100 hari lagi...


hari ni genap 100 hari lagi majlis pernikahan hani dan en tunang....cepatnya masa berlalu...
setakat ni check list masih tak de apa-apa update lagi..
bulan pose ni malas lak nak pikir pasal persiapan kahwin..
nak cari barang pun rasa malas nak keluar rumah..
hari sabtu kelmarin last minit nak cari baju raya, hani pergi ke Jalan TAR dan Sogo...
MasyaAllah, manusia punyalah ramai....bukan setakat jalan raya jer jem..
manusia yang berjalan-jalan pun boleh jem jugak...
cepat-cepat cari sepasang baju dan sehelai tudung, dan sedikit barang di Sogo,
hani dan en tunang terus jer balik umah...
rasa sedih sebab tak dapat cari colour sama ngan en tunang...susah sangat nak jumpa colour terqoise, ada yg seakan-akan sama, hani tak berkenan pulak...nak cari lama-lama, rasa dah tak mampu dah..kepala dah mula rasa pening dgn keadaan org ramai tu...tak caya tengok gambar kat bawah ni..



Nampaknya tahun pertama raya sebagai tunang org, terpaksa la sorang biru terqoise, sorang purple...hambikk kau !!! colour tak match lansung....
sbnarnya hani dah beli kain pasang masa kat bandung hari tu, colour mmg sama dengan baju en tunang, disebabkan lambat sangat tempah...haa, kan dah tak sempat nak hantar kat tailor..padan muka kau hani !!!
en tunang pujuk " tak per la tahun ni tak sama, tahun depan kita dah raya sekali...baru buat baju sama yer"
huuurrrmmmm....baiklah :-(

Persiapan kahwin akan disambung selepas raya...kompem kelam kabut...huahuahua..
nak setelkan doc nikah, nak buat ujian HIV, nak tempah kad kahwin, nak tempah baju nikah, nak cari baju bertandang, nak setelkan doorgift, nak cari baju family, nak fitting baju pengantin dan bla bla bla....*pengsan*


Comments

  1. yeah2..3months to go~ semoga persiapan hani berjalan dgn lancar ok!

    ReplyDelete
  2. Sfarlina: tq,doakan smga berjln dgn lancar..amin...chaiyok!!chaiyok!!

    ReplyDelete
  3. dont worry hani..mst sempat nye la...tp dgn kelajuan turbo..hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu