Thursday, May 5, 2016

cuti-cuti Langkawi::jalan-jalan cari makan

ok kali ni share tempat kami mengisi perut sepanjang berada di Langkawi.
sebenarnya banyak tempat makan yang aku dah list down untuk pergi terjah...
itupun berdasarkan carian google....
tapi tak dapat nak pergi semua la...
takpe...takpe..next time bole try lagi kan....


EE Burger & Trimula Cafe
Malam  kami sampai, lepas check in hotel bahagia, kami try makan di sini...tak jauh pun dari hotel...masa ni dah pukul 11 malam gak...orang tak ramai sangat, so order dapat sangat cepat...kedai ni tutup pukul 12.00 malam..



kasi zoom skit.....

spageti cabonara nampak menarik....bila rasa memang sedappppp....abis anak aku makan...
maknanya memang sedap la...anak aku ni jenis susah nak makan tapi kalau makanan tu menepati tekak diaorang, memang akan abis...



burger daging special untuk aku...siap ada kentang goreng...rasa ok la, biasa je....tapi abis juga aku makan....



char keau tiau untuk asben....nampak je simple macam tu tapi sedapppp weeiiii.....
kat kl pun susah nak jmpa char keau tiau yang sedap [pada tekak aku] tapi pada aku yang ni memang menepati tekak aku...rasa sekali terus cakap sedappp..kalau special ada telur mata sebijik, kalau yang biasa takde telur. udang pun besar dan banyak gak. sampai aku asik paw keau tiau asben aku ni je...haha sian dia makan sikit :):) nasib la dapat bini kuat makan ooiii...
nak order sepinggan lagi macam dah kenyang. kang membazir lak...jangan ikut amalan syaitooonnnn!!! haha

tempat ni pada aku memang recommended pada sesiapa yang nak try makan kat sini....
ni berdasarkan menu yang aku try la kan...menu lain aku tak tahu..
tapi 1st impression tu penting...kalau dah pertama kali kita rasa sedap, ini akan membuatkan kita akan rasa nak makan lagi di situ...

asben aku siap ajak makan sini lagi malam esoknya cuma aku yang taknak sebab nak try makan tempat lain la pulak kannnn....kata nak jalan-jalan cari makannn...kena la pelbagai betul tak???

staff di sini pun friendly...dari segi harga pun berpatutan...tak la mahal sangat. untuk menu kami:
- char keau tiau special - RM5.50
- spegati cabonara - RM10.00
- daging burger special - RM4.10
- air fresh oren - RM3.50
- air laici - RM3.50
- teh o suam - RM1.20

total semua: RM27.80


Restoren Haji Ramli (Pantai Cenang)
Hari kedua kan kami menginap di Pantai Cenang, malam tu kami try makan di Restoren Hj Ramli sebab asben aku malas nak kuarkan kereta nanti susah nak dapat parking katanya. Kalau dari Malibest resort tu tak jauh pun jalan kaki....ada la 5min je...
Ramai juga yang rekemen restoren ni di dalam blog dan ada juga beberapa bad review pasal restoren ni..tapi apa salahnya try kan...barulah tahu ok ke tak....

Masa ni memang kami tahap kebuluran....lapar gilerrr....
malas nak order seafood sebab nak cepat kan....so kami order masakan panas....
so review aku kali ni....confirm aku tak datang dah!!!!


aku order nasi goreng ayam....harga RM8.00...
ayam keras kejung tak tau la ayam bila tu.....takpun goreng lamaaaa sangat...
korang nengok gambar pun bole tau ayam ke kayu tu hahaha
nasi tawar takde rasa apa-apa...
walaupun masa ni memang lapar gilerrr....tapi aku jadi tak lalu nak makan weeeiiii...
lansung tak menyelerakan....
teh tarik yang aku order pun masa bagi kat aku dah hampir sejuk airnya....
aku tak kisah mahal sikit tapi biarlah sedap kannnn.....

asben aku order nasi goreng USA...harga RM15.00...
aku tak selera nak snap gambar....dah spoil mood....
rasa biasa-biasa jeee......

untuk anak-anak, aku order mee goreng....harga RM6.00
hhmm xtau la nak cakap macam mana.....kuatnya lada sulahhhh..
makan mee tu memang rasa lada sulah jeee...
anak aku tak nak makan walaupun pada mulanya diaorang nampak excited nak makan....
hhmmm membazir jeee...
aku nak abiskan pun takde selera dah....
sebelum balik bilik aku belikan roti je untuk anak2 alas perut...

 menu kami:
- nasi goreng USA - RM15.00
- nasi goreng ayam - RM8.00
- mee goreng - RM6.00
- air laici
- teh tarik
- nescafe ais

total:: RM36.20

ni masakan panas, kalau masakan seafood tu maybe sedap kot sebab ramai kata seafood di sini sedap dan hrga berpatutan.


Restoren Kelibang Seafood (Kuah)



malam ke ketiga (malam terakhir sebelum balik kl), aku cadang nak makan best sikit...
kami ke Kuah untuk makan dan lepas tu cadang nak ronda-ronda abiskan minyak kete yang banyak lagi tu....:)
restoren ni betul-betul di tepi jalan besar,
dulu pernah makan sini, so kali ni nak try makan lagi...
kali ni kami order siakap 3 rasa, sup ayam, kailan ikan masin, udang goreng tepung....dan nasi putih 4 pinggan..
pada aku sedap juga, tapi asben aku kata biasa je....
tapi abis juga aku tengok dia makan semua....hihi

total:: RM40++ (tak sampai RM50)
murah kannn....


Singgah Rasa D Sainaz (Kuah)
Kedai ni terletak berdekatan dengan Pasaraya Langkawi Saga (area kedai HIG yang lama)
Kami try makan sini sebelum bertolak ke airport....
masa ni main terjah jeee....takde dalam list pun....
tertarik sebab nampak signboard kedai tulis BAWAL GORENG PANAS...
set ni harganya RM10 termasuk air sirap...
ikan bawal tu akan digoreng masa kita order, bukan digoreng siap-siap yee...
perghhh sedapnyaa  bawal panas-panas....
kari dan kuah kicap tu pun memang sedap...
terbaik laaa...
total kami makan kat sini tak ingat lak....tapi memang murah laaa....

selain menu ni, ada beberapa set menu yang lain...
asben aku makan nasi campur...




adeya makan nasi+sup ayam+ikan goreng


Restoren Kak Yan Nasi Campur
Sebernarnya nak makan try makan dekat sini..
bila google nampak macam menarik je sebab sediakan nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk pauk....
Restoren ni terletak di Ulu Melaka, kami pakai waze je...alhamdulillah tak sesat...
Dah sampai pun, tengok-tengok tutup pulak....takde rezeki...
so korang jangan la pergi hari RABU yeee.....confirm TUTUP

satu lagi tempat makan tengahari di kuah juga tapi tak ingat nama kedai....so abaikan la yang tu.

ok la, ni je tempat makan yang sempat kami terjah....ada 2 hari waktu lunch tu kami skip sebab kenyang makan breakfeast...so tak banyak la tempat jalan-jalan cari makan yang kami terjah.
insha allah next time ada rezeki ke Langkawi lagi, boleh try kedai lain pula....
post aku ni tak berniat nak burukkan mana-mana restoren...
ini hanya sekadar REVIEW aku sahaja ikut pengalam aku.....lain tekak lain citarasa....
maybe pada aku tak sedap...pada korang sedap...dan sebaliknya...
seeloknya korang cuba dan rasa sendiri...tepuk dada tanya selera...

cuti-cuti Langkawi::kereta sewa murah di Langkawi



Dah sampai Langkawi, perkara pertama yang pikir mestilah nak kereta sewa kan. 
aku booked sebulan awal dekat Shamsibah (terkenal di kalangan blogger dan ramai yang rekemen). Ni kali kedua hani sewa kereta dengan dia. Bujet kereta pun bawah RM100 je. Aku booked kereta Nissan Almera dengan harga RM70 (24jam). . Untuk 4 hari 3 malam (72 jam), kadar yang dikenakan adalah RM210 tapi hani minta RM200. Senang nak kira kan :-). Masa ni bukan peak hour, kereta still boleh dapat harga yang murah dan masih bole nego. Masa aku booked, Shamsibah minta deposit sebanyak RM50 di bank in ke akaun company dia. Nanti masa ambil kereta kita diminta bayar hrga sewa yang telah dipersetujui dan deposit RM50 tu akan dipulangkan semasa kita kembalikan kereta tu nanti. (jika kereta dipulangkan dalam keadaan baik)

sewa kereta murah langkawi

2 hari sebelum bertolak, Shamsibah minta aku w/apps dia untuk confirmkan sekali lagi...
cuma silapnya sepatutnya sebelum aku naik flight, aku whatapps sekali lagi untuk ingatkan dia...
ni aku pun betul-betul terlupa, ye la sibuk melayakan anak-anak masa on the way ke klia kan sampai terlupa...

aku bujet bila dah sampai airport, kereta pun ada kan....
bila dah sampai, aku pun masih mencari-cari kot ada orang yang dah tunggu...tapi nan hadooo....
aku pun whatapps tapi takde reply...so aku terus call Shamsibah ni....
masa ni boleh lak dia cakap 'sewa malam ni ke?'
mybe ramai yang booked kereta dekat dia, sampai tak ingat la customer yang mana satu...
masa ni aku rasa nak marah pun ada, tapi takpe sabar je la...silap aku juga tadi kan!!!
dia minta aku tunggu dalam 20 min camtu nanti ada orang datang hantar kereta..
lama gak aku tunggu, masa ni anak aku dah meragam sampai dah guling-guling atas lantai kat airport tu mengamuk...
penat sangat dah kot...
masa ni aku pun rasa macam nak naik hangin gakkkk....dengan anak mengamuk, tunggu keta lagiiii...
patutnya aku smpai tu dah standby kete or paling tidak pun tunggu sekejap je...
ni lama oiii...
moral of the story...sebelum korang sampai Langkawi, sila inform owner kete sekali lagi...
so takde la kes menunggu lamaaaaa.............ggggrrrr

bila budak yang hantar kereta tu sampai, dia kata kereta Almera takde sebab ada problem...
so dia ganti dengan kereta Nissan SYLPHY dengan harga yang sama...
aku lagi suka kannn....kereta lagi besar..
condition kereta memang tip top...bersih, ekon ok..
kereta ni nampak macam kereta baru juga...
pasal minyak memang jimattttt.....aku isi RM50, konon senang malas nak berenti isi minyak,
sekali tak berjalan banyak mana sangat pun, separuh je pakai minyak....

masa nak pulangkan kereta di airport, aku contact budak yang hantar kereta tu awal 1 jam setengah dari waktu berlepas flight kami....
masa ni asben aku tertinggal beg berisi beg duit dan henpon dia..ishhh lalai betul termasuk la aku hihi...padahal aku dah check dan confirm cakap ngan budak tu dah takde barang tertinggal...

masa budak ni start enjin kereta, baru dia terperasan ada beg asben aku tu...
syukur, budak ni jujur....:-)

kalau ada yang nak sewa kereta yang murah dan memuaskan boleh la whatapps Shamsibah 012-4440109

tips:

1. cuba nego harga kereta...biasa kalau bukan peak season, harga boleh kurang lagi

2. check dulu kereta sebelum naik, if ada apa2 kerosakan macam kemek ke, takde la nanti korang dipersalahkan....masa aku sampai kan malam, so tak berapa nak nampak sangat la condition kereta (bahagian luar dan dalam) tapi tengok sekali imbas camtu ok jeee...

2. isi minyak sikit-sikit je dulu, kalau tak cukup boleh topup...bukan susah pun nak cari stesen minyak, berlambak kot...kang dah terisi lebeyyyy macam aku kira sedekah je kalau tak abis nanti hihi..

3. sekali lagi....jangan lupa contact owner 2 jam sebelum sampai Langkawi..

sewa kereta murah langkawi



sewa kereta murah langkawi
'bila mama nak beli kete besor camni'? ;):)

Wednesday, May 4, 2016

cuti-cuti langkawi:: penginapan


HOTEL BAHAGIA


credt pic: Agoda

Untuk malam pertama hari yang kami sampai, kami menginap di Hotel Bahagia.
Hotel ni bangunan lot kedai je...pilih hotel yang murah sebab sampai pun dah malam kan.
masa check in pun dah dekat pukul 9.30 malam..
Memang untuk tidur semalaman je.
aku booked bilik standard, harga bilik masa ni  RM90.07 (inc tax) bersekali breakfeast untuk 2 orang...booking melalui agoda..
kalau nak murah better booking dengan agoda sebab masa aku sampai sana aku tengok rate bilik kalau walk in dalam RM 90++ belum tambah tax lagi..
bilik standard ni agak kecil sedikit...
nak solat pun ada sikit je ruang...kalau badan jenis big size sikit kena la solat atas katil...
keadaan toilet bersih dan besar juga..
tekanan air pun kuat...anak2 aku suka mandi shower sebab best besar..
pada aku kalau nak menginap di sini bersama anak-anak, better ambil bilik besar sikit.
macam aku sebab menginap sekejap je, tu yang ambil bilik paling murah, tak kisah la sempit sikit kan sebab esoknya dah check out.

hotel bahagia langkawi
ruang lobi....di sini je ada Wifi...dalam bilik takde yeee...


hotel bahagia langkawi

dekat lobi ada akuarium besar....anak aku suka sangat melepak dekat sini sambil tengok ikan...
sampaikan dah check out dari sini pun dia still kata nak tido lagi kat hotel ada ikan tuuu....

dalam ni ada 2 katil single, so kitaorang camtunkan muat la tidur 4 orang.
macam anak aku jenis yang terlebey gula ni, dapat main melompat-lompat atas katil je la...
nak berlari dalam bilik memang tak dapat la kannn....berlaga-laga punggung dibuatnyaa...hihi
bilik ni takde peti ais dan almari ye..
just ada kettle, tuala, dan beberapa sachet minuman dan 2 botol air minuman dan penyangkut baju.
ni untuk bilik yang aku menginap, kalau bilik-bilik lain tu aku tak sure laaa...
ada juga hair dryer tapi rosak pulak huhu...







ada ruang sikit je....



takde almari...gantung baju/tuala di sini 


hair dryer rosak...



ruang tanda yang luas


tekanan air ok...anak2 suka sangat mandi shower ni



Pagi esoknya kami lepas bersiap terus turun breakfeast yang disediakan sekitar jam 7 pagi hingga 10.00 pagi..
Pilihan makanan ok la setanding dengan harga bilik kan...takde la mewah sangat tapi
banyak juga pilihan...berbaloi juga...
ada nasi lemak, nasi goreng, bubur, mushroom sup, bihun goreng, mee goreng, kari ayam, sosej, roti
ada 3 pilihan jus, kopi dan teh..
cuma buah-buahan ada 1 jenis je iaitu oren...kakak awliya makan banyak oren tu, manis kot, aku pun tak try.
Lepas kenyang, masuk bilik dan terus bersiap-siap untuk check out sekitar jam 10.30 pagi.
















happy face!

so far pada pandangan aku, hotel bahagia ni ok la....berpatutan dengan servis dan harga.
cuma satu je yang tak best, parking agak susah...kena park dekat depan hotel atau lot-lot kedai dan biasanya selalu penuhhhh sebab ramai orang makan dekat Restoren Wan Thai (sebelah hotel je).
bila dah malam sikit restoren dah tutup barulah ada parking.


MALIBEST RESORT
esoknya kami check in di Malibest Resort. Kami sampai dalam 2.30 petang, dan masa ni tengah ramai orang check in dekat kaunter. Aku diminta bayar baki penginapan untuk malam berikutnya dan deposit sebanyak RM100.
Ni pertama kali menginap di Malibest. Kalau korang plan nak menginap di Malibest ni,
better booked awal terutamanya yang teringin nak duduk tree house atau super deluxe chalet yang mengadap laut. Lupa pulakkk nak snap gambar daaa !!!
Aku booked super deluxe chalet ni pun 2 bulan awal, masa ni pun tree house dah fully booked dan super deluxe chalet tinggal 1 je lagi...huhu....rezeki aku dapat gak booked, direct melalui website Malibest.
Padahal time aku pergi ni bukan peak season pun....hari weekday pulak tu tapi still penuh gak...
Teringin gak nak dok tree house tu tapi lupakan lah niat kalau bawa anak-anak kecik....
iisshh gayat lak aku kalau bawa budak-anak naik atas...anak aku kan terlebey gula! haha

aku memang plan nak bilik yang mengadap laut....percutian kali ni nak santai-santai je...
nengok tu, buka langsir..nampak terus pantai...
dari segi harga...korang boleh check dekat SINI
chalet aku harga RM200 satu malam...
masa ni ada promotion diskaun 10% untuk tempahan tahun 2016, dapat la harga RM180/night.
dah 2 malam....bayar la RM360...
masa aku booked, dah kena bayar utk hari pertama...balance 1 hari lagi...aku bayar cash masa check in..
banyak je chalet yang harga murah dari tu....it's depend kat korang juga...
macam aku, sebab nak senang bawa budak2 main dekat pantai....pejam mata la dengan harga tu..
sekali sekala bawa anak jalan kann...
keadaan bilik bersih, besar juga.,
tapi hanya ada 1 katil saiz queen...utk aku 4 beranak memang tak muat la kan...heee
so aku dan anak-anak tido atas katil dan asben tido atas sofa..haha
tq en asben kerana utamakan keselesaan isteri dan anak2 dulu....muahhh ciked :-)
patutnya aku request bilik yang ada 2 katil single...leh camtukan jadi besar kan..


anak-anak kepenatan sudah...








malibest resort



malibest resort



nikmatnya dan tenangnya dapat duduk tepi pantai,
buka tingkap je nampak pantai....
sampai anak aku celik mata je nak pegi pantai, tak kira la panas ke masa tu..
kena la pujuk tunggu redup sikit baru pegi ye...
nanti mama sunburn *eh! tetiba...
malam-malam best lepak tepi pantai.....view cantik sebab kat tengah2 laut dipasangkan lampu warna hijau berderet-deret...

malibest resort

yang aku tak puas hati, dalam bilik ni tak disediakan penyapu..
dah tepi pantai kannn,,,,dah tentu la berpasir..rimas aku jalan atas lantai berpasir je...
sampai ke atas katil...ye la dah bebudak kan mana tau nak lap kaki naik atas katil tu...
kalau ada penyapu bole gak kita bersihkan sendiri..
aku tengok bilik yang lain ada pulak penyapu....
pastu paip air depan bilik ni tak boleh guna...tang bilik lain elok la pulakkk...
masuk la bilik dengan kaki berpasir kan...sebelum dapat basuh dalam bilik air...


malibest resort

waktu pagi ko bangun tido nampak view yang macam ni....hooohhhh nikmat ok!
rasa macam tak nak balik KL je...huhu
subhanaallah tenangnyaaaa.....
indahnya ciptaan Allah...


ok la, dah cite pasal penginapan...nanti share cite yang lelain k!

Monday, May 2, 2016

For Sale: Kids Sport Shoes - harga terlajak MURAH!!!

Assalammualaikum semua...
Ready stok kasut sport untuk anak-anak.
Harga terlajak murahhh tauuu....!!!
Bole buat jalan2, pergi sekolah, bersukan...nak buat kasut raya pun bole kan...

Harga : RM 25 sepasang.
Postage tambah RM6

Details size ada pada setiap gambar. 

Whatapps 018-3124415 untuk pertanyaan.













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...