Tenancy Aggrement


Hari ni dah siapkan perjanjian perumahan (tenancy aggrement) untuk rumah yang hani bagi sewa tu.

Penting ke tenancy aggrement ni??
Pada hani ia sangat penting....
kenapa penting...???

Ni perjanjian antara tuan rumah dan penyewa.
Apa yang dipersetujui oleh tuan rumah dan penyewa termaktub dalam perjanjian ni.
Jika perjanjian ni diingkari, kita sebagai tuan rumah  boleh ambil tindakan ke atas penyewa.
Contoh paling dekat adalah kes abang hani sendiri.
Penyewa rumahnya gagal menjelaskan sewa rumahnya dah hampir setahun...
Sampai tunggakan dan mencecah belasan ribu ringgit...banyakkan!!!

last-last abg hani ambil keputusan untuk mengambil tindakan undang kerana penyewa
gagal membayar sewa dan enggan keluar dari rumah berkenaan walaupun abang hani
dah potong bekalan elektrik dan air.

bila jumpa lowyer, perkara pertama lowyer tanya ada tak Tenancy Aggrement?? Lebih mudah ambil tindakan sebab ada hitam putih kan...
haaa...nampak tak pentingnya ada Tenancy Aggrement ni.

Sebab yang kedua penting adalah tenancy ni boleh dikira sebagai PENDAPATAN
bila korang nak buat pinjaman dengan bank.
Pernah jadi dekat aku sendiri.
Masa aku buat loan untuk rumah lelong yang aku beli tu, loan aku tak lepas disebabkan
komitmen yang tinggi. Gelabah ok !!!
Mana aku nak cekau duit lagi ni...
Kalau tak dapat loan, alamatnya tak dapat la beli rumah tu dan duit deposit aku sebanyak 10%
akan burn camtu jer....rugi weeiiii.

Lepas tu aku cuba submit Tenancy Aggrement untuk rumah aku yang lain.
Kira sebagai dokumen sokongan la untyk buat pinjaman ni.
Alhamdulillah, lepas tu terus approve.
Sebab bila dikira sebagai pendapatan, jadi komitmen aku jadi kurang.
Tapi pastikan bila ada Tenancy Aggrement, dalam bank korang ada bukti duit masuk.
Maksudnya kalau korang bagi sewa RM500, setiap bulan ada transaksi duit tu dalam bank statement korang, barulah bank percaya kan.

so, korang yg ada rumah sewa, sebaiknya sediakanlah Tenancy Aggrement ni sebagai persediaan awal.
boleh google kalau nak dapatkan contoh, versi BM ada versi BI pun ada..
Lepas tu, jangan lupakan matikan setem di LHDN supaya perjanjian dokumen ni
sah di sisi undang-undang. Jadi nanti senang ambil apa-apa tindakan untuk sebarang
kemungkinan yang terjadi.

Bayaran untuk matikan setem ni bergantung kepada BAYARAN SEWA dan TEMPOH.

Contoh pengiraannya seperti berikut:

Katakan kadar bayaran sewa adalah RM500 dan tempoh penyewaan adalah 1 Tahun
RM500 x 12 bulan = RM6000 - RM2400
                                  = RM3600 / 250
                                  = RM14.40
Jadi, duti setem yang dikenakan adalah sebanyak RM14.40 untuk setahun.



Comments

  1. Aha...akak pun nak sewakqn rumah..penyewa tu nak masuk dalam bulan 2 nanti..jadi bolehlah akak sediakan Tenancy Aggreement ni cuma maslsah nya kita mana tahu kan berapa lama org tu nk sewa..so perlu renew every year lah eh..

    Thanks hani kongsi info ni...nanti akak goole format tenacy tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak bole bncang ngan penyewa dulu nak buat tempoh brape lama...mcm sy ari tu ingt nak buat 3 tahun terus sbb malas nak renew kan tiap2 thn..tp penyewa suh buat 1 thn je dulu..nti klu nak smbung dia akan inform..jd terpaksa la renew juga tiap2 thn..

      Delete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale