1st check up::16w 1d

Hari ni pergi KK Seri Kembangan untuk buka buku merah.
Kandungan dah pun 16w 1d.

Memandangkan baru buka buku, so kena jumpa doc untuk scan.
Alhamdulillah, keadaan baby tiada masalah.
Tarikh due pula pada 4 Nov 2013 - insyaallah

Berat badan pun ok, cuma hb rendah...9.7. Siap kena tulis dengan pen merah lagi tau.
Sepatutnya tahap normal adalah melebihi 11.
Nurse nasihatkan supaya makan lebih banyak protein macam ikan, daging,
sayuran hijau terutamanya bayam.

Kekurangan hb ni bahaya juga, boleh menyebabkan oksigen tak sampai dekat baby
yang boleh mengakibatkan baby meninggal dalam perut, lahir tak cukup bulan, dan kecacatan.
Eeeee....takut bila dengar kan.

So, mulai sekarang kena jaga pemakanan. 
Say no to kafein (kopi, teh dan nescafe)...
ooohhh...hani penagih teh tau....sob..sob

Doc bagi obimin dan iron tablets untuk tambah darah.
Dulu masa bersalinkan awliya, hani juga mengalami masalah kekurangan darah.
Sampai kena tahan wad 3 hari....dan kena masuk air dan ubat berkali-kali dalam
badan...huuuu ngeri nak ingat peristiwa dulu. Dugaan sungguh.
Harapnya kali ni takde la masalah sampai bersalin.

Hopefully next month checkup, hb akan stabil semula...amin


sila abiskan semua ni yerrr....

Comments

  1. semoga dipermudahkan.. try vitalea shaklee tu..so far tqah makan hb normal..xpernah turun..maybe sbb tqah kuat makan sayur gak.. member yang suggest sbb dl die hb low..

    ReplyDelete
  2. tiqah: hani baru je nak mkn vitalea tu...dan pernah bc beberapa review kata bila mkn hb ok..insyaallah, hrp2 semuanya kan..:-)

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah..

    tahniah kak hani..jaga diri leklokyee..hepi for you..cpt awliya jadi kakak yee..hihihi...

    ReplyDelete
  4. Ayang:tq.. tu la..awliya ni cpat sgt minta adik,nk buat kwn katanya...terpksa la mama ni tunaikan...hahaha

    ReplyDelete
  5. 2bulan hb sy rendah.sekali nurse bagi ubat nie terus naik hb saya bulan lepas.utk bulan nie esok baru nak pergi check up,hopefully xde masalah hb lah

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu