Rumah Terbalik Upside Down Art Gallery

sebelum entry ni menjadi entry basi, baik cepat-cepat aku up...huhu

dua minggu lepas aku ada bengkel di Hotel Corus Paradise, Port Dickson
dari 13-15 Ogos.
bawalah anak-anak sekali bersama en asben....
berbengkel sambil bercuti sekali...
en asben kena la cuti sebab nak kena jadi mr mama heeee....jagakan anak-anak masa aku tengah berbengkel.

habis bengkel pada hari Sabtu, so lepas tu ingat nak ke jalan sekitar PD.
kesian pula dekat anak dan asben, terperap dalam bilik hotel, tak pun takat pegi swimming pool dan jalan tepi pantai je.

memandangkan kami tak pernah sampai ke rumah terbalik ni, so kami plan ke sana.
sebelum ni pernah dengar rumah terbalik di Kundasang je kan.
lepas lunch di hotel, kami terus gerak ke sana.
tak jauh sangat pun, ke arah Teluk Kemang je.
bila dah sampai baru perasan dekat sangat dengan ostrich farm yang pernah kami sampai dulu.





bayaran masuk: RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun.
kalau anak di bawah 90cm, masuk adalah percuma, so kakak awliya masuk freeee...
adra dah tentu la free jugak kan!

sebelum nak beli tiket tu, staff di kaunter tiket akan minta anak-anak ukur ketinggian.
ada stiker ukur tinggi di pintu masuk.

masa ni orang tak berapa ramai sangat.
bila dah masuk dalam, apa lagi terus je la snap2 gambar...
memang tu je la aktiviti yang boleh buat kat dalam ni pun...
bergambarrr je....

dalam ni tak luas mana pun....ingatkan 2 tingkat, rupanya hanya floor bawah saja.
memang kecik je
nasib la tak ramai sangat orang, rasanya kalau ramai memang agak crowded la dalam ni.

dalam ni terdapat beberapa orang staff yang akan membantu kita untuk snap gambar
so kalau nak bergambar satu family, panggil je diaorang ni...mereka sedia membantu

masa aku snap gambar asben aku sambil dukung adeya, datang sorang staff
"kak, mari saya snapkan gambar". mungkin dia nampak kesusahan aku nak snap gambar sambil dukung anak.






kat toilet pun sibuk nak posing....kalau toilet kat umah takde lak ko nak posing kannnn...!!!








tips kalau nak gambar best, posing la buat sekali aksi-aksi yang tidak terlampau sangat hehe..
kalau gambar tegak macam tiang lampu je, tengok gambar sendiri memang macam tak best.
tapi aku takde la psoing2 sangat, si adeya dah start meragam sebab mengantuk....

kami tak lama pun dalam ni, dalam 45min camtu...terus keluar dan gerak balik ke kl.
masuk kereta je, terus anak-anak tertidur keletihan.

 



buat macam rumah sendiri pula adeya ni


ni gambar paling jijik....aku nak snap gambo ni pun rasa tak lalu weeeiii....


"mama.....kusi ni terangkat laaa...."


keadaan sebenar dalam galeri (tanpa rotate gambar)



banyak lagi gambar tapi tak larat nak upload semua....heeehee
aku harap tempat ni diperbesarkan lagi, baru rasa berbaloi dengan harga yang dibayar.

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu