Bila Rajin Datang: Roti Pizza dan Kek Pisang with Chocolate Chip

Weekend yang lepas, tiba-tiba datang semangat nak membaking.
Setahun sekali je kot perasaan ni datang ngeh2x
Hari jumaat terus je beli bahan masak...setengah bahan memang dah sedia ada di rumah.

Menu pada hari sabtu adalah Roti Pizza.
Hani gunakan roti gardenia je sebab nak habiskan stok roti ni sebelum expired.
Jangan membazir.
Sebab tu hani tak beli pizza base.
Lagipun mahal juga harga pizza base ni, 2 keping berharga RM12.
So pakai je roti gardenia, lebih jimat.

Resepi ni hani ambil dari internet, tapi olah la sendiri ikut suka hati...

Ok, meh hani kongsikan resepi yang mudah dan ringkas ni.

Roti pizza

Bahan
-pizza base/roti gardenia
-sos spageti (perisa tradisional)
-capsium
-ayam kisar (masak sekejap atas dapur dulu dan letakkan lada sulah dan oregano)
-sosej (rebus dulu)
-nenas (dalam tin)
-cheedar
-mozeralla cheese
-oregano
-lada sulah
-thousand island / mayonis

Cara
- sapu roti dengan sos spageti
- susun dalam bekas
- tabur capsium, ayam kisar, sosej, nenas, cheedar dan last sekali mozarella cheese
- letakkan thousand island/mayonis
- bakar pada suhu 180' selama 45min atau sehingga cheese masak kekuningan.
- sedia untuk dimakan

Topping atas tu uols boleh ubah-ubah, nak letak cendawan pun bole, isi ketam ke atau apa-apa yang uols suka la.

roti pizza
dah siap masak

roti pizza
zoom kasi dekat lagi....yummy !!!! i love cheese


Hari ahad pula, hani buat Banana Cake with Chocolate Chip.
Resepi dari ofismate, Rafizi.
Kalau uols nak cuba, boleh terjah blog dia di SINI.
Dia ada tunjukkan cara nak buat.
Hani memang akan cari resepi yang mudah2 je kalau nak membaking ni.
Dan hani akan masak apa yang hani suka makan, kalau asben yang suka makan belum tentu rajin lagi hahaha...kot2 dia suka makan yang nak memasaknya bukan main susah, camno tu....*pitam*
Maklum la orang 'terorrrrr' sangat memasak kan....huahua
Kadang-kadang tu tanya juga dia nak makan apa bila bini dia ni dah abis idea nak masak.
Nasib baik asben jenis tak memilih, apa yang bini masak semua dia ngap jeww....


ready untuk masuk dalam oven

Dah siap masak, mesti akan suruh asben rasa...
Asal tanya 'ok ke x'??
Asik jawap ok....ok...
Sedap la kot pada tekak dia...ye ke???
Tak kira la sedap ke tak....kena cakap sedap gaksss...
Kang bini merajuk tak nak masak pulak hihihi...

ready untuk masuk dalam perut pula









Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu