Tuesday, September 25, 2018

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu

kali ni hani nak share berkenaan penginapan di Kota Kinabalu pula..


Promenade Servis Apartment
bila sampai je dekak KK pukul 8.30 malam, kami terus ke Promenade Servis Apartment.
bilik ni hani booked dekat Agoda dengan harga RM132.96.
ini merupakan kali ke 2 aku menginap di sini..
dulu masa aku honeymoon lepas kawin aku menginap di sini juga tapi masa tu ambil bilik standard..
kali ni aku ambil bilik family..
memang sumbat je ramai-ramai dalam tu hihi...sebab memang sekejap je tido kan..
pagi esoknya dah nak gerak ke Kundasang, makanya buat apa la nak ambil bilik banyak2 kan...jimat ok :):)

bilik family ni ada 2 katil queen...hani just booked 1 bilik je dan sumbat semua 7 dewasa, 5 kanak2 dan 1 baby...hahaha padat tak???
sebab nak tido sekejap je, pagi esok dah bertolak ke kundasang.
buat apa nak membazir sampai ambil 2 bilik kan...
memang besar bilik ni....boleh je muat kami semua takde la crowded pun. 
bergelimpangan la tidur kat bawah dengan alaskan cadar hahaha...lelaki je yang pompuan tido atas katil.

pada aku berbaloi menginap di sini, bilik murah dan kemudahan macam mcd, speedmart, kedai makan...semua kat bawah je.



luas bilik ni...anak2 aku boleh la nak guling2 ke...nak berlari ke...


ni ha budak nak berlari2 tu.....hihi




Sesnsi Borneo Guest House @ Marina Court Condominium
ni penginapan lepas kami balik dari Kundasang..
kami menginap 2 malam di sini dengan harga RM504.00 booking melalui Agoda juga.
Selesa, bersih dan berpuas hati dengan keadaan apartment ni.
Fully furnish siap dengan segala kemudahan.
3 bilik dan 2 bilik air.
aircond di setiap bilik dan di ruang tamu.
kemudahan memasak lengkap siap ada disediakan penapis air cuckoo. 
satu floor dengan swimming pool (sebelah rumah je)
anak2 aku dok nampak pool asik kata nak mandi pool jeee....
owner ada bagi kemudahan 1 lot parking kereta.
lokasi pun strategik di tengah bandar..
di Marina Court Apartment ni banyak sebenarnya guesthouse..boleh je cari dalam agoda tu..
sebelum booked tu bolehlah baca review dulu...
aku pilih guesthouse ni sebab ramai yang bagi good feedback...
dan harga pun tak la mahal sangat kan....so aku pun decide dok sini...
lepas aku sendiri menginap di sini....yesss memang betul berpuas hati macam orang lain juga...
masa nak check out pun, just tinggalkan kunci atas meja...

Sensi Borneo Guest House 
Marina Court Resort Apartment
Jalan Tun Fuad Stephen
Central Business District
Kota Kinabalu

Ruang tamu...ada sofa bed



 Bilik tidur utama...katil saiz king



Bilik no 2 dan no 3 ada 2 katil single


ada cuckoo


dapur bersih dan luas...kemudahan semua ada macam periuk nasi, kettle, pinggan mangkuk, pinggan mangkuk, kuali


peti ais besar






ok itu je yang hani dapat share tempat penginapan di KK  trip aku kali ni...moga dapat juga dijadikan panduan untuk korang yang mencari penginapan di sana.



Thursday, August 30, 2018

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kundasang - Huonon Fridge Farmstay & Camping

sambungan trip ke Kundasang....berkurun nak abiskan...dah lama sangat dalam draf blog ni hihi...

=======================================================================
Malam pertama di Kundasang, aku memilih Huonon Fridge Farmstay & Camping.

masa tempat ni menjadi viral dekat fb...aku dah berangan kalau ada rezeki ke Kundasang, aku memang teringin nak menginap di sini. 
memang jatuh cinta dan terpesona dengan kecantikan tempat ni, masa tu baru tengok gambar je pun hehe..

jadi bila dah confirm trip ke Sabah ni, aku pun mula google tempat ni.

lokasinya di Kampung Bundu Tuhan, sebelum sampai Pekan Kundasang (boleh guna waze je).
masa aku google dan baca review....ada yang kata tempat ni jauh ke dalam, menyeramkan la, jalan teruk, tak sesuai orang yang bawa anak-anak kecil. 
hhmm masa tu berbelah bagi dan berfikir banyak kali juga untuk booked.

tapi aku fikir yang positif je. belum cuba belum tahu kan. 

aku memang tak nak stay dekat pekan kundasang. Tujuan datang sini pun sebab nak view yang canitk kan. Bila fikir balik redah je la. Belum pergi kita tak tahu kan. So terus tekadkan hati booked bilik. Nasib baik masih ada kekosongan lagi. Segala urusan melalui whatapps je. 

Lepas confirm terus buat 50% deposit. Aku booked Quad Room - 4person (RM250) dan bilik double room - 2 person (RM150)Ni harga untuk peak season (cuti sekolah). Kalau hari biasa boleh dapat lagi murah. Mudah berurusan dengan owner ni, respond cepat. Seminggu sebelum pergi owner hantar sekali lagi whatapps confirmation.



ni view masa kami sampai masa pukul 6.00 petang...hari dah hampir malam
subhanallah cantik sangat...dengan kabus yang hampir menutupi gunung kinabalu


Kami check in agak lewat sebab ke jalan-jalan ke Ranau dulu. Masa ni dah risau sebab dah hampir gelap dan berkabus. Tapi masih boleh nampak jalan lagi la. Masuk je jalan ke Kg. Bundu Tuhan, memang sunyi. Lalu lereng-lereng bukit. Kena hati-hati, lereng bukit takde penghadang. Agak bahaya kalau waktu gelap sebab kita tak biasa kan jalan tu). Turun bukit naik bukit, lalu perkampungan orang...mula-mula je jalan agak berbatu sikit, lepas tu baru jumpa jalan bertar. Memang jauh sikit ke dalam. Sampai adik-beradik yang lain tanya 'betul ke tempat kau booking ni'??? diaorang pun dah risau apsal tak sampai lagi ni haha...Nasib baik sempat sampai sebelum hari gelap. Bila dah sampai, masha allah cantikkkknyaaaa tempat ni......sumpah!!! cantik sangat. haaaa...baru korang tau tempat aku booking kompem tak mengecewakan korang. ceehhh hehehe

masa ni baru rasa berbaloiiiii melalui semua kesusahan ke sini (takla susah mana pun hehe). sebelum check in sempat posing dulu sebelum hari gelap (macam la tak boleh tunggu hari esok....)


hujung tu meja receptionist...
kalau nak tengok tv kat sini. dalam bilik takde tv


kemudahan iron di ruang lobi

ruang tamu di bahagian atas

ruang dapur dalam bilik family

1 katil queen, 2 katil single
tambah extra bed 1

bilik mengadap kinabalu


RUANG CAFE 
ada kemudahan memasak. semua peralatan cukup.
jangan ragu-ragu untuk gunakan peralatan di sini sebab ada signboard 'no pork alllowed' dan tukang masak dekat cafe ni juga orang islam.
cuma periuk nasi yang disediakan macam dah rosak...entah la. banyak kali mak aku try tapi tak boleh...
last sekali, mak aku masak je nasi atas dapur gas...nasib ada mak, kalau harap aku masak atas dapur gas ni mau hangit maklum la tak biasa kan ngeee....

kalau taknak masak, boleh juga order dekat tukang masak cafe ni.
harga tak tahu la mahal ke murah tapi aku rasa tak mahal sangat kot.
dalam pukul 10.00 malam camtu, cafe tu tutup...tapi ruang memasak tu kita still boleh gunakan tiada had masa...

dah kenyang...terus masuk bilik rehat.
adik dan asben aku ada la lepak-lepak luar....tak lama tu terus masuk dalam bilik.
sejuk sangat katanya bila tengah malam ni.


ruang untuk pelanggan memasak di sebelah kanan

ruang dapur untuk memasak





air panas amik dekat sini


Esoknya pukul 6 pagi aku dah bangun....
Masa ni gunung kinabalu jelas kelihatan dari bilik kami..
Subhanallah cantiknya view...
Tenang dan damai..ishh tak tergambar dengan kata-kata.
Masa tu aku rasa memang berbaloi pilih tempat penginapan di sini.
Aku dan adik terus turun bawah, nak posing sebelum gunung kinabalu ditutupi awan.
lama juga la berposing sampai la waktu nak check out.
naik atas mandi dan terus berkemas.


pukul 7.00 pagi...matahari dah mula terbit. masa ni memang cantik sangat nak bergambar



gunung kinabalu jelas kelihatan


"tinggi-tinggi si kinabalu, 
tinggi lagi sayangku padamu"


posing dengan baby ziqri je...si ayah dan kakak adeya tido tak bangun lagi...


memandangkan semalam dah sampai hampir gelap, pagi ni lepas je posing...terus jelajah kawasan keliling...dijaga dengan rapi. kemas dan bersih....memang nyaman je rasa.

macam dekat oversea je kan....







 tempat untuk BBQ














peta ke hounon


Whatapps: 013-850 6463


sedikit tips/panduan untuk dikongsi:

1. kalau nak menginap di sini, sila booking awal. saya booked 2 bulan sebelum bertolak sebab masa ni time cuti sekolah. Risau gak full. Bilik di sini terhad dan biasanya cepat penuh. Rasanya ada 7-8 bilik sahaja. Kalau nak bercamping pun boleh. Kawasan laman tu boleh pacak khemah. Ada bayaran yang dikenakan (refer dalam gambar terakhir)
2. sila sampai sini sebelum hari gelap. paling lewat pun pukul 5. Jalan menuju ke sini takde lampu. jalan pula bersimpang siur.
3. bawa bekalan makanan. kat sini boleh masak2, best lepak2 sambil makan. Kalau taknak masak, boleh order dekat cafe. Insha allah sini halal, tukang masak islam.
4. bangun awal pagi kalau nak dapat view yang cantik. masa ni gunung kinabalu menjelmakan diri. Silalah bergambar setiap sudut....sebab semua sudut rasa cantik....tenang dan nyaman. Barulah namanya bercuti kan....
5. suasana malam di sini sunyi. lantai di tingkat atas tu kayu. make sure anak2 tak buat bising kang mengganggu ketenteraman orang lain. anak2 aku asik kena marah je (aku la marah haha) sebab dok berlari, turun naik tangga..bergegar dengor tapak kaki korang tau...biasalah diaorang kan terlebey gula. mana boleh tengok rumah bertangga ni jakun la skit.
6. kat sini rasanya perkampungan islam, sebab boleh dengar dengan jelas laungan azan. ada surau berdekatan dengan kawasan ni.

selamat tinggal hounon.....ada rezeki boleh datang lagi sini. 
percayalah...korang pasti tak menyesallll.... 



Monday, April 23, 2018

Family trip ke Sabah 2018: Bertolak ke KK

trip aku dan family ke Sabah ni sebenarnya takde la rancang awal pun..
boleh dikatakan last minit juga la..
beli tiket flight hujung bulan jan....trip pulak masa cuti sekolah bulan 3..
jadi telan je la harga tix flight yang tak berapa murah sangat tu..
tambah lak masa time cuti sekolah kan..hadap la semua benda mahal...

kenapa pilih time cuti sekolah??
sebenarnya aku dah lama nak bawa mak, dia dah lama teringin nak ke Sabah..
ikutkan aku dah pernah sampai Sabah masa baru lepas kawin dulu...
memandangkan mak aku ni jaga anak abg aku yang dah sekolah darjah 1,
so terpaksa la nak jalan2 time cuti sekolah...takpelah demi mak yang tersayang.

masa aku beli tix flight ni dapat harga RM318 return untuk seorang..pejam mata je la bayor hihi..
total semua skali utk 3 dewasa, 2 kanak2 dan infant around RM1500++
kalau beli time promo boleh dapat harga bawa bawah RM200...
adik beradik yang lain pun join sekali....kecuali abah je tak ikut...

flight aku pukul 5.45 petang...manakala adik dan abg aku pula pula flight diaorang pukul 6.45 petang.
berlainan flight sebab diaorang beli tix lambat skit...flight yang sama aku naik tix dah harga mahal..
so terpaksa beli flight yang lewat skit...lewat 1 jam je dari flight aku...

untuk ke KLIA 2, aku park kereta dekat Terminal dan kemudian naik erl..
rezeki anak2, masa ni ERL buat tambang percuma sempena cuti sekolah untuk 2 hari sabtu dan ahad..
syaratnya kena bawa budak2 je....means kalau ko sorang2 je takde kanak2....so ko tak layak la dapat tambang percuma kiki....






mula-mula tu aku ingat hanya mak pak pada budak2 je yg dapat naik free...rupanya dengan mak dan adik aku naik free termasuk mak dan adik2 aku...
alhamdulillah jimat untuk tambang....:))



perjalanan ke Sabah alhamdulillah lancar semua...flight pun tak delay...
sampai airport sabah pukul 8.30 malam...
ikutkan adik aku dah booked van hiace dan pickup di airport...
tapi ada masalah sikit (nanti aku ceritakan detail bab kereta lak)
ada runner yang hantarkan kami ke tempat penginapan...
masuk bilik dan rehat2 dulu sementara tunggu abg dan adik aku sampai....

Family trip ke Sabah: Penginapan di Kota Kinabalu
Family trip ke Sabah: Penginapan di Kundasang - Huonon Fridge Farmstay & Camping
Trip ke Sabah: Tempat menarik di Kundasang
Trip ke Sabah: JJCM lokan bakar
Trip le Sabah: Itenary


Monday, April 2, 2018

Rizq Ziqri turns 1 year

30.03.2018

Muhammad Rizq Ziqri turns 1 year young

How time flies.

Budak kecik yang tak sabar nak keluar dari perut mama dulu...
2 minggu awal sebelum tarikh due.
Atas wheelchair on the way ke labour room dia nak says hai to mama..
Gigil kaki mama tahan sampai labour room tau...
Elok je sampai labour room dia nak terjun keluar...
Si ayah pun tak sempat nak sambut, tengah daftar dekat kaunter...haha..
Kenangan semuanya....

Kejap je masa berlalu...semuanya masih segar dalam ingatan..

Selamat hari lahir anak bujang mama
Mama doakan segala yang terbaik untukku
Moga dikau membesar menjadi anak soleh mama dan ayah..

Mama, ayah, kakak awliya dan kakak adeya sayang kamu dunia akhirat

alolo....macam dah besar sangat anak mama ni










we love u sayang

Friday, January 19, 2018

Kisah sekolah di tahun baru 2018

assalammualaikum semua...

dah tiga minggu masuk tahun 2018, ni baru nak buat entry...iisshh apsal la lemau rasanya...
banyak benda nak bercerita, tapi itulah takde idea nak menulis, tulis beberapa ayat..terus blur..
last-last tutup terus blog..haha
rasanya masih belum terlambat lagi untuk hani ucapkan HAPPY NEW YEAR 2018...
masha allah cepatnya masa berlalu...terlalu cepat

bermulanya tahun baru..maka bermulanya sesi persekolahan untuk anak-anak..
alhamdulillah semuanya dipermudahkan kali ni..
kakak awliya tahun ni tukar sekolah lagi...haha..
tiap-tiap tahun tukar sekolah, dari Little Caliph (4tahun) ..PASTI (5 tahun) dan tahun ni di PRA SEKOLAH (6 tahun) pula..
nasib baik dia ok je, pandai bawa diri...pandai cari kawan baru...
eksited lagi nak masuk sekolah baru...
katanya sekolah baru ni best sebab ada taman permainan haha sabor je laaa kakak ni...

untuk hari pertama, hani dan suami memang tak tunggu pun kakak awliya..
sama macam tahun sebelumnya...
masa pertama kali sekolah masa umur 4 tahun pun memang tak tunggu dia sebab tengok dia ok je...


     






kakak adra pula masuk 5 tahun...hhhmm risau juga kat dia..
dia masih di sekolah PASTI, cuma tahun ni dia ke sekolah tanpa kakak...
aiiishh risau juga mula-mula tu kalau dia tak nak ke sekolah..
banyak kali cakap, kakak sekolah baru...adik sekolah lama tauuu...
selama ni kakak jaga dia kat sekolah...macam mana nanti dia sorang2...pandai ke cari kawan nanti..??

PASTI mula sesi persekolahan pada hari kedua persekolahan...
bila hantar ke sekolah, tengok ok jeee....
takde dah drama macam tahun lepas....drama takmau masuk pagar sekolah sampai akhir tahun ok!!!
grrrr geram je rasa...
tapi ni macam ok pulak..mungkin eksited nak jmpa cikgu dan kawan-kawan..
kadang-kadang hani lupa kakak adeya semakin besar, dah pandai berdikari sendiri...
rasa dia macam kecik je lagi...ye la lama sangat manja dengan mama 4 tahun kan, baru dapat adik ziqri..
harap-harap kekal sampai hujung tahun hahaha
tak sempat snap gambar kakak awliya masa hari pertama masuk kelas...sorry sayang...

dah semakin besar anak-anak mama ni...
mama doakan kakak awliya dan kakak adeya diterangi hati dalam menuntut ilmu...amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...