5th Maternity & Children Expo 2013 @ Mid Valley

Macam biasa, setiap kali ada expo..sibuk je nak pegi..
Takde la nak beli apa sgt, cuma nak survey avent manual breastpump.
Kalau murah, nak terus beli jer...
Eh, nape nak beli manual pulak sedangkan dah ada medela freestyle?
Sebenarnya saje je nak buat backup...2nd breastpump..sbb tu cari yg murah je.

Kami sampai di expo lebih kurang pukul 4.00 petang, cadangnya nak keluar pagi.
Tapi budak kecik bangun lambat lak - sbb anak bgn lambat, mak ayah pun join la skali ngeeee....
Bila dah bangun...mandi, minum susu, makan..dah ngantuk semula.
Terpaksa la mama biarkan awliya tido dulu.
Dah tido 1 jam, terus mama kejutkan - tak sabar nak pegi dah hehe

Bila sampai sana, terus buat pendaftaran sebab nak dapatkan goodies bag.
Then terus masuk hall 1 & hall 2.
Round punya round, hanya jumpa satu je booth yang jual produk Avent Breastpump.
Tapi...normal price tu. Ek elleh....beli online lagi murah ok.
 

free gift yang dapat. Goodies bag dapat 2 sebab suruh en asben pun daftar jugak

Disebabkan benda yang nak dibeli tak de, macam biasalah...mana boleh balik dengan tangan kosong kan...ngggeeee...dah nama perempuan.
Singgah booth pureen, beli la 4 pasang baju budak kecik tu. Walaupun harga takde lah murah sangat, tu yang beli sikit je. Ada harga RM10, RM15 dan RM16.
Total = RM 56


Then singgah booth Mamours. Beli botol bebeconfort dan puting botol.
Harga botol RM39.90 ada diskaun 30%.
Jadi RM27.93
Harga puting pulak RM19.90 (2 pcs) setelah diskaun 30% jadi RM13.93
Botol ni jenis flip, bukan jenis yang biasa tu yang kena pusing-pusing untuk tutup botol.
Total = RM41.86



Ni pulak singgah booth QQ Baby. Beli cloth diaper. Saje nak try bagi awliya pakai ni.
Nak pakai dekat rumah je. Kalau ok, nanti boleh tambah lagi. Dapat jimatkan stok pampers.
Yang ni harganya RM27 sehelai.
Ada yang murah sikit, harga RM25 tapi kalau dibandingkan kualiti, yang ni lebih ok dan selesa.
Lapik warna putih tu lebih lembut berbanding yang biasa, agak kasar macam tuala.
Total  = RM54


Lepas tu singgah pulak booth Mumdreams. Beli nursing bra. Beli 2 helai percuma sehelai.
Sehelai harganya RM29.90. Total RM59.80.
Dekat booth Autumz pulak beli sehelai nursing bra.
Total 4 pasang nursing bra = RM89.70


Last sekali, belikan awliya headband sedondon dengan baju yang dipakai.
Harga RM8 je.

Masa lalu dekat booth yang snap gambar utk join Contest Baby Fotogernik,
saje nak try masuk contest ni.
Dah isi borang dan ambil nombor, tapi lama lak kena tunggu.

Ye la, sorang budak pun snap banyak gambar kan...nak pilih mana yang terbaik.
Kalau sewa custom diaorg, kena bayar RM50 dan dapat free sekeping gambar 4R.
Lepas tu, diaorg akan make up anak kita lak.
Kalau tak nak sewa, pakai baju sendiri...free je masuk contest ni.
Kalau dah kena Q tu, leh bayangkan brape lama kena tunggu kan... - mama awliya bukan seorg penyabar
Last-last, cancel je la...hehehe...next time la awliya masuk contest, xde rezeki kali ni.

                                                          tomeyyyy tak kite pakai headband ni???

Total yang telah dilaburkan adalah sebanyak RM249.56
Haaaa....kan dah cakap, barang yang nak dibeli tak dapat.
Barang yang takde dalam senarai pulak yang terbeli ngeeee....
Habis jugak duit huahuahua

Ekspo kali ni tak berapa best. Orang pun tak berapa ramai sangat.
Booth pun tak banyak yang menarik macam booth tommy tippie pun tak de macam ekspo sebelum ni.
Harga pun tak de murah sangat kan. Hurrrmmm, tunggu next ekspo pulak.

 
 Awliya xcited jumpa Mamy Poko


 
p/s: 20-21 april 2013, pureen warehouse sale....yang dinanti-nanti setiap tahun, nak pegi tapi masa tu ada family vacation.
uuuwwwaaaaaaa...........*meroyan tak dapat pegi






Comments

  1. minggu ni ade expo kt stadium malawati shah alam. haa! xbole g pureen warehouse sale g kt shah alam pnye hehehehe

    ReplyDelete
  2. selalu mesti gitu kan.. bende lain yg nak cari bende lain yg terbeli...kadang2 mengarut2 je...

    ReplyDelete
  3. Mimin: hrga ekspo xsemurahhhh hrga kat kilang pureen tu....ngeee...mau kena marah dgn asben tiap2 mggu nak bershopping kiki

    ReplyDelete
  4. Mooniqueen: kan..kan...slalu camtu, bab membazir ni kasi je kat perempuan terutamanya i hehehe...

    ReplyDelete
  5. next baby xpo 12-14 april kat stadium shah alam...haa ape lagik..moh kiteee...:D

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu