Posts

Baju bertandang

Image
    hai...hari ni baru ada mood nak tunjuk baju bertandang...dah sebulan ambil baju ni. sebelum ni, hani ada post pasal design baju di post sini . ala, baju biasa jer...bukan grand pun.. majlis sebelah lelaki nanti takde bersanding. Sekadar majlis kesyukuran jer...so,baju pun tak bole la buat grand sangat kan...kang orang kampung pelik pulak hehehe. hani dan en tunang pilih warna maroon+putih. Jenis chiffon beaded+satin. Buat baju kurung moden. Hani tempah di Wedding Galore dengan harga RM300. Malam tadi jahit pearl kat leher tu, kalau tak kosong je lak rasanya. Nak cari idea lagi apa yang boleh ditambah dekat baju @ kain hehe.    (terkial-kial lak jahit rasanya....maklum la dah lama tak pegang jarum )                                            Gambar penuh baju..... kain pula, hani buat tingkat2 dan kembang sikit...bentuk A Snap gambo sendiri kat c...

Gambar canvas

Image
Ahad yang lepas, hani dan en tunang pergi ambil gambar canvas yang ditempah dengan Perfect Canvas (PC). Tempah sebelum raya, tapi tak ambil2 pun. Pengalaman deal dgn perfect canvas ni, kita yang kena tanya sama ada gambar dah siap ke belum. Bulan lepas nak ambil tapi terpaksa tangguh sebab kereta eksiden. Plan nak ambil hari sabtu, then hari jumaat tu dah sms pada PC. Janji ambil malam sebab waktu siang PC nak pergi kenduri. Dalam pukul 8, hani sms tanya nak ambil di mana....PC reply kata kenduri tu di Melaka, so diaorg tak balik KL mlm tu....adehhh, nasib baik tak keluar rumah lagi. Kenapalah tak bagitau awal2 kan. So, hari ahad hani sms lagi nak ambil. PC suruh ambil di rumahnya sebab keretanya rosak. Kami pun pergilah mencari rumahnya di Cheras Hartamas. Dah dapat pun gambar canvas. Hani tempah sekali dengan easel (RM50). Tapi agak mengecewakan juga, sebab gambar hani tu memang bentuk landscape, sepatutnya easel tu kena adjust skit bagi tinggi tempat letak tu. Easel tu sesuai un...

Mug chumel di kedai RM2

Image
Hari sabtu lepas, hani ke pantai dalam. En tunang nak jumpa kawan dia. Lepas tu, pergi ke kedai 2 Mart atau dikenali dengan kedai RM2, tak tau nak beli apa sebenarnya, saje nak tengok apa2 yang murah. Hani tertarik dengan mug dalam kedai ni. Semuanya RM2. Murah dan cantik mug seramik ni. Besar mug ni macam mug yang biasa kita buat minum tu. Ada yang kosong dan bercorak. Nak buat VIP doorgift pun boleh kan...                                                                     cawan kaca pun ada jugak...harga pun RM2                                   Hani beli bekas kaca comel ni...harga RM2 untuk 6 pcs. Dalam tu nak letak coklat. Pastu nak bungkus dengan kain net. Letak riben. Gift ni nak bagi kepada sesiapa yang menu...

11.11.11 yang terpaksa dilepaskan

Image
Assalammualaikum dan selamat petang semua Lamanya tak update blog ni...hurrrmmm tah la, macam xde mood lak...tak tau nak story apa walaupun banyak benda nak dikongsikan. Wedding preparation macam terbengkalai jer....hahaha No progress. Review pasal baju nikah dan bertandang ni next time la hani cerita k... Perasan tak tarikh hari ni? cantik kan....walaupun ianya tak de apa2 makna pun disebalik nombor tu. Sebenarnya tarikh ni adalah tarikh nikah pilihan hani dan en tunang. Lepas majlis bertunang, terus pilih tarikh dan terus inform pada OP untuk booked tarikh cantekss ni... OP pun dah setuju, sebab tak de orang booked lagi. Maklum la, masa tu lambat lagi kan.. Tapi bila kitaorang nyatakan hasrat untuk pilih tarikh tu, family en tunang tak setuju sebab masa tu bukan cuti sekolah. Kakak dan abang ipar en tunang bekerja sebagai guru. Mereka tu boleh dikatakan orang kuat family la. Memang susah la nak cuti kan. Kesimpulannya.....melepas la tarikh 11.11.11....hukhukh...

Jemputan Majlis Penyatuan Dua Hati

Image
Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, saya dan keluarga ingin menjemput semua saudara mara, rakan blogger, kenalan sekolah, rakan sekerja (MQA) dan semua yang mengenali saya untuk menghadiri majlis penyatuan dua hati antara NORHANIZAN BINTI ZAMHURI & MOHD ZAWAWI BIN MAT NOR Pada: 03 Disember 2011 (Sabtu) / 8 Muharram 1433 H Tempat: No 461, RPT Batu 10, Jalan Jelapang, Ulu Chepor, 31200 Chemor Perak. Jamuan makan: 11.00 pagi - 4.00 petang  Ketibaan pengantin: 1.30 petang Turut Mengundang: Seisi Keluarga Semoga kehadiran tuan/puan menyerikan majlis perkahwinan kami dan diberkati oleh Allah s.w.t hendaknya. Amin. Kepada yang memerlukan kad jemputan, sila email hanizamhuri@gmail.com bagi tujuan penghantaran kad jemputan. Insyaallah, kad akan sampai tak lama lagi ^_^ Wassalam.

GA from nazaisma dah sampai !!!

Image
Tadi parcel dah sampai. Dah tau dari sape...hehehe Ingat tak contest hari tu? Terus je buka, dan apa lagi....terus makan !!!!! Dan rasanya memang sedapppp....fresh home made lagi tu... Kebetulan nak dekat raya haji, boleh juga jamu pada tetamu nanti kan... (rasanya tak sempat jamu kot...sbb tuannya dah abiskan ^_^) close up skit....nyummsss....Biskut Strawberry Trakinas TQ Nazaisma kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang. Bertuah lak rasa. Selalu masuk apa2 contest, mesti tak menang pun...hahaha Rezeki lak kali ni. Dengar-dengar beliau akan buat GA lagi nanti, apa lagi...rajin2 la jenguk blog beliau di sini . *okeh...nak sambung makan lagi ni......hehehehe*

Kad kahwin akan dipos mggu ini.....

Image
Assalammualaikum semua, Monday blues hari ni. Tak sihat sikit selepas balik dari kursus team building di Felda Residence Tekam, Jerantut. Batuk dan badan dah rasa panas. Tapi gagahkan juga ke ofis, kadang-kadang sakit ni tak boleh dimanjakan sangat kan. Risau makin teruk je nanti. majlis semakin dekat. Ya Allah, berikan lah aku kesihatan yang baik. Minggu ni dah kena pos kan kad jemputan pada rakan-rakan yang jauh dan dekat. Yang dekat tu sebab tak berkesempatan untuk berjumpa. Setiap minggu bz sangat. Setem pun dah beli. Minta tolong pada rakan hani, Cik Ani. Tq ye tolong belikan. Tak sempat nak ke pejabat pos. Kebetulan husband Cik Ani ni keje di pej pos, so minta tolong husband dia belikan. Hani beli 100 keping setem berharga 60 sen. Pernah baca di blog rakan-rakan, menyatakan setem untuk kad kahwin adalah 80 sen. Confius gak. Cik Ani tanya pada husband dia, diaorg cakap 60 sen je. Confirm terus beli. Ikut cakap org yang keje pejabat pos, lebih dipercayai kan....hehehe Tungg...