Posts

Showing posts from 2014

sale/ekspo/karnival sepanjang Nov dan Dis 2014

Image
bab sales ni memang aku alert sangattttt tauuu hujung tahun ni macam-macam sales kan.... YES la katakan. tahan napsu je ni, kalau pergi semua mau rabak poket weiii. ni beberapa je aku senaraikan, yang biasa aku pegi la. yang lelain tu korang google la sendiri...berlambakkkk lagi ekspo, warehouse, promotin la dan seangkatan dengannya. tapi kali ni aku azam taknak membazir sangat. betulllll....tak tipu ni.. ni azam hujung tahun aku....~ngeee 8th Maternity & Children Expo Tarikh: 21-23 Nov 2014 Tempat: Mid Valley yang ni aku share je, takde niat nak pegi. lagipun time tak kena, belum gaji tu.... nak shopping tingkap pun takde mood kalau takde duit lebih2 ni. kali ni tak dapat pergi sebab takde rasa nak beli apa-apa pun.. kang kalau aku pergi....mesti terus ada beli apa-apa...hewhew dah nama pompuan kan...cenggitu la !! Tarikh:  29-30 Nov 2014 Tempat: Summit Company Glenmarie pureen warehouse sale ni memang rasanya setiap tahun aku pegi... last yea

flashback #pengalaman bersalin anak kedua

Image
Sempena #Adra mencecah umur setahun ni...aku nak flashback semula saat aku melahirkan dia...sorry la uolss kalau bosan dengan post yang berkurunnn sangatttt ni...ngeh ngeh! ampun....!!! Sebenarnya dah lama post ni dalam draf....lama...lama sangattttt... cuma aku masih belum sempat publish.. Tak pe lah, aku tetap nak post jugak entry ni. Kenangan weiii untuk aku baca 1 hari nanti. Walaupun tak akan terpadam dalam memori aku, aku tetap nak catitkan dalam blog ini. Mana tau, nanti dah besar Adra boleh baca semuanya kan.... Meh kita flash back balik kisah setahun yang lepas. 30/10/2013 Hari ni aku emergency leave sebab rasa pening kepala malamnya tak boleh tidur. Asben pun terpaksa ambil MC (cuti rehat dah tak de) sebab risaukan aku kalau tinggal sorang-sorang kat rumah. Buatnya nak terberanak, kelam kabut kang dia kena balik dari opis. Sebab aku tengah menunggu hari je ni. Kalau mengikut pengiraan due date aku pada 4/11/2013. Tapi mana la tahu kan, tu pengiraan manusia, pengiraa

Adra turn to 1 #candybuffet tema frozen

Image
#diy canday buffet macam biasa, setiap kali ada majlis makan-makan ni mesti nak buat candybuffet kan. kali ni kali ketiga kami buat, so ada improvement sikit hehe. Dulu buat masa aqiqah kakak awliya dan adik adeya. meja candybuffet ni idea hani dan adik. nasib adik banyak bantu, sebab aku banyak terbaring je hahaha...sebab kena food poisioning. 2x muntah, sakit perut menyucuk. tapi gagahkan diri juga pergi beli barang dan siapkan semua ni. oohhh demi anak la katakan...apa pun mama sanggup lakukkan. walaupun anak sebenarnya tak tau pun dan tak heran pun ada ke takde ke candybuffet ni hahaha. mak yang over tauuu...!!! nak juga buat tema yang glamer sekarang ni kan...tema FROZEN. tapi kakak awliya tak tau frozen tu apa, dia kata frozen tu 'pwincess' bila nampak 'elsa & anna' tu. apa-apa je la kakak.... pwincess pun pwincess laaa.....!!! gambar frozen tu semua cari dalam internet je.... takde edit pong. print dan tampal....senang keje.

Adra turn to 1 #besday party

Image
besday party la sangatttt...hehe sebenarnya majlis makan kecil-kecilan je, hanya keluarga yang terdekat je dijemput. besday adeya pada 31.10.2014, jatuh pada hari jumaat. jadi kami balik ipoh untuk sambut pada hari  ahad 2.11.2014 Menu hari tu pun tak banyak sangat, ala kadar. Laksa, bihun goreng singapore, bubur kacang dan roti jala kari ayam. Pencuci mulut pula ada agar-agar, kuih koci dan tembikai susu, tembikai merah dan air jagung madu. Mula-mula ingat nak sewa meja dan kerusi, tapi memandangkan jemputan tak ramai, kita bentang tikar je kat kawasan laman. Lebih santai gitewww....macam berkelah pula kekdahnya. menu of the day sebelum majlis, hani bagi adeya tidur dahulu untuk pastikan dia tak mengamuk hihi. kadang-kadang mood dia tak boleh nak duga juga kan. kalau tiba time mengantuk tu, mula la meragam. bila dah bangun tido, mandikan dan pakaikan baju....mood pun baik je. takde la nak berkepit je dengan mama. buat hal sendiri...main sendiri. orang lain

adra turn to 1 #throw back 0-12 month

Image
hari ni genap adra 1 tahun 1 minggu.. minggu lepas baru je sambut besday. cepat masa berlalu.... cepat betul adeya membesar... rindu....rindu sangat ketika dia masih baby... tak pernah terpadam segala perkembangan dia... dari meniarap, menyusur, merangkak, berdiri dan kini berjalan.... sekarang dah ada 4 batang gigi, 2 atas dan 2 bawah. 10 bulan dah mula berjalan lepas tangan. 11 bulan dah jalan dengan stabil. sekarang ni dah eksen kalau jalan tak nak pegang tangan dia, nak jalan sendiri kononnya.... meh nak flash back balik adeya dari kecik sampai sekarang... new born  1 bulan 2 bulan 3 bulan 4 bulan   5 bulan 6 bulan 7 bulan  8 bulan 9 bulan 10 bulan 11 bulan 12 bulan

31.10.2014:: setahun sudah

Image
31.10.2014 Hari ini genap #Adra Nur Zafirah setahun. Pantasnya masa berlalu. Sedar tak sedar, budak comel ni semakin membesar. Rasa macam baru je lahirkan adeya. Eh!entry bersalinkan adeya pun belum post lagi, masih dalam draf..haha Ok! Kena post juga untuk jadikan kenangan kan. Rasa tak puas nak cium bau adeya masa masih baby lagi...walaupun sekarang ni masih bole cium bau baby tapi ada tambahan masam peluh sebab tak duduk diam kang...hihi Tapi mama tetapppp suka cium juga walaupn macem....cium sampai rasa nak geget-geget tauu... Alhamdulillah, semakin sihat lepas keluar dari hospital 3 minggu yang lepas. Nanti cerita dalam entry lain. Semakin lasak, kuat makan, kuat mengamuk, kuat membuli kakak #awliya hahaha....suka sepahkan umah, suka menjerit (jerit suka-suka macam menyanyi kekdahnyaaa). Boleh bergegar satu umah dengar suara dia :-) Paling manjaaaa sangattt tauu.... Nak berkepit je dengan mama. Tapi bila mood ok, cukup tido dan makan...adeya lebih berdikari, boleh