Posts

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu

Image
kali ni hani nak share berkenaan penginapan di Kota Kinabalu pula.. Promenade Servis Apartment bila sampai je dekak KK pukul 8.30 malam, kami terus ke Promenade Servis Apartment. bilik ni hani booked dekat Agoda dengan harga RM132.96. ini merupakan kali ke 2 aku menginap di sini.. dulu masa aku honeymoon lepas kawin aku menginap di sini juga tapi masa tu ambil bilik standard.. kali ni aku ambil bilik family.. memang sumbat je ramai-ramai dalam tu hihi...sebab memang sekejap je tido kan.. pagi esoknya dah nak gerak ke Kundasang, makanya buat apa la nak ambil bilik banyak2 kan...jimat ok :):) bilik family ni ada 2 katil queen...hani just booked 1 bilik je dan sumbat semua 7 dewasa, 5 kanak2 dan 1 baby...hahaha padat tak??? sebab nak tido sekejap je, pagi esok dah bertolak ke kundasang. buat apa nak membazir sampai ambil 2 bilik kan... memang besar bilik ni....boleh je muat kami semua takde la crowded pun.  bergelimpangan la tidur kat bawah dengan alaskan cad

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kundasang - Huonon Fridge Farmstay & Camping

Image
sambungan trip ke Kundasang....berkurun nak abiskan...dah lama sangat dalam draf blog ni hihi... ======================================================================= Malam pertama di Kundasang, aku memilih Huonon Fridge Farmstay & Camping. masa tempat ni menjadi viral dekat fb...aku dah berangan kalau ada rezeki ke Kundasang, aku memang teringin nak menginap di sini.  memang jatuh cinta dan terpesona dengan kecantikan tempat ni, masa tu baru tengok gambar je pun hehe.. jadi bila dah confirm trip ke Sabah ni, aku pun mula google tempat ni. lokasinya di Kampung Bundu Tuhan, sebelum sampai Pekan Kundasang (boleh guna waze je). masa aku google dan baca review....ada yang kata tempat ni jauh ke dalam, menyeramkan la, jalan teruk, tak sesuai orang yang bawa anak-anak kecil.  hhmm masa tu berbelah bagi dan berfikir banyak kali juga untuk booked. tapi aku fikir yang positif je. belum cuba belum tahu kan.  aku memang tak nak stay dekat pekan kundasang. Tu

Family trip ke Sabah 2018: Bertolak ke KK

Image
trip aku dan family ke Sabah ni sebenarnya takde la rancang awal pun.. boleh dikatakan last minit juga la.. beli tiket flight hujung bulan jan....trip pulak masa cuti sekolah bulan 3.. jadi telan je la harga tix flight yang tak berapa murah sangat tu.. tambah lak masa time cuti sekolah kan..hadap la semua benda mahal... kenapa pilih time cuti sekolah?? sebenarnya aku dah lama nak bawa mak, dia dah lama teringin nak ke Sabah.. ikutkan aku dah pernah sampai Sabah masa baru lepas kawin dulu... memandangkan mak aku ni jaga anak abg aku yang dah sekolah darjah 1, so terpaksa la nak jalan2 time cuti sekolah...takpelah demi mak yang tersayang. masa aku beli tix flight ni dapat harga RM318 return untuk seorang..pejam mata je la bayor hihi.. total semua skali utk 3 dewasa, 2 kanak2 dan infant around RM1500++ kalau beli time promo boleh dapat harga bawa bawah RM200... adik beradik yang lain pun join sekali....kecuali abah je tak ikut... flight aku pukul 5.45 peta

Rizq Ziqri turns 1 year

Image
30.03.2018 Muhammad Rizq Ziqri turns 1 year young How time flies. Budak kecik yang tak sabar nak keluar dari perut mama dulu... 2 minggu awal sebelum tarikh due. Atas wheelchair on the way ke labour room dia nak says hai to mama.. Gigil kaki mama tahan sampai labour room tau... Elok je sampai labour room dia nak terjun keluar... Si ayah pun tak sempat nak sambut, tengah daftar dekat kaunter...haha.. Kenangan semuanya.... Kejap je masa berlalu...semuanya masih segar dalam ingatan.. Selamat hari lahir anak bujang mama Mama doakan segala yang terbaik untukku Moga dikau membesar menjadi anak soleh mama dan ayah.. Mama, ayah, kakak awliya dan kakak adeya sayang kamu dunia akhirat alolo....macam dah besar sangat anak mama ni we love u sayang

Kisah sekolah di tahun baru 2018

Image
assalammualaikum semua... dah tiga minggu masuk tahun 2018, ni baru nak buat entry...iisshh apsal la lemau rasanya... banyak benda nak bercerita, tapi itulah takde idea nak menulis, tulis beberapa ayat..terus blur.. last-last tutup terus blog..haha rasanya masih belum terlambat lagi untuk hani ucapkan HAPPY NEW YEAR 2018... masha allah cepatnya masa berlalu...terlalu cepat bermulanya tahun baru..maka bermulanya sesi persekolahan untuk anak-anak.. alhamdulillah semuanya dipermudahkan kali ni.. kakak awliya tahun ni tukar sekolah lagi...haha.. tiap-tiap tahun tukar sekolah, dari Little Caliph (4tahun) ..PASTI (5 tahun) dan tahun ni di PRA SEKOLAH (6 tahun) pula.. nasib baik dia ok je, pandai bawa diri...pandai cari kawan baru... eksited lagi nak masuk sekolah baru... katanya sekolah baru ni best sebab ada taman permainan haha sabor je laaa kakak ni... untuk hari pertama, hani dan suami memang tak tunggu pun kakak awliya.. sama macam tahun sebelumnya... ma

SUSU ETSUMELL yang sedap dan berkhasiat

Image
Assalammualaikum semua... hari ni hani nak kongsikan satu produk susu yang hani rasa sangat best.. sebab apa hani cakap best? sebab susu ini bukan sahaja sedap tapi terdapat pelbagai khasiat di dalamnya kerana ada campuran makanan sunnah seperti kurma, kismis, delima, madu dan habatussauda. akhirnya, hani jumpa susu kambing ETSUMELL yang benar-benar memenuhi citarasa tekak hani.. macam hani ni jenis tak makan daging kambing, so agak alergik dengan bau kambing hehe.. susu kambing pun minum masa pregnant sahaja, kena paksa rela gitew... serius, susu ni lansung tiada bau hamis, rasa macam minum susu coklat je. untuk ibu yang masih menyusukan anak macam hani ni (masih ekslusif bf baby ziqri yang berumur 6 bulan) perlulah minum susu juga supaya dapat memberi tenaga tambahan kepada badan. Maklum la, menyusukan anak ni kan cepat lapar dan letih. bila minum susu ni, hani rasa cepat rasa kenyang dan badan rasa bertenaga sebab terdapat kandungan oat di dalamnya. Alhamdu