buku tabung haji hilang

musim orang nak pegi haji ni la baru sibuk nak buat buku baru kan hahaha...
sebenarnya buku tabung haji aku ni dah lama hilang...
nak buat baru dari sehari ke sehari....malas betul kan...
lagipun dalam akaun takde duit pun, tu yang takde semangat nak buat haha

kali ni kebetulan nak buka akaun tabung haji untuk anak-anak...untuk simpan duit raya diaorang..
kang lama-lama pegang ada gak yang mama pinjam ni hihi...
sebelum ni simpan dalam ASB je, kali ni baru nak buka tabung haji...
terus la buat buku aku yang baru...
minggu lepas aku pergilah ke Tabung Haji Kelana Jaya....
suasana agak sibuk juga di kawasan bangunan tabung haji tu...
maklumla musim orang pegi haji kan...

nasib naik motor, bolehlah parking dalam, kalau naik kereta memang kena parking agak jauh sedikit sebab kawasan tabung haji penuh dengan kereta...
di kaunter tak ramai orang pun...
aku sampai dekat pukul 10.00 pagi....
terus isi borang Laporan Kehilangan Buku Tabung Haji



bila di kaunter, sekejap je urusan untuk gantikan buku tabung haji yang hilang...
sebelum ni aku ada google, orang kata kena beli setem hasil RM10 la...
macam leceh je kan...
tapi bila aku berurusan takde pun diberitahu pasal setem hasil tu...
mungkin yang tu prosedur lama kot! sekarang ni lebih mudah..
lepas isi borang aku pun ambil nombor giliran.
kemudian bagi borang dan kad pengenalan sahaja pada staff di kaunter.
hanya bayaran RM5 dikenakan, ditolak terus dari akaun tabung haji tu...
setel....5 min je.
masa ni baru tau buku tabung haji berwajah baru....
yang dulu punya kan warna kuning tu...

dan aku juga baru tahu tabung haji dah ada perkhidmatan online e-THiJARI
huhu nampak sangat aku ni dah ketinggalan.....

dah dapat buku baru, baru staff urusakan pembukaan akaun untuk anak-anak...
cepat dan mudah sangat urusan.
alhamdulillah selesai semua.....
sebelum balik, sempat staff TH tu pesan, nanti dah cukup duit cepat2 daftar haji je....
hehehe..
insha allah, memang itu harapan saya.... :-)


Comments

  1. buku t/haji baru cun sgt.untuk anak kedua kite pun dapat buku baru.papanya dok la menegur cantiknya.cantiknya.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum , terima kasih ya kak kings I tip , cuak juga baca blog plain , banyk sngt prosideur, tngok blog aka tenang skit , trim a kasih ya

    ReplyDelete
  3. Salam. Nak tanya ya, duit dalam akaun tabung haji tu tak burn kan? Masih dalam akaun buku baru ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tak burn...masih ada dalam sistem TH. Nanti akan dimasukkan dlm akaun buku yg baru tu..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu