Posts

Showing posts from January, 2014

habis sudah cuti 90 hari

Image
Cepatnya masa berlalu... Habis sudah cuti bersalin aku selama 90 hari semalam. Genap jugalah umur Adra Nur Zafirah 3 bulan. Sepatutnya hari ni aku dah start keje tapi aku sambung cuti rehat selama 4 hari lagi. Bermakna lepas raya cina nanti baru aku masuk keje semula. Alahaiiii...lemaunya nak masuk keje bila dah cuti lama ni kan... Sedey dan susah hati nak tinggalkan anak-anak di bawah jagaan orang lain... Awliya pun dah tak jumpa mak pengasuhnya selama 4 bulan. Macam mana la dia nanti, mesti menangis.... Adra pulak kali pertama dok ngan mak pengasuh...harap2 tak banyak ragam. Ye la, selama ni berkepit dengan mama je kan... Tak puas nak gomol anak setiap pagi..sobs sobs. Kalau la aku kaya, dah lama aku berenti keje jaga anak sendiri pastu buka bisnes sendiri..syokkk betul kan. Tapi itu KALAU...hahaha..berangan bole la. Alhamdulillah...adra masih lagi fully breastfeed. Minum dalam botol pun boleh dah, takde la susah hati nak tinggalkan dengan pengasuh nanti. Aku sta

7th Maternity & Children Expo 24-26 Jan 2014 @ Mid Valley

Image
Haaa...kan aku dh cakap...asal ada ekspo baby ni mesti nak pegi... Lagipun kesian dekat anak2 asik terperap kat rumah jer [cehh...alasan baik punyaaa...hee] En asben layankan jer bini dia ni... Kami sampai mid valley dalam pukul 4.30 petang. Masa ni tak ramai sangat orang pun. Kali ni pegi memang ada tujuan nak pegi ekspo ni.. Nak mencari cooler beg untuk kegunaan aku masa dah keje nanti. Sebenarnya aku dah survey online.. Tapi rasa macam nak survey juga dekat ekspo ni kot-kot dapat harga murah ke.. Cooler beg : RM35 Ice pack 1 kotak (3 pcs) : RM16 Nursing Bra : RM15 Jumpa juga cooler beg yang aku nak di booth Autumz. Tapi design yang aku aim dalam online dah takde. Setelah ditawar aku dapat harga RM35. Aku pikir belasah jer la design apa pun..janji dapat harga lebih murah dr online. Fungsi beg sama jer kan. Harga online aku survey paling murah RM45. Itupun ada sale, klu tak normal price adalah RM50++. Aku tambah beli ice pack dan nursing bra. Di bo

Tenancy Aggrement

Image
Hari ni dah siapkan perjanjian perumahan (tenancy aggrement) untuk rumah yang hani bagi sewa tu. Penting ke tenancy aggrement ni?? Pada hani ia sangat penting.... kenapa penting...??? Ni perjanjian antara tuan rumah dan penyewa. Apa yang dipersetujui oleh tuan rumah dan penyewa termaktub dalam perjanjian ni. Jika perjanjian ni diingkari, kita sebagai tuan rumah  boleh ambil tindakan ke atas penyewa. Contoh paling dekat adalah kes abang hani sendiri. Penyewa rumahnya gagal menjelaskan sewa rumahnya dah hampir setahun... Sampai tunggakan dan mencecah belasan ribu ringgit...banyakkan!!! last-last abg hani ambil keputusan untuk mengambil tindakan undang kerana penyewa gagal membayar sewa dan enggan keluar dari rumah berkenaan walaupun abang hani dah potong bekalan elektrik dan air. bila jumpa lowyer, perkara pertama lowyer tanya ada tak Tenancy Aggrement?? Lebih mudah ambil tindakan sebab ada hitam putih kan... haaa...nampak tak pentingnya ada Tenancy Aggrement ni. S

transfer stok ebm dari ipoh-kl

Image
Habis sudah percutiaan hani dan anak-anak dikampung selama 2 bulan setengah. 2 minggu lagi dah kena masuk keje dah...jadi hari ni pulang ke tempat asal hehe. Terima kasih pada mak sebab tolong jaga hani dan anak-anak sepanjang kami berada di sana terutamanya waktu berpantang hari tu. Masa balik ni pun mak ikut sekali sebab nak tolong kemaskan barang yg berlambak tu...dia kesian dekat hani sebab nak pegang baby lagi kan..dgn si kakak yang tak reti dok diam lak tu....tak terbalas jasa mak! Dah nak balik ni, kena angkut la semua barang termasuk la stok ebm ni. Stok ebm yang berjaya dikumpul sepanjang bercuti. Hani mula buat stok ebm ni mggu kedua lepas bersalin hari tu. Di rumah mak ada deep freezer. Kosong pulak tu, jadi senang nak isi semua stok ebm ni, tak la bercampur dengan benda lain. Setakat ni hani baru guna 1 botol je sebab nak test sama ada adra boleh terima frozen ebm atau tidak. Alhamdulillah dia tak reject. Risau juga sebab hani pernah terbaca ada sesetengah budak

Renovation done

Image
Dah lama aku tak post pasal progress renovation umah aku. Boleh rujuk post aku di SINI dan SINI . Alhamdulillah, renovation dah siap sepenuhnya sebulan yang lalu. So far aku puas hati dengan hasilnya. Dari rumah macam 'Villa Nabila'...kini dah tak mengerikan...hoho Bila dah cantik, ramai la orang nak sewa kan. Tu belum iklankan lagi dalam mudah.com tu. Sekarang ni penyewa pun dah ada. Nak pilih penyewa ni kenalah tengok betul-betul kan.... Taknak la main pilih jer....nanti takut keadaan rumah rosak. Sebab bukan sikit pelaburan yang aku buat ni. Penyewa aku ni masih bujang dan akan berkahwin bulan April nanti. Sebelum dia kawin, dia memang duduk sorang-sorang je dalam rumah ni. Lagipun dia tokei kedai makan, selalu tak de di rumah. So, agak selamat di situ... i means rumah selalu dalam keadaan elok la kan [hopefully] Harap-harap dia boleh jaga rumah aku dengan baik seperti rumah dia sendiri. Urusan dengan lowyer pun hampir selesai. Lega. Lepas ni terima duit

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Image
Assalammualaikum Dengan penuh rasa kesyukuran, saya ingin menjemput rakan-rakan ke Majlis Aqiqah & Kesyukuran  puteri saya ADRA NUR ZAFIRAH pada 5 Jan 2014 (Ahad). Rakan blogger yang ada sekitar Ipoh, jemputlah datang. Semoga kehadiran rakan-rakan dapat memeriahkan majlis kami dan mendapat keberkatan dariNya.

Welcome 2014

Assalammualaikum semua... Lamanya tak update blog. Banyak cerita nk dikongsikan tapi apakan daya.... Paham-paham je la bila ada 2 org anak kecil ni. Baru jer nak mengadap komputer/hp, masa tu la si kakak nk tengok video abc kat youtube...adoiii...layankan je la, kang menangis pulak. Bila sorang tido..sorang lagi pulak bangun...haaa masa bila la nak update blog kan. Kadang-kadang aku nak makan dan mandi pun tak sempat tau....huahua Ni pun dapat update sebab masih pagi lagi...so diaorang tengah tido. 2013 telah melabuhkan tirainya. Walaupun hari ni dah masuk 2hb Jan 2014, rasanya masih belum terlambat hani nak ucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2013. Yang pastinya kenangan paling manis untuk tahun 2013 adalah melahirkan puteri yang kedua pada penghujug oktober lalu. Pada pendapat korang, perlu ke ada azam??? Pada aku perlu...sebab dalam kehidupan ni kita kena ada tujuan dan matlamat hidup. Biarpun kadang-kadan