang sebagai pelancong ni.
Tak perlu nak tanya orang, tengok situ je dah tau bas pukul brape, bas tu ke mana.
Berapa kali bus tu berenti dekat bus stop....
Kalau korang suruh aku naik bas kat KL ni, sumpah aku tak reti weiii....




Dalam bas tu korang nampak tak ada digital signboard tu. [tah betul ke namanya digital signboard, aku belasah je]
Kat situ akan tertulis nombor bus stop yang bas akan berhenti.
Bila dah sampai, kitaorang turun kat pit stop No 17 Harbour Town.
Dalam bas ni pun ada peta laluan, tengok je kat situ korang dah bole tau kat mana nak turun.
Kan aku cakap...mudah kan public transport diaorang ni.

Masa ni pun kedai tak buka lagi...pukul 11 baru start buka.
Giler lambat betul diaorg ni nak meniaga.
Excited la katakan.
Kalau kat Msia ni tak kuasa aku nak bangun pagi semata-mata nak pegi shopping.
Nak hilangkan bosan, kami round je kawasan sekitar sambil snap gambar.


 
pit stop no 17 Harbour Town




kedai semua tak buka lagi...


jangan ingat kat negara omputih takde jual lesung batu weiii....diaorg pun makan sambal belacan taww...huahua

Kami masuk beberapa kedai bila dah buka.
Sebelum buka, dah ramai menunggu di depan kedai.
Eh...ada jualan best ke dalam ni???
Kami pun menyibuk meramaikan lagi orang di depan kedai.
Kami tak beli apa-apa pun kat sini...hihi
Apsal tah, nafsu shopping takde lak....mungkin AUD tak berapa nak banyak dah...

Kemudian kami ke plan nak ke Fremantle lagi sebab nak beli beberapa surveniour yang tak cukup.
Kami naik bas dari Harbour Town, tak ingat turun di mana.
Terus menapak ke Perth Station dan terus ke Freamantle.
Lepas setel beli barang, kami pun naik bas untuk stesen tren semula.
Dalam perjalanan naik bas tu, kami nampak Fremantle Market.
Teringin pula nak masuk dalam tu, terus je kami turun dari bas.
Kata naik bas FREE kan, tak kisah la turun naik banyak kali kan haha.

Fremantle Market ni lebih kurang macam Central Market di KL ni.
Macam-macam barangan yang dijual.
Ada pakaian, alat kraftangan, cenderahati, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Agak sesak juga, ramai betul orang.
Aku teruje tengok sayur dan buah-buahan yang diaorang jual.
Besar dan segar-segar semula.
Kitaorang beli la anggur buat bekalan makan di hotel nanti.
Manis weeiii....harga tak ingat la, tapi aku rasa murah juga.
Lepas tu cuci mata je tengok keadaan sekeliling. 

 Ada show apa tah masa ni




 comel puzzle ni





sayur dan buah-buahan yang segar-segar


Lepas penat jalan di Freamantle Market, kami pun bergerak semula ke stesen tren.
Masa sampai di stesen Perth, hari pun dah hampir gelap, perut pun dah lapar.
Kami singgah makan kebab, tak jauh pun dari hotel.
Harga dari AUD 9.50 hingga AUD14 bergantung pada menu.
Sekali lagi....jangan convert RM. Anggap je RM9.50 hahaha.....
Bila perut dah kenyang....terus balik hotel sebab nak kemas semua beg.
Kami akan check out pada pukul 3.00 pagi kerana flight kami pada pukul
Kami juga minta pihak hotel untuk tempahkan teksi untuk kami. Senang kan.
Dan kami juga minta pihak hotel untuk buat wake up call....huhu...
Risau terbabas weeiii....masing-masing dah penat kan.




Related Post::

Kembara di bumi Perth - Day 1
Kembara di bumi Perth - Day 2
Kembara di bumi Perth - Day 3
Kembara di bumi Perth - Day 4
Itenary ke Perth

lagi hotel di Ho Chi Minh


rindunyaaaa nak pegi ho chi minh lagi....
tahun lepas 4x trip ke sana...
tahun 2016 ni pulak ada trip bulan 9...
tapi rasa macam pegi awal lagi dari tarikh bulan 9 tu....hihi
biasalah bab shopping ni kannnn mana boleh sabar...

kali ni sambungan entry hotel-hotel di ho chi minh
ni ada bebeapa lagi hotel dekat sangat dengan pasar bent thant
tapi hotel ni aku tak pernah menginap lagi...
so tak boleh nak bagi review...
saje snap2 gambar untuk panduan aku juga nanti kalau ke sana lagi..
kadang2 bila kita google alamat, kita tak pasti dekat area mana kan...
kadang tu tulis je dekat dengan pasar bent that tapi agak terceruk, kang susah nak cari..
so sambil jalan-jalan tu aku snap la gambar hotel yang aku jumpa..
banyak lagi sebenarnyaaa....tapi tak sempat snap semua..
tapi hotel kat bawah ni memang tepi jalan je, senang nak cari..
dekat dengan semua kemudahan, dekat dengan malaysian street...
kalau pegi bent that pun tak sampai 5min ko jalan kaki...
dari segi harga tu korang google la ek kalau nak tau...
malas lak aku nak carikan sebab aku tak ke sana dalam masa terdekat ni...jadi agak malas la skit hakhak!!

aku rekemenkan hotel-hotel ni kalau korang memang mencari hotel yang dekat dengan bent thant market..next time aku pergi sana maybe aku try menginap di salah satu hotel di bawah ni...

eh! kalau korang pernah menginap di sini, ce kasi review sikit...ok ke tak kan..
at least boleh gak aku ngan pembaca blog aku ni dapat panduan sikit...


KIM HUOANG HOTEL


SONG ANH HOTEL

-Ruby Hotel
-Lien An Hotel
sederet dengan Song Anh Hotel



LIBERTY CENTRAL HOTEL

SILVERLAND CENTRAL HOTEL

Monday, December 28, 2015

orientasi sekolah

eh,..ingatkan sekolah rendah je ada orientasi, nak masuk sekolah 4 tahun pun ada gak ekkk
last minit dapat SMS dari pihak sekolah...
orientasi ni adalah untuk pelajar baru...3 hari tu....dari Isnin - Khamis
tak lama pun....dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari..
tujuannya nak sesuaikan murid baru dengan keadaan dalam kelas..
so nanti takde la pelajar baru ni terkejut kan masa hari pertama buka sekolah nanti..

masa hari pertama hantar, nampaknya ok je...happy.
sampai je sekolah, teacher dah panggil nama awliya...teacher pun dah kenal dia..
sebelum ni dah pernah datang 2-3 kali kan...masa nak daftar.
si adik pula nangis nak ikut kakak masuk kelas...
alahaiii sian adik....sabar ye dik, next year adik pegi kelas sama2 dengan kakak ok!
sekarang ni adik tak cukup umur lagi..hihi

hari kedua dan ketiga pun macam tu juga....
gud girl kakak....nampaknya lepas ni mama tak perlu tunggu la masa 1st day buka sekolah nanti.
mula-mula aku bercadang gak nak cuti..risau juga kan kot dia tak biasa ke kan...
kot ye nangis ke hehe....
tapi aku yakin kakak awliya tak nangis, sebab dia jenis cepat berkawan dan agak ramah skit..
jadi dia senang bawa diri
bila tengok dia happy je jumpa teacher dan kawan-kawan, takde la rasa risau sangat.

masa ambil pun, tengok ok je...
cuma teacher kata bila kawan2 dah start balik...setiap kali pintu buka, dia akan berlari ke pintu...
tunggu mama la tuee...bila kawan-kawan dah takde...

masa balik siap cakap dengan mama 'semua kawan-kawan bawa beg pegi sekolah...kakak je tak bawa'
alolo....sian dia. mama saje tak bagi bawa beg sebab takde nak isi apa-apa kan.
lagipun 3 jam je kat kelas.
tapi atas permintaan kakak awliya, esoknya mama bagi bawa la juga beg...
mlm tu dia siap2 isi buku dalam beg..buku yang slalu dia tengok dekat rumah...bukan buku belaja pun..hehe apa2 saja la kakak awliya ni...


cepatnya masa berlalu.....dah besar pun anak dara sorang ni..
belajar rajin-rajin sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...