Jualan Gudang MPH

Ni cerita jumaat minggu lepas
tak pernah lagi pergi jualan gudang MPH ni
selalu beli buku kat kedai buku jeww.
tak pun tunggu big bad wolf kalau nak borong buku banyak sikit.
ni pun kebetulan aku dapat baucar free sebanyak RM50 sempena Majlis APC bulan lepas.
semua staff dapat....dah dua tahun berturut-turut dapat baucar MPH
aku memang sukaaa......dapat la jugak beli buku baru untuk anak-anak.

dan kebetulan jualan gudang ni pun tak jauh pun dari ofis aku...dalam 5min je dah sampai.
baik aku habiskan baucar dekat sini kan...kalau dekat kedai,  kalau takat baucar RM50 dapat beli 2 buah buku je kan...

eh! aku dapat 2 baucar, satu lagi kebas en asben punya
dah nama satu opis kannnn....

jualan gudang ni di kawasan kilang di Jalan Tandang, PJ
so waktu rehat yang panjang di hari jumaat, aku pun ke sana dengan member ofis.
nasib baik orang tak ramai pun.
selesa la nak memilih buku kan...

banyak juga pilihan buku yang ada...
dan yang paling BEST sebab banyak diskaun....sehingga 70%.
baucar buku 1Malaysia juga diterima di sini.
korang kalau nak pergi, masih sempat lagi....

Tarikh: 20-31 Mei 2015
Masa: 9.00 pagi - 7.00 malam
Alamat: No.13, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya

aku banyak beli buku untuk anak-anak je..
untuk diri sendiri ada juga tapi 2 buah je...
untuk si ayah nan adoo....hahahaha
banyak juga yang dapat dengan nilai baucar RM100 tu...
balik rumah eksited budak2 tu dapat buku baru :):)
































Comments

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu