Ujian HIV
Alhamdulillah, hari ni dah selesai satu lagi perkara.Lega. Hani dan my incik tunang dah buat ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Minta pelepasan dgn bos untuk keje half day hehe (tq en bos) Kami sampai dalam pukul 2.15 ptg. Meredah hujan lebat. Kepada b2b yang nak buat ujian HIV di Klinik Kesihatan Kelana Jaya, ada sedikit panduan untuk anda: 1. Pastikan buat appoinment terlebih dahulu. Call dulu di talian 03-78045001 2. Waktu ujian adalah setiap hari dari pukul 2-4 pm sahaja. 3. Ambil borang dan no giliran di kaunter 1 (kaunter pendaftaran). Lengkapkan borang dan hantar semula di kaunter yang sama 4. Tunggu no anda di panggil. No akan dipanggil di kaunter 2 @ 3. Bila dah panggil, buat bayaran pendaftaran sebanyak RM1. Kita dapat semula borang2 yang telah diisi tadi. (nasib baik masa ni tak ramai sangat org, mungkin sebab hujan lebat) 5. Hantar borang di kaunter 20 ni. Kaunter ni dekat je dgn kaunter pendaftaran tadi. 6. Tunggu sehingga nama anda dipan...