Posts

Showing posts from January, 2013

Awliya dah mula DUDUK

Image
seawal usia 6 bulan, awliya dah mula bole duduk. tapi masih tidak stabil sepenuhnya.. serius kelakar tengok si kecil ini. bila bagi dia duduk, dia akan tahan badan dengan kedua-dua tangan dahulu, dan melepaskannya satu persatu. - gayat la tu Bila dua tangan dilepaskan, dia mula mengimbangkan badan. tergoyang-goyang sikit, macam nak menari pun ada hahaha..comel betul !!! Awliya memang over aktif... Merangkak pun belum lagi, tapi sekarang gile nak berjalan. Kalau pegi shopping mall, dia memang tak nak didukung. Saje beratkan badan dan tolak-tolak mamanya, sebab nak turun ke bawah. Terpaksa la mama dan ayah layankan juga, sanggup terbongkok-bongkok pegang, melayankan si awliya ni nak berjalan. Dah dapat berjalan sikit, ok la tu.... Kalau di rumah, kena tawaf 2-3 pusingan layankan dia berjalan. Tapi kalau lama-lama, lenguh ooo pinggang ni. Alahai la anak, semakin kamu membesar...semakin bijak. Tapi mama sangat seronok melihat kamu membesar. mu la-mula tahan badan dul

7 inch Tablet Case with keypad

Image
Tab casing with keyboard RM 50 [termasuk postage] COD : RM45 je Yang mana suka update blog, hantar email, update fb dan sebagainya senang kan ada keyboard ni, macam keyboard pc je. Menaip pun cepat dan pantas ^_^. Sebelum guna ni, u all kena beli converter untuk sambungkan dari tab ke casing ni. Bole beli di kedai-kedai aksesori pc. Murah je dalam RM10. Hani beli online RM16 termasuk postage. Converter ni u all bole gunakan juga utk connect ke mouse, pen drive dan card reader.                          zoom bagi lagi jelas Ni contoh hani punya. Hani guna Samsung Tab 7.7 inci. Kalau ada yang berminat, sila email hani ye. hanizamhuri@gmail.com

ASB Remaja

Image
Alhamdulillah, genap je awliya 6 bulan, mama dah buka lagi satu akaun simpanan untuk awliya....Buku ASB (Akaun Remaja) Maksimum simpanan dalam akaun ni adalah sehingga 50K. In sha allah, mama akan simpan sedikit demi sedikit untuk masa depan awliya nanti. Apabila baby telah mencapai umur 18 tahun, akaun remaja ini akan ditukar ke akaun dewasa secara automatik. Oleh itu, ibu bapa dah tak berhak ke atas simpanan tersebut. Bila dh ada anak ni, slalu pikir tentang ms depannya. Nmpknya mama kena kurangkan shopping hehe, dan lebihkan kpd simpanan. Jom menabung dari sekarang...........!!!!

SOLID FOOD:: Puri carrot

Image
Malam tadi dengan semangatnya mama sediakan 3 puri sekaligus. Puri carrot, bronkoli dan pear. Nak buat hari-hari memang la tak sempat, wanita bekerjaya la katakan...kerjaya la sangat huahua Basuh carrot. Sebelum tu, buang skit kulit yang belah luar tu. kemudian potong kecik-kecik, senang nak blender nanti   Rebus/kukus [seeloknya kukus sebab nutrien tak mudah hilang] Tapi hani malas nak keluarkan periuk kukus dalam kotak [hadiah kawen] ...so, rebus saje lorrr hehe Jangan rebus terlalu lama, agak-agak dah empuk...dah ok la tu Tapis dan blender. Air rebusan jangan dibuang semua, ambil sedikit untuk dimasukkan ke dalam blender. Nak guna air biasa pun bole, tapi air rebusan tadi lagi elok kan...dah berperisa carrot :-) Blender sehingga betul-betul hancur. Untuk blander hani gunakan baby bullet yg telah dibeli [ post ini ] Guna blender biasa pun boleh, tapi jgn la guna blender yg dah digunakan utk blender cili padi, bawang n sebagainya. Nanti saki

Awliya's first solid food

Image
Awliya baru je masuk 6++ bulan....excited mama nak sediakan makanan untuk awliya. Awliya dah menunjukkan ciri-ciri nak makan pada usia 4 bulan setengah. Masa ni awliya akan tengok je mama & ayah makan sambil membunyikan mulut seolah-seolah sedang menyunyah makanan. Si ayah pula cuba la pura-pura nak suapkan awliya, bukan main nganga luas lagi huhu...bila tak dapat, meleleh air liurnya. Kesian betul. Sabarlah wahai anak..... Masa pergi checkup awliya 5 bln, nurse ada beritahu dah bole bagi makan pada usia 5 bulan stgh, tapi kalau boleh tggu sehingga 6 bulan, seeloknya tunggu. Tapi mamanya yang pulak tak bole tunggu hehe. Seminggu sebelum masuk 6 bulan, mama dah try bagi nestum. Masa sediakan nestum ni pun, hani blender dulu nestum tu walaupun nestum tu dah halus. Kemudian buat cair je, dah macam susu je rupanya. Masa ni rasa macam risau la pulak nak bagi makan. Tapi awliya makan sesudu je, tak nak makan sebab mengantuk. Sebenarnya hani tak nak ajar baby makan instant food.

payung lace untuk dijual

Image
UPDATE: Sold out - 12/1/13 hani nak let go payung lace masih elok dan BELUM PERNAH DIGUNAKAN masih disimpan kemas dalam sarung sebab tak guna??? Dulu beli kononnya nak guna masa majlis bertandang Tapi masa tu hujan agak lebat Biasalah, kat kelantan klu hujung tahun kan time hujan... Jadi memang tak guna lansung payung tu... Mau pengantin basuh kuyup kalau guna kan hihihi Dari terbiar macam tu je, baik hani jual kan.. So B2B yang masih mencari payung lace ni utk pre wedding atau wedding... apa tunggu lagi !!!! korang boleh gunakan sbg prop utk outdoor photoshoot juga...comellll tau !!! Harga beli RM70/pcs so 2 payung - RM140 Hani nak let go RM100 (tidak termasuk postage) - [sayang sebenarnya nak jual] kalau dok area KL, PJ, Seri Kembangan...bole self pickup kat mana2 yang senang. kalau xde yang nak beli, hani ingat nak sewakan. RM40 utk 2 payung. Klu berminat, jangan segan silu email hani eh.. hanizamhuri@gmail.com tersimpan kemas dalam

hepi besday hubby

Image
05/01/2013 Selamat hari lahir buat suami tercinta. Semoga dipanjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang berpanjang dan diberikan kebahagiaan kepada kita sekeluarga. Mama & Awliya luv u so much. Tahun ni dapat buat suprise dekat en suami. Disebabakan en suami ku ini peminat setia pasukan bola Liverpool Tiiiingg !!! dapat idea nak tempah cupcake Liverpool Seperti biasa, cupcake ditempah dengan Speky Cookiez Sangat puas hati dengan hasilnya. Siap delivery  terus ke meja suami - [wlaupun tak jauh, tingkat bawah je pun hihi] Thanks ye Speky Cookiez, dapat merealisasikan idea i ni :-) p/s :: Liverpool -' You'll Never Walk Alone '         yes, bcoz mama n awliya always be with you ayah, forever n ever...in shaa allah         

Welcome 2013

Image
Korang sambut ke tahun baru? Kami sambut tahun baru...eh, tapi bukanlah sambut kat kawasan yang sesakkk dengan orang tu semata-mata nak tengok bunga api. Zaman tu dah lama berlalu. Zaman muda remaja hihi. Malam tahun baru kami sekeluarga makan bersama. Mak, abah dan adik beradik. Bukan senang dapat berkumpul kan...masing2 ada komitmen. Dan kebetulan hani balik ke Ipoh cuti tahun baru ni, kesempatan yang ada ni digunakan sepenuhnya bersama insan-insan tersayang. ala...awliya nak tgk bunga api la mama !!! Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang 2012. Yang pahit itu biarlah ianya tersimpan sebagai sejarah dan yang manis itu akan dikenang selamanya. Dan yang pastinya, perkara yang PALING MANIS sepanjang 2012 apabila dianugerahkan Awliya Nur Zara kepada kami. Syukur alhamdulillah. Anugerah dari Allah yang sangat berharga kepada kami. *Awliya Nur Zara*~ Kekasih, Cahaya, Puteri~ mama dan ayah Mama sayang kamu sehingga hujung nyawa Bercakap pasal