ATM Maybank di Ho Chi Minh
bulan Mei yang lepas aku ke ho chi minh lagi untuk kali ke 7.. kawan-kawan sampai dah kata aku ni macam balik kampung je asik berulang alik ke hcm ni hihi... cadangnya kali ni nak shopping raya.... beli tiket ni pun masa bulan Feb..masa tu AirAsia buat promotion dapatlah harga tiket RM140 return tidak termasuk lugage. ok kali ni taknak cerita pasal shopping tapi nak share pengalaman kali pertama aku keluarkan duit di mesin ATM. dah banyak kali aku ke Ho Chi Minh, inilah pertama kali ke Maybank. Sebelum tu aku telah aktifkan kad ATM di mesin atm di malaysia lagi walaupaun takde duit dalam akaun haha....aktifkan je dulu kan, mana tau akan berguna juga nanti. macam mana cara nak aktifkan kad atm??? meh sini aku share: korang boleh aktifkan kad atm dengan dua cara iaitu: 1. aktifkan di mesin atm atau 2. aktifkan melalui maybank2u: - login ke mayban2u - pilih bahagian ATM/Debit Card Management - pilih bahagian Ove...