Perginya arwah atok kepadaNya....

8 June 2013

Innalillah hiwainna ilahirojiun
Perginya arwah atok untuk selama-lamanya.
Sedih dan ralat bila tak dapat melihat arwah atok untuk kali terakhir
Ketika itu hani dan adik berada di Vietnam.

Malam sebelum arwah atok meninggal..hani sempat buat video call
untuk tengok awliya..masa tu adik lelaki ada bagitahu atok dah nazak.
Badan dah kaku tapi masih boleh bernafas lagi.
Sempat tatap wajah atok dalam video call tu.
Pilu dan sedih.
Ketika itu hati berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku dan sempat
kami berdua balik dari Vietnam.
Flight kami pada jam 9.00 malam.

Tapi...Allah lebih menyanyagi arwah.
Pagi tu hani terima msg dari adik...menyatakan atok dah meninggal
pada jam 9.21 pagi.
Ya Allah..tak sempat jumpa atok.
Tak sempat nak minta maaf dengan arwah.
Masa tu rasa nak balik waktu tu juga.
Tapi apakan daya....
Tak sempat juga sebab arwah akan dikebumikan sebelum zohor.
Cuma sempat buat video call, dan adik halakan hp pada wajah atok
ketika hendak dikafankan...wajah terakhir yang dapat hani lihat.
Syukur walaupun hanya dalam maya.

Hanya iringan doa yang mampu diberikan buat arwah atok tersayang.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.




gambar terakhir bersama arwah atok....ketika ini mahu pergi menunaikan umrah. Seminggu selepas balik umrah, atok sakit dan ajalnya telah sampai. Tercapai juga hajatnya nak sampai ke tanah suci. SubhanaAllah....


*dari Dia kita datang....kepada Dia kita kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu