Adra turn to 1 #besday party

besday party la sangatttt...hehe
sebenarnya majlis makan kecil-kecilan je, hanya keluarga yang terdekat je dijemput.
besday adeya pada 31.10.2014, jatuh pada hari jumaat.
jadi kami balik ipoh untuk sambut pada hari  ahad 2.11.2014

Menu hari tu pun tak banyak sangat, ala kadar.
Laksa, bihun goreng singapore, bubur kacang dan roti jala kari ayam.
Pencuci mulut pula ada agar-agar, kuih koci dan tembikai susu, tembikai merah
dan air jagung madu.

Mula-mula ingat nak sewa meja dan kerusi, tapi memandangkan jemputan tak ramai, kita bentang tikar je kat kawasan laman. Lebih santai gitewww....macam berkelah pula kekdahnya.



menu of the day

sebelum majlis, hani bagi adeya tidur dahulu untuk pastikan dia tak mengamuk hihi.
kadang-kadang mood dia tak boleh nak duga juga kan. kalau tiba time mengantuk tu, mula la meragam.
bila dah bangun tido, mandikan dan pakaikan baju....mood pun baik je.
takde la nak berkepit je dengan mama.
buat hal sendiri...main sendiri.
orang lain ambil pun ok je....kalau tak, orang tak kenal, agak lambat juga nak mesraaaa....

princess adeya..
tema besday kali ni adalah FROZEN.
gigih la mama pergi cari juga baju frozen.
baju frozen adeya tu beli dekat GM Klang. Harga pun murah je RM22 hehe.
malas nak beli baju kembang-kembang, nanti pakai sekali je kan.
baik beli yang biasa je, sekurang-kurangnya lepas majlis boleh la pakai lagi.
cekak crown tu beli dekat diy...harga RM3.90 kalau tak silap.
cekak tu beli 2...satu untuk kakak, satu untuk adeya.
tapi bila time nak pakaikan pada kakak awliya, tak jumpa lak mana diletakkan cekak tu.
tak pe, biar birthday girl je yang pakai ek...




 






dah nama majlis hari jadi, mestilah kena ada kek kan. kali ni asben suruh beli kek secret resepi pulak. taknak kek tema-tema ni sebab selalu kek tema ni icing banyak kan...manis sangat, selalu tak abis.
eh! besday anak ke besday ayah ni..??
dia pulak yang request lebey-lebey...
sian si kakak, asik suruh mama beli kek pwincess je.....
ala, kakak bukan makan sangat kek pun...
nanti besday kakak, mama beli kek pwincess yeeerrr...!!!
mama pun dah lama tak makan kek secret recipe ni...oohhh peberet ok!

kakak awliya dan iqul (sepupu)

kemain peluk hadiah....takut kakak awliya amik la tu




tq aunty farah bagi adeya hadiah....dapat patung elsa


kakak awliya ni kan...lilin pun nak dimakannya



 
 kakak awliya pun nak tumpang sekaki potong kek juga



besday berpeluh-peluh dah





walaupun majlis kecil je, tapi sangat meriah.
adra dan kakak awliya pun nampak happy sangat...
terima kasih kepada saudara mara yang hadir...
luv u ollsss...........muuahhh

pasti hani update #diy candybuffet pulak ye



Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu