Thursday, January 21, 2016

kisah sekolah::label nama pada baju sekolah

disebabkan awliya telah kehilangan baju sekolah sebanyak 2 pasang dan  tudung 3 pasang, tuala 1 pasang, jadi aku pun tempahlah label nama untuk dilekatkan pada semua baju sekolah awliya..
ada juga yang aku dah tulis nama guna marker tapi tulis belah dalam la...
kali ni nak kasi cikgu lagi nampak, tu yang aku nak tampal juga nama kat belah luar...
lepas ni kalau hilangggg juga, tak tau la nak kata camne dah...
mau gak aku ngamukkkk huhu....
nak beli baju sekolah yang lain bukan murahhhh weiii..
sepasang baju dan seluar RM60...tudung saje  RM20..
RM70 tu kos dia....
memang rasa ralatttt la kan kalau asik hilang je...
bangkrap mak nak oiii....

banyak juga aku survey online untuk budak label nama ni..
kebanyakkan yang aku jumpa harga sekitar RM1.50 - RM2.50
lepas tu kena order banyak lak tu...50 pcs ke atas baru dapat harga RM1.50..
kalau bawah dari tu...harga RM2.50 sekeping...mahal laaaa [pada aku laaa]
pastu nak order banyak lak, nak tampal kat mana lagi....kalau dah order sampai 50 pcs..
mau dekat suar kecik awliya pun aku tampal label nama gak kang....hakhak

selain tempah online, bole juga tempah di kedai...
ikutkan aku memang nak cepat je...kalau boleh nak siap on the spot..
sebab tak sabar aku nak lekat label nama ni...
pasal stress sangat hari-hari ada je pakaian awliya ni yang tak cukup kan...
ada member aku kata dekat pertama complex tu ada je kedai buat label nama ni...
boleh siap beberapa jam je....tapi  harga tak pasti la berapa...
dekat Central Market pun ada gak....siap 1/2 jam..harga RM2.50 sekeping..
hhmm tapi aku ni tak lah gigih nak pegi ke sana semata-mata nak tempah 4-5 keping...
tak berbaloiii lak aku rasa huhu....
cehhh....banyak songeh beno ko ni hani..
ko jahit je la sendiri....abis cite hihi

label nama

setelah penat mensurvey, akhirnya aku jumpa juga orang yang buat label nama ni dengan harga yang murah..
dapat harga RM1.00...minimum order pun hanya 4pcs je...
maksimum order tak kisah berapa banyak pun...
seriusss dalam banyak yang aku survey, aku tak jumpa lagi yang harga semurah akak ni....
so aku pun tempah dalam 20pcs...
total semua RM26 termasuk postage...
siap dalam masa 3-4 hari....
aku order hari jumaat lepas, semalam [rabu] aku dah terima...
order melalui fb je, bagitau je font dan kain kaler apa....
aku bagi contoh gambar pada akak ni, supaya senang nanti takde la salah paham kaler kan...
cepat juga la akak ni buat walaupun banyak terima tempahan...
hasil pun kemas...aku memang puas ati la...
sementara tunggu siap label nama ni, sempat juga la hilang sepasang baju awliya, dia bawa baju budak lain pulak jumaat tu, sampai sekarang tak dapat lagi...sedangkan aku dah pulangkan baju budak tu....
xoxo stressss makkk!!!

so korang kalau rasa nak try order bole la contact beliau di SINI

label nama
dah siap menampal...
baru sepasang....ada lagi 3 pasang....bertabah la mama

Wednesday, January 20, 2016

kisah sekolah::perkembangan 3 minggu persekolahan di Little Caliph

Minggu ni dah masuk minggu ke 3 persekolahan...
so far perkembangan awliya agak memberansangkan...
baru-baru ni aku dengar dia berzikir sambil menyanyi...
kemudian masa nak makan dia boleh pulak baca Al-Fatihah dengan lancar..
lupa lak baca doa makan...
sebelum ni lancar je baca doa makan yang aku dah ajar.....
ooo dia dah hafal Al-Fatihah rupanya, mesti di sekolah hari-hari baca kan...
sebelum ni aku pernah juga ajar Al-Fatihah tu, tapi tak mau lak dia ikut hihi...
ada juga aku dengar dia nyanyi lagu-lagu berunsurkan islamik.."1 sayang Allah, 2 sayang Rasullullah, 3 sayang momy daddy"..hahaha camtu lah lebih kurang 
alhamdulillah, nampak perkembangan yang positif bila masuk sekolah Little Caliph ni...

cuma yang aku tak berapa puas ati dengan pengurusan budak-budak yang daycare 
setakat 3 minggu ni....dah 2 pasang baju dan 2 helai tudung dan sehelai tuala awliya dah hilang....
tak dapat dikesan...
hmmm kadang pelik gak kan...
kalau cikgu dah tersilap masukkan dalam beg budak lain, parents diaorang tak pulangkan semula ke...
atau dah pulangkan, cikgu lak letak merata...
hhhmmm tak tahu la nak cakap macam mana...
kadang awliya ada juga terbawa baju budak lain, tapi aku akan basuh dan hantarkan semula pada cikgu dengan harapan cikgu akan pulangkan kepada empunya baju
aku pun tak tau juga macam mana cikgu2 uruskan budak2 ni..
patutnya masa nak mandikan tu, buka baju dan terus masukkan dalam beg kan..
so takde la nak tercicir or tersalah masukkan baju dalam beg budak lain..
aku paham budak2 ramai....
tapi boleh dikatakan tiap2 hari, ada je baju anak aku yang tak cukup..
nasib baju yang hilang tu baju lama yang kawan ofis aku bagi baju anaknya...sebab anaknya dah tak sekolah di little caliph lagi...tapi tudung yang hilang tu ada la sehelai tudung yang baru...hmmm takde rezeki
dari 4 helai baju, sekarang tinggal 2 helai je....huhu...tu baru 3 minggu sekolah...
terpaksa la jugak aku belikan sehelai lagi baju sekolah awliya ni, sebab nak ikutkan macam tak cukup 2 helai kan...
hmmm tu je la aku rasa tak berapa nak puas ati....
bab yang lain pada aku ok semuanya....
aku pun baru je tempah label nama nak lekatkan pada semua baju/tudung dan tuala awliya..
harap2 lepas ni takde hilang lagi...
bangkrap weeiii kalau asik nak membeli baju sekolah je kannnn...

Friday, January 15, 2016

::setelah 6 bulan jadi pendatang tanpa izin =)

hampir 6 bulan juga aku takde kad pengenalan hehehe...
dah rupa macam pendatang asing pulakkk
sebenarnya aku tak pasti ic aku tercicir di mana...
last ada masa aku renew lesen memandu di pejabat pos
keesokkannya bila aku perasan ic aku dah takde, aku try call pejebat pos tu
bertanyakan jika ada ic aku tertinggal di sana..
staff pejabat pos tu maklumkan pada aku memang ada ic yang tertinggal tapi ic lelaki...
huhu maknanya takde la ic aku kan...

blurrr...tak tahu nak cari kat mana
sebelum aku decide buat ic baru....aku nak try cari la dulu kononnya..=)
tu yang makan masa sampai 6 bulan hahaha
bila akhirnya tak jumpa juga, aku redha je la bayar denda
sebab banyak urusan tergendala sebab takde IC kan..
dah pegang ic selama 22 tahun, ni la kali pertama aku hilangkan ic....=(

last week kebetulan aku cuti masa hari pertama sesi persekolahan 2016 dibuka,
sebelah petang aku ajak asben ke UTC Pudu Sentral untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara.
masa tu sampai dalam pukul 1.30 petang...
masa sampai kaunter nombor petugas tu bagi nombor je..
aku tanya gak 'eh...tak perlu isi borang ke encik'?
dia kata ic hilang sebab apa? ada bawa report polis ke?
aku cakap la hilang sebab kecuaian sendiri...so takde la buat report polis.
'ooo...macam tu tak perlu borang'..petugas tu bagitau dan terus beri nombor giliran...
aku kena tunggu 63 nombor lagi...
tapi oklah JPN UTC ni...kaunter banyak dan cepat
dalam 1 jam aku tunggu, nombor aku pun dipanggil
urusan di kaunter cepat je...ada la dalam 5 minit jeee....
selesaikan urusan bayaran denda sekali...hambek kaww bayar denda RM100 + RM10 (wang proses)
nasib bukan bayar RM1000...kalau tak mau nangis kat kaunter tu jugaakkk tauuu...
sebelum beredar. siap staff tu bagi nasihat dekat aku
'lepas ni jaga ic elok-elok yeee....nanti kalau dah hilang kali ke 3, kena denda 1000'
hehe.....baik incik!!



lepas urusan di kaunter, aku kena tunggu lagi untuk sesi tangkap gambar pula...
tunggu la dalam 10 min....
setel semua, aku dah boleh ambil ic dalam masa 2 jam lagi...
sementara menunggu tu kitaorang pergi makan di cafe di tangkat atas bangunan UTC tu...
hampir 4.30 petang, dah boleh claim kad pengenalan yang baru..

yeayyy....saya dah jadi warganegara Malaysia semula...
hak!hak!


Kadar bayaran denda

sumber: SINI

Tuesday, January 12, 2016

kali pertama cashout akaun Nuffnang

saya ni tak lah aktif sangat berblog
ada masa, ada mood, ada cerita....barulah terkial-kial nak update hehe...
kalau orang yang aktif, hari-hari update blog kan..
kadang-kadang sehari sampai 3-4 kali update

ikutkan blog saya ni dari tahun 2010...dah 5 tahun juga laaa...
tapi masa mula-mula berjinak dengan dunia blogger, tak tahu pun pasal akaun nuffnang ni..
sebab tu tak daftar pun awal dulu..
asalnya tulis blog sekadar suka-suka, konon macam diari la kan...
bila start dah kawin dan ada anak, aktif la skit menulis..
banyak cerita tentang anak la kan, nak dijadikan kenangan..
sampai sekarang ni kalau ada masa, saya suka throwback cerita dan tengok gambar anak-anak saya masa mereka kecil...
rinduuuu....dah besar pun diaorang sekarang.

bila semakin suka berblogging, terpikir macam mana lah orang kata boleh buat duit dengan gunakan blog..
ooohh salah satunya daftarlah dengan akaun nuffnang.
start tu, mula study pasal nuffnang ni.
barulah daftar, barulah paham sikit-sikit.
dapatlah kumpul beberapa sen dari akaun nuffnang..
sampailah dah cecah RM50 ...masa tu tak terpikir nak cash out pun..

rupanya akaun nuffnang ni boleh cashout bila jumlahnya lebih RM50..
barulah saya tahu sebab masa nilainya dah cecah RM50, terus muncul button CASHOUT
terus la tak sabar, saje nak try cash out nak try macam mana prosesnya...

mudah je...klik2 je..
alamat semua kita dah daftar dalam profile kita kan...!!
so takdelah sangat nak masukkan apa-apa data dah..
proses cek nak sampai ke kita agak lama juga, rasanya adalah dalam sebulan macam tu...
tapi tak kisahlah....tunggu je la! bukan urgent pun kan..
kadang sampai terlupa, cek dah lama sampai baru terpikir nak tengok peti surat.

seronok pula bila kali pertama dapat cek nuffnang ni...walaupun nilainya ciput je...tapi alhamdulillah, siapa nak bagi kan! besar nilainya pada saya sebab dapat FREE kannnn....
lepas la untuk saya makan lunch 5 hari di ofis ni hehe.
next time nak kumpul lama skit, bagi banyakkkk dulu barulah cash out.
so kawan-kawan, silalah klik iklan nuffnang dalam blog saya ni ye...
kalau dapat banyak, nanti saya belanja aiskrim =)

pernah terbaca, ada blogger yang mencecah RM10K nilai yang ada akaun nuffnang ni...
WOW!!! Besttttt nyaaa...boleh saving sikit, boleh shopping..doakan saya juga dapat sebanyak tu...hahaha amin...
berangan itu INDAH =)

so rajin-rajinlah update blog, blogwalking, tingkatkan SEO dalam blog...ramaikan follower.
kalau blog suam-suam kuku macam blog saya ni.....hahaha lupakanlah hasrat nak menabung dalam akaun nuffnang ni!

apapun....TQ nuffnang....i likesss!!!!

cek pertama yang telah selamat diterima

Friday, January 8, 2016

1st day sesi persekolahan 2016

Seminggu sudah sesi persekolahan 2016 bermula.
Alhamdulillah, hari pertama hantar kakak awliya ke sekolah, aku dan asben tak tunggu pun.
Lagipun masa hari pertama persekolahan tu, kami baru sampai dari Ipoh pukul 8.00 pagi.
Kelam kabut siapkan kakak awliya, 8.45 pagi baru sampai sekolah.
Nasib baik hari pertama, takpe lah datang lambat sikit kan. 
Hari pertama awliya tak pakai uniform lagi sebab belum ambil lagi. Bila tengok bebudak lain kebanyakkan dah pakai uniform. Mesti diaorg dah amik awal-awal. Kemudian baru teacher suruh aku amik uniform awliya. Aku antara orang yang lambat la kot amik uniform ni hehe...

2 pasang baju
1 pasang pakaian sukan
2 helai tudung
Beg

Aku tengok ramai juga parents dalam kelas bersama anak masing-masing.  Kesian juga dekat kakak awliya sebab aku tak tunggu dia. Tapi dia macam ok je, happy je dengan teacher. Lagipun dia kan dah pergi orientasi sekolah hari tu selama 3 hari, dah kenal teacher dan kawan-kawan. Bila aku kata pada kakak awliya 'mama balik ye'? Petang nanti mama amik ye.
Dia pun jawab 'ok'.
Lega hati mama!
Mama tahu kakak awliya pandai bawa diri.

Sebenarnya bukan tak nak tunggu dia, tapi badan rasa penat dan mengantuk sangat. Ye la kan baru sampai dari kampung. 
Nasib mood awliya ok je masa ni. Dia memang tidur je sepanjang perjalanan balik. Letih sangat pagi Ahad tu kami pergi berkelah.

Hari ni aku terpaksa apply cuti je (EL la nampaknya sebab sebelum ni tak plan pun nak cuti)

Balik rumah, rehat sekejap kemudian petang tu kami ke JPN untuk buat IC baru...yang lama punya hilang sudahhhh....
Alang-alang dah cuti kan, setelkan benda yang dah lama tertangguh ni. Sebab tu juga la tak dapat nak temankan awliya.

Balik dari JPN terus ambil awliya.
Happy je dia.
Semangat nak pergi sekolah lagi.
Belajar rajin2 ye sayang.

Dah 4y...
Kalau ikut bulan belum cecah 4y lagi :)

Ceria je
Besar dah anak mama sorang ni...
Dah pegi sekolah pun...

Tuhanku....peliharalah anakku walau di mana dia berada. AMIN





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...