Raya 2013

Assalammualaikum semua,

Baru berkesempatan nak hapdet blog.
Maklum la, masa raya mana nak sempat kan.

Rasanya masih belum terlambat hani nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ni - eh, ada ke?? harap-harap ada la kan.
Maaf zahir dan batin andai ada penulisan di blog ini yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Tema raya tahun ni kaler marron/hitam.
Baju si ayah dan si anak dara dah ready. 
Baju si mama pulak masih takde.
Malam rasa baru terhegeh-hegeh cari baju jubah kaler marron.

Nak pakai baju kurung dah tak muat kan....terpaksa la cari jubah.
Nasib baik jumpa juga dan harga pun murah.
Tak boleh beli mahal-mahal sebab lepas ni baju jubah ni tak boleh pakai dah, sebab beli
saiz besar..tunggu pregnant lagi baru boleh pakai ngeh..ngeh...



Keluarga kecil kami. Insha allah, tahun depan beraya berempat pula.
Susah betul nak suh pandang kamera anak dara ni.
Saje nak sabotaj gambar mama ngan ayah yang dah control cun tu tauuuu......




 hepi nyer dia nak g beraya yerrr.....

Raya tahun ni agak excited nak beraya...sebab awliya dah besar.
Maklum la, masa raya tahun lepas awliya masih dalam pantang lagi...tak tahu apa-apa lagi.
Raya kali ni dia dah besar sikit, dah boleh berjalan pun...

Tahun ni turn beraya ni Ipoh dulu sebab tahun lepas dah beraya ni kg asben kan.
Kena adil dan saksama...
So, raya ke-2..kami balik kg en asben pula di Jeli, Kelantan sampai la raya ke 4.
Kemudiaan balik semula ke Ipoh...sambung cuti sampai hari Khamis.
Hari Jumaat dah start keje [mood lemau gilerrr].



kiteww overdos makan rendang, lemang, kuih raya la.....



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN 

Ikhlas,
Zawawi, Hanizan & princess Awliya

Comments

  1. Kak Ani. Show off skek ur baby bump hehe. Asek sorok perut je. Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Min,

      mana ada cover..perut yg kecik, tu yg xnampak sgt ngeh2x

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Hani..maaf zahir dan batin sepanjang perkenalan kita..maybe byk salah dan silap..kosong-kosong ye..

    Dh lama nk pegi umah Hani sampai Awliya dah besar..dah tumbuh gigi dah nak dapat adik..akak tak sampai2 lagi..adusss..cam sibuk benor kan heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM: saya pun camtu juga..minta maaf jika ada salah dan silap selama perkenalan kita..syukur saya ada seorang kakak macam JM. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila2 wlpn dah jarang bjumpa dan travel sesama :-)

      In shaa allah nanti sy nak buat makan2 skit kat umah, nanti sy confirm semula..akak kena dtg tau..tentatif date 1/9 ni...

      Delete
    2. alahhh...kalau buat 1/9...akak tak boleh datang..ruginyerrr...masih di Australia...2/9 ada kt msia..akak cuti..tak pe..Hani proceed je..bila2 lah akak pegi :-)

      Delete
    3. ooo...ada kat Aussie lagi ekk...xper,rumah sy sentiasa terbuka utk akak...anytime nak dtg bgtau jer...raya kan sebulan..tak raya pun bole datang juga...

      Delete
    4. semoga akak selamat pergi dah pulang dari Aussie...enjoy urself. Teringat kenangan kita kali pertama menjejakkan kaki di aussie...rindu nak travel lagi, tapi apakan daya, komitmen pada keluarga kena diutamakan...

      Delete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu