Majlis Nikah ~02 Dis 2011~

Assalammualaikum semua,

Ok, kali ni baru ada mood untuk cerita pasal wedding. Hani mulakan dengan majlis pernikahan dulu.
Mengikut perancangan, sepatutnya hani akan nikah di rumah. Mengikut tok kadi, jika ada pasangan pengantin yang lain yang nikah pada hari dan waktu yang sama, baru tok kadi suruh nikah di surau yang berdekatan. Jika hani seorang sahaja, akan nikah di rumah. Seminggu sebelum majlis nikah, hani tak terima panggilan pun dari tok kadi. So, ingatkan confirmlah nikah di rumah. Sebab tok kadi ada beritahu, jika nikah di surau..beliau akan beritahu.

2 hari sebelum majlis, abah dapat berita dari kawannya yang beritahu tok kadi eksiden. Ada pasangan sebelum tu, terpaksa guna tok kadi yang lain. Adooiiii....dugaan betul...Tapi tok kadi masih tak call beritahu apa2 sehinggalah pada  hari jumaat. Hani minta abah call tok kadi. Rupanya hani kena tumpang tok kadi yang lain. Abah minta tok kadi ganti tu dtg ke rumah, tapi dia kata tak boleh sebab ada lagi pasangan pengantin yang lain. Nampaknya terpaksa ke surau juga. oowhhh...lupa nak bgtau, pelamin nikah dah siap pasang kat umah tau...huhuhuhuhuhu...rosak plan !!!! Apapun, yang penting majlis nikah selesai kan...

Dalam pukul 5 lebih, sms kak akma minta datang awal sebab kena nikah di surau selepas isyak. Lepas maghrib tok kadi minta dah ada di surau. Kelam kabut juga Kak Akma drive dari Taiping, kesian juga sebab last minit kan. Nak buat camne, hani pun tahu last minit juga.

Kak Akma minta hani siap2 pakai baju dulu, dia sampai nanti terus make up jer. Dekat pukul 7 ptg, kak akma pun sampai. Make up dalam 45 min, dah siap. Terus gerak ke surau.



Rupanya ada lagi 2 pasangan pengantin yang nikah di surau ni. Hani dan en tunang adalah pasangan paling awal sampai. Lama juga tunggu 2 pasangan tu. Tension tul. Kalau nikah ramai2, mcm ni la...terpaksa tunggu yang lain sampai. Pukul 9.15 mlm, barulah majlis bermula.

sambil menunggu....posing-posing dulu
bersama dayang-dayang (adik & adik sepupu)

anak buah en suami nak bergambar juga

berdebar-debar.....dup dap dup dap

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz...kami sudah bergelar suami isteri yang sah. Nasib baik tok kadi hanya tanya rukun nikah pada ketiga-tiga pasangan pengantin. Soal jawab tak lama. Setelah selesai lafaz taklik, bermulalah upacara membatalkan air sembahyang. Hani menerima seutas rantai tangan dari en suami dan en suami menerima sebentuk cincin dari hani.







 

Selepas selesai, kami pulang ke rumah bersama dgn pihak lelaki untuk untuk makan malam yang telah disediakan oleh keluarga hani.
Lepas makan, barulah hani dan suami berposing-posing di atas pelamin nikah. Kena ulang tayang semula upacara membatalkan air sembahyang hehehe....

eh....eh...en suami macam malu-malu jer.....
                           
kita main jeling-jeling dulu



Penyerahan mas kahwin 
 

saya amat menyanyangi LELAKI INI ^_^

Selesai sudah majlis nikah kami..syukur ya allah, kerana akhirnya impian kami terlaksana juga, alhamdullillah...
Doakan kebahagian kami ya kawan-kawan. :-)

Comments

  1. Tahniah,selamat pengantin baru
    semoga kekal ke akhir hayat!
    semoga dikurniakan zuriat yg soleh/solehah,Amin!

    ReplyDelete
  2. amboi...syg benor tu...sampai eje MENYANYANGI :) Tahniah ye,selamat melayari bahtera rumahtangga. keep tolerate, insyaAllah harmoni

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu