Awliya's first solid food

Awliya baru je masuk 6++ bulan....excited mama nak sediakan makanan untuk awliya.
Awliya dah menunjukkan ciri-ciri nak makan pada usia 4 bulan setengah.
Masa ni awliya akan tengok je mama & ayah makan sambil membunyikan mulut seolah-seolah sedang menyunyah makanan.
Si ayah pula cuba la pura-pura nak suapkan awliya, bukan main nganga luas lagi huhu...bila tak dapat, meleleh air liurnya. Kesian betul.
Sabarlah wahai anak.....

Masa pergi checkup awliya 5 bln, nurse ada beritahu dah bole bagi makan pada usia 5 bulan stgh, tapi kalau boleh tggu sehingga 6 bulan, seeloknya tunggu.

Tapi mamanya yang pulak tak bole tunggu hehe. Seminggu sebelum masuk 6 bulan, mama dah try bagi nestum. Masa sediakan nestum ni pun, hani blender dulu nestum tu walaupun nestum tu dah halus. Kemudian buat cair je, dah macam susu je rupanya. Masa ni rasa macam risau la pulak nak bagi makan. Tapi awliya makan sesudu je, tak nak makan sebab mengantuk.

Sebenarnya hani tak nak ajar baby makan instant food. Sebolehnya hani nak sediakan sendiri
makanan utk awliya. Kan makanan dari air tangan ibu itu adalah yang terbaik untuk anaknya.
Dengan hati yang bersemangat waja...cheewaahhh...
Hani pun sediakan puri epal dulu. Hani beli epal fuji yang besar tu, rasanya kan manis skit.
Amboiiii berselera sungguh awliya makan. Habis.
Tapi masa ni bagi kuantiti yang sangat sikit, sebagai permulaan dulu.

Sekarang ni awliya dah 6 bulan 1 minggu++. Makin berselera makan. Alhamdulillah. Harap-harap berterusan. Setakat ni memang hani sediakan puri sahaja. Bubur nasi tunggu 7bln++ la nanti. Nestum dan biskut Farley's terbiar macam tu je hehehe.....

Kalau dah mula makan ni, jangan lupa amalkan '4 days rules'..
so kita boleh tahu yang mana baby sesuai makan atau tidak.
kalau nampak alahan atau gejala mcm cirit birit tu, terus berhentikan makanan tu.

Sekarang ni apa yang disuap, habis semua dimakan.
Seronok sangat tengok anak berselera makan kan.
Lagi la mamanya bersemangat nak sediakan makanan si kecik.
Buat permulaan ni, awliya hanya makan sehari sekali je pada waktu lunch.
Nanti dah masuk 7 bln, baru mama upgrade jadi 2x yer.
Skrg ni mama akan bekalkan puri ke rumah pengasuh setiap hari.

Setakat ni hani dah sediakan puri:     
-epal
-betik
-pisang
-labu - awliya cirit birit...terus stop makan (labu ni kan angin, mungkin sebab tu cirit birit)
-pear

Nanti hani share penyediaan pada post yang lain ye.
Masa makan betik, awliya sembelit sampai 3 hari.
Kesian ooo tengok dia, sampai menangis masa nak poo poo tu.
Kena buka pampers baru boleh meneran. Merah-merah muka.
Tapi takkan disebabkan betik kan, sebab betik ni kan baik untuk penghadaman.

Bila hani google cari info, sembelit ni mungkin disebabkan usus bayi
yang baru mula menerima makanan.
Masa pergi ke klinik pula, doc beritahu itu perkara biasa dan akan baik dengan sendirinya.
Tak perlu risau sangat. Banyakkan bagi bayi minum air. Fuuuhhh lega.

Yang sedihnya, mama hanya dapat suap makanan pada hari cuti je. Rasa sangat rugi terlepasnya moment tengok anak makan makanan yang mamanya sediakan. Tak mengapalah, selagi kamu makan makanan yang  mama masak, itu sudah cukup menggembirakan mama. [okeh, pujuk hati].

Minggu ni cadang nak buat puri sayur pulak..mungkin nak mulakan dengan carrot atau keledek
Nak biasakan awliya makan sayur dari kecik. Harap-harap tekak awliya boleh terima. Sistem penghadaman dia pun dah ok, dah tak de sembelit dah.


 puri betik, cedappppnyaaaa.........

awliya dah kenyang...time kacih mama




Comments

  1. my son pun dah macam teringin benar nak makan di suai 5 bulan..sabar ja maknya menahan tunggu 6 bulan..haha

    ReplyDelete
  2. izzati: hehe...tggu je 6 bln...kejap je lg tu kan :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu