kisah sekolah::perkembangan 3 minggu persekolahan di Little Caliph

Minggu ni dah masuk minggu ke 3 persekolahan...
so far perkembangan awliya agak memberansangkan...
baru-baru ni aku dengar dia berzikir sambil menyanyi...
kemudian masa nak makan dia boleh pulak baca Al-Fatihah dengan lancar..
lupa lak baca doa makan...
sebelum ni lancar je baca doa makan yang aku dah ajar.....
ooo dia dah hafal Al-Fatihah rupanya, mesti di sekolah hari-hari baca kan...
sebelum ni aku pernah juga ajar Al-Fatihah tu, tapi tak mau lak dia ikut hihi...
ada juga aku dengar dia nyanyi lagu-lagu berunsurkan islamik.."1 sayang Allah, 2 sayang Rasullullah, 3 sayang momy daddy"..hahaha camtu lah lebih kurang 
alhamdulillah, nampak perkembangan yang positif bila masuk sekolah Little Caliph ni...

cuma yang aku tak berapa puas ati dengan pengurusan budak-budak yang daycare 
setakat 3 minggu ni....dah 2 pasang baju dan 2 helai tudung dan sehelai tuala awliya dah hilang....
tak dapat dikesan...
hmmm kadang pelik gak kan...
kalau cikgu dah tersilap masukkan dalam beg budak lain, parents diaorang tak pulangkan semula ke...
atau dah pulangkan, cikgu lak letak merata...
hhhmmm tak tahu la nak cakap macam mana...
kadang awliya ada juga terbawa baju budak lain, tapi aku akan basuh dan hantarkan semula pada cikgu dengan harapan cikgu akan pulangkan kepada empunya baju
aku pun tak tau juga macam mana cikgu2 uruskan budak2 ni..
patutnya masa nak mandikan tu, buka baju dan terus masukkan dalam beg kan..
so takde la nak tercicir or tersalah masukkan baju dalam beg budak lain..
aku paham budak2 ramai....
tapi boleh dikatakan tiap2 hari, ada je baju anak aku yang tak cukup..
nasib baju yang hilang tu baju lama yang kawan ofis aku bagi baju anaknya...sebab anaknya dah tak sekolah di little caliph lagi...tapi tudung yang hilang tu ada la sehelai tudung yang baru...hmmm takde rezeki
dari 4 helai baju, sekarang tinggal 2 helai je....huhu...tu baru 3 minggu sekolah...
terpaksa la jugak aku belikan sehelai lagi baju sekolah awliya ni, sebab nak ikutkan macam tak cukup 2 helai kan...
hmmm tu je la aku rasa tak berapa nak puas ati....
bab yang lain pada aku ok semuanya....
aku pun baru je tempah label nama nak lekatkan pada semua baju/tudung dan tuala awliya..
harap2 lepas ni takde hilang lagi...
bangkrap weeiii kalau asik nak membeli baju sekolah je kannnn...

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu