Tempah baju nikah incik tunang pula....

Hari yang sama, lepas hantar baju nikah hani...kitaorg terus ke open house rumah rakan kami di Putrajaya. Mula-mula ke rumah kawan ofis, kemudian ke rumah kawan kelas hani. Lepas tu plan nak terus balik, tapi macam awal lagi, masa tu pukul 5.30 ptg. Hani terus kata kat incik tunang, tak nak balik lagi la, jom kita cari kedai DzuldeClassique tu, sebab plan nak hantar baju keesokkan harinya (ahad). Senang skit kalau dah tau tempat, esok terus ke sana jer, tak payah cari2 dah kan..

Tapi kalau kedai Dzul tu masih buka, terus je nak hantar tempah. Nasib baik memang siap2 dah bawa kain baju melayu. Terus tanya pakcik google alamat kedai DzuldeClassique tu. Pusing2 pekan Kajang tu, akhirnya jumpa la. Rupanya sebelah Plaza Metro Kajang je. Betul2 tepi jalan besar. 

Ni alamatnya:
Dzull De Classique
Lot No. 39, GF Jalan Besar
43000 Kajang.

1st time hantar baju di sini. So far, tengok baju2 customer yang tergantung di kedai ni, jahitan sangat cantik dan kemas. Masa kami sampai, hani tengok customer tak putus-putus datang. Kena la tunggu Q masing-masing. Harga untuk baju melayu bersulam penuh (leher+poket+lengan baju)=RM150. Pada hani murah juga sebab dulu buat baju melayu incik tunang di Kast Tailor di Wisma Yakin (Masjid India) harganya RM 160 hanya sulam di leher dan poket sahaja. Kalau sulam penuh harga RM200.

Mengikut kata abg dzul, baju melayu boleh siap dalam masa 2 minggu - 1 bulan. Baju my incik tunang akan siap hujung bulan ni. Cepat jugak. 




Kat dalam tu hani ternampak banyak baju customer buat patern macam gambar ni. Ada lipatan2 kecil di bahagian dada. Kemas jer. Rasanya yang ni patern terbaru kot. Hani tak pernah nampak org pakai macam ni lagi. Tanya pada incik tunang, suka tak macam ni? dia kata cantik jugak..huuurrrmmm tengah pikir2 nak buat tak macam ni untuk baju bertandang incik tunang nti...lain skit dari yang biasa kan..

dah selesai buat tempahan...


 Hani sempat tanya upah harga baju perempuan pada sorang kakak kat dalam kedai tu. Tak sure itu wife abg dzul yang baru tu ke. Dulu plan nak hantar bersekali, baju melayu hantar ke abg dzul, baju hani pula nak hantar pada wife abg dzul, Kak Ina. Tapi hani ada terbaca dalam blog B2B, menyatakan yang diaorg dah bercerai. Tak sempat nak google cari alamat Kak Ina tu. Ramai blogger yang rekemenkan Kak Ina tu sebab diaorg kata memang cantik dia buat. Ada sesape pernah hantar kat wife abg dzul yang baru tu x??? Boleh la sharing skit utk panduan b2b yang lain kan...
hani pun tak de pengalaman hantar baju pada mereka berdua...ye la, kan dah bgtau 1st time kan..hehehe
Lagipun hani dah hantar baju pada weddings galore...so saje je tanya harga di kedai abg dzul ni.
Baju kurung moden biasa = RM170
Baju kurung moden manik = RM250

posing sekejap depan kedai....makin bulaattttt la aku ni...menci...menci tau !!!

Comments

  1. hani...ok la hani tempah baju kat wedding galore tu..coz ada baca fews bad review pasal dzul ni..diorang ckp, butik ex wife d zul yg ok..tp hani antar untk baju melayu kn, baju melayu rasanya xda masalah..

    ReplyDelete
  2. nida: tu la, hani pn pernah terbaca jgak psl tu..tu yg cancel nak hantar.hari ni baru tjmpa add & no fon k.ina tu..hehe xper la,dah hantar pun,hrap2 bj kat weddings galore ni ok...bdebar lak rasanya

    ReplyDelete
  3. butik ex wife d zul tu ape nama ye?

    ReplyDelete
  4. zizieqa: sory dear...sy xtahu nama butik ex wife abg zul tu sbb xpernah pegi pun..

    ReplyDelete
  5. ada contact no butik ni x????nk tempah sulam baju melayu

    ReplyDelete
  6. nor: sy xde contact no kedai ni...sbb masa tu sy terus je ke kedai. location kedai ni senang je, berhadapan dengan plaza metro kajang..betul2 tepi jalan besar

    ReplyDelete
  7. Kedai bkk smp pkul bpe? Ari ahad bkak ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale