Posts

Showing posts from June, 2013

bila anak daraku CONTROL AYU

Image
Ari ni takde mood nak story panjang-panjang.... Kat luar jerebu...dalam opis lak sejuk beku. Ni gambar budak kecik yang terbaru. Hari sabtu yang lepas, masa nak pergi kenduri di Raub. Masa nak tangkap gambo, boleh lak buat2 ayu gitu.. Duduk bersimpuh tu.... Hehehe....comellll je Tapi sekejap je ayunya, lepas tu terus mengamuk. Tak sabar-sabar nak g jenjalan la tu. Mamanya lambat bebeno bersiap. Penat menunggu yer...hehe. Gadis melayu terakhir.............posing buat-buat ayu gitewwww !!!!

Awliya dah 11 bulan....

Image
Terlepas nak update pasal perkembangan awliya. Bulan ni memang agak bz. Awliya sekarang dah 11 bulan masa 6/6/2013. Tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk awliya sambut ulangtahun kelahiran. Niat dihati nak buat majlis untuk awliya, tapi memandangkan kesuntukan masa....tak sempat mama nak sediakan semua. Rasanya sambut dengan ahli keluarga je la. Kek dah pun tempah awal kat member ofis. So, perkembangan awliya masa 10 bulan: 1. Tumbuh 2 batang gigi atas. So sekarang dah ada 4 batang gigi. Bila dah ada gigi atas, dia suka sangat mengigit. Mama dan ayah la jadi mangsanya. 2. Dah mula berjalan. Tapi kena pegang tangannya. Masa mula-mula nak berjalan, dia berani je lepaskan tangan, dapatlah melangkah 4-5 langkah. Tapi sekarang ni macam takut-takut pulak, bila lepaskan tangan dia, terus dia duduk dan tak nak jalan. 3. Haaa....akhirnya merangkak juga. Hihihi kelakar la...ari tu ingat tak merangkak. Dari mengensot terus je berdiri dan berjalan. Sekarang ni bukan main laju dia merangka

2nd chek up::20w

Semalam 18/6/2013 ke KK untuk buat 2nd check up. Kandungan dah masuk 20w. Keputusannya: Berat: 60.6 kg Hb: 11.1  Tekanan darah: lupa lak [nanti update kemudian...kena tgk buku] Alhamdulillah, hb dah ok semula berbanding 1st chek up ari tu. - bawah 11 Berat pun tak naik mendadak, hanya naik 1kg dari bulan lepas. Sekarang ni selera makan dah makin kurang, tak tahu la kenapa. Kalau makan pun sikit je. Banyak makan buah je, itu yang lebih menyelerakan huhu. Dah mula rasa pergerakan baby, cuma tak berapa kuat la... - excited, perasaan yang sama masa mengandungkan awliya dulu :-) Next check up pada bulan depan 8/7/2013. Hani request tarikh yang sama dengan awliya sebab awliya akan check up juga untuk cucuk 1 tahun. Semoga dipermudahkan semuanya. Mama, ayah dan awliya tak sabar menunggu kehadiran orang baru ni...............

Ho Chi Minh lagi...(Part II)

Image
okeh...ni sambungan dari part I mari kita sambung tempat-tempat yang telah menghabiskan duit kitaorang Minh Collection Kami terjumpa butik ni masa dok jalan-jalan dekat luar pasar ben thant. Minh collection antara yang popular jugak di kalangan orang m'sia. Kami pun try masuk, nak jamu mata. Sekali aku ngan adik berkenan la pulak baju di sini. Jenis kain chiffon siap ada lining. Harga pun ok la, tak la mahal sangat USD 28 (RM85) Eh..kat sini korang jangan takut nak masuk butik-butik ni sebab harga diaorang lebih kurang jer dengan kedai-kedai kecik tu. Lebih selesa nak pilih, ada aircond la katakan berbanding beli di kedai-kedai kecik tu. Boleh fitting terus. Di Minh Collection baju-bajunya lebih up to date. Cantik-cantik juga. Kalau telekung agak mahal kalau dalam butik ni.    Baju kuning tu aku beli di Minh Collection Kedai Hj. Halim Kedai ni terjumpa masa jalan-jalan nak cari Taka Plaza tu. Aku beli baju jubah kain lycra untuk mak aku di sini. Harga RM50 seapsang

Ho Chi Minh lagi - Part I

Image
Nak abiskan entry ni cepat-cepat, sebelum menjadi basi seperti entry travel sebelum ni hihihi ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Trip ke Ho Chi Minh kali ni merupakan kali ke 2 aku ke sana. Pertama kali pergi pada Feb 2012. Kali ni kami pergi seramai 6 orang. Adik dan 4 orang rakan. Trip kami selama 5 hari 4 malam. Flight kami pada 4/6/2013 pukul 7.40 pm. Perjalanan selama 2 jam dan sampai  di sana lebih kurang pukul 8.40 pm (waktu msia 9.40 pm). Selepas selesai urusan emigresen semua, kami terus ke taxi stand. Masa nak naik teksi ni rasa fobia pula. Dulu pernah kena tipu dengan teksi Vinasun . Katanya nak guna meter, tapi bila dah separuh jalan, meter pun tak on. Last-last charge kami 260 ribu dong. Kami berkeras minta kurangkan harga, sebab biasanya tambang hanya sekitar 160 ribu dong sahaja. Last-last pemandu teksi tu nak turunkan kami tepi jalan. Kurang asam betul. Nak tak nak

contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

Image
Saje nak join contest ni. Mana tau ada rezeki untuk Awliya kan. Amin..... mari membeli barang baby dengan harga borong, minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com My liltle princess Awliya Nur Zara Jika terpilih sebagai pemenang, Awliya mahukan hadiah yang best ni:  toys storage(pooh) Nama anak: Awliya Nur Zara Bt Mohd Zawawi Nama ibu: Norhanizan Zamhuri Kepada yang nak join, u all boleh tengok syarat penyertaa di SINI . Jom ramai-ramai meriahkan contest ni.

Perginya arwah atok kepadaNya....

Image
8 June 2013 Innalillah hiwainna ilahirojiun Perginya arwah atok untuk selama-lamanya. Sedih dan ralat bila tak dapat melihat arwah atok untuk kali terakhir Ketika itu hani dan adik berada di Vietnam. Malam sebelum arwah atok meninggal..hani sempat buat video call untuk tengok awliya..masa tu adik lelaki ada bagitahu atok dah nazak. Badan dah kaku tapi masih boleh bernafas lagi. Sempat tatap wajah atok dalam video call tu. Pilu dan sedih. Ketika itu hati berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku dan sempat kami berdua balik dari Vietnam. Flight kami pada jam 9.00 malam. Tapi...Allah lebih menyanyagi arwah. Pagi tu hani terima msg dari adik...menyatakan atok dah meninggal pada jam 9.21 pagi. Ya Allah..tak sempat jumpa atok. Tak sempat nak minta maaf dengan arwah. Masa tu rasa nak balik waktu tu juga. Tapi apakan daya.... Tak sempat juga sebab arwah akan dikebumikan sebelum zohor. Cuma sempat buat video call, dan adik halakan hp pada wajah atok ketika hendak dikafank

Bila anak jauh dari maknya....sapa yang nangis???

Image
sob...sob... sedihnya meninggalkan buah hati dan nyawa ku itu. awliya sekarang berada di kampung di Ipoh. minggu ni kena duduk dengan atok sebab malam ni mama nak shopping baju raya kat vietnam heee ayah pun kena tinggal, tapi mama tak harap ayahnya yang jaga. bukan apa, kesian lak....siang keje, malam pula takkan nak jaga anak sorang-sorang kan. lagipun lebih elok awliya di kampung, boleh rapat ngan atoknya. dulu awliya takut dengan atok sebab jarang tengok kan. sekarang dah ok, makin messsssraaaa lak. ni pestime mama jauh dengan awliya.... memang rasa sedey je nak tinggalkan dia... menangis dia masa kitaorang masuk dalam kete masa nak balik sob...sob - sekali lagi mama memang drama skit, xleh jauh dengan anak buchuk kesayangan tu. 2 hari ni asik buat video call je...nak tengok muka dia punya la mama dok panggil-panggil dia, tp dia buat donno je...hehehe....syok ye dok sana !!! tak sabar nak tunggu minggu depan, nak amik awliya. bukan taknak bawa awliya jalan sesa