Posts

Showing posts with the label Anak::Kisah Awliya

kakak Awliya turns to 5 years

Image
6 Julai 2017 bersamaan genap kakak awliya 5 tahun... besar dah anak dara mama....semakin tinggi...tapi kuwusss je macam nama  ayah :):) mama tak sempat nak order kek comel-comel untuk kakak awliya.. nasib baik kakak awliya bukan jenis memilih... balik je dari keje, ambil diaorang dekat sekolah...terus bawa pergi kedai kek bakers cottage.. suruh dia pilih sendiri kek....nak kek oreo katanya... kali ni mama bagi peluang kakak sambut besday dia dekat sekolah... esoknya ada jamuan raya...bolelah potong kek sekali... adik adra pun sekolah yang sama... mama dan ayah tak pe je tak makan kek tu... janji kakak happy sambut dengan kawan-kawan... buat anak mama....[walaupun slalu jadi anak ayah huhu] selamat hari lahir sayang.... jadi anak solehah... jadi anak dan kakak yang bertanggungjawab... jaga adik-adik... dan....mama ayah sentiasa doakan yang terbaik buat kakak awliya... kami sayang awliya dunia akhirat... dah besar anak dara mama ni....

kisah sekolah::perkembangan 3 minggu persekolahan di Little Caliph

Minggu ni dah masuk minggu ke 3 persekolahan... so far perkembangan awliya agak memberansangkan... baru-baru ni aku dengar dia berzikir sambil menyanyi... kemudian masa nak makan dia boleh pulak baca Al-Fatihah dengan lancar.. lupa lak baca doa makan... sebelum ni lancar je baca doa makan yang aku dah ajar..... ooo dia dah hafal Al-Fatihah rupanya, mesti di sekolah hari-hari baca kan... sebelum ni aku pernah juga ajar Al-Fatihah tu, tapi tak mau lak dia ikut hihi... ada juga aku dengar dia nyanyi lagu-lagu berunsurkan islamik.."1 sayang Allah, 2 sayang Rasullullah, 3 sayang momy daddy"..hahaha camtu lah lebih kurang  alhamdulillah, nampak perkembangan yang positif bila masuk sekolah Little Caliph ni... cuma yang aku tak berapa puas ati dengan pengurusan budak-budak yang daycare  setakat 3 minggu ni....dah 2 pasang baju dan 2 helai tudung dan sehelai tuala awliya dah hilang.... tak dapat dikesan... hmmm kadang pelik gak kan... kalau cikgu dah tersi...

orientasi sekolah

Image
eh,..ingatkan sekolah rendah je ada orientasi, nak masuk sekolah 4 tahun pun ada gak ekkk last minit dapat SMS dari pihak sekolah... orientasi ni adalah untuk pelajar baru...3 hari tu....dari Isnin - Khamis tak lama pun....dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.. tujuannya nak sesuaikan murid baru dengan keadaan dalam kelas.. so nanti takde la pelajar baru ni terkejut kan masa hari pertama buka sekolah nanti.. masa hari pertama hantar, nampaknya ok je...happy. sampai je sekolah, teacher dah panggil nama awliya...teacher pun dah kenal dia.. sebelum ni dah pernah datang 2-3 kali kan...masa nak daftar. si adik pula nangis nak ikut kakak masuk kelas... alahaiii sian adik....sabar ye dik, next year adik pegi kelas sama2 dengan kakak ok! sekarang ni adik tak cukup umur lagi..hihi hari kedua dan ketiga pun macam tu juga.... gud girl kakak....nampaknya lepas ni mama tak perlu tunggu la masa 1st day buka sekolah nanti. mula-mula aku bercadang gak nak cuti..risau ju...

dah daftar sekolah awliya

Image
dilema mencari sekolah untuk awliya berakhir juga. tahun depan awliya dah 4 tahun, kejap je dah besar pun anak dara sorang ni.. alhamdulillah, semalam dah ke Little Caliph Sri Petaling untuk hantar borang pendaftaran si awliya. so confirm la next year awliya akan bersekolah di sini. aku tak banyak survey pun sekolah awliya ni, sebab dah aim nak hantar ke LC ni. untuk pendaftaran kena bayar sebanyak RM200 dahulu untuk booking kiranya bila dah bayar, so nama akan dilocked terus. risau kalau dah penuh, k selebihnya perlu dijelaskan sebelum 15 Nov 2015. menurut teacher di situ, selepas 15 Nov, fee baru pulak.. jumlah keseluruhan yang perlu dijelaskan dalam RM2100..sebab ambil fullday kan.. kalau ambil kelas separuh hari je, yurannya lebih murah. huhu....dah macam daftar nak masuk universiti pulak kannn... takpe lah nak, mama tetap akan tunaikan janji mama nak sekolah kan kakak tahun depan k! lepas ni kena la berjimat-cermat ye....tak boleh shopping sangat (ye ke???) heeee ...

dah mula survey tadika

Image
Tahun 2015 ni kakak awliya dah masuk umur 3 tahun. itu kalau ikut tahun, kalau ikut bulan belum lagi cecah umur 3 tahun. tahun depan dah masuk 4 tahun, aku cadang tahun depan nak hantar awliya masuk ke sekolah. macam awal sangat ke??? aku kesian dekat dia sebenarnya, asik terperap je kan kalau hantar ke rumah mak pengasuh dia. kalau pegi sekolah, sekurang-kurangnya ada benda yang dia belajar, jumpa kawan-kawan, banyak kali juga aku tanya dekat awliya 'kakak nak pergi school tak? Jumpa fren, jumpa teacher...boleh belajar ABC, belajar 123, belajar nyanyi, belajar baca doa...macam-macam lagi. Nak tak? 'Nak...nak..kakak nak jumpa teacher' Dia teringat masa dia pergi kelas trial playgroup [ LINK ] dulu, dia suka sangat teacher kat situ. seronok dengar dia nak ke school. sekarang ni kami hanya mengajar awliya di rumah je. dah kenal huruf pun...dan boleh sebut satu persatu kalau tunjuk huruf pada dia doa pun baru hafal 2 doa, doa makan dan doa tido. alhamdulillah. ...

trial playgroup class @ Excel Qhalif

Image
Sebelum ni saje mengoogle di internet mencari kelas untuk daftarkan awliya nanti. Dia dah 2 tahun 2 bulan, hani bercadang untuk hantar dia ke kelas tadika masa umur 4 tahun. Terlalu awal??? Itu lagi bagus, sebab kesian pada dia...terperap dalam rumah je kan. Hani nampak perkembangan awliya, dia suka buku, suka menulis [menconteng], suka nyanyi dan suka berkawan. [semua anak camtu kan] Masa tengah mengoogle, terjumpalah pasal kelas trial 'playgroup'. Masa tu just register je dan kena tunggu bila kelas playgroup dibuka semula. Lama dah. Terus lupa. 2 minggu lepas, dapat sms dari Excel Qhalif menyatakan kelas trial playgroup dibuka dan sesi yang dimaklumkan adalah pada 7/9/2014 pada pukul 2.00 petang. Terus buat bayaran sebanyak RM37 dan confirmkan dengan Excel Qhalif. Kita try dulu macam mana kelas ni. Masa tu dah terpikir,  macam mana penerimaan awliya nanti. Macam mana reaksi dia.... Mesti dia seronok dapat pegi kelas. Balik rumah terus cakap dengan awliya ...

awliya nur zara #2 tahun sudah

Image
6 julai 2014 bersamaan 8 ramadhan She turn 2 years old...syukur alhamdulillah Cepatnya anak mama membesar. Rasa macam baru je sambut hari lahir yang pertama hari tu. Dia membesar dengan sihat. Cuma sekarang dia tak nak makan sangat...sampai kena paksa baru lah buka mulut. Badan pun dah kurus kering hihi.. Tapi bukan main aktif sangat. Tak duduk diam. Kadang-kadang mama ni kena urut dada tahan sabar. Dah pandai membaca ABC sampai Z. Bukan setakat membaca, tapi dah kenal huruf.  Tunjuk la huruf apa pun, dia boleh sebut dengan tepat...gud girl kakak! Bercakap pun dah boleh sebut 2 suku kata dengan jelas...ada la sikit pelat2 tu..kadang2 cakap jerman pun ada juga sampai mama tak paham ye... Sejak dah cakap dengan jelas, mulut makin becok. Kadang-kadang mengarah je...sabor je la. Berbalik dengan cerita hari lahir Awliya, kali ni sambut sederhana jer seperti sebelum ni. Lagipun bulan puasa kan, bersederhana itu lebih baik hehe.  Next time kita ...

Bila anak jauh.....

Image
Dah seminggu awliya dihantar dekat kampung di Ipoh. Duduk ngan atuknya... Masa balik hari raya haji hari tu..terus tinggalkan dia kat sana. Sementara aku menunggu masa untuk bersalin Risau juga kalau bersalin malam-malam nanti Sape nak jaga awliya kan....klau waktu siang tu bole juga hantar ke rumah pengasuh, tapi kalau malam2...tak nak la mengganggu orang pulak kan. Jadi atas alasan tu la aku TERPAKSA hantar ke kampung. Sedih juga nak tinggalkan dia.. Hari-hari call mak tanyakan dia.. Kadang-kadang video call, nak tengok dia... Kadang-kadang abang dan adik post gambar kat fb Terubat sikit rindu... Mak kata awliya ok je, tak meragam sangat pun.. Lagipun awliya kat sana ada kawan sepupu dia tu... Mainan pun banyak kat sana, memang suka la dia kat kampung tu. Bila atoknya tanya mana mama dan ayah, siap geleng-gelengkan tangan... Maksudnya 'tak de'... Gud girl anak mama...dah besar, pandai berdikari bila jauh dengan mama ngan ayah yerrr.... Bila kat sini, mam...

Jalan2 kenal haiwan @ Zoo Negara

Image
Aktiviti hari sabtu minggu lepas. Dah lama nak bawa awliya jalan-jalan di Zoo Negara ni, tapi selalu tak berkesempatan. Setiap minggu bz je. Mana g kusus la, balik kampong la... So, minggu ni memang dah kosongkan jadual. Dah plan nak bawa awliya juga ke sana sebelum mama cuti bersalin nanti. Jalan jem sangat, ye la...klu hari sabtu time camni kat kl memang la jem kan... time orang balik keje [yg keje swasta] Sebelum tu, pegi ambil mak dan anak buah dulu di Subang sebab nak bawa diaorang sekali. dah siap2 nak g jenjalan Cadangnya nak pegi pagi, si ayah ngan awliya lambat sangat bangun. Pukul 12.30 baru keluar rumah. Kami sampai dah petang, dalam kul 3.30. Bayaran masuk RM30 untuk dewasa, RM6 kanak-kanak dan RM10 warga emas. Tapi jangan lupa tunjuk mykad tau...klu tak u all kena bayar lagi mahal dari harga tu. Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, free je. Gigih kami bawa 2 stroller, tapi takde nya 2 orang budak kecik ni nak duduk dalam stroller. Masing-masing sibuk n...

Bila masuk kedai buku

Image
Kali pertama bawa awliya masuk kedai buku... Sebelum ni bila belikan buku utk dia, tak pernah bawa pun.. Minggu lepas, amik awliya dari umah pengasuh, terus ke Aeon Taman Equine. Cadangnya nak g isi minyak kete je, last-last terus ajak asben g kedai buku popular sebab nak cari buku dan dvd untuk awliya. Awliya pun pakai baju tidur je..hahaha belasah je la. Dah lama tak belikan dia buku, sian asik baca buku yang sama je. Mula-mula singgah Daiso dulu, mama beli beberapa barang sikit. Kemudian baru ke Popular. Xcitednya budak kecik ni masuk kedai buku. Bila pergi kat part kanak-kanak, bukan main cepat je tangan dia amik buku. Lepas tu terus dok atas lantai kat tengah-tengah jalan... Nak oooiii..ingat ni rumah kita ke... Lepas satu -satu buku dia amik... Penat si ayah kemas balik...hihihihi Awliya memang suka sangat dengan buku esp buku yang ada gambar haiwan... Seronok tengok dia hepi.... Nak pupuk minat membaca pada budak-budak ni, kenalah dr kecik kan. Mama pun teru...

Awliya is 1 Years Old

Image
Agak terlambat untuk hapdet blog kali ni. Banyak perkara nak dikongsikan bersama.. - bujet macam ramai sgt la pembaca blog ni kihkih Bz memanjang bulan pose ni. Dan keadaan diri yang agak kepenatan sepanjang pose ni. Alhamdulillah, setakat ni masih mampu berpuasa penuh. Semoga sampai ke penghujung ramadhan. 6 Julai 2013 Alhamdulillah, Awliya dah genap 1 tahun. Happy besday my little princess Awliya Nur Zara. Semoga membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang solehah. Mama dan ayah sayang Awliya dunia dan akhirat. Mulanya mama plan nak buat majlis di rumah kami di Seri Kembangan. Tapi disebabkan sibuk, tak sempat nak prepare untuk majlis. Dan kebetulan, di kampung atok Awliya nak buat majlis tahlil arwah onyang. Dah alang-alang berkumpul saudara mara terdekat, terus plan nak buat majlis awliya. Memang persediaan last minit, ala kadar sahaja. Sekadar meraikan bersama keluarga dan saudara mara yang hadir. Alhamdulillah, tetap meriah. Walaupun Awliya dah 2 ha...