My Dear Warehouse Sale 2013

Dah lama sebenarnya nak pegi  Mydear Warehouse sale ni, tapi
selalu tak berkesempatan....tapi kali ni berjaya juga
mengajak en suami ke warehouse ni...
Mydear ni selalu juga buat sale....kiranya setahun ada la 2-3 kali kot.

Sale ni dari 22 feb-10 march 2013. Kiranya hani pegi ni
dah hari-hari terakhir la...

Niat di hati nak cari car seat untuk awliya..
Memandangkan car seat lama dah tak muat [post ini].
Tapi macam biasalah, niat nak beli car seat mesti tersasar
dengan membeli benda lain juga.hehehe

Memandangkan baru 1st time sampai sini, semua barang hani nak survey.
Tapi biasalah kan, dah hujung-hujung ni barang pun dah tak banyak macam hari 1st kan.
Macam-macam barang baby ada. Car seat, buai, nursing pillow, barang mainan, stroller, tilam
dan katil, kerusi makan dan macam-macam lagi la. Harga lebih murah dari harga pasaran.
Berbaloiii juga. Stroller banyak juga pilihan, cantik-cantik oooo.....[tak sempat snap gambo sebab ada ramai pekerja kat area stroller tu]

Gambar tak banyak sangat snap, sebab kalau ikutkan tak boleh ambil gambar dalam ni.
Ni pun ambil gambar curi-curi je guna tab hehehe....


 






 
 nanti awliya dah besar skit, mama belikan beskal ni pulak ye....








okeh...jom kita cari barang yang nak dibeli dulu.

Kami mula mensurvey car seat.
Yang ni memang best...lembut je span tempat duduk tu. Nampak selesa. Harga RM399.
Harga asal RM 579.90...over bujet pulak, ok tolak tepi.



Yang ni harga RM 150...dah berkenan sangat dengan warna tapi rupanya yang ni tak boleh adjust
 untuk baringkan. Duduk sahaja. Rasa macam rugi la pulak beli kan.

 


haruslah testing kan......




 
semua benda nak masuk mulut tau !!!!


haaa.....yang ni ok juga. Harga RM260. Harga asal RM399.90
Boleh adjust untuk duduk dan baring.
Ada tiga pilihan warna - merah, coklat dan oren

 





yeeaaaaa......dah dapat car seat awliya. Beli kaler oren sebab kaler gelap, tak mudah kotor.
Warna merah dan coklat tu, ada kaler putih sikit.

Kemudian, cari lak mainan kete ni untuk awliya. Cari yang murah je.  Banyak juga pilihan.
Harga antara RM41-RM100. Hani cari yang biasa, harga paling murah la kan. Ye la, tengok fungsi lebih kurang sama je dengan yang mahal kan, beza sikit-sikit je. Lagipun bujet dah habis dekat car seat.



Awliya rambang mata tengok banyak kete mainan kat atas.
Ok, mama belikan untuk awliya yang ni ye...nanti balik umah main la puas-puas.
Harga RM41. Harga asal RM56.90



Lepas ke Mydear Warehouse, kami ke kedai lampu pula..nak menggantikan lampu-lampu yang dah rosak kat umah tu. Kemudian ke IKEA, mama nak shopping barang mama lak...
Ayah dah geleng-geleng kepala...ahakkksss. Layankan je la.

Kami sampai rumah pukul 10.00 malam. Masing-masing pengsan kepenatan.........

p/s: puas ati dapat cari barang yang nak dibeli.





Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu