Posts

Showing posts with the label Bercuti::PD

ostrich farm, port dickson

Image
ehhh...berkurun bebeno nak abiskan entry yang basi... Day 2 sambungan entry yang lepas Lepas check out dari Primaland Port Dickson , on the way nak balik tu, kami singgah dulu di Ostrich Farm di kawasan Teluk Kemang. Bayaran masuk adalah sebanyak  RM13 untuk dewasa. Seronok juga masuk dalam ni....pertama kali tengok ostrich, kalau dalam bahasa melayu burung unta. Teruja anak-anak. Di sini kalau haiwan kecil-kecil tu macam ayam, burung dibiarkan berkeliaran je. Anak-anak happy je sambil kejar ayam. muka senyum padahal nervous kena patuk kang! ada juga arnab-arnab yang diletakkan dalam kandang tapi kita boleh masuk dalam kandang arnab tu dan boleh main dan bagi makan, jinak-jinak belake.  tapi arnab tu nampak si adeya lintang pukang arnab ni lari pasal asik kena dukung je dengan adeya. tengok la gaya adeya pegang arnab tu, senak arnab tu nak! mana la diaorang tu tak lari nampak kamu hihi.... si kakak pulak memang penakut, awal dah panj...

Rumah Terbalik Upside Down Art Gallery

Image
sebelum entry ni menjadi entry basi, baik cepat-cepat aku up...huhu dua minggu lepas aku ada bengkel di Hotel Corus Paradise , Port Dickson dari 13-15 Ogos. bawalah anak-anak sekali bersama en asben.... berbengkel sambil bercuti sekali... en asben kena la cuti sebab nak kena jadi mr mama heeee....jagakan anak-anak masa aku tengah berbengkel. habis bengkel pada hari Sabtu, so lepas tu ingat nak ke jalan sekitar PD. kesian pula dekat anak dan asben, terperap dalam bilik hotel, tak pun takat pegi swimming pool dan jalan tepi pantai je. memandangkan kami tak pernah sampai ke rumah terbalik ni, so kami plan ke sana. sebelum ni pernah dengar rumah terbalik di Kundasang je kan. lepas lunch di hotel, kami terus gerak ke sana. tak jauh sangat pun, ke arah Teluk Kemang je. bila dah sampai baru perasan dekat sangat dengan ostrich farm yang pernah kami sampai dulu. bayaran masuk: RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. kalau anak di bawah 90cm, masuk...

short vacation: Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre

Image
sambungan ENTRY yang lepas....... lepas melawat Zoo Melaka, kami terus ke PD untuk check in di  Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre  (dulu dikenali dengan nama Tiara Beach Resort). pilih hotel ni pun sebab ada waterpark , biasalah bila ada anak ni....pikir semua pasal anak sampaikan nak bercuti pun pikir tempat yang boleh menggembirakan diaorang walaupun diaorang tak kisah pun bawa mana...kecik lagi kan, tak pandai minta ke mana-mana..hikhik janji berjalan je, pastinya diaorang suka.. aku booked bilik dekat agoda, masa ni ada promotion... dapat harga RM144/night...dan campur tax bagai semua jumlahnya jadi  RM168 . bole la kan.... kami sampai di Primaland Resort pukul 6.00 petang. Terus ke kaunter untuk check in. Masa check in aku request nak bilik  pool view , nasib baik kebetulan memang diberi bilik tu. Masa ni bilik memang fully booked sebab ada family day sebuah agensi. So kalau nak menginap kat sini, better booked awa...