Ujian HIV
Alhamdulillah, hari ni dah selesai satu lagi perkara.Lega.
Hani dan my incik tunang dah buat ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan Kelana Jaya.
Minta pelepasan dgn bos untuk keje half day hehe (tq en bos)
Kami sampai dalam pukul 2.15 ptg. Meredah hujan lebat.
Kepada b2b yang nak buat ujian HIV di Klinik Kesihatan Kelana Jaya, ada sedikit panduan untuk anda:
1. Pastikan buat appoinment terlebih dahulu. Call dulu di talian 03-78045001
2. Waktu ujian adalah setiap hari dari pukul 2-4 pm sahaja.
3. Ambil borang dan no giliran di kaunter 1 (kaunter pendaftaran). Lengkapkan borang dan hantar semula di kaunter yang sama |
5. Hantar borang di kaunter 20 ni. Kaunter ni dekat je dgn kaunter pendaftaran tadi. 6. Tunggu sehingga nama anda dipanggil. |
Giliran my incik tunang....... |
Kami selesai dalam pukul 3.15 ptg, lebih kurang 1 jam je di sana. Nasib baik samapi awal, selesai pun awal jugak la. Masa tu ada 3-4 orang pasangan juga la yang buat ujian HIV ni.
Hani ada juga baca beberapa blog b2b, ada yang result akan diletakkan di dalam sampul, siap di gam bagai, masa hantar kat jab agama/kadi je nanti yang bole buka. Tapi kat KK Kelana Jaya ni, hanya akan dapat sehelai kertas je, borang yg warna kuning tu. Maybe, setiap klinik kesihatan lain kot prosedurnya.
Bila dah dapat result,
Keputusan kami: Tidak Reaktif
Alhamdulillah...dah selesai dokumen nikah.
Hujung bulan bole balik ipoh, nak hantar semua dokumen ke rumah tok kadi.
Yeaa....dah bole kahwin *gedik dan gatai* hahaha
Dah senang hati, nak balik rumah macam awal lagi, terus plan ke IKEA
beli beberapa brg utk deco-deco meja guestbook nti.
Nti hani update, sbb tak tgkap gambo lagi....hehehe
ermmm..best dpt tau result..
ReplyDeletemcm Gadis punyer la tu..
x boleh bukak siap seal..
nak hantar borang kawin baru org pej agama bukak..
huhuhu..
maybe kot..
setiap klinik lain prosedurnyer..
ader klinik siap bagi ubat lagi..
utk rahim..
nape eh diaorg lain2 lak prosedurnya..errrmm tah la.xpe la gadis,wlpn xtau result..janji dah setel part ujian hiv tu..so,pasni leh setelkan bnda2 lak kan..:-0
ReplyDeleteyeay..da setel..hehe..sonokla ada b2b kembar tarikh ni..tunang nida pon hjung bulan baru balik untk antar borang dia tu..
ReplyDeleteeh..banyak btul kaunter kat klinik tu..huhu..
nak tanya...kalo g buat HIV test ni..kite perlukan dokumen kat dr pejabat agama dulu ke?? ke tak yah?? terus g klinik tu je??
ReplyDeletecik purple: kena g amik borang kat jab agama dulu.tp klu sngr(jais),mmg xde borang tu,just guna yg di klinik je (borang kuning).mcm kl,borang bole download je dr website.perak lak kena guna yg original.xtentu kdg2 prosedur diaorg ni,ikut neg.tp better cik purple pegi jab agama dulu tpt borang nikah dihantar,tnya detail sblm buat ujian hiv tu.
ReplyDeletenida: lega dah setel..bole pikir bnda lain lak..sbnrnya kaunter xla smpai 20,tp tah cmne yg kaunter drh tu no 20 hehe..nida,nk tnya..salinan ic kita tu perlu disahkan ke @ tak perlu. ada hani bc dlm blog b2b perak,kena sahkan dulu..tp dalam doc xde lak tulis camtu...
ReplyDeleteSalam, ada tak kenalan atau kawan-kawan yang nak buat HIV test secara discreet? Saya boleh tolong supply HIV home test kit untuk buat sendiri ujian di rumah. Prosedur mudah dan result dalam 5minit. Ketepatan 99.9% dan telah dinilai oleh Institute for Malaysia Medical Research (IMR). Test kit yang sama digunakan di klinik dan makmal yang menjalankan ujian saringan HIV. Penghantaran percuma dan discreet di seluruh Malaysia. Untuk order sila taip TESTKIT dan sms/whatsapp ke 0138573416. Harap dapat membantu, terima kasih.
ReplyDelete