Review pelamin nikah

Assalammualaikum semua rakan blogger,

Hari ni hani nak review pasal pelamin nikah. Sebenarnya ikut perancangan, hani akan nikah di rumah. So, mestilah nak ada pelamin nikah kan *ngada*...seperti yang hani pernah cerita di post ini, last minit kena nikah di surau, akhirnya punah harapan. Kalau tak dah terbayang2 masa nikah dok atas pelamin tu...uuuuwwwaaaa...
nak buat camne kan...redha jer la..nampaknya pelamin nikah tu hanya digunakan untuk posing jer la nanti...huhu

Lepas habis majlis nikah di surau, balik ke rumah...baru buat ulang tayang upacara pembatalan air sembahyang. Sebelum ni dah buat kat surau, memandang keluarga pihak lelaki nak balik awal, maklum la..masa tu pun dah pukul 10 lebih malam, kesian dekat budak2. Lepas makan2, keluarga en suami terus balik. En suami je yang balik lambat sikit sebab nak posing sakan hehe.


Ekceli, pelamin nikah ni hani tak tau macam mana designnya. Tak pilih pun. Hani serahkan sepenuhnya pada Kak Akma. Hani nak yang simple jer. Alhamdulillah, puas hati dengan pelamin ni. Kak Akma sediakan pelamin baru. Dia tak pernah buat lagi utk org lain. Barang2 siap sampai dari kedai yang kak akma beli, terus ke rumah hani, sebab kedai tu di Ipoh je. So, tak perlulah nak hantar ke Taiping kan. 3 hari sebelum majlis, kak akma bagitahu pelamin nikah hani lebih kurang macam Farah AF.


pelamin nikah Farah AF ~ pic from google

Ni gambar pelamin nikah hani....lebih kurang macam Farah punya la kan...cuma Farah punya dipenuhi dengan banyak bunga di belakang tu. Di kiri kanan tu, Kak Akma letakkan bunga segar. Tapi hani tak tahu pulak nama bunga ni, lebih kurang macam bunga carnation je. Bunga ni tahan lama dan nampak cantik bila kembang. Kak Akma beritahu yang bunga ni harganya lebih mahal dari bunga ros. Seminggu lepas majlis pun, bunga ni masih segar dan kembang.



pic from fb OP


Suke sangat dengan pelamin nikah ni...simple n sweet jer...menepati apa yang hani inginkan ~weeeeee~ 

Semasa majlis resepsi, pelamin nikah ni jadi tempat posing rakan-rakan. Bagus juga kan, takde terbiar camtu je, at least masih digunakan selepas majlis nikah...







Comments

  1. waaahhhh~~ wajah saya terpamer di dalam blog ini! suke suke suke! hik3~ <3<3<3

    ReplyDelete
  2. simple n nice. suka sangat ur pelamin nikah. comey je. :)
    i link u dear.
    http://nurulainlatif.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. cantik ... sy berkenan dgn pelamin anda ...

    princessfiffy-cayunk.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu