Awliya dah 11 bulan....

Terlepas nak update pasal perkembangan awliya.
Bulan ni memang agak bz.
Awliya sekarang dah 11 bulan masa 6/6/2013. Tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk awliya sambut ulangtahun kelahiran.

Niat dihati nak buat majlis untuk awliya, tapi memandangkan kesuntukan masa....tak sempat mama nak sediakan semua. Rasanya sambut dengan ahli keluarga je la. Kek dah pun tempah awal kat member ofis.

So, perkembangan awliya masa 10 bulan:

1. Tumbuh 2 batang gigi atas. So sekarang dah ada 4 batang gigi. Bila dah ada gigi atas, dia suka sangat mengigit. Mama dan ayah la jadi mangsanya.

2. Dah mula berjalan. Tapi kena pegang tangannya. Masa mula-mula nak berjalan, dia berani je lepaskan tangan, dapatlah melangkah 4-5 langkah. Tapi sekarang ni macam takut-takut pulak, bila lepaskan tangan dia, terus dia duduk dan tak nak jalan.

3. Haaa....akhirnya merangkak juga. Hihihi kelakar la...ari tu ingat tak merangkak. Dari mengensot terus je berdiri dan berjalan. Sekarang ni bukan main laju dia merangkak, sama laju macam berjalan pegang dinding.

4. Dah tak nak tidur buai dah...mengamuk sakan bila letak dalam buai waktu tido siang. Bagusss ye awliya, mama boleh simpan buai tu da. Dulu kalau tido buai baru lama skit. Sekarang dah boleh tidur lama kat bawah dah.

5. Dah banyak perkataan yang difahami sekarang. Antaranya burung, kucing, kasut, kolam, lampu, kipas. Bila mama sebut perkataan ni, awliya akan tunjukkan. Contohnya kalau mama sebut burung, dia akan memandang ke langit, sebab selalu nampak burung2 berterbangan kat atas awan.

 6. Kuat membebel guna bahasa dia la.........hehehe comellll je.

Tu je yang ingat hehe.




 
 
Budak eksen...tak nak dukung dah...asik nak jalan je


p/s::cepatnya masa berlalu.....

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu